Bab 2

1310 Words
Sebaik mereka sampai di hotel,Afeeya terus sahaja membuat panggilan video untuk bercakap dengan Afraa dan melihat Adiff.Itu kali pertama dia berjauhan dengan Adiff semenjak anak keduanya itu lahir. Janggal pula rasanya tanpa anak-anak. Sindrom mak-mak sangat. Afeeya tersenyum sendiri. "Assalamualaikum sayang"Panggil Afeeya bila sahaja terlihat wajah Afraa diskrin talifon. "Waalaikumusalam...Mummy,daddy mana?"Afeeya mendengus.Dia yang talifon,Akif juga yang Afraa cari.Akif tertawa mengejek.Baru Afeeya tahu,antara dia dan Afeeya,dia lebih menjadi pilihan anak-anak.Afeeya garang sangat. "Ya sayang..Daddy sini"Talifon bimbit beralih tangan.Akif membawa talifon keluar dari bilik menuju keberanda menghadap laut. "Daddy dengan mummy pergi holiday tinggalkan Afraa dan Adiff dengan Tok Ma..That is not fair"Bentak Afraa dengan wajah masam mencuka. "Sehari sahaja sayang.Esok mummy dengan daddy ambil Afraa dengan Adiff ya?"Pujuk Akif serba salah.Afraa sudah pandai sangat berkata-kata.Sudah besar anak sulung mereka itu. "Nanti daddy kena janji bawa kami sekali" "Ya,inshaAllah..Adik buat apa tu?"Afraa berlari-lari membawa talifon menuju ke ruang tengah rumah.Adiff sedang makan disuapkan oleh Datin Nora. "Seronok ya honeymoon?"Usik Datin Nora. "Haha..Mana tahu dapat seorang lagi ke Ma"Afeeya menjegil mata.Sakit bersalinkan Adiff pun masih belum hilang.Mahu menambah. Pandai-pandai jer Akif. "Sedapnya dia order Ma.."Terlihat Datin Nora ketawa berdekah. "Apa salahnya..Kak Long dah dua..Boleh pintas" "Kak Long sekali keluar dua,memanglah"Jawab Afeeya.Jika kembar,seronok.Sakit sekali dapat dua terus. "Adiff...Makan apa tu sayang?"Agah Akif.Adiff menyahut dengan mendepakan kedua tangan minta diangkat. "Alalala..Kesiannya dia.Esok mummy balik ya" "Sayang,dia nak nangis lah dengar suara you" Wajah Akif bertukar risau bila lihat Adiff mula merenggek. Mungkin rindu pada Afeeya. "Dah..Dah...Nanti meraung pula budak ni.." Datin Nora segera mengangkat Adiff untuk ditenangkan. Afeeya jadi resah melihat Adiff yang menangis. Kasihan Adiff. "Mana Afraa Ma...?"Akif tercari-cari Afraa yang sudah tidak kelihatan.Hanya suara sahaja yang kedengaran. "Dengan Jannah..Main apa entah..Tadi macam nak mandi swimming pool..Tapi tunggu Dini dengan Dina" "Riuhlah rumah ya Ma?"Akif tidak tahu pula anak-anak Imani juga ada dirumah orang tuanya. "Riuhlah mak cik-mak cik semua"Serentak mereka ketawa.Yang paling riuh sudah tentulah Afraa kerana anak dia itu yang paling tua.Kak Long kawasan. "Tunggu Adiff pula boleh jalan lepas ni..Babah dah siapkan dah bilik kat bawah ni untuk diorang main.Kalau tak,mainan sampai hall" Adu Datin Nora.Akif ketawa. Dahulu hari-hari tanya bila mereka hendak beri cucu. "Dulu nak cucu ramai kan?Baru empat Ma..Come on"Usik Akif. "Mama okay jer.Mak Ros ada kan?"Mak Ros yang sedang lalu membawa dulang berhenti sambil melambai kearah Akif dan Afeeya. "Honeymoon ya?" "Lama tak bercuti berdua Mak Ros..Orang ni asyik busy sahaja"Afeeya menjeling Akif.Sempat sahaja Akif mengenakan dia. "I busy ke you..?" "Dah..Dah...Adiff dah tak duduk diam tengok Feeya..Have a nice trip..Jangan risau budak berdua ni.Lambat balik pun tak apa"Ucap Datin Nora sebelum mematikan talian.Jika dilayan Afeeya dan Akif,lagi lama la perbualan mereka.Adiff pula tunggu masa sahaja hendak meraung semula bila melihat Afeeya. *********** "Afraa buat tak kisah dengan kita sayang?"Rungut Akif.Jika dahulu,berenggang pun tak mahu. "Itu tanda dia dah besar...Dia macam I.. Independent"Akif melepas keluhan pendek.Dalam maksud yang cuba Afeeya sampaikan. "I tak nak dia jauh dengan iI.Jangan risau ya sayang.." Pujuk Akif. Sampai bila Afeeya hendak berdendam dengan bapa mentuanya itu, Akif tidak tahu. "I tak nak Afraa rasa macam yang I rasa..Tapi andai satu hari jadi juga..I dah tahu apa nak buat"Akif menggeleng.Tidak suka Afeeya bicara begitu.Akif memeluk tubuh Afeeya dari belakang. "Feeya..Kan I dah ulang kali beritahu you yang I tak akan buat macam tu.You dan anak-anak nyawa I"Afeeya memalingkan tubuh menghadap Akif.Dia selalu mengharap agar Akif berpegang pada kata-katanya. Tapi kadang-kadang rasa ragu itu muncul tiba-tiba. Sejarah mungkin berulang. "Lagipun,you ingat Mama akan izinkan I sakitkan menantu kesayangan dia ni?" "Betul juga kan..Erm,Akif.You tak lapar?"Akif mengigit bibir.Merenung Afeeya lama. Afeeya mencebik. Sudah tahu apa mahu Akif. "Lapar.Tapi I tahu apa yang boleh buat I kenyang?"Akif menjingkit keningnya berulang. "Notty.." "Kan I kata,I tak pernah jemu dengan you.." "Betul?"Akif mengangguk.Rambut Afeeya diusap lembut.Akif tidak tahu bagaimana hendak mengambarkan bertapa dia cintakan Afeeya.Afeeya merangkul tubuh Akif erat sebelum dia mengucup dada bidang Akif lembut.Bau haruman ditubuh Akif cukup menyenangkan.Bau yang tidak pernah berubah. Akif tetap sama seperti dulu. "Feeya..Doakanlah moga hati I akan tetap pada you seorang ya sayang"Akif mengucup ubun-ubun Afeeya lama.Afeeya mengeratkan lagi rangkulam Akif.Dia mahu terus berada dalam dakapan lelaki itu. "I love you so much.."Perlahan suara Afeeya tenggelam kerana wajah disembam kedada Akif. "I love you too...I wanna you sayang,only you"Afeeya tersenyum nakal.Tangannya melingkar dileher Akif manja.Akif mencembung tubuh Afeeya ke katil.Hari itu,hari untuk mereka berdua.Akif sudah lama tidak rasa berdua sahaja dengan Afeeya seperti waktu mereka masih belum punya Afraa dahulu.Akif dan Afeeya tidak sedar yang mereka masih belum menjamah apa-apa makanan sejak tengahari tadi.Semua gara-gara Akif. Afeey tertidur kerana kelelahan dan dia hanya tersedar bila terdengar azan maghrib dari masjid berhampiran.Waktu itu dia lihat Akif sudah siap berkain pelikat duduk diberanda menghadap laut. "Kenapa tak kejutkan I?"Akif menoleh Afeeya yang masih berselimut. "I tengok you penat sangat tadi..I nak solat maghrib kejap.You mandi dulu ya.Then boleh solat.Nanti boleh keluar dinner"Akif bangun dan terus mengambil sejadah yang tergantung.Afeeya hanya memerhati.Itu yang Afeeya kagum dengan Akif.Jarang-jarang Akif terlajak menunaikan solat.Akif juga tidak pernah memaksa dia,semua perubahan dia berlaku secara perlahan-lahan dan tanpa paksaan.Akif memang sempurna sebagai seorang suami.Tiada apa yang Afeeya inginkan lagi dari Akif selain kejujuran dan kesetiaan. "Sayang..Menung ni kenapa?Cepatlah...Ke you" "No..Jangan menggada...Badan I dah sakit-sakit ni tau"Adu Afeeya.Akif hanya ketawa. Teruk sangat dia hari itu?. "Aik..Biasa okay jer" "Hari ni you lain sikit. You kena rasuk ya?"Akif melabuhkan punggung dibirai katil. "Tu tanda I rindu you sangat-sangat" Afeeya mencebik. Sekali lagi Akif ketawa menggeleng. "I nak mandi.You tunggu tau"Dikucup pipi Akif kiri dan kanan sebelum melompat turun dari katil dengan hanya bertuala.Akif menggeleng kemudian tersenyum.Baik dia bersiap dahulu.Nanti dia boleh rehat sekejap.Hendak tunggu Afeeya,memang akan lama.Biasa dirumah,dia akan menjaga anak-anak sementara Afeeya mandi. Akif memang tidak akan ganggu waktu mandi Afeeya kerana waktu itu sahaja,waktu untuk Afeeya benar-benar rehat. ************* Akif memimpin tangan Afeeya,berjalan menuju kearah restoran berhampiran dengan hotel mereka menginap.Agak ramai pengunjung dimalam itu.Dari jauh lagi sudah bau ikan bakar yang dibakar dihadapan restoran. Sungguh menyelerakan dan buat mereka semakin lapar. "Ada kosong.You okay tak sayang?" "I okay jer.Lagipun I lapar sangat ni"Akif mengusap rambut Afeeya lembut.Kasihan isteri dia itu. "Sorry lambat bawa you makan.." "Hehe..Tadi I kenyang"Akif tersenggih sambil mencuit hidung mancung Afeeya. "Gatal" "Cepat sayang.Nanti tak ada tempat pula kita"Tangan Akif ditarik kedalam restoran yang semakin ramai itu.Perut Afeeya sudah bekeroncong kelaparan. "You nak makan apa?" "Of course ikan bakar..Then kita order kailan ikan masin,daging masak merah,tom yam campur" "Semua tu favorite I?You?" "Apa yang jadi favorite you will be mine also"Kata-kata Afeeya membuatkan Akif tersenyum meleret. "Sweet talker ya you sekarang ni?" "Belajar dari siapa pula kan?"Afeeya mengenyit mata.Setelah membuat pesanan,Akif dan Afeeya menyambung semula perbualan yang terhenti ketika pelayan mengambil pesanan. "Sayang,I lupa nak tanya..Kerja you di Belitung macam mana?"Baru Afeeya teringat.Dia masih belum tahu perkembangan kerja Akif di Belitung. "Feeya.." "Ya..You tak suka I tanya tentang kerja.I hope you tak sangkut dengan girls kat sana ya"Akif menggeleng. "Sayang.Dah almost tujuh tahun kita kahwin sayang..You masih lagi ada rasa doubt dengan i?" "I'm just worried..Tak salahkan?" "Tak...I suka bila you cemburu...You cantik,bijak..Isteri yang baik..Ibu yang baik pada anak-anak I.Apa lagi yang I nak sayang?Afeeya terdiam.Entah mengapa sejak akhir-akhir itu dia asyik fikir perkara yang bukan-bukan sahaja.Dia bimbang menerima nasib yang sama seperti Vivi.Teman satu universiti dia itu baru sahaja diceraikan suami.Suami Vivi gilakan gadis dari seberang kerana itu Afeeya bimbang bila Akif sering berulag alik ke Belitung.Apa yang dia tahu,gadis disana memang cantik-cantik. "You masih fikirkan pasal Vivi?"Soal Akif seakan mengerti apa yang menganggu fikiran Afeeya ketika itu. "Entahlah...Kasihan dengan dia kan sayang" "Jangan fikir sangat..Jodoh pertemuan tu kan dah ditentukan.Itu kita kena percaya sayang"Tangan Afeeya diusap lembut.Akif tidak mahu Afeeya banyak berfikir. Dari fikir tentang orang lain. Baik Afeeya fikir kan tentang rumah tangga mereka. Akif risau jika Afeeya mula simpan rasa curiga pada dirinya. Itu tidak baik buat rumah tangga mereka. Akif letih hendak menghadap lagi apa yang pernah terjadi dulu. Dia sudah cukup dengan apa yang mereka ada sekarang.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD