Bab 56 Setelah Afeeya terlelap,Akif bingkas bangun.Membersihkan diri dan menunaikan solat isyaq.Waktu itu sudah jam dua pagi.Akif ingin ke rumah yang Riana tempatkan Farah dan Farish.Ada pekara yang masih belum selesai.Dikucup dahi Afeeya sebelum keluar dari bilik Afeeya. "Bob..Mana budak berdua tu?"Soal Akif sebaik orang upahan Riana membuka pintu untuk dia. "Ada,dibilik hujung bos..Yang lelaki dah sedar dari khayal" "Yang perempuan.Korang tak buat apa-apa pada dia kan?"Tanya Akif perlahan tetapi tegas.Dia tidak mahu Farah diapa-apakan. "Ish..Tak boss.Tak ada dalam task" Jawab Bob mengiringi langkah Akif kebilik hujung.Dia lihat Farish sedang Duduk di sofa dengan tangan terikat.Akif tidak membenarkan sesiapa membuka ikatan tangan Farish kerana dia mahu Farish rasa apa isterinya rasa

