Bab 38
“What? Dia dah gila ke aunty.Lagi sebulan jer majlis kami.Apa salah Riana pada dia?” Berjuraian air mata Adriana takala mendengar perkhabaran berita yang dibawa keluarga Saiful Amri.Begitu mudah Saiful Amri ingin memutuskan tali pertunangan mereka.Cukup mudah Saiful Amri membuat keputusan begitu.Saiful Amri buat dia seperti sampah dan tiada maruah.Lelaki itu sudah gila agaknya.Gilakan balu Asfan.
“Riana,Aunty tak tahu nak cakap apa.Ini semua salah Aunty.Aunty desak dia untuk terima Riana.Aunty minta maaf Riana”Datin Hajah Halimah juga malu dengan tindakan Saiful Amri tetapi dia tidak boleh berbuat apa-apa.Keputusan telah Saiful Amri buat.Keputusan yang mereka sekeluarga sudah jangka sejak hari pemergian Asfan.Saiful Amri banyak habiskan masa dengan Atrisha kerana bagi Saiful Amri,Atrisha lebih memerlukan dirinya.
“Ini semua sebab perempuan tu kan?Riana dah agak dah yang Am memang ada hati dengan Atrisha.Sampai hati dia orang buat Riana macam ni”Adriana menemplak keras.
“Sudah-sudah lah tu dik.Dah tak ada jodoh,nak buat macam mana.Ibu ayah redha”Pujuk Puan Delimawati,Ibu kepada Adriana.Mereka juga terheret dengan masalah ini.Kalau bukan mereka yang beria-ia hendak cepatkan pertunangan antara Riana dan Saiful Amri ini semua tak akan berlaku.Padahal,Saiful Amri awal-awal lagi sudah beritahu yang hatinya belum terbuka untuk sesiapa.
“Ibu cakap senang.Riana cintakan Am sepenuh hati Riana”Ujar Adriana teresak-esak.Dia bingkas bangun dan berlari masuk kebilik.Semua yang ada diruang tamu tergamam dengan tindakkan Adriana yang menghempas pintu.Tergamak Saiful Amri buat dia begitu.
“Kami minta maaf Datin.Tak sangka Riana boleh bersikap macam tu”Encik Kamarul yang tadi hanya membisu mula bersuara.Dia juga terkejut dengan keputusan yang dibuat dari pihak Saiful Amri.Tiada angin,tiada rebut tiba-tiba mereka ingin putuskan tali pertunangan.Lagipun majlis hanya tinggal sebulan sahaja lagi.
“Tak mengapa.Kami yang patut minta maaf.Saya tak boleh buat apa encik Kamarul.Keputusan semua ditangan Amri.Kami hanya menurut”Jelas Datin Hajah Halimah.
“Tapi kenapa Datin.Apa salah anak kami?Kalau ada salah silap,kami boleh tegur”
“Tidak,Riana tu baik budaknya.Tapi jodoh.Susah kita nak kata Encik Kamarul,Puan Delima.Saya pun tak tahu lagi nak kata apa.Hendak ditolak,anak.Serba salah dibuatnya”Ada keluhan berat yang dilepaskan Datin Hajah Halimah.Bukan mudah dia hendak memikul tanggungjawab itu.Malu bukan kepalang.Namun,demi kebahagian Saiful Amri.Dia gagahkan jugakan.Sudah lama Saiful Amri tersiksa dengan apa yang berlaku.
“Saya pun tak tahu nak kata apa Datin.Cuma terkilan dengan keputusan Saiful Amri.Last minute pula tu.Nasiblah kad belum diedar.Kami ni belah perempuan.Malu tetap ada.Nanti,orang kata anak kami yang buat hal”Ada nada terkilan dihujung perbualan antara Puan Delimawati dan Datin Hajah Halimah.Dia juga terkesan dengan perkhabaran itu.Apa yang hendak diberitahu pada keluarga.Saiful Amri tidak patut buat begitu.
“Kami faham Puan.Saiful Amri beritahu.Dia akan tanggung semua kos yang keluarga Puan dah keluarkan.Duit hantaran yang kami beri tu,Saiful Amri kata sebagai ganti rugi.Jangan fikir kami selesaikan dengan duit untuk tutup kesalahan kami.Tapi itu permintaan Saiful Amri”Datin Hajah Halimah amat berharap keluarga Adriana dapat memaafkan mereka.Bukan mudah untuk mereka buat keputusan itu.Datin Hajah Halimah juga bimbang jika Adriana tersiksa zahir dan batin nanti kerana Saiful Amri sendiri sudah acap kali ulang bahawa hati anaknya itu cuma untuk Atrisha.Atrisha sahaja yang bisa buat dia bahagia.
*******
Saiful Amri melemparkan pandangan keluar jendela.Rumah milik Asfan dan Atrisha sudah menerima penghuni baru.Atrisha sudah menjual rumah itu setelah Asfan meninggal.Kata Atrisha dia tidak rela tinggal disitu lagi.Terlalu banyak kenangan dengan arwah Asfan.Airmata Saiful Amri mengalir tanpa sedar.Saiful Amri juga tak akan lupa kata-kata terakhir Asfan untuk dia.Cintai Atrisha sebagaimana dulu.
Assalamualaikum,
Buat saudaraku Saiful Amri.Terima kasih kerana menerima aku seadanya.Menerima aku yang serba kekurangan ini sebagai sahabat dan saudara.Ketika kau membaca surat ini,mungkin aku telah tiada.Jangan ditanya mengapa Allah temukan dalam keadaan begini.Tersepit dengan persahabatan kita.Mungkin sudah takdir aku mencintai Atrisha hingga disini sahaja.Dan mungkin dia memang telah tercipta untuk kau Saiful Amri.Aku tahu kau begitu cintakan Atrisha dan aku tahu kau sahaja yang mampu membahagiakan dia.Mungkin waktu yang kau nanti-nanti sudah hampir kepenghujung.Bukan semua manusia mampu dapat peluang kedua Am.Dan terima kasih Am,disebabkan dia hilang ingatan,aku punya kesempatan untuk mendapat cinta dia.Aku yakin bahwa satu saat nanti kau akan dapat semula cinta dia.Hanya kau yang layak mencintai Atrisha.Terima kasih untuk segala-galanya.Tolong cintai Atrisha seperti sebelum.Dia perlukan kau tanpa aku.Atrisha nampak kuat diluar tapi sebenarnya dia sangat rapuh didalamnya.
Sekian.
Asfan Azriff
“Afan,cinta aku pada dia tak pernah hilang.Tak pernah pudar..Tapi bukan dengan cara ni..Kenapa Allah temukan kita dengan cara macam ni.Aku tak kuat Afan....”Surat yang ronyok dilekapkan ke dada.Sudah berkali-kali Saiful Amri membaca surat pemberian arwah Asfan.Surat itu Saiful Amri jumpa ketika pulang kerumahnya beberapa hari selepas Asfan meninggal.Cuma baru sekarang dia berani membuka dan membaca isi didalamnya.Sakitnya hilang Atrisha, Juliana dan bapanya masih tidak habis lagi.Kini,dia kehilangan Asfan pula.
Trut...trut....
Saiful Amri mencapai talifon bimbitnya.Tertera nama Adriana di skrin talifon.Dia sudah tahu apa yang bakal diserang Adriana.Bulan itu sahaja sudah beberapa kali Saiful Amri bertengkar dengan Adriana.Angin Adriana kadang-kadang memang boleh menguji kesabaran dia juga.
"Angkat pun!"
"Assalamualaikum..."Adriana tidak jadi hendak menyerang.Menjawab salam Saiful Amri .
"Waalaikumusalam.."
"Ada apa call Adriana?"Soal Saiful Amri tenang.
"Awak ni buat-buat bodoh ke atau memang dah diperbodohkan betina tu?"Saiful Amri menarik nafas panjang.
"Pasal kita,Jangan libatkan orang lain..."Ucap Saiful Amri tenang.
"Kalau bukan sebab dia,sebab apa lagi Am?"Adriana sangat yakin,Saiful Amri putus dengan dia kerana Saiful Amri memang tegila-gilakan balu Asfan sejak dahulu lagi.
"Saya tak nak tipu perasaan saya pada awak Adriana.Saya tak boleh.Dari awak sengsara nanti,baik kita putus sekarang"
"Am,awak tak fikir keluarga saya ke?malu kami..Lagi sebulan jer lagi.Semua persiapan kita dah buat"Adriana cuba berlembut dengan Saiful Amri.Dia tahu,tiada guna bergaduh dengan lelaki itu kerana hati Saiful Amri tidak pernah ada dia.Saiful Amri terima dia disebabkan permintaan Datin Hajah Halimah semata-mata.
"Saya minta maaf sangat-sangat Adriana.Tapi ini jalan terbaik..Saya tak boleh teruskan.."
"Awak memang kejam Saiful Amri.Awak pentingkan diri sendiri!"Adriana meninggi suara.Sakit hati,geram.Rasa ingin ditampar-tampar wajah lelaki yang sangat dia cintai itu.Saiful Amri kejam kerana memperlakukan dia sebegitu.
"Saya tak kisah awak nak kata apa Adriana..Tapi ini yang terbaik..Kalau saya kahwin dengan awak pun,saya tak ada rasa cinta..."Ujar Saiful Amri berterus terang.
"Selama ini?"
"Saya cuba..Bukan tidak mencuba..Tapi tetap tidak boleh..Please faham saya"
"Awak nak saya faham awak.Tapi ada awak faham saya Am?Selfish!Awak perlu bertanggungjawab dengan apa yang awak dah buat"Adriana mematikan talian sebaik menghabiskan kata-kata.Saiful Amri mendengus.Dia sudah cuba yang terbaik.Itu sahaja penyelesaian yang dia ada waktu itu.Saiful Amri sesekali tidak akan melepaskan peluang kedua yang dia ada.Saiful Amri menjeling jam ditangan.Dia ada janji dengan Mikail.Ada perkara yang mereka perlu selesaikan untuk arwah Asfan.Saiful Amri tidak mahu tertinggal satu pun urusan Asfan yang masih belum selesai.Atrisha akan masuk pejabat lagi dua minggu bagi menggantikan tempat Asfan.Dia sayang hendak menjual keseluruhan bahagian share Asfan pada Mikail.Semua harta Asfan sudah dibahagi mengikut hukum faraid.Atrisha tidak mahu apa-apa tetapi share syarikat,Asfan sudah namakan Atrisha sebagai pewaris dan Saiful Amri sebagai pemegang amanah kerana itu Saiful Amri sentiasa mengemaskini keperluan syarikat walaupun berlainan bidang dengan kerjaya dia waktu itu.