Bab 40 “Assalamualaikum” “Waalaikumusalam..”Perlahan Atrisha menjawab salam lelaki yang kini sah bergelar suaminya.Atrisha masih tidak berganjak dari posisinya yang sedang berbaring mengiring membelakangkan Saiful Amri.Bagaikan mimpi,tiba-tiba dia kini sah sebagai isteri Saiful Amri. Segalanya terasa kekok.Lagi-lagi bila Saiful Amri mahu Atrisha memanggil dia dengan gelaran abang selepas mereka diijabkabulkan pagi tadi.Dia tidak biasa. “Abang tahu Isha tak selesa kalau abang tidur sekatil dengan Isha kan?Abang tidur kat sofa” Saiful Amri mencapai bantal dan terus melangkah ke sofa di penjuru bilik. “Abang” “Ada apa sayang?” Saiful Amri menjawab tenang. “Saya ada benda nak bincang dengan abang” Saiful Amri menghela nafas panjang seakan dapat meneka apa yang akan dikatakan oleh Atrisha