Bab 3

1407 Words
Akif memicit belakang Afeeya bila wanita itu mengadu yang belakangnya sakit-sakit.Kedua mereka berbual-bual kosong tentang masa lalu.Bagaimana mereka dahulu.Sesekali terdengar Afeeya ketawa bila Akif menceritakan hal malam pertama mereka.Malam yang Afeeya rasa dunianya sudah berakhir.Dia tidak sedar sudah tujuh tahun kejadian itu berlalu. "You menyesal tak sayang?" soal Akif spontan. Rasa kejam pula apa yang dia buat pada Afeeya dulu. Mujur Afeeya tidak membenci dia. "Akif yang tu i tak nak..scary..Tapi Akif yang didepan I ni,I tak akan pernah rasa menyesal pun" "Im sorry pasal apa yang I dah buat dulu ya?"Afeeya memusingkan badan.Duduk menghadap Akif. "You tak penat ke asyik nak minta maaf dengan I sayang?"Akif menggeleng. Sampai sekarang dia rasa bersalah dengan Afeeya. "I menyesal..Tapi kalau I tak buat macam tu,entah apa pula akan jadi dengan kita kan?" Lambat Afeeya mengangguk setuju. Jika Akif biarkan dia leka dengan Farish dahulu. Apa hendak jadi dengan mereka. "Tak adalah kot Nur Afraa binti Akif Ikhmal and Muhammad Adiff bin Akif Ikhmal" "Ah,rindu pula I dengan anak-anak.."Akif menyaup wajah.Terasa rindu pula dia dengan kedua anaknya yang ditinggalkan.Lain benar hidup bila sudah berkeluarga.Lagi-lagi bila sudah punya anak-anak.Keutamaan mereka sudah berubah. "Eh,baru ingat anak-anak?" "You kan dari dulu memang selalu buat I lupa semua perkara"Akif menekup wajah Afeeya dengan wajah geram. "You pun sama...Eh,aman betul vacation kita kali ni kan?Biasa phone you tu tak pernahnya tak berbunyi" "I off phone..Tak nak diganggu..." "So,memang this time all your time hanya untuk I?"Perlahan Akif mengangguk sebelum mengucup dahi Afeeya. "Bukan selalu.For sure lepas balik ni kita akan busy dengan kerja.." Perlahan Akif melepaskan keluhan berat. Entah sampai bila mereka akan terus begitu. Cari duit memang tidak akan pernah cukup. "I busy sangat ke Kif?"Soal Afeeya bimbang.Dia takut jika masanya tiada untuk Akif dan anak-anak. "As long as you ada masa untuk layan I,ada masa untuk anak-anak..I okay jer sayang"Ucap Akif jujur.Dia tidak mahu membebani fikiran Afeeya dengan pekara yang remeh temeh.Selama itu,Afeeya tidak pernah menolak ajakkan dia walau penat sekalipun.Afeeya tidak pernah mengabaikan anak-anak.Rumahtangga mereka juga terurus seperti biasa. Tiada apa yang kurang. "You dah izinkan I bekerja.So,I kena buktikan pada you yang I mampu jaga syarikat dan jaga keluarga I juga" "I tahu you superwomen macam mummy juga" "Dah,jom tidur sayang" "Tidur? Still early sayang.."Afeeya membalas renungan mata Akif. "Again?"Akif ketawa.Sudah masak dengan reaksi Afeeya.Baru Afeeya ingin bangun,melarikan diri dari Akif,lelaki itu sudah menangkapnya.Terburai tawa Afeeya kerana tidak tahan digeletek Akif.Dia memang sensetif jika pinggangnya dicucuk-cucuk. Suasana hening malam itu dipecahkan dengan senda tawa Akif dan Afeeya. Afeeya mahu waktu terhenti berdetak. Biar mereka Kekal disitu, berdua menikmati waktu-waktu indah berdua. Afeeya takut jika esok semuanya berubah. Sumpah demi Allah yang cinta dan kasihnya hanya pada lelaki itu. ************ Akif dan Afeeya sampai di kediaman Dato Mirza seawal jam dua belas tengahari,Afeeya sudah rindu pada anak-anaknya.Waktu mereka sampai Afraa masih lagi belum pulang dari sekolah.Jadi hanya ada Adiff disitu.Itupun sedang tidur. "Duduk dulu..Babah pergi ambil Afraa tadi.Hari ni Mama tak ikut sebab Adiff meragam.Cari Feeya kot" Afeeya melepas nafas panjang.Patutlah hati dia tak tenang.Adiff meragam rupa-rupanya.Seperti tahu sahaja Afeeya sudah sampai,Adiff terjaga dari tidur dan menangis minta diangkat.Belum sempat Afeeya kembali ke ruang tengah melihat Adiff,dia lihat Akif sudah mendukung anak kecil mereka itu dan dibawa ke luar mengambil angin.Patut diam tiba-tiba.Risau Afeeya takut Adiff terjatuh atau apa.Bila Akif turun semula. "Sayang,kenapa biarkan anak seorang?.Kalau jatuh tadi macam mana?"Bebel Akif.Mujur dia cepat.Adiff sudah pandai merangkak.Bahaya dibiarkan sendiri. "Sorry.I buatkan susu Adiff tadi..Meh,i susukan Adiff dulu" "I you tak nak susukan"Ucap Akif dalam nada separuh bergurau. "Gatal lah you ni...Mengada betul..Sini anak tu" Afeeya bila dah jumpa anak-anak auto jadi garang. Berubah terus dari kucing parsi ke singa lapar. "Gurau pun tak boleh...Tak apa.Biar i yang bagi susu pada Adiff.You kata tadi nak tukar baju?"Afeeya tersenyum.Dia hampir lupa tentang bajunya yang tertumpah kopi tadi.Itu semua gara-gara Akif.Bergurau tidak kena tempat.Mujur Air kopi tadi tidak panas. "You punya pasal lah tadi...Suka sangat meraba"Akif ketawa.Siapa suruh Afeeya pakai gaun begitu.Macam sengaja pula menganggu tumpuan dia tadi. "Pakai gaun,lift up to the thight..You did it on purpose kan?"Duga Akif. "Mana ada..Perasan.."Afeeya menyangkal kata-kata Akif.Merah padam wajahnya.Dia memang tidak berniat untuk menggoda hatta menganggu tumpuan Akif.Akif sahaja yang gatal. "Haha..I tak kisahlah.You are mine" "Malas layan you ni..Pervert tak habis.Tengok anak tu.Tersedak nanti"Pesan Afeeya sebelum naik ketingkat atas,kebilik mereka.Akif masih ketawa geli hati melihat Afeeya.Isterinya jika malu,habis merah satu wajah. Kini tinggal Akif dan Adiff sahaja diruang tengah kediaman Dato Mirza itu.Mama mungkin sedang membantu Mak Ros didapur untuk menyiapkan makan tenghari.Setelah habis memberi susu pada Adiff,Akif bermain-main dengan anak kecil dia itu sepuasnya.Rindu hendak dengar tawa Adiff.Digomol tubuh gendut Adiff geram.Baru tujuh bulan tetapi tubuh Akiff memang semangat.Lenguh juga tangan Akif mendukung Adiff lama.Tidak lama kemudian,Akif dengar riuh rendah diluar rumah.Itu sudah tentu Afraa. "Daddy.!!!!!"Jeritan Afraa terdengar dari pintu hadapan.Anak kecil itu segera menerpa kearah bapanya yang sedang mendukung Adiff. "Sayang..Baik-baik...Sock tu tanggal dulu"Risau Akif bila Afraa hampir sahaja terbabas tadi kerana mengelongsor dengan sarung kakinya di lantai licin itu.Tentu Afraa biasa buat. "Awal sampai Kiff?"Soal Dato Mirza. "Feeya nak balik awal.Rindu anak-anak.." "Ermm,dah jadi ibu macam tu lah..Babah nak siap pergi solat Jumaat..Akif nak ikut?"Akif mengangguk. "Tunggu Feeya kejap..Afraa,tukar uniform dulu.Nanti mummy marah" "Ya.Wait the minute..Daddy tak ada beli apa-apa untuk Afraa?"Afraa menyilang kedua tangan ketubuh dengan wajah masam.Dato Mirza mengangkat bahu bila Akif menjeling. "Mummy dengan Daddy bukan pergi shopping sayang.Esok cuti.Kita keluar" "Selalu macam tu...Boring tau dengan Daddy ni" Rungut Afraa separuh merajuk. "Daddy juga yang kena..."Akif melayan sahaja kerenah Afraa.Dia sudah masak benar dengan perangai Afraa.Sama sahaja dengan Afeeya. "Hari ni Daddy main futsal tak?Nak ikut..Hari ni Friday kan?" "Boleh jadi PA daddy lah lepas ni..Tak sure lagi.Nanti daddy comfirmkan" Afraa tersenyum lebar.Seronok dapat bertemu kawan-kawannya disana nanti "Sayang...tolong bawa Adiff naik.Dia dah tertidur.I nak ke masjid dengan babah"Afeeya mengambil Adiff dari Akif dengan segera.Takut Dato Mirza tertunggu-tunggu pula nanti. "Afraa mandi,ganti baju dulu sayang" "Okay daddy..Dini dengan Dina dah sampai..Yeahh"Akif dan Afeeya berpandangan sambil menggeleng.Alamatnya tidak bertukarlah pakaian seragam Afraa. "I pergi dulu ya sayang..Love you"Afeeya tersenyum bila tiba-tiba Akif mengucup pipinya sekilas sebelum berlalu ke dapur.Mungkin mengambil wuduk sebelum ke masjid.Akif biasanya begitu.Tidak mahu nanti berebut-rebut. "Dah pergi Akif tu Feeya?" "Dah Ma..Nak bawa Adiff naik kejap.Dah tidur..Ada apa-apa lagi yang Feeya nak tolong?"Soal Afeeya.Risau pula dia bila semua disiapkan ibu mentuanya dan Mak Ros.Dia tidak sempat bantu apa-apa pun. "Tak apa..Dah siap dah.Mama nak masuk mandi kejap.Budak-budak ni biar Mak Ros tengok kan kejap.Feeya bawa Adiff naik.Nanti terjaga pula dia"Datin Nora mengucup kepala Adiff dan diusap lembut sebelum Afeeya beredar kebilik. ********** "Hai..berdua jer?Feeya mana?"Akif tersentak.Memandang dari atas kebawah.Mana hilangnya tudung Dian agaknya. Sebelum itu bukan main bertudung litup. "Feeya tak ikut.Anak kecil I tidur"Pendek jawapan Akif sambil membuat bayaran dikaunter. "Hai Afraa.."Afraa mengalih pandangan kearah Akif.Dia tidak kenal siapa wanita itu. "Afraa tak biasa bercakap dengan stranger"Beritahu Akif bila Afraa mula menyorok dibelakangnya dengan wajah malu-malu. "Iya..i bukan stranger..Auntie ni kawan daddy Afraa lah.Kalau tak,macam mana auntie tahu nama Afraa kan?"Jelas Dian memancing Afraa untuk berbual dengan dia. "Ya,auntie ni kawan daddy..Salam auntie"Suruh Akif.Tidak mahu Dian fikir dia tidak tahu mengajar anak.Hal dia dan Dian,Afraa tidak patut tahu pun. "Hah,macam tu lah..."Gembira hati Dian bila Afraa mahu menyambut salamnya.Mujur wajah Afraa lebih iras Akif.Jika tidak,sakit juga hati Dian melihat. "You seorang?"Soal Akif bila mereka menanti giliran untuk mendapatkan bungkusan makanan yang sudah dipesan.Afraa yang sedang tekun makan Aiskrim,Akif dudukan di kerusi berhampiran. "Seorang...You dari futsal?"Akif mengangguk. "Besar dah anak you.I jer yang tak ada rezeki.Sebab tu kena cerai"Dahi Akif berkerut.Tidak suka Dian kata begitu. "Anak tu rezeki Allah.Elok lah tak ada anak, dengan lelaki macam Naim tu kan?" Dian tersenyum.Akif masih ambil berat tentang dirinya. Rasa terawang-awang pulak dia seketika. "Nasib I...Nak buat macam mana" "Ramai lagi lelaki dalam Malaysia ni" "Tapi tak sama macam you sayang"Ucap Dian separuh berbisik. "You cakap apa?"Cepat-cepat Dian menggeleng.Takut Akif dengar.Akif tidak suka dia ungkit-ungkit lagi kisah silam mereka. "Nothing..Business you macam mana?" "Macam tu jer..alhamdulillah..You?" "Alhamdulillah...Next month I akan buka branch baru.Nanti mintalah Feeya datang.I bagi special discount"Akif ketawa melihat cara Dian yang teruja ketika bercerita. Dian tetap tidak berubah. "InshaAllah..I will..Ermm,order i dah siap..Take care ya Dian..Jom sayang"Akif mendukung Afraa yang masih dengan Aiskrim ke kaunter.Akif tidak mahu Afeeya menunggu lama.Itu kalau Afeeya tahu Afraa makan Aiskrim malam-malam begitu,habislah dia dibebel. Dian hanya memerhati langkah Akif sehingga hilang dari pandangan.Jika dahulu dia tidak buat hal,tentu dia sudah bahagia dengan Akif.Agaknya anak-anak sudah sebaya dengan Afraa.Dian menggeluh sendiri. Rindu dia pada Akif tidak pernah hilang.Lelaki itu makin berusia,makin macho.Beruntung Afeeya.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD