Bab 39 Tengahari itu Afeeya dan Shima habis kelas awal.Jadi mereka bercadang untuk makan tengahari dahulu sebelum pulang.Kedua sahabat itu hanya makan di restoran berhampiran dengan kampus kerana Akif sudah pesan untuk tidak pergi jauh. "Kau okay Feeya?Aku tengok macam tak sihat jer kau ni?" Soal Shima.Bimbang melihat wajah pucat Afeeya. "Tak tahu..dah dua hari pening kepala" Adu Afeeya. "Akif tahu tak?" Afeeya mengangguk.Akif sudah mengajak dia ke klinik tapi dia yang tidak mahu.Bukan dia tidak pernah pening kepala begitu. "Aku dah makan panadol dah..Tengok macam mana.." "So,jadi tak ikut program lindungan kasih tu?"Shima bar teringat tentang program fakulti untuk pelajar tahun akhir yang akan berjalan hujung minggu itu di Utara tanah air. "Join.Akif dah sign dah surat permission..

