Dari kejauhan. Akif lihat susuk Dato Malik di jeti. Tidak nampak pula Dato Malik seperti mahu snorkeling. Langkah dipercepatkan ke jeti. Cuaca sangat baik pagi itu.
"Assalamualaikum Dato" Sapa Akif sebaik hampir dengan Dato Malik. Tangan dihulur sopan.
"Waalaikumusalam anak muda... Bagaimana khabarnya Dato Mirza?" Soal Dato Malik sebaik mereka berjabat tangan. Mungkin kerana lama sudah tinggal di Indonesia,jadi cara bicara Dato Malik juga sudah terikut-ikut dengan loghat Indonesia di Pulau Belitung. Bagi Akif bahasa yang digunakan masyarakat di Belitung agak sama dengan Bahasa melayu Malaysia. Mungkin kerana hampir dengan Malaysia.
"Baik saja Dato"
"Lama udah tidak ketemu sama kamu ya Kif..Sudah dewasa. Katanya sudah punya anak" Akif tersenyum mengangguk.
"Ya Dato,sudah dua orang..Pair.."
"Alhamdulillah.."
"Nabil beritahu Dato ajak saya snorkeling?" Dato Malik ketawa.
"Pandai saja Nabil. Masakkan saya yang menyelam,kok tidak timbul-timbul lagi saya" Dato Malik ketawa sendiri. Akif sama-sama ketawa. Tapi jika bukan kerana snorkeling, apa tujuan mereka kesitu. Sudahlah dia pakai begitu.
"Sebentar..."Dato Malik meminta Akif menunggu seketika sementara dia berjalan menuju ke kapal layar mewah miliknya.
"Ah,macam-macam pula lah..."Keluh Akif sendiri sambil membetulkan kaca mata hitamnya.
"Sorry lama menunggu...Ini saya kenalkan..Anak saya Yuni Aulia dan yang satu lagi ini,anak saudara saya Fatin Nuraysa. Pasti kamu sudah kenal dengan Fatin bukan?"Akif mengangguk sambil membalas huluran salam kedua gadis itu.
"Kenal Dato. "Akif makin pelik. Apa kena mengena pula urusan mereka dengan kedua gadis itu.
"Begini. Saya punya hal lain. Sekarang projek yang sedang kamu kerjakan itu, sudah diambil alih oleh anak saya Yuni..Hari ini,saya mahu kenal-kenal dahulu sebelum bekerja ya" Barulah Akif faham. Patutlah semalam Nabil beritahu ada perempuan cantik di pejabat Dato Malik. Tapi setahu Akif, Dato Malik tiada anak perempuan. Akif kenal dengan Hakimi, satu-satunya anak Dato Malik.
"Baik Dato. Jadi hari ni saya perlu entertain dua gadis cantik ini atau"
"Tidak..kami host..Kamu tetamu kami. Mana bisa kamu yang melayan kami pak" Sampuk Yuni. Gadis cantik itu mula bersuara.
"Panggil Akif saja"
"Maaf...Lupa kan,di Malaysia jika bapak bapak itu seperti Om..Om ya..?" Yuni menutup mulut menahan tawa. Lupa dengan siapa dia bercakap.
"Kepo.. Uncle..serahkan Akif pada kami. Nanti apa-apa kami beritahu"
"Ya udah. jangan pulang lewat sore"
"Iya pa..Jangan risau.." Sambung Yuni dalam bahasa yang bercampur. Lenggan bapanya di peluk erat.
"Jika begitu,saya permisi duluan. Senang-senang ya" Ucap Dato Malik sebelum beredar.
"Kenapa you tak beritahu I dari awal yang Dato Malik tu uncle you Fatin?" Soal Akif sambil berjalan seiringan dengan Fatin dan Yuni.
"Untuk apa?"
"You plan aktiviti hari ni?"Akif masih tidak berpuas hati. Rasa seperti buang masa dia sahaja. Kalau Afeeya tahu,masak Akif.
"You tak suka?" Akif tidak menjawab. Dia melangkah masuk kedalam kapal layar sebelum membantu kedua gadis itu. Akif lihat Yuni tidak banyak bercakap. Gadis itu nampak lebih santai. Sesekali Akif mencuri pandang kearah Yuni yang mengemudi sendiri kapal layar itu.Cantik dan anggun. Tidak perlu mendedahkan tubuh, gadis itu tetap terlihat cantik.
"Eh, Akif..kau dah kenapa?" Getus hati kecil Akif. Dia tersedar yang sedari kali pertama dia lihat Yuni dia sudah terpegun dengan kecantikan dan tingkah gadis kacukan Malaysia Indonesia itu.
"Jauh menung.."Teguran Fatin mengembalikan Akif kealam nyata.
"Tak ada apa.."
"I nampak you pandang Yuni dari tadi..Dia dah ada boyfriendlah" Akif megigit bibir.
"Kenapa you fikir i pandang dia?You jealous?"Duga Akif. Sengaja menutup kekalutan dihatinya.
"Jealous juga lah.." Jawab Fatin jujur.
"Merepek you ni. I husband orang tau.." Akif cuba mengingatkan Fatin lagi. Bukan untuk Fatin sahaja.Tapi untuk diri dia sendiri juga. Akif bimbang dia tergelincir. Dia cintakan Afeeya. Tidak wanita lain.
"Ya..sorry.." Fatin bangun meninggalkan Akif sendiri. Akif membelek talifon. Sebelum terlupa,baik dia hantarkan gambar dia dan Dato Malik tadi. Mujur sempat juga mereka bergambar. Jika tidak,jenuh juga dia hendak menjawab dengan Afeeya.
********
Hampir 40 minit perjalanan,mereka bertiga tiba di Pulau Lengkuas. Air jernih yang membiru sungguh menakjubkan. Akif benar-benar tepersona. Bukan Pulaunya sahaja cantik. Orang-orangnya juga cantik belaka.
"Yuk,kita turun dari sini..Kamu bisa?"Ucap Yuni dalam nada berseloroh. Kacak lelaki itu. Wajarlah Fatin tergila-gila sangat.
"I? " Yuni mengangguk. Menghulur google kepada Akif.
"Ya lah.siapa lagi. Disini cuma ada aku,kamu dan Fatin.."
"Jomlah..Borak apa lagi..."Belum sempat Akif memakai google, Fatin sudah menolak Yuni hingga jatuh kedalam laut.
"Kamu ini Tin...waduhhhh" Fatin mengekek bila Yuni sudah basah kuyup. Fatin menggelak bila Yuni memercik air kearahnya. Akif hanya tersenyum menggeleng melihat keletah dua sepupu itu. Janggal pula dia rasa bila berada disitu dengan wanita yang baru dia kenali. Akif tidak biasa.
"Akif, jomlah.." Tanpa sempat menggelak, tangan Akif ditarik Fatin terjun kedalam laut.
"Gimana Kif? seronok?Kamu biasa bermain di laut?" Dahi Akif berkerut. Antara faham dan tidak maksud Yuni.
"Maksud Yuni, You biasa tak buat aktiviti macam ni?" Lambat Akif tersenyum. Dia fikir apa.
"Snorkeling jarang tapi I biasa surf.." Wajah Yuni agak teruja. Akif juga meluncur. Sama dengannya.
"Aku juga bisa surfing.." Akif mengangkat kening. Kagum. Tadi dia lihat, Yuni sendiri yang mengemudi kapal layar, serba boleh dan cantik.
"Elegant and energetic.."Puji Akif tanpa sedar.
"Apa?" Soal Yuni antara dengar dan tidak dengan kata-kata Akif.
"Nothing,kita kesana?"Tunjuk Akif. Fatin dan Yuni hanya mengikut. Mereka mula menyelam di dasar laut yang jernih dan tidak berapa dalam. Air laut juga tenang. Akif mula seronok bila lihat banyak ikan-ikan berlegar-legar disekitar mereka. Dia terleka dengan keindahan dibawah dasar laut itu. Dari dahulu Akif sukakan laut. Kerana bila dia mendengar deruan ombak laut yang memukul pantai,segala masalah dia akan hilang.
"Kok kamu suka termenung ya Kif? Kepikiran isteri?anak-anak?" Akif tidak sedar Yuni sudah duduk disebelahnya. Air tin yang dihulur Yuni bersambut.
"Kangen sama mereka?"
"Mestilah rindu.."
"Aku juga kangen sama pacar aku.."Lama Yuni menghela nafas panjang.
"Pacar you kat mana?"
"Ada di Malaysia..."
"Kamu bercinta dengan Malaysian?"
"Ia deh..Ngapa?Ngak cocok?Aku juga darah Malaysia. Lagian aku biasa aja tutur dalam bahasa Malaysia. cuma kita lagian di Indonesia.."Akif ketawa kecil. Kelakar juga wanita yang satu ini.
"Macam itu pun boleh.."
"Boleh aja Kif..Kamu lapar?" Akif mengangguk. Sudah jam tiga petang. Memang dia lapar.
"Bentar ya.. kamu mahu solat dulu?Maaf..Tadi tas kamu lagi jatuh. Sejadah kamu ikut jatuh mulu.."
"Ya..Lepas solat i will help you to prepare our lunch?"
"No worries..Everything had been prepared..Aku cuma mahu panaskan aja. Toilet is there"Tunjuk Yuni sebelum menghilang ke dalam kabin.Mungkin ke dapur. Fatin entah dimana. Tak kan mandi lagi. Akif terpaksa menunggu.