Akif membiarkan sahaja mejanya berselerak dengan dokumen-dokumen yang baru dia periksa.Banyak yang perlu dia betulkan.Jika keadaan terus begini,pulang lewat lagi lah dia hari itu.Sudah tiga hari dia tidak bertemu anak isterinya.Semua gara-gara projek di Belitung. Ada sahaja masalah.Akif malas hendak berulang alik kesana.Jika boleh,Akif tidak mahu bertembung lagi dengan Fatin.Dia dapat rasakan sesuatu pada Fatin.Akif jadi takut hendak berulang alik kesana.Wanita itu punya daya penarik yang Akif sendiri tidak tahu apa.Dia puas cuba menafikan hal itu,tapi makin dipaksa,makin galak pula wajah Fatin muncul di benaknya kebelakangan ini.
"Arghh..Kau dah kenapa ni Kif?"Akif mengusap wajahnya berkali.Menghilangkan bayangkan Fatin dari pundaknya. Akif kena ingat yang dia sudah beristeri dan punya anak-anak.Afeeya sudah ingatkan dia berkali-kali jika satu hari dia buat hal,Afeeya akan bawa anak-anak pulang ke London.Akif tidak mahu hilang Afeeya dan anak-anaknya.Mereka belahan nyawa Akif.Ikut nafsu memang tidak akan pernah puas. Dia perlu ingat tentang hal itu.
Tuk...Tuk....
Lamunan Akif termati disitu saja bila pintu biliknya diketuk oleh Farah. Dia yang memanggil Farah masuk tadi.
"Masuk.."Arah Akif.Farah muncul dari balik pintu dengan menjinjing dua fail yang Akif minta semalam.
"Serabut jer nampak.Kenapa?"Soal Farah pendek.Akif mencapai fail yang dihulur Farah sebelum diperiksa.Pertanyaan Farah tidak berjawab membuatkan gadis itu turut senyap.Jika Akif diam,itu bermakna Farah juga harus diam.Jika dia mendesak,tentu sahaja Akif akan marah.Lagipun bukan urusan dia.
"Erm,nanti Farah tolong hantarkan pada finance department.Ada apa-apa lagi tak?"Farah menggeleng.
"Aik.Macam tu jer jawab..?"Farah menggaru kepala yang tidak gatal.Ragu-ragu hendak menjawab.
"Tadi Farah tanya,Encik Akif senyap jer.Risau pula nak buka mulut"Serentak Akif ketawa.Dah kenapa pula dengan Farah.
"Ya ke?Abang tak sedar.Abang busy sangat dengan kerja.Tak perasan.Farah tanya.Erm,Farah tanya apa tadi?"Soal Akif semula.
"Farah tanya,serabut jer nampak?"Ulang Farah.
"Mana tak serabut.Kerja banyak.Anak bini pun tak jumpa-jumpa lagi"
"Lah,ye ke?Banyak sangat ke kerja?"
"Ya..Nanti Farah jangan lupa ya..Buat claim ni skali.."Akif menyerahkan beberapa borang tebus yang masih belum dibuat lagi untuk bulan itu.
"Okay.Ada apa-apa lagi tak?"Akif menggeleng.
"Itu sahaja.Terima kasih"
"Sama-sama"Balas Farah sebelum meminta diri untuk keluar dari bilik Akif.Lelaki itu kemudiannya menyambung semula kerja-kerja yang masih bertimbun.Dia mahu menyiapkan semua,hari itu juga.Sudah rindu pada isteri dan anak-anaknya. Dia nekad hendak pulang awal hari itu.
**********
Tuk..Tuk...
"Masuk!"Akif mendengus.Ada apa lagi.Mereka tidak tahukah yang dia sangat sibuk saat itu.
"Ada apa?Kan nak masuk lunch break ni?I dah inform Atiqah jangan terima tetamu kan hari ni?"Soal Akif masih tekun menghadap lap top di atas meja.Langsung tidak mengangkat wajah.
"Garangnya.."Akif mengangkat wajah sebaik mendengar suara yang sangat dia kenali itu.Dengan senyuman,Akif bangun mendapatkan Afeeya yang masih berdiri disebelah meja.Tidak sangka pula Afeeya akan bertandang kepejabat dia pada waktu-waktu begitu.Isterinya sangat jarang datang ke pejabat mereka kerana Afeeya sejenis yang tidak suka menganggu.
"Mimpi apa sayang datang office I ni?"Soal Akif sambil memeluk pinggang ramping Afeeya kemas.
"I rindu you..Dah berapa hari balik jauh malam..Pagi-pagi dah hilang..You dah makan?"Rambut Akif yang terjuntai Afeeya usap kebelakang biar nampak lebih kemas.
"I pun rindu you.Tapi kerja I banyak sangat.."
"I nampak tu"Ucap Afeeya dengan senyuman senget.Kasihan Akif. Kertas-kertas berselerak diatas meja Akif.Afeeya membelek beberapa helai kertas diatas meja.
"Projek di Belitung?Nak i tolong tak?"
"Hey..You nak uji kredibiliti i ke apa?"Afeeya ketawa kecil sebelum mengucup pipi Akif lembut.
"Ego..You dah makan ke belum ni?I ada belikan you nasi ayam kat tempat biasa kita makan tu" Plastik berisi sebekas nasi Ayam, Afeeya sua ke arah Akif. Dia tahu Akif masih belum sempat Makan tengahari lagi.
"Wah..Sempat you singgah?"
"Kebetulan I ada meeting dekat area situ"
"Ermm,I pun memang lapar.Tapi malas nak keluar"Beritahu Akif jujur.Afeeya menggeleng.Menarik tangan Akif ke sofa sambil menjinjing bungkusan makanan.
"Hari ni you tak busy ke sayang?"
"Tak..Tapi kalau busy pun,I tetap akan datang sebab rindu you" Ucap Afeeya jujur.
"Thanks..I really appreciate"Sempat Akif mengucup bibir Afeeya sekejap membuatkan wanita itu terkejut.
"Akif..Pintu tu tak tutup"Mereka sama-sama menoleh kearah pintu yang terbuka luas.Akif bangun dan menutup rapat pintu sebelum mengunci dari dalam.Dia tidak mahu sesiapa menganggu mereka.waktu dia dan Afeeya amat terhad.
"Kalau masuk bilik i,memang tak tahu tutup balik ya sayang?"
"Sorry..Excited sangat tadi"Akif menggeleng.Ada sahaja alasan Afeeya.Selesai membaca doa,Akif segera menyuapkan makanan kedalam mulut.Nikmat rasanya dapat makan bersama-sama Afeeya.
"Sedap tak?"
"Sedap..Thanks sayang.You tak makan?"
"Tak..Kenyang tengok yo makan.."
"Betul?"Afeeya mengangguk.
"Lepas you makan,I kena balik office tau"
"Tak apa.I faham..Malam nanti inshaAllah I balik awal"Afeeya mengangkat kening.Dia tidak suka Akif berjanji dan dia tidak kisah jika Akif tidak dapat pulang awal.Afeeya faham sangat kerja Akif bagaimana.
"You jangan rushing..I okay jer"
"I yang rasa tak okay.Nanti anak-anak tak dapat kasih sayang I"Tubuh Akif dipeluk erat.Afeeya bersyukur punya suami seperti Akif itu.
"Sayang...Nanti kena sambal ni.."
"Tak apa..Ni comot ni"kotoran dihujung mulut Akif,Afeeya bersihkan dengan jari.Dia terlalu cintakan lelaki itu.Bagaimana Afeeya tanpa Akif.
"Sayang..."Akif berhenti mengunyah makanan didalam mulut.Matanya beralih kearah Afeeya yang masih tidak lepas memandang dirinya.
"Kenapa sayang?"
"Sayang,please..Jangan sesekali fikir nak curang dibelakang I"Kata-kata Afeeya mematikan selera Akif.Sejak kebelakangan itu,Afeeya selalu sahaja mengingatkan dia tentang perkara yang satu itu.Tangan Afeeya dipehanya,Akif capai dan digenggam erat.
"What wrong with you sayang?Lately ni,you selalu cakap pasal benda ni.Kata-kata tu satu doa tau" Akif tidak suka Afeeya asyik mengulang ayat itu berkali-kali. Selama tujuh tahun usia perkahwinan mereka,belum terdetik dihati Akif untuk berlaku curang,
"I ingatkan sahaja..You ingatkan apa yang pernah I cakap dulu?"
"I tak pernah lupa"Rambut Afeeya diusap lembut.Akif tidak akan lupa.Afeeya perlu tahu yang dia akan tetap setia pada Afeeya seorang.
"Good..No second chance tahu.."Akif menggeleng.
"I tak perlukan peluang kedua sebab I ada you sahaja sayang..I tak perlu yang lain"
"I love you so much Akif Ikhmal"Afeeya mengusap rambut Akif sambil merenung wajah lelaki itu lama.Entah kenapa hati Afeeya rasa tidak senang setiap kali Akif ke Belitung.Bukan tidak percaya.Tapi kali ini,rasanya amat berbeza. Ada suatu rasa yang Afeeya sendiri tidak tahu hendak jelaskan bagaimana. Mungkin dia yang terlalu cemburu..Terlalu rasa insecure.
"I love you too sayang..Jangan fikir yang bukan-bukan"Lama baru Afeeya mengangguk.
**********
"Sayang..Nanti dah sampai office jangan lupa inform I"
"Ya..Jangan risau..You tu,jangan nakal-nakal tau"Hidung Akif dicuit sekali.
"Cakap orang..Dah.Lambat nanti"Akif membukakan pintu buat Afeeya.Lagi lama dia menghadap Afeeya lagi susah dia hendak melepaskan wanita itu pergi.Jika bukan kerana kerja di pejabat banyak,Akif sudah balik bersama-sama Afeeya.Biar wanita itu tidak masuk ke pejabat terus.
"Lain macam jer ni..."
"Sayang..Jangan mula..."Afeeya ketawa,berjaya mengusik Akif.
"Apa?You ingat I takut?"Belum sempat Afeeya menggelak,Akif sudah mengucup bibirnya pantas.Merah padam wajah Afeeya kerana mereka berada di lobi bangunan pejabat Akif.
"Akif...."Afeeya menolak tubuh Akif dengan wajah geram.Lelaki itu ketawa puas hati.
"You know me right sayang?..Lebih dari ni pun I berani buat"
"Eiii..Geramlah I..Tunggulah you balik nanti"Akif masih ketawa mengekeh. Suka melihat wajah kemerah-merahan Afeeya. Akif tidak peduli dengan pandangan orang.Afeeya milik dia.
"Tak sabar betul i nak tunggu balik..You jangan lupa tau.."
"Dahlah..benci.."
"I sayang you"Jerit Akif.
"Akif!"Afeeya menolak Akif sebelum masuk kedalam kereta.Malas hendak layan perangai miang lelaki itu.Akif bukan peduli dimana mereka.Buat ikut suka hati sahaja.Beberapa orang pekerja Akif yang berada dilobi tersenyum-senyum melihat kerenah bos mereka yang satu itu.
"Bye sayang..Love you"Afeeya menjeling bila Akif masih lagi tersenggih panjang.
"Love you too"Afeeya menjelir lidah sebelum menaikan cermin tingkap.Dia kemudian tersenyum sendiri sambil menjeling cermin sisi.Akif masih tercegat sambil melambai tangan padanya.Afeeya menggeleng. Dia cintakan lelaki itu.Afeeya menjeling jam di skrin Lcd kereta,sudah tiga setengah.Dia sudah agak,jika kepejabat Akif tidak akan jadi sekejap.Mesti Imani bising kerana mereka ada tetamu petang itu.Afeeya memandu laju menuju kepejabatnya yang terletak tidak jauh dari pejabat Akif.Dia perlu cepat.Malas hendak dengar Imani membebel. Imani jika mula membebel tidak akan ada noktahnya. Bagaimana Fariq boleh tahan. Afeeya tersenyum menggeleng.