Bab 61 Atrisha mengereng kekiri dan kekanan berkali-kali.Tidurnya sangat tidak selesa.Tiba-tiba Saiful Amri bangun meletakkan bantal dibawah perut Atrisha agar isterinya akan lebih selesa. "Thanks"Itu sahaja ucapan Atrisha sebelum kembali memejam mata.Namun,Saiful Amri boleh lihat dengan jelas ada titisan airmata yang keluar dari hujung mata Atrisha yang terpejam.Saiful Amri serba salah. Sudah dua hari Atrisha begitu.Mungkin silap dia yang membiarkan Atrisha selama berbulan-bulan.Dia fikir,bila buat begitu hubungan mereka akan bertambah baik.Tapi dia silap.Makin teruk dan mungkin jika tidak diperbaiki,dia akan kehilangan Atrisha.Dia gagal sebagai ketua keluarga. "Maafkan aku Fan.."Getus hati kecil Saiful Amri.Dia tidak dapat melelapkan mata kerana fikirannya ligat memikirkan tentang Atr