Sudah dua hari Akif di Belitung. Selama dua hari dia disitu ,Akif masih belum dapat bertemu empat mata dengan pemaju. Dia harus cepat pulang kerana banyak urusan di Kuala Lumpur yang masih belum selesai. Akif berjalan di persisir pantai seorang diri,mengambil angin petang.Afeeya sibuk agaknya. Dari tadi dia mesej,belum ada satu pun yang berbalas,talifon juga tidak berangkat.
"Hai handsome..." Terkejut Akif bila tiba-tiba Fatin Nurasya muncul dihadapan dia secara tiba-tiba.Akif mengalihkan pandangan bila lihat susuk tubuh Fatin yang hanya dibaluti bikini dan kain pario. Cantik tapi bukan citarasa Akif. Terlalu seksi. Teringat pula pada Afeeya yang dulu. Spontan Akif tersenyum sendiri.
"Buat apa seorang kat tepi pantai ni?" Soal Fatin bila lihat tiada respond dari pihak Akif. Lelaki itu hanya tersenyum. Akif memang sukar untuk didekati seperti mana yang dikhabarkan kakaknya Nadira. Lihatlah waktu dia lemas dahulu. Lepas sahaja Akif buat CPR,lelaki itu terus sahaja pergi. Mujur Akif terima perlawaan dia untuk makan malam.Itupun Akif tidak banyak cakap. Berat betul mulut Akif hendak berbual mesra.
"Saja..Tunggu my 'wife' call.." Sengaja Akif menekan perkataan 'wife' itu supaya Fatin tahu dia sudah beristeri.
"oo..oh...I menganggu?" Akif menggeleng. Fatin tersenyum meleret. Sudah beristeri rupa-rupanya.Tengok gaya seperti masih bujang.Tapi suami orang lebih bagus.Lebih banyak pengalaman. Lebih mencabar.
"Kenapa you senyum?" Soal Akif pelik.
"Tak sangka you dah kahwin.Nampak macam orang bujang saja." Akif tersenyum.Menganggap itu satu pujian biasa. Memang biasa orang menganggap dia lelaki yang masih belum berkeluarga.
"I dah kahwin..Anak dua...Anak sulung i dah enam tahun"
"Wow.. Tak sangka.Wife you mesti cantik kan?" Fatin cuba memancing. Memancing Akif untuk terus berbual.
"Alhamdulillah..My wife memang cantik. You should meet her"
"I hope so..One day. Teringin juga i jumpa wife you tu. Mesti hebat kan?"Akif tersenyum lagi. Afeeya memang hebat dari semua segi. Akif terlalu cintakan wanita itu.
"InshaAllah. You patut jumpa dia. Maybe boleh berkerjasama dengan my wife sebab my wife berkerja dengan my dad" Fatin mengangkat kening. Kalau berkerja dengan Dato Mirza,mungkin mereka pernah bertemu. Selain Imani,ada lagi ke wanita cantik dalam syarikat Dato Mirza itu.
"Imani kakak you kan?" Akif mengangkat kening. Fatin kenal dengan Imani?.
"Haah.Imani kakak sulung I..You kenal?"
"Of course i kenal..I biasa jer jumpa Imani sebab ada beberapa projek I dengan Imani."Jelas Fatin panjang lebar. Kecil betul dunia. Kenapa dia tidak pernah tahu Imani punya adik lelaki sekacak Akif Ikhmal.
"Ya ke?Wife i you tak pernah jumpa?"
"Siapa?"
"Afeeya.." Fatin mengigit bibir.Afeeya? wanita yang Naqiuddin gilakan itukah yang Akif maksudkan?. Afeeya isteri orang. Fatin tersenggih sendiri. Sungguh dia tidak sangka. Padan lah Afeeya dengan Akif. Tapi dia apa kurangnya.
"You senyum-senyum kenapa?You kenal?"
"Afeeya?"Akif mengangguk.
"Kalau Afeeya Richardson yang you maksudkan,kenal sangat. Dia banyak projek dengan my Ex Fiancee.." Jawab Fatin bersahaja.
" Ex Fiancee..Siapa?"Soal Akif ingin tahu. Fatin sudah pernah bertunang. Apa sebab agaknya wanita secantik Fatin ditinggalkan.Atau mungkin Fatin yang meninggalkan. Terdetik juga hati Akif ingin tahu.
"Naqie..You kenal?" Lambat Akif mengangguk. Agak terkejut tapi dia Cuba berpura-pura seperti biasa.
"Oh..Naqie...Kenapa you putus tunang dengan dia?I kenal Naqie tu dah lama. Dia bukan kaki perempuan,kaki enjoy apatah lagi"Duga Akif.
"Hurmm,panjang ceritanya..I rasa macam tak patut pula i cerita pada you.Kami dah break off tapi kami masih baik lagi"
"Sorry...Tak perlu share if you not ready. I feel sorry about that." Akif membetulkan topinya sebelum mengajak Fatin beredar dari pantai.Hari sudah hampir senja. Risau pula Akif jika Afeeya menelefon dia waktu itu.Lagi-lagi jika Afeeya nampak dia dengan wanita lain,seksi pula tu. Fatin mengekori langkah Akif.Tidak puas menatap wajah Akif yang kacak itu. Jika Akif jadi miliknya,alangkah indahnya dunia.
"Malam nanti i belanja you dinner?"Pancing Fatin. Harapan dia besar sekali. Fatin berharap Akif akan setuju. Fatin tahu Akif kesana seorang diri sahaja. Jadi,berkemungkinan lelaki itu perlukan teman.
"Dinner? I dah janji dengan my friend nak makan di Tanjung Tinggi" Beritahu Akif jujur. Memang dia ada temujanji dengan Rudy malam itu. Kebetulan temannya dari Jakarta itu sedang bercuti disitu selama dua malam. Dia dan Rudy sudah lama berkawan.Sejak dari zaman universiti lagi. Belajar diluar memang satu kelebihan. Dia punya teman dari seluruh pelosok dunia. Tidak susah pun jika dia sesat dimana-mana.
"Rudy?"
"You kenal?"Soal Akif spontan.Habis semua yang dia kenali juga Fatin kenal.Hebat betul wanita dihadapan dia itu. Seketika kemudian Fatin menggeleng sebelum tertawa kecil.
"Tak lah..I tak kenal pun..Kalau macam tu tak apa lah.Nanti menganggu pula" Akif tidak menidakkan atau mengiakan.Lelaki itu hanya tersenyum pendek.
"Erm,i minta diri dulu Fatin.Nak Maghrib dah.. InshaAllah nanti kita jumpa lagi" Dengan sopan Akif memohon diri. Dia tidak selesa berdua lama-lama dengan Fatin disitu. Nanti timbul pula gosip.
"Okay. See you soon "
"Okay..Thanks"
"Welcome..."Jawab Fatin separuh berbisik. Matanya masih tidak lepas dari memandang langkah lelaki itu hingga hilang dari pandangan. Fatin menghela nafas panjang. Susah betul hendak dekat dengan Akif. Fatin teringat pada Afeeya,isteri Akif. Dia tidak nafikan yang Afeeya memang cantik. Cantik kerana berdarah kacukan. Jika hendak dibandingkan dengan dia, Fatin rasa dia juga tidak kalah. Ramai sahaja lelaki yang mahukan dia.Tapi dia sahaja yang tidak mahu. Hanya Naqiuddin yang masih bertahan. Naqiuddin? Hurmm, kayu. Tak seperti Akif Ikhmal. Lelaki milik Afeeya itu penuh persona. Mengapa semua lelaki seperti Akif Ikhmal sudah dimiliki orang?.
***********
"Sayang, you masih di office lagi?" Soalan Akif dijawab dengan anggukkan. Afeeya masih sibuk menghadap kertas yang dipegang.
"Sayang,pukul berapa nak balik? You dengan siapa dekat office ni?" Soal Akif risau. Kebelakangan itu, Afeeya sering pulang lewat malam. Akif risau akan kesihatan Afeeya. Dia tidak mahu Afeeya lelah dengan kerja pejabat. Pulang ke rumah hendak mengurus dia serta Anak-anak lagi. Lagi dia risau jika Amar ada bersama-sama Afeeya.
" Kejap lagi I balik. Lagipun Kak Long ada tu. Tengah discuss dengan HR. You jangan risau ya. You dah dinner?" Afeeya mengalih pandangan kearah skrin talifon. Baru dia perasan yang Akif sudah siap berpakaian.
"I baru nak keluar dinner dengan Nabil."
"Nabil ke Nabilla?" Usik Afeeya. Dia tahu Akif ke Belitung bersama-sama Nabil. Afeeya percaya pada Akif. Dia tahu hati budi suami dia itu.
"Sejak bila insecure ni sayang?"
"Please. Mana ada. You pergi lah dinner dulu. Nanti malam sikit, kita VC ya" Afeeya mengenyit mata, terus-terusan mengusik Akif.
"of course lah sayang. Make sure Anak-anak, you tidur kan dulu tau" Afeeya ketawa kecil. Akif masih tidak berubah.
"pervert!" Akif ketawa seronok mengusik Afeeya.
"Okay sayang, I nak keluar dah. Jangan lupa malam ni.. Don't breaking your promise okay?" Akif mengingatkan Afeeya apa yang sudah Afeeya janji pada dia diawal perbualan mereka tadi. Akif tidak kira. Itu semua sebagai balasan kerana Afeeya tidak menjawab panggilan dari dia dua hari itu.
" Ya, I ingat lah Mr. Pervert. Text me when u reach your room alright?"
"Noted. I love you so much sayang"
"Me too... Love you so much hubby" Rasa ingin sahaja Akif melompat kedalam skrin talifon saat itu. Rindu pada Afeeya seperti mereka baru-baru kahwin dulu. Perasaan itu sama. Tidak berubah.
************
"Sayang, I nak kena keluar dah ni. Ada meeting jam 10 pagi ni.. You jangan lupa Makan ya sayang" Pesan Akif. Dia tahu, Afeeya susah hendak keluar Makan tengahari.
" Ya sayang.. I tahu you tu. Jangan lewat lunch. Pagi ni pun tak breakfast.. Entah pukul berapa tidur malam tadi kan?" Duga Afeeya. Wajah Akif kelihatan penat.
"Eh.. Eh... Tanya kita pulak.. Bukan malam tadi orang tu minta kita teman dia ke?" Afeeya tersenyum sumbing. Bagaimana dia boleh lupa. Bukan dia ke semalam minta Akif menemani dia hingga dia terlelap. Mengada - ngada betul dia. Syukur Akif mau melayan kerenah dia.
" I rindu you lah sayang.. "
" I pun.. You busy. If not, I dah suruh you datang sini.."
" Ya ke? Entah - entah, mata you tu kenyang tengok perempuan kat sana tu?"
" Tak lah sayang.. Semua perempuan I nampak you, macam mana?" Ucap Akif sambil ketawa. Sesekali dia membetulkan rambut yang terjuntai.
" Sudahlah. Layankan you sampai bila pun tak habis. Malam ni I tunggu you tau.. "
" Okay sayang.. You jangan nakal-nakal pula ya.. " Afeeya mencebik. Bukan dia patut di ingatkan, tapi Akif. Lelaki, bukan boleh dibiarkan sendiri lama-lama. Risau Afeeya.
Usai berbual dengan Afeeya, Akif segera keluar dari biliknya. Dia perlu menghadiri dua Mesyuarat pagi itu. Lepas makan tengahari nanti, dia perlu ke tapak cadangan projek. Kalau semua tiada masalah, lusa Akif sudah boleh pulang ke Malaysia. Mindanya sudah tidak ada di situ. Akif masih terfikir tentang apa yang Fatin kata kan pada dia kelmarin. Betul ke yang Naqie sudah putus tunang? Buat apa pula Fatin hendak berbohong. Ah, serabutlah Akif..