Bab 53 Pagi itu Akif menghantar Afeeya walaupun Afeeya menolak.Dia bimbang keadaan kaki Akif yang masih bengkak lagi.Kasihan Akif kerana bersusah payah menghantar dia ke kampus pagi itu,tetapi balik nanti,Afeeya akan pulang dengan Shima sahaja.Lagipun dia hanya ada dua subjek sahaja hari itu.Jadi,Akif tidak perlu risau.Dia akan terus pulang.Sewaktu Akif hendak keluar dari pintu gerbang kampus Afeeya,kereta Aif ditahan oleh seseorang yang sangat dia kenal.Akif memerkir kereta ke tepi sebelum keluar. "Ada apa Farah?"Soal Akif sebaik keluar dari perut kereta. "Ermmm,Abang kenapa ni?Siapa pukul?Ni mesti sebab Feeya kan?"Farah menyerkap jarang.Siapa sahaja yang berani-berani membuat Akif jadi begitu?.Dia tahu dari Rizal.Jika Rizal tidak beritahu Akif dipukul,dia pun tidak akan tahu kerana le

