Bab 58 Atrisha terasa lega dapat merehatkan diri di spa milik Katriana.Bau rempah ratus semerbak menusuk hidung memberi rasa nyaman kepada Atrisha.Hari itu Atrisha mahu memberi ruang kepada diri dia untuk berehat.Dia mahu lupakan seketika masalah dia dan Saiful Amri.Mungkin Saiful Amri sedang berseronok dengan Irine.Lelaki,semua sama.Hendak isteri cantik bagaimana lagi baru mereka puas.Hendak layan bagaimana lagi baru hati mereka terkunci untuk isteri sahaja.Biarlah.Atrisha sudah terbiasa.Jika tiada Irine,Adriana pula datang menganggu. Suami dia kan jejaka idaman melaya.Jangan berlebihan sudah.Atrisha berharap Saiful Amri pandai menjaga batas dalam pergaulan. “Kawan aku ni kan,menung jer dari tadi.Rindu kat husband kau yang handsome tinggi lampai tu ke?”Duga Katriana.Dari tadi dia perhat