bab 37
Airmata Atrisha mengalir,dia masih belum mahu pulang.Surah yasin ditangan Atrisha letak diatas jug yang dibawa setiap hari.Sudah tiga bulan Asfan pergi meninggalkan Atrisha tetapi apa yang dia rasa,Asfan tetap ada dalam bayangannya.Atrisha rasa dunianya kelam.Setiap hari Atrisha berulang alik dari rumah mereka ke kampung Asfan.Maznah meminta izin Atrisha untuk mengebumikan Asfan bersebelahan pusara arwah ayah dan nenek Asfan.
"Am tengoklah tu..Mama tak tahu nak buat apa lagi.."Maznah merenung Atrisha yang masih duduk bersila diatas tanah menghadap kubur Asfan.Saiful Amri lihat Atrisha makin kurus.Itu semua membuat hati Saiful Amri makin luluh.
"Nanti Am cuba pujuk Isha ya Ma.Mama pun dah nampak kurus Am tengok"
"Mama dah redha dah dengan pemergian Afan tapi Mama sedih tengok Isha macam tu.Isha muda lagi Am..Am ingat lagi janji Am pada Afan?" Saiful Amri mengetap bibir.Mengangguk.Atrisha sudah habis iddah tapi Saiful Amri masih belum berani meluahkan hasrat hatinya pada Atrisha,lebih-lebih lagi Atrisha baik dengan tunangnya,Adriana.
"Am akan cuba yang terbaik Ma..Tapi Mama tahu kan status Am?" Maznah mengangguk.Dia tahu,dalam keadaan begitu akan lihat mereka mementingkan diri sendiri.Tetapi jika diikutkan dalam surat yang Asfan tinggalkan buat dia.Maznah yakin,kemunculan semula Saiful Amri diantara Asfan dan Atrisha tentu ada hikmahnya.
"Am akan cuba yang terbaik Ma.."Saiful Amri menyentuh bahu Maznah yang sudah dia anggap seperti ibunya sendiri.Walaupun Asfan tidak pernah pesan untuk menjaga ibu dan adik-adiknya,Saiful Amri tekad untuk teruskan tugas Asfan yang terbengkalai.
"Sha..."Panggil Maznah lembut.Atrisha menoleh kebelakang.Melihat Saiful Amri juga ada disitu.Sudah sebulan dia tidak nampak Saiful Amri.Selepas Asfan meninggal,ada sekali dua Saiful Amri datang menjenguk dia dirumah tetapi selepas itu Saiful Amri hilang.Atrisha rindu pada Najlaa.
"Am..."
"Sorry tak datang tengok Sha..Sebelum ni Sha masih dalam iddah.Am tak nak ganggu.Tapi Am perhatikan Sha dari jauh"Penjelasan Saiful Amri membuatkan hati Atrisha sedikit lega.Sebelum ini dia fikir,Saiful Amri sudah tidak pedulikan dia kerana Asfan sudah tiada.Dia masih perlukan semangat dari Saiful Amri.
"Thanks..."
"Jom balik.Dah nak Maghrib..Isha tidur sini ya malam ni?"Ajak Maznah.sudah lewat untuk Atrisha pulang.Dia bimbang hendak membiarkan Atrisha memandu sendiri.
"Tapi Ma.."
"Sha..."Atrisha terpaksa akur.sebenarnya dia tidak boleh meninggalkan rumah mereka walau sekejap.Banyak kenangan dia dan Asfan dirumah itu.Bau Asfan juga masih ada.
*********
"Aunty...!!!!"Najlaa menerpa kearah Atrisha bila wanita itu masuk kedalam rumah.Fateha dan Fariza yang sedang bermain dengan Najlaa turut berjalan ke depan pintu.Terubat rindu mereka tadi bila Saiful Amri muncul dengan Najlaa secara tiba-tiba.
"Najlaa...Ya Allah rindunya aunty pada Najlaa" Atrisha mengomol wajah comel Najlaa,melepaskan rindu pada anak kecil itu.Sesungguhnya dia amat merindui sikecil yang selalu membuatkan dia dan Asfan ketawa.Kali terakhir dia bertemu Najlaa sewaktu majlis pengebumian Asfan.Itupun Najlaa meraung-raung ketika jenazah Asfan mahu dimasukkan kedalam liang lahad.Waktu itu Atrisha rasa,dia sekali ingin terjun dan biar ditanam sekali dengan Asfan.Najlaa sangat rapat dengan Asfan dan Asfan melayan Najlaa seperti anak sendiri.
"Naj rindu aunty.."Najlaa tidak mahu melepaskan rangkulannya dipinggan Atrisha.Takut jika mereka terpisah lagi.
"Aunty pun rindu Naj juga...Naj sihat?"Najlaa mengangguk.Atrisha mengesat airmata Najlaa dengan selendang yang dipakainya sambil diperhatikan Maznah dan Saiful Amri.
"Am,Najlaa tidur sini boleh?" Saiful Amri mengangguk.
"Daddy?"Tanya Najlaa.Atrisha memandang Saiful Amri.
"Daddy balik.Esok daddy kerja.After that daddy ambil Naj okay?"
"Kenapa Am tak tidur sini sahaja?"Maznah mula bersuara.Dia tidak kisah jika Saiful Amri ingin tidur dirumah mereka kerana ada banyak bilik dirumah itu.
"Tak apa lah Ma.Lagipun tak manis orang tengok.Esok Am datang..Tapi Am nak tumpang solat Maghrib kejap"Pinta saiful Amri sopan.
"Dinner dulu Am,baru balik"Ajak Atrisha.Saiful Amri tetamu mereka.Asfan cukup pantang jika mereka tidak menjamu tetamu.
"Ermm,okay.."Pendek anggukan Saiful Amri.Mengikut langkah Maznah kebilik tetamu.Hati Saiful Amri sedikit lega bila melihat Atrisha gembira bertemu Najlaa.Mungkin mengubat sedikit rindu Atrisha pada Asfan.Usai makan malam,Saiful Amri meminta diri untuk pulang kerana sudah agak lewat.
"Naj..Naj masuk main dengan Aunty Teha dengan Aunty Eja kejap"Pinta Saiful Amri setelah mengucup pipi dan dahi Najlaa berkali-kali.Najlaa hanya menurut seperti faham bapanya ada perkara penting untuk dibincangkan dengan Atrisha.
"Isha okay?"Tanya Saiful Amri sebaik tinggal mereka berdua diberanda depan rumah.
"Saya okay Am.Cuma saya rindukan dia.Teramat rindu"Mata Atrisha berkaca,hanya tunggu masa untuk airmatanya tumpah.
"Saya pun rindu arwah juga"
"Saya tak kuat Am...Bayangan arwah ada dimana-mana sahaja.."
"Sabarlah Sha.Saya pernah rasa apa yang awak alami saat ini.Saya tahu bertapa sakitnya rindu pada yang dah tiada..."Ujar Akif,melempar pandangan ke arah jalan.Dua kali dia hilang insan yang dia cintai..dan kali ini,dia kehilangan lagi.Kehilangan seorang sahabat.
"Saya tak sekuat awak"
"Awak lebih kuat..Saya hilang arah dan tujuan masa tu Sha..Saya lupa semua.Saya lupa saya ada anak,saya lupa tuhan saya..Saya asyik salahkan diri saya atas kehilangan mereka..saya tak redha" Atrisha merenung kewajah lelaki yang sudah hampir setahun menjadi sahabat dia dan Asfan.Lelaki yang paling Asfan percayai selain dari Mikail dan Ziyad.Ada keluhan berat yang dilepaskan Saiful Amri dihujung bicara. Cukup berat untuk diluahkan.
"sekurang-kurangnya awak ada Najlaa,Am"Saiful Amri tersenyum pahit.Ya..Kerana Najlaa dia bangkit semula tetapi sebelum itu dia pernah mengabaikan Najlaa hingga dia hampir-hampir juga kehilangan Najlaa.
"Saya pernah hampir hilang Najlaa sebab saya asyik layankan rasa kecewa saya Sha"Pengakuan Saiful Amri membuatkan Atrisha terfikir sejenak.Dua kali Saiful Amri hilang orang tercinta,dia hilang Asfan pun sudah hampir gila.Gila dengan bayangan Asfan yang masih belum padam.Gila dengan kenangan dan kerinduan yang tidak pernah surut.Atrisha lemah.
"Saya sudi ganti tempat Asfan jika awak izinkan..Bukan kerana janji saya pada Asfan tapi saya ikhlas"saiful Amri tidak tahu dimana kekuatan untuk dia berbicara seperti itu.Lancar sahaja bibirnya menuturkan ayat keramat itu.Saiful Amri bersedia untuk sebarang kemungkinan.
"Apa awak cakap ni Am?"
"Ermm,Sha..saya balik dulu.Esok kita jumpa.."Saiful Amri tahu jika dia masih tunggu disitu ia pasti akan mengundang rasa kurang selesa kepada Atrisha.Lebih baik dia meminta diri.Lagipun dia tidak mahu Atrisha membuat keputusan terburu-buru.Saiful Amri tahu,salah satu sebab yang akan membuatkan Atrisha menolak dia mentah-mentah adalah kerana dia tunangan orang.Saiful Amri sudah fikirkan semua itu.Atrisha gumam.Tidak berkata apa bila Saiful Amri meminta diri.Tidak sempat Najlaa bertemu bapanya.
"Aunty..Daddy dah balik?" Atrisha tersentak dari lamunan bila Najlaa memeluk dia dari belakang.
"Dah..Daddy nak cepat sebab dah malam.Nanti Naj buat video call dengan daddy ya"Pujuk Atrisha.
"Ermm,okay.Malam ni boleh tak Aunty berbual dengan Naj macam sebelum ni" Atrisha mengangguk sambil memimpin tangan Najlaa masuk kedalam.Turut serta dengan adik-adik iparnya diruang tamu.
"Aunty..Naj rindulah uncle.Daddy kata,Uncle mesti dekat syurga bersama-sama orang yang baik" Najlaa bermain-main dengan rambut panjang mengurai Atrisha lembut.
"Aunty pun rindu uncle.."
"Aunty jangan asyik menangis...don't be sad..Naj dengan daddy ada" Atrisha berpaling dan merenung wajah Najlaa.Mungkin wajah Najlaa lebih iras Juliana.Cuma jika di amati betul-betul,senyuman Najlaa seakan-akan Saiful Amri..
"Daddy kata.kalau kita rindu,kita kena banyakkan berdoa.."
"Pandailah Naj ni bercakap..."Dikucup pipi Najlaa berkali-kali.Berbual dengan Najlaa dapat meredakan gelodak rasa dijiwanya.Tentang apa yang dikatakan Saiful Amri tadi,Atrisha tidak mahu fikir.Mungkin Saiful Amri hanya cakap begitu sekadar mengingatkan dia tentang janji pada arwah Asfan.Mana mungkin dia menerima Saiful Amri sedangkan hatinya hanya untuk Asfan.Sampai bila-bila pun dia tidak akan berpaling dari arwah suaminya.Lagipun,Saiful Amri tunangan orang.Jika tidak silap,hujung tahun itu Saiful Amri akan bernikah dengan Adriana.Atrisha tidak mahu menjadi perampas.Cukuplah apa yang terjadi pada Marissa.
"Aunty..Boleh tak Naj panggil aunty, mummy?"Permintaan Najlaa mematikan lamunan Atrisha.Dia fikir,Najlaa sudah terlena tadi.Jauh sangat lamunan dia.
"Ermm,kan tak lama lagi Naj nak ada Mummy baru?"Najlaa memuncungkan bibir.Dia tidak suka pada Adriana.Wanita itu cuma mahu bapanya sahaja,bukan dia.Adriana tidak pernah sayangkan dia.
"Naj tak nak aunty Adriana..Aunty Adriana tak sayang Najlaa pun..."Adu Najlaa.
"Tak baik cakap macam tu Naj.."
"Ya..Aunty Adriana nak daddy jer..Bukan Naj"Atrisha melepas nafas panjang.Kasihan pada Najlaa.Dari lahir tidak pernah rasa kasih sayang seorang ibu.Atrisha sayangkan Najlaa,tetapi dia yakin yang dia tidak mampu menggantikan tempat Juliana.Dia cuma boleh jadi ibu angkat Najlaa sahaja.Bukan ibu tiri anak itu.