Bab 9

1002 Words
Akif melipat sejadah sebelum turut serta dengan Yuni dan Fatin di dek kapal layar. Susana cukup mendamaikan. Fatin memanggil Akif dan menarik Akif duduk di sampingnya. Yuni hanya memerhati sambil menyuap makanan ke mulut. Muak juga lihat drama Fatin. Tentu Akif rimas. "Kamu mahu jadi pelakor ya Tin?" Soal Yuni selamba. "Jaga sikit mulut tu ya Yu.." Bentak Fatin walau itu kenyataannya. Dia sukakan Akif lebih dari Shamil. "Iya..iya..ngerti..Kamu cuma mahu berteman..teman tapi mesra..." Ujar Yuni sambil ketawa. Akif juga turut geli hati mendengar kata-kata Yuni yang bersahaja itu. "You tak kisah kan Kif?" "Berkawan tak ada masalah.. Isteri okay jer." "Mana ada perempuan yang bisa lihat suami seganteng kamu ini dekat dengan perempuan lain Kif..Kalau aku ngak bisa" Ucap Yuni jujur. Dia seorang yang sangat cemburu. Mana mungkin dia berkongsi kasih. "Ya mungkin. Tapi kerja kita menuntut untuk jadi lebih profesional" "Tapi kalau yang datangnya persis Fatin bisa kamu tahan?" Mata mereka berlaga untuk sedetik sebelum Akif menjatuhkan kaca mata hitamnya. Takut dengan renungan tajam Yuni. "Kalau yang datangnya lebih dari isteri I..Mungkin..Tapi buat waktu ini,tiada wanita yang dapat ubah hati I" Jawab Akif jujur. Itu fakta. Akif harap Fatin faham. "Dengar Tin..Jangan jadi pelakor" Yuni cuba mengingatkan Fatin sekali lagi. Sebelum ini Shamil. Tapi Shamil tidak melayan. Shamil lebih keras dari Akif. Tapi pada pandangan Yuni, Akif memang punya daya penarik. Lelaki itu jujur. Mulut Akif tidak henti-henti memuji sang isteri. Agaknya,mungkin isteri Akif sangat cantik. Yuni penasaran juga ingin tahu. Jika tidak mana mungkin lelaki itu tidak henti-henti menyebut sang isteri. "Yuni..Kau sengaja mahu malukan aku ya?" Fatin menekan suara,menjegil mata pada Yuni. Dia fikir Yuni akan membantu dia hari itu tapi nampaknya tidak langsung. Yuni bagai tidak beri peluang buat dia. Rasa ingin sahaja Fatin campak Yuni ke laut. "Tidaklah.. Betul lah cousin you cakap tu" Muncung Fatin panjang. Akif pun sama. "Udah..Jangan merajuk deh. Aku sayang sama kamu Tin..Aku ngak mahu mengejar-ngejar suami orang. Naqie pantas buat kamu" Akif hanya memerhati. Tiada point untuk mencelah. "Tapi kamu tahu benar bukan bagaimana Naqie layan aku?" Yuni menghela nafas panjang. Bagaimana lagi hendak dia fahamkan Fatin. Dahulu Naqie begitu cintakan Fatin, tapi Fatin sendiri yang menghilangkan kepercayaan Naqie sampaikan cinta lelaki itu makin memudar terhadap Fatin. "Naqie di Malaysia kan Fatin?" "Iya lah. You mesti tahu. Bukan dia bekerja dengan Afeeya" Akif membetulkan kaca matanya. Dia agak kurang senang mendengar nama Naqie. Namun, dia juga ingin tahu apa menyebabkan hubungan Fatin dan Naqie berakhir. Jangan berkait dengan isterinya sudah. "Kenapa you tak duduk di Malaysia saja. Boleh dekat dengan dia?" Akif memberi cadangan. "Huh.. I baru sahaja stay sini..Lepas putus tunang.." Belum sempat Fatin menyambung, talifon bimbitnya berbunyi. Dia minta diri untuk menjawab panggilan dari bapanya. Kini tinggal Yuni dan Akif menyambung perbualan. "Iya Kif, before this, she's stay there..Same goes to me..."Akif mengangkat kening. Kenapa selama ini dia tidak pernah tahu. "Dah tu...Kenapa duduk sini?" "Papa minta aku pulang ke sini..Run his business here, I have no choice. Abang Hakimi ngak mahu tinggal disini..Fatin frust menonggeng kata orang Malaysia. Karna itu dia ikut bareng aku kesini" Cerita Yuni panjang lebar. "Kasihan dia..You?" Yuni menunjuk dirinya bila disoal Akif. "I prefer to be here.." Kata-kata Yuni seperti nada orang kecewa. "Boyfriend you?" Akif pun tidak tahu mengapa dia bertanyakan soalan yang terlalu peribadi begitu pada Yuni. Padahal itu kali pertama mereka bertemu. "Ngak pasti...LDR ini berat dong" Akif terdiam seketika. Teringat akan hubungan dia dan Dian. Long distance relationship memang sukar. Sukar dari segala segi. Hanya kuat sahaja mampu bertahan. "Ngapa diam?" "Nothing..." "Ini,kamu coba..Makanan dari hotel kita..Kamu yang pertama coba. Belum ada dalam menu" Akif terkejut bila Yuni menyuap makanan kedalam mulutnya. Dia tidak menolak kerana bimbang wanita itu terasa hati. "Wah..Impress..Resepi dari siapa?" Soal Akif ingin tahu. boleh tahan sedap. "Siapa lagi..Dari aku lah... Resepi ni dari dapur bonda aku sendiri" Beritahu Yuni dengan wajah teruja. "Serius?"Soal Akif tidak percaya. "Kamu fikir aku ngak bisa masak?Aku ini jaguh masak ya. Pernah jadi juara lomba masak waktu di Uni ya" Kepala yang tidak digaru. Akif terhibur dengan perangai Yuni. Tidak sangka gadis itu peramah. "I tak kata apa pun. Tapi memang sedap..Boleh masuk dalam menu hotel" Akif menunjuk isyarat bagus. "Eh, sudah jam berapa ya?Kalau kita telat nanti pasti papa khawatir..Dont forget about our meeting tomorrow ya" Hampir sahaja Yuni terlupa. Hari itu memang dia tidak mahu berbual soal kerja. Dia mahu berkenalan dengan bakal rakan kerjanya sahaja. Lagipun, semua itu dirancang Fatin. Bukan dia. Jika Yuni,cukuplah mereka minum kopi di hotel. "Jam lima...Rancak berbual?" Fatin yang baru selesai menjawab panggilan kembali duduk disamping Akif. Dari tadi dia lihat beria Akif melayan Yuni.Jika dengan dia, Akif nampak dingin. Apa dia terlalu memaksa. Akif tidak suka wanita yang terlalu menonjol barangkali. Fatin tidak akan putus asa. "Bual kosong.." Jawab Akif pendek. Dia menjarakkan kedudukan dia dan Fatin apabila wanita itu mula menyandar di bahunya. Akif kurang selesa begitu. "Yuk, Kita berkemas. Nanti telah sampai ke darat..Malam ini aku punya date sama papa..Mau ikut bareng?" Pelawa Yuni. "Malam ni I nak buat report.." "Nak buat report ke atau nak hantar report pada wife you" Akif tersenyum sumbing. Memang dia sudah berjanji hendak buat video call dengan Afeeya malam nanti. Akif rindukan Afeeya. "Gitulah family man.. Cowok dambaan para gadis" Usik Yuni.Pinggan kosong ditanggan Akif diambil Yuni untuk dibasuh. Gadis itu nampak tidak kekok melakukan kerja-kerja mengemas dan mencuci pinggan walau lahir dari keluarga kaya. "Piring aku Yu.." "Punya tangan bukan?Angkat sendiri dan cuci sendiri" Hendak sahaja Fatin hentak pinggan kaca itu ke kepala Yuni. Apa Yuni juga mahu cuba memikat Akif. Tak mungkin. Mana Yuni hendak campakkan Talhah. "Macam-macam lah korang berdua ni.." Akif menggeleng melihat keletah dua bersaudara itu. "Yuk..kamu bisa kemudi kapal Kif?"Soal Yuni tiba-tiba. "Boleh..I pernah bawa several time" "Kalau gitu,kamu aja yang bawa..Aku bisa record scenario sunset" "Boleh..boleh...I will drive for you. No worries. InshaAllah sampai" "Kamu yakin?" Yuni mengangkat kening menjeling Akif. "Sure..Jangan risau.." Yuni mengangguk dan kemudian meninggalkan Akif sendiri. Akif mengambil tempat di tempat memandu. Mereka sudah agak lewat untuk ke tanah besar.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD