Bab 43 Sampai dirumah Akif segera masuk kebilik untuk membersihkan diri.Ibu bapanya juga belum sempat Akif jumpa sedari semalam kerana semalam dia pulang lewat dan pagi-pagi lagi sudah pulang.Selesai menunaikan solat maghrib,Akif mencapai talifon.Tidak sabar untuk mendengar suara buah hatinya.Perasaan Akif hampa apabila setelah berkali-kali dia mendail nombor Afeeya,namun tidak berjawab.Kemudian Akif menghantar pesanan melalui whatapp juga tidak berbalas.Isterinya 'online'. Sahlah Afeeya merajuk.Talifon Shima juga dimatikan.Ah sudah.Malam itu tidur Akif tidak lena mengenangkan isterinya yang jauh,tidak tahu khabar hari itu.Akif lupa yang angin Afeeya seminggu dua itu tidak baik.Esoknya juga masih sama.Afeeya benar-benar merajuk. "Jauh menung?Teringat orang jauh ke?"Akuf menoleh kesebelah

