Bab 41 “Malam ni,boleh tak Najlaa tidur dengar Mummy and Daddy?” Soal Najlaa manja. Sudah seminggu dia tidak dapat bermanja dengan Saiful Amri kerana bapanya sibuk menguruskan hal perkahwinan dengan ibu tirinya.Jumpa pun sekejap-sekejap sahaja. “Mummy tak kisah.Tanya Daddy” Bagus juga jika Najlaa tidur bersama-sama mereka. Tidaklah dia hanya berdua dengan Saiful Amri didalam bilik yang besar itu.Seram dia. “Najlaa.mana boleh tidur dengan Mummy Daddy lagi.Najlaa dah besar tau”Datin Hajah Halimah yang berdiri dimuka pintu mula bersuara.Saiful Amri dan Atrisha baru sahaja bernikah,tentu keduanya perlu masa untuk berduaan. “Najlaa tak kira.Najlaa nak tidur dengan Mummy and Daddy juga” Datin Hajah Halimah hanya menggeleng.Najlaa bukan boleh ditegah. Perangai sama sahaja dengan Atrisha. “Ta