Dari jauh Fatin sudah lihat lelaki yang dia tunggu-tunggu sudah berada di lobi hotel. Beberapa hari itu dia Cuba menjejaki lelaki itu, tapi Akif seolah-olah menggelak dari dia. Ada sahaja alasan Akif jika mereka bertembung. Kali ini dia pasti lelaki itu sedang lapang. Dengan pantas Fatin bergegas mendapatkan Akif yang sedang minum kopi di meja paling hujung lobi.
"Hai..." Sapa Fatin lembut. Duduk menghadap Akif tanpa dipelawa.
"Hai..." Pendek balasan Akif sebelum kembali menghadap skrin talifon. Akif sedang berwahatapp dengan buah hati pengerang jantung nya.
"busy ke tu?" Fatin rasa diabaikan bila Akif langsung tidak memandangnya. Buat penat dia berhias cantik-cantik seperti perempuan melayu terakhir itu.
" Tengah whatapp dengan wife I"
" Oh, kalau macam tu tak apalah.. Sorry menganggu" Suara Fatin berbunyi hampa. Baru dia hendak bangun, Akif segera menarik lengan wanita itu hingga Fatin terduduk kembali.
" Sorry Fatin.. Cantik you berbaju kebaya. Nampak manis" Rasa macam mimpi pula Fatin bila Akif tiba-tiba memujinya
Dia ingat Akif tak perasan.
" Eh, kenapa sorry. I yang ganggu you"
" I Kalau tgh whatapp dengan wife I, memang jadi khayal kejap.." Ucap Akif jujur.
" Seronok jadi isteri you ya..." Akif mengangkat kening. Ya, seronok. Afeeya sahaja yang tahan dengan kerenah dia.
" Seronok? I ni kuat cemburu tahu" Fatin ketawa. Lebih baik kuat cemburu dari tidak dipedulikan.
" Cemburu tanda sayang" Akif memgangguk setuju. Tapi cemburu dia kadang - kadang melampau. Dia harap,Atrisha tidak akan bosan dengannya.
" You okay isteri you bekerja?" Akif menoleh Fatin sekilas sebelum menggeleng.
"Tak..I rasa bagus juga my wife kerja. At least dia tak bosan duduk rumah"
"Bukan ke lelaki suka kalau isteri tak kerja,duduk rumah,layan suami?" Akif tersenyum lagi. Selama ini pun Atrisha tidak pernah culas menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu.
"Isteri bukan dikahwini untuk jadi orang gaji dirumah atau hanya jadi pelayan kehenda suami sahaja Cik Fatin" Jelas Akif lembut. Fatin turut tersenyum. Kagum dengan pemikiran Akif. Susah hendak jumpa lelaki seperti Akif lagi. Jika ada pun,semua mahu dia duduk dirumah.Meninggalkan kerjayanya.
"You masih tak sambut pelawaan i..." Akif mengangkat kening.
"I ajak dinner kan?"
"Ye ke?" Akif lupa benar bila Fatin mengajak dia keluar.
"Sorry..I lupa or maybe i tak perasan whatapp you"Ucap Akif jujur.
"You takut Afeeya tahu ke?" Akif ketawa mendengar kata-kata Fatin. Nampak kelakar tapi serius dia memang takut jika Afeeya dapat tahu dia keluar berdua dengan wanita lain di luar waktu bekerja. Boleh perang besar dibuatnya.
"I hormat my wife. Hari tu you dah belanja i dinner cukuplah kot" Fatin megeluh panjang. Agak kecewa dengan jawapan Akif. Tapi lelaki begitulah yang Fatin suka.
"Ermm,okay. I pun respect dengan pendirian you. Kalau macam tu,kita jumpa lagi nanti. I got to go..." Akif membalas lambaian Fatin sehingga wanita itu hilang dari pandangan. Akif menoleh jam ditangan. Lambat betul Nabil.
*************
"Kau dari mana tadi?" Soal Akif bila lihat Nabil datang kepada dia dengan berlenggang. Mana fail yang patut Nabil bawa. Bukan mereka patutnya berjumpa dengan Dato Malik petang itu.
"Bilik..Terlelap tadi..."
"Kau pakai macam ni macam nak pergi bersiar tepi pantai dah kenapa?"
"Releks lah Kif..Dato ajak pergi snorkeling kat Pulau Lengkuas" Ujar Nabil selamba. Akif ingin ketawa, Masakan Dato Malik yang sudah lebih separuh abad itu minat dengan aktiviti begitu?.Bukan Dato Malik lebih suka bermain Golf,bersantai-santai. Pelik Akif.
"Asal muka kau macam tu?Tak percaya... Dah tu dia ajak kau jer.Bukan aku?" Dahi Akif berkerut. Apa mimpi Dato Malik agaknya.
"Yang pelik-pelik sajalah orang tua ni...Dahlah..Aku nak pergi siap kejap..Nanti kau whatapp aku location. Aku minta driver hantar pergi sana" Mahu tidak mahu,Akif terpaksa turutkan sahaja kehendak Dato Malik.Hendak ditolak tidak manis pula. Tujuan dia kesitu memang mahu bertemu dengan ahli perniagaan itu. Sudah lama urusan mereka tertangguh.
Setelah bersiap,Akif segera turun kerana tidak mahu terlewat ke jeti. Jam sudah menunjukkan pukul 10 pagi. Lagi lambat,lagi tinggi matahari. Baru melabuhkan punggung kedalam kereta, talifon Akif berdering minta diangkat. Akif tersenyum melihat gambar di skrin talifon.
"Assalamualaikum Daddy"
"Waalaikumusalam...Afraa buat apa jer tu?" Soal Akif lembut.
"Baru siap..Kejap lagi nak keluar dengan mummy" Akif mengangkat kening. Bukan tadi Afeeya beritahu yang Afeeya ada mesyuarat di pejabat.
"Eh,mummy tak kerja ke?"
"Meeting cancel last minute.. Afraa tengah cuti ni,I nak bawa anak-anak keluar jalan" Terdengar suara Afeeya dari arah bilik mandi.
"Sayang bertiga jer ke?" Afeeya mengangguk. Apa yang Akif hendak hairan.Bukan dia tidak biasa bawa anak-anak keluar tanpa Akif. Afraa menghulur talifon kepada Afeeya sebelum berlari keluar dari bilik ibubapanya.
"Pergi mana jer?" Soal Akif pendek. Antara setuju dan tidak. Dia risau kerana Adiff sudah pandai meragam. Bimbang Afeeya sukar menjaga anak-anak mereka.
"Dekat jer..Bawa diorang pergi IOI..You ni risau sangatlah sayang..." Akif mendengus.
"Kenapa tak ajak mama?"Afeeya ketawa kecil.
"Akif Ikhmal...I cuti..Tak kan time cuti pun I nak ganggu mama. You tak percaya pada I?" Soal Afeeya separuh merajuk. Akif menggeleng. Bukan itu maksud dia.
"Bukan sayang. Don't get me wrong. I'm just worry about you and the kids."
"Jangan risau. I'm okay with it... Jangan risau sangat. You nak kemana ni?" Soal Afeeya mengalih topik perbualan. Akif nampaknya seperti bukan sedang bekerja.
"Dato ajak I snorkeling..." Afeeya menakup mulut membayangkan Dato Malik ber snorkeling.
"Kenapa you gelak"
"Ya lah..Mimpi apa Dato Malik tu nak pergo snorkeling..Ya..ya jer you ni sayang..Dato Malik ke..Malika ni?" Duga Afeeya.
"Betul lah..I pun tadi rasa nak gelak...Tapi entahlah.Apa mimpi dia..Nabil lah ni" Akif teringat pada Nabil. Itu semua pasti olah Nabil hendak mengenakan dia.
"Ermm, macam pelik jer kan..Nanti hantar gambar you dengan Dato.." Kata-kata Afeeya membuatkan Akif rasa seronok. Jarang Afeeya meminta dia memberi laporan harian. Sungguh Afeeya curiga dengan dia.
"Boleh sayang. No problem. I okay jer. Bukan ada apa pun I nak sorok dari you" Afeeya mengigit bibir.
"Jangan buat macam tu boleh tak?" Akif memperlahankan suara. Takut didengari pemamdunya.
"Apa..?" Soal Atrisha tidak faham.Akif memberi isyarat supaya Afeeya jangan lagi mengigit bibir begitu. Akif tidak fokus.
"You saja kan? Lambat pula I nak balik.." Ucap Akif separuh berbisik.
"Ish,mengada betul dia ni... Sudahlah sayang.I nak siap sebelum Adiff bangun. You jangan nakal-nakal ya.."Pesan Afeeya seperti biasa.
"InshaAllah tidak...You tu..Jangan pakai seksi-seksi time I tak ada" Akif pula menitip pesan buat Afeeya. Dia tidak mahu lagi Afeeya mendedahkan tubuh kepada lelaki lain. Afeeya hanya untuk tatapan dia sahaja.
"Ia sayang..Jangan risau..I ingat pesan you tu..Bye sayang..Love you" Afeeya memberikan flying kiss sebelum mematikakn talian.Akif menghela nafas panjang. Rindunya dia pada anak isteri. Lagi tiga hari baru kerjanya habis disitu. Rasa lama pula kali ini. Akif melemparkan pandangan ke luar cermin kereta. Cantik permandangan Pulau Lengkuas. Laut membiru. cukup mendamaikan.