Bab 51 “ Mummy…” Atrisha berpaling. Sudah dua hari dia keluar dari wad. Baru hari itu dia benarkan Najlaa masuk. Sebelum ini sukar dia hendak menerima kenyataan bahawa Najlaa anak kepada wanita yang pernah merampas Saiful Amri dari dia.Saiful Amri sendiri Atrisha tidak benarkan masuk.Dia tidak boleh melihat wajah lelaki itu. “ Mummy..” Panggil Najlaa lembut. Bapanya sudah pesan jangan menganggu ibu tirinya tapi Najlaa rindu pada Atrisha. “ Naj nak apa?” Atrisha bangun dan duduk bersandar di kepala katil. Nada suara Atrisha tidak mesra seperti biasa.Tiada senyuman. “ Naj rindu mummy” Atrisha mengetap bibir bila Najlaa memeluk kakinya. Sungguh dia juga rindukan Najlaa tetapi ego menidakkan.Atrisha meleraikan rangkulan Najlaa. “ Hurm…Naj. Mummy tak sihat. Naj keluar dulu boleh?” Najlaa