Bab 65 Suasana di Villa kasih riuh rendah dengan tawa anak-anak Saiful Amsyar dan Najlaa.Saiful Amri baru bersiap-siap hendak keluar.Dia hendak menghantar kereta Atrisha untuk diservis. Kadang-kadang ,Saiful Amri yang menggunakan kereta Atrisha ke pejabat kerana bimbang,rosak pula nanti jika dibiarkan tersadai tidak digunakan. "Abang nak pergi mana?"Soal Atrisha sambil mencapai pakaian didalam almari. "Hantar kereta Sha service..." "Kan abang long baru sampai?" "Sebab abang long atau Sha yang tak beri abang keluar?"Saiful Amri memerhati Atrisha dari atas kebawah. Atrisha cantik sangat dengan rambut yang masih basah.Saiful Amri berjalan menghampiri Atrisha dan memeluk isterinya dari belakang.Dia rindukan Atrisha. "Apa ni.."Terkejut Atrisha bila Saiful Amri memeluk dia dari belakang da