"Feeya.."Afeeya berhenti bila dipanggil Imani yang sedang berdiri dan berbual -bual dengan seorang lelaki yang Afeeya tidak kenal.Mungkin client baru mereka.
"Feeya...encik Amar..encik Amar.Ni adik ipar I.."Amar mengangkat kening sambil menghulur tangan kepada Afeeya.Pantas wanita itu menyambut.
"Adik ipar?You tak pernah beritahu pun ada adik ipar?Wife Akif?"
"Habis tu?Adik lelaki I seorang jer tu pun"Amar ketawa hingga menampakkan lesung pipit dikiri kanan pipi lelaki itu.Sama seperti Naqie.Cuma Naqie punya satu sahaja lesung pipit dibelah kiri pipi.
"Feeya..Amar Managing diretor baru kita..Kak Long punya classmate dulu..Bujang terlajak"Kali ini,Afeeya yang tersenyum.Kacak,berkerjaya seperti itu masih lagi bujang.Sesuatu betul.
"Kenapa senyum.You fikir apa?"Tegur Amar seakan tahu apa yang sedang Afeeya fikirkan.
"Nothing..Selamat datang ke Mirza holding.Selamat bekerjasama.Anything pasal kewangan,boleh cari I"Ucap Afeeya mesra.
"Okay.Thank you"
"Kalau macam tu,i minta diri dulu.Ada kerja nak buat.Apa-apa Kak Long cari Feeya dalam bilik.Nak balik awal hari ni"Pesan Afeeya dengan suara separuh berbisik.Imani menggeleng.Faham maksud Afeeya.
"Tak kelip mata tu.Pantang tengok perempuan dahi licin you ni kan?Tu adik ipar i tau.You tahu Akif macam mana kan?Jangan kacau"Imani memberi peringatan.Dia faham sangat perangai Akif.Akif tidak suka ada yang menganggu kepunyaannya.
"You tak pernah beritahu I pun yang Akif tu dah kahwin?"
"Hello Mr.Amar..Bukan semua benda I nak report you...Dah tujuh tahun Akif kahwin.Anak dah dua pun dah"Beritahu Imani terus terang.
"Serius?Adik ipar you tu nampak macam anak dara"Puji Amar jujur.Dia agak terkejut kerana memang Afeeya tidak nampak seperti wanita yang sudah punya anak dua.Jika dia jadi Akif,memang dia akan simpan Afeeya didalam rumah untuk tatapan dia sahaja.
"You jangan macam-macam Amar..Dah jom ikut I ke HR department"Ajak Imani.Malas hendak melayan perangai buaya darat Amar yang tidak pernah berubah.Sebab itu tidak kahwin-kahwin agaknya.Ramai sangat perempuan.Malang betul siapa yang jatuh cinta dengan Amar.
"Cantik you Feeya"Getus hati nakal Amar.Tetapi mungkin dia hanya mampu pandang.Senakal-nakal dia,Amar tidak akan menganggu isteri orang.Lagi-lagi Akif.Silap haribulan boleh ke kubur dia.
*********
"Tak balik lagi?Tahu guna tak ni?"Tegur Afeeya bila lihat Amar terkial-kial menggunakan mesin photostat di sebelah meja Akira,setiusaha Afeeya.
"Belum.Ada banyak kerja.You kenapa tak balik lagi?"Soal Amar semula.
"Tadi ada kerja sikit.Ni nak balik dah ni.Mari i tolong you"Kertas ditangan Amar diambil Afeeya.Amar hanya memerhati perbuatan Afeeya.Cantik,tutur bicara Afeeya bisa buat mana-mana lelaki cair.Imani beritahu Afeeya anak angkat yang dijaga keluarga Imani sejak kecil.Sudah berkali-kali dia bertandang kerumah keluarga Imani.mengapalah mereka tidak pernah bertemu.
"Amar..dah siap?Amar..."Panggil Afeeya bila tiada respon dari lelaki itu.Apa agaknya yang difikirkan Amar.
"Eh..Sorry..Thanks Feeya.."Merah padam muka Amar bila Afeeya mengipas kertas yang sudah siap di buat salinan kemukanya.Malu jika Afeeya perasan.
"Welcome...You jangan balik lambat tau..Kat office ni kan?"
"Ada hantu?"Pintas Amar.Afeeya mengangguk dengan wajah serius.
"Tak percaya?"
"Kalau ada,you lah hantunya"Afeeya ketawa.Tidak jadi pula usikan dia.
"Alah.You takut sebenarnya kan?"Soal Afeeya mengusik.
"Kalau hantu cantik macam you,i tak takut...Silap haribulan,hantu tu yang takut dengan i"Kali ini Amar pula yang ketawa walau dia rasa,lawaknya petang itu agak hambar.Afeeya hanya tersenyum menggeleng.
"Erm,i balik dulu lah.Nak ambil anak rumah mentua i"
"You tak ambil helper ke?"Afeeya menggeleng.
"I tak suka ada orang asing dalam rumah i..."
"Kenapa?Takut Akif tergoda?Carilah yang tua-tua"Afeeya ketawa.
"Kalau dah tua,i pula tak sampai hati nak suruh itu ini"
"Oh..Jadi,betullah sebab cemburu ni"Afeeya mengigit bibir.Terjerat dengan kata-kata sendiri.Mudah pula dia berbual dengan Amar.
"Mana ada lah.Eh,i dah lambat.Nak maghrib dah.You tu jangan lambat.Nanti ada yang meneman baru you tahu"Amar menggaru kepala.Takut juga dengan usikan Afeeya.Lepas siapkan sedikit lagi kerja,dia ingin terus pulang. Akif akan pulang awal petang itu.
Bila Afeeya sampai dirumah mereka,Akif sudah dahulu.Awal pula suaminya pulang.Tadi Afeeya lihat seperti sibuk sangat di pejabat.Akif penat agaknya.
"Afraa,cepat nak.Tolong bawakan beg adik sekali"Afeeya segera mengambil Adiff yang sedang lena di kerusi bayi dibahagian belakang.Biasa Afeeya akan biarkan Afraa dan Adiff dibahagian belakang tempat penumpang.Dia tidak mahu membiasakan Adiff duduk dihadapan bersama-sama dia.
"Mummy...Daddy..."Terkejut Afeeya bila Akif menyambut mereka dipintu hadapan rumah dengan hanya memakai tshirt dan kain pelikat.Akif sudah lama sampai agaknya.
"Adiff tidur lagi ke sayang?"Soal Akif lembut.Akif mendukung Afraa yang sudah siap berbaju tidur.Biasa memang Afraa sudah siap mandi dirumah mama.Makan malam pun tentu sudah.
"Tidur.Sedap bau?You masak?"Dari luar Afeeya sudah bau haruman dari dapur.
"Nasi goreng jer..."
"Mesti sedap.."
"Afraa dah makan sayang?"Dikucup pipi Afraa lama.Wangi.
"Dah..Tadi nenek masak ayam goreng..Afraa kenyang.Nak main ipad boleh daddy?"Afeeya mengangkat kening,menjeling Akif.
"Boleh.Tapi after mummy and daddy dinner,Afraa kena stop and sleep okay?"Lambat-lambat Afraa mengangguk.Bukan senang bapanya beri keizinan dihari persekolahan.Dapat main sekejap pun sudah cukup bagi Afraa.
"I letak Adiff dulu,then kita dinner ya sayang?"Ucap Afeeya sebelum mengucup pipi Akif sekilas.Jarang Akif kedapur.Lapar sangat agaknya.Akiff menutup pintu hadapan sebaik mereka sudah masuk kedalam rumah.Afeeya menghantar Adiff keatas untuk ditidurkan sebelum dia turun kedapur.
"Afraa..Jangan dekat sangat mata tu dengan skrin,nanti kena pakai spec macam mak su"Tegur Afeeya.Risau Afeeya mata Afraa rosak kerana mata terlalu dekat dengan skrin ipad.
"Baik mummy"
"Afraa nak makan tak?"
"Tak nak..Kenyang.."Jawab Afraa pendek sambil matanya masih tidak lepas dari skrin talifon.
"Kenapa bagi anak main ipad malam-malam sayang?"Afeeya mempersoalkan Akif yang memberi izin pada Afraa untuk bermain dengan Ipad pada waktu malam-malam begitu.
"Kejap jer.After kita dinner I minta dia stop.Jom makan sayang. I lapar"Tangan Afeeya ditarik ke meja makan.Jika dibiarkan,tidak akan tamat bebelan Afeeya.Dulu Afeeya tidak begitu.Sekarang,satu hari tak membebel tak sah.
"You kan..."
"Sayang.."Panggil Akif lembut.Pinggan yang sudah terisi dengan nasi goreng diletak dihadapan Afeeya.Afeeya menadah tangan bila Akif mula membaca doa.
"Kenapa pandang I macam tu?"
"Kenyang I tengok you"Usik Afeeya.
"Erm...Betul ni?" Afeeya mencebik.Akif bukan boleh dibagi ruang.
"I ada kerja nak buat malam ni.You stayback tak?"Soal Afeeya.Teringat pada kerja yang masih bersisa. Jarang Afeeya bawa pulang kerja kerumah tapi malam itu dia terpaksa kerana esok dia perlu menyerahkan dokumen itu pada Imani.
"Aik..Jarang you bawa balik kerja? I nak jumpa Shamil kejap.Boleh sayang?" Akif baru teringat tentang janji dia pada Shamil siang tadi. Ada perkara yang perlu dia bincang bersama-sama Shamil.
"Erm,pergilah.Jangan balik lambat sangat" Pesan Afeeya. Ada sahajalah hal Akif.
"You okay tak?"
"Okay..."
"If you rasa berat nak bagi keluar,I tak keluar sayang"
"Tak apa.. Tapi jangan lama sangat"
"Kejap jer. I jumpa dia dekat mamak sebelah taman kita" Afeeya hanya mengangguk sambil mengunyah nasi goreng didalam mulut. Akif merenung Afeeya seketika,isterinya kelihatan letih. Serba salah Akif dibuatnya.Jika boleh,dia mahu Afeeya berhenti sahaja. Pendapatan dia lebih dari cukup untuk menyara mereka sekeluarga.
"You nampak penat"
"Banyak kerja.."
"Amar dah masuk?"Soal Akif tiba-tiba.
"You tahu?"
"Of course I tahu..I know every single thing yang jadi dalam office you tu tau? Afeeya mengangkat kening. Jangan Akif cemburu sudah.
"I tak nak you dekat-dekat dengan playboy tu ya" Akif memberi amaran. Dia serius.Dia kenal sangat dengan perangai Amar ridzuan itu bagaimana.
"You ni..Kesitu pula..Tak kan dia nak pandang perempuan macam I?I ni isteri orang..Dah ada dua anak..Ishh,merepek lah you ni" Afeeya ketawa kecil. Dia langsung tidak terfikirkan tentang itu. Amaran Akif itu mengarut dan tidak sesuai.
"Isteri oranglah yang lelaki nak tahu?"
"So,you?"
"Kesitu pula.." Akif menggeleng.Afeeya dari dulu memang tidak pernah serius.
"I gurau jer lah sayang.You jangan risau. I ada you seorang jer tau. Dah,makan cepat" Afeeya mengusap pipi Akif lembut. Dia terlalu mencintai Akif. Tiada lelaki lain yang boleh mengganti tempat Akif dihati Afeeya.
***********
"Ada hal apa yang penting sangat kau nak jumpa aku sampai tak boleh tunggu esok ni Kif?" Soal Shamil pelik.
"Kot ye, duduk lah dulu. Tak menyempat" Akif menarik kerusi kosong di sebelahnya sebelum dihulur kepada Shamil. Ramai pula orang malam itu.
" Kau kenal siapa tunang Naqie?" Soal Akif tiba-tiba. Shamil mengangkat kening. Kenapa tiba-tiba Akif Berminat pula hendak ambil tahu. Selama ini, tidak pernah pula Akif sebut soal itu.
"Dia ada kacau Feeya ke?" Akif menggeleng. Membetulkan topinya berkali-kali.
"Habis tu?" Soal Shamil tidak puas hati.
"Just nak tahu. Entah ya, entah tidak budak skema tu kan.. Saja cakap dah bertunang"
"Lah.. Kalau ye ke, tidak ke... Biar jer lah dia. Ke kau cemburu ni Kif? Mengaku jer lah..." Wajah keruh Akif sudah cukup untuk menjawab soalan dibenak Shamil. Sahlah kes cemburu.
" Satu lagi... Kau nak tahu sekarang Amar pula join masuk company bapak aku" Luahan Akif, Shamil dengar dengan tekun.
"Amar Redzuan? Playboy tu?" Lama, baru Akif mengangguk.
" Bukan taste Feeya tu. Jangan risau lah. Kau insecure sangat ni" Pujuk Shamil. Cuba menyangkal apa yang ada difikiran Akif.
"Aku suruh Feeya berhenti, dia tak nak.. Aku tak suka ada rasa macam ni kau tahu.."
"Hahahaha... Akif.. Akif... Kau ni.." Sakit pula hati Akif lihat Shamil seronok mentertawakan dia. Apa yang kelakar sangat agaknya.
" kau apahal ni? Gelak kan aku pulak. Aku serius.. Feeya pun satu.. Dua tahun kau tahu.. Dua tahun dia kerja dengan Naqie, tapi tak pernah cerita dengan aku pun.."
" Woi.. Feeya tu tahu ke kau kenal Naqie?" Akif terdiam.Betul juga. Afeeya bukan tahu pun. Ah.. Apa jer lah. Yang pasti, Akif tidak suka. Dia tidak suka cara pandangan Naqie pada Afeeya.
" Kalau kau tak suka, kau bagi tahu jer lah bini kau tu?berani "Akif tersenggeh.
" Memang tidak lah jawabnya Mil. Silap hari bulan dia mengamuk dengan aku, kacau keje dia"
" Tahu pun. Be professional lah bro. Jangan layan sangat feeling tu.. Boleh rosak.. " Kata-kata Shamil ada benarnya juga. Mungkin dia sahaja yang banyak berfikir. Akif risau kan Naqie. Dari gaya lelaki itu,Akif dapat lihat yang Naqie seperti menyimpan perasaan pada Afeeya. Kalau Naqie berani buat hal, memang tidak jumpa jalan pulang lah lelaki itu. Afeeya hak dia seorang. Berani-berani sahaja Naqie menganggu Afeeya.