Bab 10

1311 Words
"Sayang, you tak tidur lagi?" Perlahan Akif bertanya. Takut suaranya mengejutkan ana-anak yang sudah lena. Afeeya beralih ke sofa dihujung bilik. "Belum..Kan dah janji nak VC dengan you..." Akif berhenti dari menaip dan menumpu perhatian pada Afeeya sepenuhnya. Afeeya cantik seperti selalu, "I ingat you lupa.." "I tak nak ganggu you.Mana tahu you busy lagi..Macam mana dengan progress projek you di sana?" "Macam tu jer..Sayang..I tak berminat nak cerita pasal kerja dengan you sekarang ni" Afeeya mencebik. Faham maksud Akif. Adalah mahunya Akif. "Mula lah miang dia sampai tu" "I rasa lambat sangat lah nak balik..Tengok you pakai macam tu. Lagi siksa batin I ni tahu" Luah Akif. Memang dia rindukan Afeeya. Berapa malam tidur Akif tak berteman. "I ke sana nak?"Akif mengangkat kening.. "You kan busy? Mana ada masa nak kesini" "You ingat,you jer boleh buat suka hati you...?" Lambat baru Akif ketawa,teringat apa yang dia buat dua tahun lepas. Waktu itu Afeeya berkrusus di Jepun selama dua minggu. Baru dua tiga hari Afeeya tinggalkan Akif,lelaki itu sudah tiba-tiba terpacul di muka pintu bilik hotel Afeeya. Teperanjat juga Afeeya dibuatnya. Akif kalau nak buat sesuatu bukan boleh ditegah. "Masa tu I ingat lagi. You patutnya ada seminar" "Ya..last, seminar dengan you dalam bilik" Akif ketawa berdekah. Mujur yang menguruskan kumpulan Afeeya teman Akif. Awal lagi Akif sudah beritahu Afeeya. Hendak tinggalkan dia bersyarat. "Kalau you lama lagi I nak datang sana"Suasana kembali serius. Afeeya tidak main-main. Dia mahu menemani Akif disana. "lagi tiga hari I balik. Tak apa lah sayang" "Erm, macam tak nak beri I datang jer ni. Ada apa-apa ke?" Duga Afeeya. "No..Nothing.. I cuma tak nak susahkan you sayang. Kalau ikutkan rindu I ni.Of course I nak you ada dengan I sentiasa" Sangkal Afeeya. Tidak mahu Afeeya salah sangka. Lagi dia takut, Afeeya bertemu Fatin. Kalau Afeeya lihat cara Fatin melayan dia,boleh jadi gaduh dibuatnya. "Betul ni..?I tak nak you sorok apa-apa dari I.." "Tak..Tak ada apa sayang..I cuma nak you saja.." "I rindu you tau" Perlahan Afeeya melepas keluhan panjang. Rindu benar dia pada Akif. "I pun sayang.. I rindu yo sangat-sangat..You jangan tidur lewat sangat." Akif lihat, Afeeya kelihatan agak penat. Mata Afeeya juga sudah kuyu. Mungkin sudah mengantuk. "Kejap lagi I tidur. You pun jangan tidur lambat sangat. Nanti kirim salam pada Dato Malik ya.. Makin sihat I tengok gambar dia tadi" Afeeya tersenyum panjang,dibalas Akif. Akif ingin bertanya tentang Yuni Aulia. Mana tahu Afeeya kenal tapi dibatal sahaja hasratnya. Akif bimbang Atrisha salah sangka. "Okay sayang.InshaAllah. Dah tidur. Esok I text you ya" "Baik..Esok I ada lunch di luar ya"Beritahu Afeeya sebelum terlupa. Takut Akif marah jika dia beritahu pada saat-saat akhir. "Dengan Naqie? berdua?" Soal Akif bertalu. "Ya,dengan Naqie tapi Fina ikut sekali.." Lama baru Akif mengangguk. "Ada Fina tak apa. Jangan pergi berdua pula.."Kepala yang tidak gatal digaru. Afeeya tidak tahu sampai bila Akif akan cemburukan Naqie.Dia tahu hendak membezakan antara hal kerja dan peribadi. Dia bukan jenis melayan. "I ingat..You pun sama..Jangan nak menggatal pula ya" Pesan Afeeya,menyerang balas. "Tengok..Kita ingatkan dia..Dia kata kita pula.. Dah.Nanti gaduh pula. Tidur dulu sayang." Akif mematikan perbualan mereka tentang Naqie. Dia tidak suka sebut tentang lelaki itu. Akif jika boleh,tidak mahu Afeeya ada kaitan dengan Naqie. Tapi apa kan daya. Soal kerja Afeeya dia tidak berani masuk campur. "Ya..I pun tak nak gaduh. Dah lah rindu.." "Tahu pun.. I pun rindu gila dengan you ni.." Afeeya ketawa manja sebelum melemparkan flying kiss pada Akif. "I love you sayang.." "Love you too.. Take care sayang" Ucap Afeeya sebelum menamatkan perbualan. Akif kembali menghadap Ipadnya,menaip sesuatu. Dia hampir sahaja telupa untuk beritahu Nabil tentang pertemuan antara dia dan Yuni Aulia secara rasmi esok. Ada banyak yang perlu dia bincangkan dengan Yuni tentang projek syarikatnya dan Hotel milik bapa Yuni. "Yuni Aulia.."Keluar nama itu dari bibir Akif. Dia tidak sedar bila terlelap kerana banyak berfikir. ************ Pagi itu setelah bersiap,Akif segera menuju ke bilik mesyuarat.Keadaan sekitar hotel agak lenggang kerana waktu itu bukan musim cuti. Akif mencari bilik yang diberitahu oleh Nabil. Malas Akif hendak tunggu Nabil. Lambat sangat. Akif tidak suka buat orang menunggu. Pintu diketuk bila Akif tiba dibilik yang dimaksudkan Nabil. Akif lihat ada seorang wanita sedang sibuk menulis sesuatu di permukaan white board. "excuse me.." Perlahan Akif menegur. "Ya..masuk Kif" pelawa Yuni. Akif tergumam. Nampak lain benar Yuni dalam pakaian tradisional Indonesia. Cantik sangat. "Mengapa? Ada yang salah?" Akif tersedar bila Yuni memetik jari dihadapan Akif. Merah padam wajah Akif. Malu. "Tak..You nampak cantik" "Aku tahu sih aku memang cantik" Ucap Yuni dalam nada bergurau. Dia mempelawa Akif duduk di kerusi yang telah disediakan. "Maaf Nabil belum sampai" "Ngak papa Kif. Masih awal. Kamu mahu coffee..tea?" "Coffee please..Thanks" Yuni menekan interkom. Meminta pembantunya membawakan air buat Akif. Fail di atas meja, Yuni serahkan pada Akif untuk diperiksa. Bapanya beritahu yang Akif sangat arif dengan projek mereka. "Bantu aku ya. Aku masih baru." "InshaAllah.." Yuni mencuri pandang kearah lelaki yang masih tekun menelaah isi dari fail projek yang baru beralih tangan. Yuni lihat,Akif memang seorang anak muda yang sangat berkaliber. Semalam lain perwatakan Akif. Tapi bila bekerja,lelaki itu jadi lain. Akif tidak banyak bercakap. "You ada soft copy? I rasa macam ada yang perlu I update. Data tak lengkap. Semalam I dah hantar report pada Dato" "After this, you just communicate with me...Its will be easy" Yuni menghulur kad namanya pada Akif. "Dato okay?"Soal Akif ragu-ragu.Nanti apa pula kata Dato. "Nothing to worry. I'm his daughter. Papa sudah serahkan projek ini pada aku. Jadinya, kamu terus ke aku. Gampang kan?" Yuni memetik jari. Dia tidak suka berputar-putar. Bapanya tidak akan membantah. "I ikut sahaja. Ini dari kami. You need to check. Clause four ni I dah revise.. Kalau okay. You need to sign here" Akif menerangkan pada Yuni satu persatu berkenaan projek yang bakal mereka jalankan bersama-sama. Jika semua okay. Akif akan kembali ke Belitung bulan depan untuk memulakan segala yang dirancang mereka. Usahasama syarikat mereka juga ada melibatkan Mirza Holding tetapi tidak banyak. Kerana itu mereka wakilkan Akif sahaja untuk uruskan semua. "Dimana Mas Nabil. Kok sudah satu jam ngak juga muncul.." Terdengar Yuni mengomel sendirian. Akif juga bimbang. "Ermm, I call dia dulu" " Ngak papa..Kita lagi khawatir.. Kemana aja Mas Nabil jam segini masih belum mampir. Apa patut kita dismiss sahaja our discussion" Akif serba salah. Nabil peguam syarikat mereka. Biasa Nabil tidak pernah lewat. Akif mula gusar. Apa sesuatu terjadi pada Nabil.Mohon dijauhkan. "Kamu lapar?Mari,aku traktir kamu lunch" "Lah..tadi bukan main risau" "Aku lapar... Kita doain sahaja Nabil ngak kenapa-napa..Yok..." Semua fail diatas meja Akif kemas semula. Perut Akif juga sudah berkeroncong. Dari pagi dia masih belum sempat menjamah apa-apa lagi. "Coffee house?" Soal Akif spontan. Bosan asyik makan,makanan yang sama. "Tidak lah... Aku traktir kamu Pecal lele..Di pinggiran jalan ke rumah aku punya toko pecel lele yang enak bangat" "Okay. I ikut sahaja..Fatin?" "Aduh..itu anak yang kamu pikirin..Sudah jatuh cinta kali?" Gurauan berbaur sindiran itu dijawab dengan senyuman. "Kamu ingat ya Akif..Kamu sudah punya isteri..Cantik lagi.." "Eh..merepek apa you ni Yuni..I have no feeling dengan Fatin. Macam adik-adik I sahaja tu. Akif menyangkal dengan penuh yakin. Dia memang tiada hati dengan Fatin. "Jomlah..I dah tinggalkan whatapp pada Nabil. Kalau dia nak,biar nanti dia cari kita" "Kamu share live location kamu aja.. Gampang untuk dia cari" Akif mengangguk setuju. Sudah blue tick. Sebentar lagi mungkin Nabil akan balas mesej dari dia.Jika tidak,makan kaki lah Nabil. "Sorry lambat. Ada hal tadi.. Sudah pesan makanannya?" "Sampai-sampai terus tanya makanan dah order ke belum.. Hal apa?" Bentak Akif. Nabil menarik kerusi dan terus duduk disebelah Yuni. "Dato ' minta dokumen yang dah ada sign Dato' Mirza" Akif mengangkat kening. Bukan semalam dia sudah beri pada yuni?. Pelik. "Mungkin papa lupa. Udah ku kirim ke secretary papa kelmarin" Beritahu Yuni bersahaja. "Ermmm, Tak apa lah. Dah settle pun tadi...Makanan dah sampai. Jom lah Makan. Aku ada order untuk kau sekali Bil" "Okay.. Thanks.."
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD