Bab 1

1438 Words
Tepat jam sebelas pagi Afeeya sudah terpacak ditempat yang dijanjikan.Akif setelah menghantar Afeeya,dia singgah ke pejabat sekejap.Ada kerja yang ingin dia siapkan.Begitulah kehidupan Akif dan Afeeya.Mereka sama-sama sibuk tetapi Akif akan pastikan mereka tetap ada masa dengan anak-anak.Akif sudah berjanji dengan Afeeya yang dia tidak akan ulang apa yang pernah Richardson buat pada Afeeya.Akif sentiasa berdoa agar hatinya tetap pada Afeeya walaupun tidak dinafikan dia sering digoda gadis-gadis muda terutama client mereka.Jika Akif tidak kuat,lama sudah dia hanyut.Tapi untuk apa.Dia punya Afeeya yang sangat sempurna dimatanya.Afeeya cantik,bijak dan sangat attractive ..Akif cemburu bila Afeeya bekerja dengan lelaki lain. "Menung pun boleh sampai office ya Kif?"Sindiran Shamil dijawab dengan penumbuk.Dia pun tidak sedar bila dia sampai di lobi pejabat. Jauh betul dia berangan. "Macam mana dengan urusan kat Belitung tu?Okay?"Akif tersentak.Belitung?.Tiba-tiba Akif teringat Fatin Nurasya yang dia temui disana tanpa sengaja. "Okay.." "Okay jer..Tak nak cerita dengan aku pasal budak perempuan yang kau selamatkan masa kat sana?"Akif menjeling Shamil.Dia belum lagi beritahu Shamil tentang hal itu,Mana pula Shamil tahu. "Kau jangan cerita pada Shima Mil..Mati aku kalau Feeya tahu"Shamil menakup mulut.Tahu juga Akif takut. "Siap buat CPR..Kalaulah Feeya tahu..Masak kau Kif..Apa cerita..Cepatlah"Desak Shamil tidak sabar.Dia tahupun dari Nabil.Pembantu mereka Disana. Sampai hati Akif berahsia dengan dia. "Nabil cerita pada kau?Dia memang tak tahu nak simpan rahsia kan?" "Ya..Tolong budak tu satu hal..Yang sampai keluar makan tu apa cerita?"Akif menggeleng.Habis semua Nabil ceritakan pada Shamil. "Dia pelawa,tak akan aku nak tolak.Lagipun aku stay dekat hotel bapak dia..Macam tak syok pula nak tolak kan?"Ujar Akif berterus terang.Dia serba salah waktu itu bila Fatin beria-ia mahu belanja dia makan malam demi membalas budi Akif.Itupun hanya makan malam biasa.Akif tidak berbual panjang pun dengan Fatin kerana gusar timbulnya gosip kerana disitu ramai kenalannya. "Kau jangan main-main Kif"Akif mendengus. "Apa?" "Kau jangan main dengan api" "Kau cakap macam aku ni playboy pula" "Aku ingatkan jer.Biasa suami orang ni perempuan macam Fatin tu kejar-kejar"Akif mengangkat satu kening.Merenung Shamil pelik. "Kau cakap macam kau kenal edia jer"Shamil menggeleng,Tak mungkin dia akan cerita pada Akif tentang apa yang berlaku tahun lepas.Sebab itu dia tidak mahu berurusan lagi dengan Tan Sri Bakri.Jika dia pun Fatin Nurasya kejar apatah lagi Akif Ikhmal.Shamil risau Akif akan tersilap langkah.Fatin Nurasya bukan gadis biasa. "Aku kenal masa aku yang handle projek kat sana. Aku pernahlah jumpa dia sekali dua" "Oh..ermm.Jangan risaulah Mil..Tak ada mana-mana perempuan pun dapat lawan Feeya"Shamil mengetap bibir. "Jangan cakap besar sangat Kif..Dahlah.Aku banyak kerja ni.Kau pakai macam ni,kerja ke tak?"Akif tersenyum panjang.Dia sudah ada rencana selepas ini.Mahu bawa lari Afeeya.Akif sudah menelefon Imani tadi beritahu yang Afeeya tidak akan masuk kepejabat hari itu. "Lain macam senyum.." "aku cuti kan?" "Habis kau masuk office ni kenapa?" "Tadi drop Feeya..Ada meeting dengan CE syarikat Surya Ilham"Shamil tersenyum sinis.Naqiudin?. "Naqie?"Akif mengangguk. "Tak rasa tergugat ke kau Kif?"Akif mengetap bibir.Hendak buat bagaimana.Sudah kerja. Tak professional lah dia jika libatkan soal peribadi dengan kerja. Lagipun dia percaya pada Afeeya. Isterinya seorang wanita yang setia. "Kau nak aku buat apa?" "Wow..Serius lah Kif kau biarkan.." "Kau kenapa Mil?Nak kena penumbuk!"Sakit pula hati Akif bila Shamil seolah-olah sengaja membakar api cemburunya. "Hahaha..marah..Kalau kau rasa cemburu.Kau jangan sesekali nak buat hal lah Kif" Pesan Shamil dalam nada bergurau. "Aku naiklah dulu.Malas nak layan kau"Shamil masih ketawa terbahak-bahak melihat reaksi Akif.Memang dari dahulu Akif pantang jika Afeeya bekerjasama dengan mana-mana lelaki.Hingga ada waktu Akif sendiri yang turun walau dia hanya pemegang saham sahaja dalam Syarikat Mirza.Afeeya hak dia seorang. ************* Akif melihat talifon bimbit diatas meja.Masih tiada mesej atau panggilan dari Afeeya.Lama benar mesyuarat isterinya dengan Naqie.Sudah jam satu tengahari masih belum sudah.Akif keluar dari bilik setelah berkemas.Dia mahu mengambil Afeeya. Dia tidak betah lagi menunggu disitu. "Laju jer Encik Akif..?" "Abang cuti..Farah.Nanti tolong hantarkan fail atas meja Farah pada Hana.Abang nak balik dah"Akif menunjuk kearah fail biru yang sudah dia letak diatas meja Farah.Akif ingin segera pulang. "Erm,okay..Thanks tolong belikan barang dapur kelmarin" "Ya..Tak pasal-pasal Feeya marah.Encik Akif bukan tak tahu yang Feeya tak suka susahkan orang"Farah lebih selesa memanggil Akif dengan gelaran 'Encik' dipejabat bagi menggelakan berlakunya salah faham.Bukan semua yang tahu sejarah dia dah Akif. Dia pun tidak mahu sesiapa pun tahu perangai buruk dia dahulu. Jika orang tahu apa dia pernah buat pada Afeeya, tentu ramai yag mengecam. "Biasalah Feeya.Tapi kalau tak siapa nak pergi?Dia busy..Nah upah"Farah ketawa. "Tak nak lah..Farah ikhlas lah..Haritu pun Feeya ada beri pada Farah upah.Simpan jer duit tu ya"Farah menolak pemberian Akif.Dia sudah punya wang sendiri dan dia memang tidak mahu susahkan Akif lagi. "Berlagak.Dah.Abang nak gerak dah.Anything,just let me know"Pesan Akif sebelum berlalu.Farah hanya mengangguk sebelum kembali kemejanya.Banyak kerja yang masih belum selesai.Farah bersyukur bila Akif mula kembali seperti dahulu.Mula-mula dia bekerja disitu,Akif sangat sukar untuk menerima dia,atas apa yang dia lakukan pada Afeeya enam tahun lalu.Dia silap menilai Afeeya.Wanita itu memang layak bersama Akif.Afeeya bukan seperti dia sangka.Hati Afeeya sangat baik.Jika orang lain,mungkin dia sudah lama meringkuk kepenjara.Oleh sebab itu Farah sangat terhutang budi pada Afeeya.Dia juga berjanji akan ada dengan Afeeya walau apa terjadi. Lamunan Farah terhenti bila talifon bimbitnya berbunyi. "Lambat angkat?" "Sorry..Ada kerja.Abang dekat mana?"Soal Farah terus. "Abang baru balik..Farah habis kerja jam berapa hari ni?" "Bos tak masuk,boleh lah balik awal..Hihi"Terdengar tawa nakal Farah dihujung talian membuatkan Luqman turut ketawa. "Nakal ya..Jangan buat hal.." "Alah..Farah gurau jer lah.Abang ambillah Farah pukul enam macam biasa.Jadi tak nak balik rumah mak?" "Jadi..Lepas Maghrib ya" "Okay.Thanks..Petang nanti jumpa ya?" "Ya sayang...assalamualaikum" "Walaikumusalam.."Farah tersenyum sumbing teringatkan Luqman.Entah bagaimana dia boleh terjatuh hati dengan teman Akif yang satu itu.Sudahlah keras,tapi kacak boleh tahan. *********** Akif berjalan masuk dalam bangunan dimana dia meninggalkan Afeeya tadi.Bila Akif masuk,Afeeya baru sahaja berjalan keluar seiring dengan Naqie melalui pintu restoran berhampiran. Akif mendengus sebelum berjalan laju menghampiri Afeeya dan Naqie. "sayang.."Panggil Akif lembut.Afeeya tersenyum mendapatkan Akif.Tubuh lelaki itu dirangkul spontan dan hanya diperhatikan oleh Naqie dengan senyuman. "Patut nak cepat balik.Ada date rupanya"Usik Naqie. "Naqie,i kenalkan..." "I kenal husband you..satu Universiti dengan I"Akif menyambut huluran salam Naqie.Ya,mereka satu universiti dahulu.Jurusan yang diambil pun sama cuma mereka tidak rapat kerana Naqie budak skema. "Oh..Akif tak cakap pun.." "You tak tanya..Erm,dah settle?"soal Akif.Malas hendak berlama-lama dengan Naqie disitu. "Alhamdulillah,dah settle.Tadi nak ajak Feeya lunch tempat lain tapi dia kat nak balik office cepat" "Ya..Nak hantar report cepat.Cepat hantar,cepat approve." "Kalau macam tu,kami beransur dulu"Akif meminta diri sebelum memimpin tangan Afeeya,beredar dari situ. "You dah makan?"Soal Afeeya lembut sebaik mereka sudah berada didalam kereta. "Belum..kenyang tengok you dengan Naqie tadi"Afeeya ketawa kecil. "Alalalala... jealous ya sayang?"Tangan kiri Akif ,Afeeya capai dan dikucup lama. "Siapa pun akan jealous sayang..Dah dua tahun you kerja dengan dia tapi tak pernah beritahu I"Luah Akif dengan suara mendatar. "Lah..You know me kan sayang.I tak suka hal office bawa balik rumah.Lagipun,kami berurusan ada dasar kerja.Not more than that"Jelas Afeeya panjang lebar.Dia mahu Akif faham.Mereka dibidang yang sama,sepatutnya Akif faham. Jika ikutkan cemburu,dia juga begitu.Akif sering sahaja beruurusan dengan wanita-wanita cantik dan lebih muda dari dia.Tapi atas tuntutan kerja,Afeeya tidak kisah asalkan Akif tahu status sebagai suami orang. "Please sayang.Jangan pernah terfikir nak curang dengan I"Afeeya tersenyum menggeleng.Jarang Akif rasa insecure begitu sekali. "Ke you ada buat sesuatu dibelakang I ni Akif Ikhmal?"Afeeya mengangkat kening.Merenung wajah Akif lama.Risau pula dia.Sudahlah Akif baru sahaja pulang dari Belitung.Disitu ramai perempuan cantik. "Eh,mana ada sayang.Do you think I have the courage to cheat behind you?" "Betul ni?" Afeeya mengangkat kening,inginkan kepastian. "Betul sayang.Jangan risau.I ada you sahaja"Akif meregut leher Afeeya sebelum mengucup bibir wanita itu. "Akif,nanti orang nampaklah"Akif tersenyum nakal. Puas hati dapat lihat wajah kalut Afeeya. "Erm,i dah inform pada Kak Long..You tak masuk.Abang Fariq ada hari ni.." "So?" "So...You jangan nak beri i any excuses ya"Afeeya ketawa kecil. "Mana berani..Kita nak kemana?"Akif mengeluarkan talifon bimbit. Afeeya terkejut melihat gambar pusat peranginan yang ditunjuk Akif. "Seriuslah..Mana sempat"Terkejut Afeeya.Akif selalu sahaja buat kejutan begitu. "Macam tak biasa..I dah call Mama..Mama kata okay jer" "Esok tak masuk office?"Akif mengambil tangan Afeeya dan diusap lembut. "Nanti fikir..Anak-anak nanti kita buat VC ya sayang"Pujuk Akif.Dia tahu Afeeya sukar hendak berjauhan dengan anak-anak mereka.Tetapi ada waktu,memang Akif butuh untuk berdua sahaja dengan Afeeya.Masa mereka berdua sangat terhad. "I ikut sahaja.Mana yang terbaik untuk kita..Lagipun dah lama kita tak ada short vacay macam ni.Suprise pula tu" "Habis you fikir masa mula-mula kahwin jer kita kena romantik..?" Akif merenung mata Afeeya dalam-dalam. Dia benar rindukan Afeeya. "Bila masa you tak romantik sayang?"Puji Afeeya. Pipi Akif diusap lembut. "I love you so much Feeya.Jom.." "Pakaian i?" "Kita beli dulu..Then kita terus pergi ya"Afeeya hanya mengangguk setuju.Tentu seronok dapat berdua sahaja dengan Akif. Biasa jika pergi bercuti, mereka bawa sekali Afraa dan Adiff. Mungkin benar kata Akif. Sesekali mereka butuh waktu berdua. Mengenang kembali saat-saat awal perkahwinan mereka dahulu yang penuh ranjau.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD