Afeeya merenung lautan yang terbentang luas.Sudah lebih setahun peristiwa dia diculik berlalu.Namun Afeeya tidak mungkin lupakan peristiwa hitam itu.Sejak peristiwa itu,Afeeya lebih menghargai Akif Ikhmal,lelaki yang tiba-tiba menjadi lelaki yang paling penting dalam hidupnya.Afeeya tidak tahu bagaimana dia mahu meneruskan hidup tanpa Akif kerana seluruh jiwa dan raganya hanya untuk lelaki itu. "Jauh menung sayang?"Afeeya tersenyum meleret.Malu bila direnung begitu oleh Akif.Lelaki itu masih sama.Tetap kacak seperti selalu. "Afra mana?" "Tu.."Afeeya menjeling kearah Shima dan Shamil yang sedang bermain dengan anak mereka di tepi pantai. "Haish..Bila kita nak dapat main dengan Afra ni sayang..?"Rungut Afeeya.Dari semalam,mereka masih belum dapat bermain dengan Afra.Jika dapat pegang pun

