Bab 72 "Ada apa kau minta aku datang Mika?Ada benda nak sign ke?"Saiful Amri duduk di sofa bilik Mikail tanpa dipelawa. "Ya..Semalam aku tak sempat nak minta kau sign"Mikail bangun dan terus menjinjing beberapa fail untuk diperiksa Saiful Amri. "Kalau kau okay,aku proceed.." "Kau tak perlu tanya aku Mika.Kau kan lebih arif.Aku dengan Isha percaya pada kau" "Iya..Aku tahu.Tapi apa pun,aku kena minta persetujuan kau dengan Isha juga"Saiful Amri mengambil fail dan diteliti isi kandungan dengan terperinci. "Semua okay..Nanti kau semak balik..Aku dah sign..Lain-lain kau settlekan lah"Mikail mengambil semula fail yang dihulur Saiful Amri.Sejak Asfan tiada,dia yang menguruskan semua hal ehwal syarikat.Dia tidak mahu membebankan Atrisha dan Saiful Amri.Hanya sesekali Atrisha akan turun jika

