Bab 52 Menggigil badan Saiful Amri menahan sejuk,hendak tutup aircond dia takut Atrisha pula yang kepanasan.Apa yang Saiful Amri tahu,wanita mengandung mudah rasa panas badan.Stocking didalam beg Saiful Amri ambil dan di pakai.Baju panas disarung ketubuh sebelum membaluti tubuh dengan selimut tebal.Saiful Amri rasa,demamnya makin melarat kerana dia langsung tidak berehat walaupun badan tidak larat. “Ya Allah,bisingnya.Orang nak tidur pun tak senang” Bentak Atrisha.Dari tadi dia dengar Saiful Amri mengerang.Naik rimas dia dibuatnya. “Abang sakit kepala sangat sayang” Adu Saiful Amri dengan harapan Atrisha akan kasihan sedikit pada dia. “Dah tahu sakit,kenapa balik sini.Menyusahkan orang jer” Atrisha mengeluarkan Panadol dan air didalam botol dan diserahkan kepada Saiful Amri. Malas dia