Prolog

1304 Words
Afeeya mengangkat Adiff dari katil bayi sebelum mengalih bayi yang baru berusia tujuh bulan itu ke katil.Afeeya menjeling jam.Sudah pukul tujuh pagi.Akif masih belum bangun.Mungkin kepenatan kerana baru sahaja pulang dari outstation.Dibiarkan sahaja suaminya tidur sementara dia menyiapkan Afraa yang masih didalam bilik mandi.Sebentar lagi,Dato Mirza dan Datin Nora akan datang kerumah untuk menjemput Afraa.Sudah menjadi rutin bapa dan ibu mentuanya menghantar Afraa ke taska dan mengambil Adiff untuk dijaga sepanjang dia dan Akiff keluar bekerja.Bukan mereka tidak mahu menghantar anak-anak ke pusat asuhan tetapi dilarang keras oleh ibu dan bapa mentuanya.Lagipun Dato Mirza sudah pencen.Sekarang,dia dan Imani yang menguruskan syarikat Dato Mirza.Akif? Lelaki itu masih seperti dahulu.Mahu berdikari.Akif dan Shamil sudah membuka syarikat sendiri.Jadi,mahu tidak mahu,Afeeya sahaja yang mengantikan tempat Akif.Dia tidak kisah kerana Afeeya senang bekerja dengan Imani.Lagipun,itu sahaja kerja yang Akif izinkan untuk dia.Akif tidak mahu dia bekerja dengan orang luar kerana apa yang telah terjadi enam tahun lalu.Semua itu membuatkan Akif ljadi overprotective. Bunyi loceng pintu mengejutkan Afeeya.Mujur kelengkapan Adiff sudah Afeeya siapkan semalam.Jika tidak,tentu kelam kabut jadinya. "Afraa,cepat..Tok Mama dengan Tok Babah dah sampai"Jerit Afeeya bila Afraa masih lagi tidak keluar dari bilik mandi. "Ya Mummy..Im done"Afeeya menggeleng.Basah lantai dibuatnya. "Tu,uniform Afraa,mummy dah siapkan.Cepat sikit" "Okay..Daddy tak bangun lagi?" "Syhhh,daddy baru sampai...Biar daddy tidur..Afraa siap cepat.Mummy nak buka pintu"Sebaik menghabiskan kata-kata,Afeeya segera berlari turun kebawah untuk membuka pintu. "Assalamualaikum.." "Waalaikumusalam..awal hari ni Mama dengan Babah sampai?" "Nak bawa Afraa minum dulu..Feeya mesti tak sempat buat sarapan kan?"Afeeya tersenggih sambil menggaru kepala.Sejak ada Adiff,memang jarang sangat Afeeya masak dirumah.Dia tidak sempat hendak buat semuanya sendiri.Akif juga jarang ada dirumah. "Kan Babah kata ambil sahaja pembantu rumah" "Akif tak nak..Dia tak suka ada orang lain dalam rumah ni"Datin Nora menggeleng.Akif masih sama. "Abis,dia tolong tak?"Soal Datin Nora sambil berjalan masuk kedalam rumah.Kasihan pula dengan Afeeya.Sudahlah penat dengan kerja dipejabat,balik rumah hendak melayan suami dan anak-anak pula. "Feeya berhentilah kalau macam tu"Afeeya hampir ketawa melihat reaksi Dato Mirza.Sudah tentu Dato Mirza tidak akan izinkan.Kasihan dengan Imani kalau dia berhenti. "Babah rela jaga budak berdua tu dari kamu berhenti..Babah minta Mak Ros carikan pembantu rumah nak?" Dato Mirza memberi cadangan. Sudah berkali isterinya minta Afeeya berhenti. Risau juga Dati Mirza jika Afeeya termakan kata-kata isterinya itu. "Tak apa.Babah jangan risau.Feeya okaylah.Kejap,Feeya ambilkan Adiff..Tu Afraa dah turun..Kejap ya"Afraa pantas berlari mendapatkan datuk dan neneknya diruang tamu setelah bersiap.Afraa sudah biasa siap sendiri kerana sudah diasuh begitu sejak kecil.Seketika kemudian Afeeya turun bersama-sama Adiff yang masih lena didalam pangkuaan Afeeya.Anak-anak mereka sudah biasa begitu sejak dari kecil.Jadi tidak banyak ragam. "Nanti petang Feeya datang ambil" "Akif masuk kerja tak hari ni?.Kalau tak masuk,minta dia sahaja yang ambilkan anak-anak" "Tak sure Ma..Akif baru sampai tadi.Lepas subuh jer,terus tidur"Dato Mirza menggeleng.Risau juga jika anak menantu dia terus begitu.Jarang ada masa.Jumpa juga jarang-jarang. "Akif masih sibuk lagi?" "Alah Babah.Macam tak biasa pula.." "Babah dulu lain...Feeya jangan biarkan jer.." "Feeya tahu Ma...Kalau dia nak buat perangai pun,tahulah Feeya"Afeeya mengenyitkan mata kepada orang tua Akif.Dia tidak mahu mereka risau tentang rumahtangga dia dan Akif.Buat waktu itu,semua baik-baik sahaja.Akif tidak pernah culas menjalankan tanggungjawab sebagai suami dan bapa kepada anak-anaknya. "Mama dengan Babah pergi dulu.Lambat pula Afraa nanti"Afeeya hanya mengangguk.Bersalam dengan kedua orang tua Akif sebelum menghantar hingga kepintu hadapan.Kemudian Afeeya kembali menutup pintu rapat.Sunyi semula rumah semi D dua tingkat milik dia dan Akif itu. ************* Bau haruman minyak wangi Afeeya mengejutkan Akif dari lena.Kerana terlalu penat tadi,dia langsung tertidur.Tidak sedar yang anak-anak sudah dijemput orangtuanya.Akif fikir tadi,mahu menjaga anak-anak sendiri kerana dia bercuti hari itu. "Sayang..Lambat masuk office?"Akif memisat mata sebelum menjeling jam dinding. "I siapkan makanan you dulu.Lagipun,I nak kena jumpa orang jam sebelas nanti.Alang-alang,I keluar lambat terus"Jelas Afeeya sambil menyarungkan kemeja hijau garis kuning menegak.Akif bangun sebelum memeluk Afeeya dari belakang.Rindu pula dia pada wanita itu.Sudah seminggu mereka tidak bertemu.Bukan mudah ada masa berdua begitu. "Akifff..."Afeeya menggelak bila Akif mula mengucup lehernya seperti kebiasaan. "I miss you so much sayang"Afeeya ketawa kecil. "Pervert..I nak siaplah.." "Baru pukul sembilan.Awal sangat lagi..."Afeeya tidak perasan jam baru pukul sembilan pagi.Memang masih awal pun.Dia fikir tadi dia sudah lewat. "Bukan you kata you penat ke tadi" "Tu tadi..I just charged my energey..."Akif tersenggih nakal.Merenung Afeeya menerusi cermin meja solek. "Ermm...mengada..."Afeeya ketawa kecil bila Akif mengangkat dia kekatil.Habislah baju kemeja dia.renyuk lagi disebabkan olah Akif pagi-pagi begitu. "I mengada dengan you sahaja.."Dikucup dahi Afeeya sekejap.Rindu benar dia dengan Afeeya.Isterinya masih cantik seperti dahulu walau sudah beranak dua.Siapa pun tidak akan percaya yang Afeeya sudah berusia dua puluh lapan tahun kerana wajah Afeeya yang sentiasa kelihatan muda dari usia sebenarnya.Dan kerana itu juga Akif sentiasa rasa tidak selamat bila Afeeya kerja diluar.Bukan dia tidak tahu ada sahaja client Afeeya yang pernah mencuba nasib walau tahu Afeeya isteri orang.Akif bersukur kerana Afeeya bukan jenis melayan. Akif tersentak bila Afeeya tiba-tiba menyentuh dagunya lembut. "Akif..You sure yang hati you hanya untuk i?Tak akan berubah?"Akif tersenyum panjang sambil merenung mata Afeeya tajam. "I sure..You dah cukup sempurna untuk i sayang..Lagipun kita dah ada Afraa dengan Adiff kan?everything is complete. Apa i nak lagi?"Afeeya mengangguk dan berharap kata-kata Akif itu benar. "Tapi ingat..If you buat hal..You tak akan jumpa i dengan anak-anak lagi faham?"Kata-kata berbau ugutan itu disambut dengan senyuman. "I mati tanpa you dengan anak-anak sayang" "I cintakan you Akif.." "I cintakan you lebih dari yang you tahu sayang"Afeeya mengusap pipi Akif lama.Dia akan lakukan apa sahaja demi mempertahankan rumahtangga mereka.Afeeya lemah tanpa lelaki itu.Akif sumber kekuatan dia.Afeeya tidak tahu bagaimana dia jika kehilangan lelaki itu. ************** "Sayang..I hantar you..Then,petang kita ambil anak-anak.."Ucap Akif sambil menyua makanan kedalam mulut. "I kan ada meeting dekat luar.." "I hantar,then I tunggu you sampai habis.You ada meeting dengan Naqie kan?"Afeeya mengangkat kening.Mana Akif tahu. "Jangan buat muka pelik ya sayang..Banyak projek dia beri pada you?Ada apa-apa yang I tak tahu?"Afeeya menghampiri Akif dan duduk diatas meja menghadap suaminya yang masih merenung dia dengan pandangan tajam. Afeeya tahu Akif cemburu pada Naqiudin.Ketua executive syarikat Suria Ilham.Lebih muda dari Akif.Tapi Afeeya tidak berminat pun.Mereka berurusan secara profesional selama dua tahun itu.Naqie juga sangat menghormati status dia sebagai isteri orang. Belum pernah sekali Naqie buat bukan-bukan pada dia. "Cemburu ya Akif Ikhmal?" "You rasa?"Afeeya mendekatkan wajah ke muka Akif rapat sebelum mengucup bibir lelaki itu sekilas. Afeeya mengusap rambut Akif lembut. "I dah ada you sayang..You jangan risau..Hati I cuma untuk you" Afeeya membuat isyarat 'mini love' kearah Akif dengan gaya manja seperti biasa. "Janji..?" "I janji...You pun sama...Dian tu masih kacau you sampai hari ni.Jangan layan" "Dari i layan Dian,baik i cari anak dara mana-mana ke.."Afeeya ketawa melihat reaksi Akif. Dari dulu Akif berbulu jika mendengar nama Dian. "Tak baiklah you ni" "Ya lah..Dahlah ex tunang I..Janda lagi...Baiklah I minta you carikan seorang anak dara untuk I" "Mengarut!Berani-beranilah you..."Akif ketawa mengekek.Dia tahu Afeeya cukup pantang jika dia kata begitu. "Mana i berani..You seorang cukuplah sayang" "I tahulah yang i dah beranak dua kali..Dah tak macam dulu"Ujar Afeeya separuh merajuk. "Hey...kenapa cakap macam tu sayang...?I tak rasa macam tu pun..Sama jer dulu dengan sekarang sebab you sentiasa hot"Pujuk Akif.Dia bangun dan berdiri dihadapan Afeeya.Akif tidak suka Afeeya kata begitu kerana dia sejujurnya tidak pernah rasa berbeza.Afeeya sentiasa melayan kemahuan dia sama seperti dulu.Malah Afeeya kadangkala lebih advance dari dahulu. "Hurmm,ya lah tu.." "No...For me,you lagi hot dari dulu..."Bibir mugil Afeeya dikucup lama sebelum Afeeya membalas.Sejak punya anak,mereka membataskan adengan-adengan begitu didepan anak-anak.Risau kerana Afraa sudah pandai mengadu dengan atok dan neneknya.Silap sedikit sahaja,habislah Afeeya dan Akif hendak menjawab. "Akif..No..I lambat nanti"Afeeya menolak wajah Akif bila lelaki itu mula membuka butang baju kemejanya. "Ermm,you ni...Lambat lagi...Siapa suruh seduce i?" "Bila?Tadi kan dah.."Akif mengangkat kening.Dia tidak peduli. "Akiffff Ikhmal..."Afeeya terjerit kecil bila Akif mengangkat dia keruang hadapan.Akif tetap Akif.Tidak pernah akan berubah kerana itu Afeeya cintakan Akif. Dia terlalu percayakan lelaki itu kerana Akif tidak pernah merahsiakan apa-apa dari dia. Susah senang mereka tempuhi bersama tujuh tahun itu. Afeeya harap Akif tidak akan berubah.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD