Bab 36
"Am.."Saiful Amri mengesat mata.Dia terlelap di tepi katil.
"Eh,Afan....Kau dah sedar?"Cepat-cepat Saiful Amri menekan loceng memanggil doktor.Atrisha yang sedang terlelap terjaga..
"Afann..Sayang..You dah sedar.."Asfan hanya mengangguk,tidak larat.Dia masih sakit dibahagian kepala.Seketika kemudian Doktor yang bertugas dan beberapa orang jururawat masuk kebilik Asfan dan meminta Atrisha dan Saiful Amri ketepi.Waktu itu hanya ada Saiful Amri dan Atrisha kerana keluarga mereka semua sudah pulang.Waktu begitu sahaja Saiful Amri dapat melawat Asfan kerana waktu lain,ibu bapa Atrisha ada disitu.Atrisha pelik tapi tidak sempat bertanya soal itu.Atrisha tersenyum,melambai tangan kearah Asfan yang sedang memandangnya dengan pandangan sayu dan ada cecair jernih yang sudah mulai tumpah dihujung mata lelaki itu.Saiful Amri hanya menunduk sebak.Penantian mereka sudah berakhir dan tidak lama lagi,tugasnya disitu akan selesai..Dia perlu pergi jauh seperti yang dijanji dengan bapa Atrisha.Mungkin kembali ke London.Itu adalah jalan terbaik buat waktu itu.
Setelah doktor selesai merawat Asfan dan pasti pesakit mereka itu sudah bisa menerima pelawat,doktor mengizinkan Atrisha menemani Asfan didalam bilik itu manakala Saiful Amri mengikut doktor keluar dari bilik untuk mengetahui kondisi sebenar Asfan.
"Doktor..how is his current condition?"Soal Saiful Amri.Lihat pada wajah doktor Akma,Saiful yakin ada sesuatu yang tidak kena.
"Encik Asfan akan kami pindahkan ke Neuro Intensive Care Unit...Mengikut keputusan MRI yang kita buat kelmarin pada Encik Asfan,The accident membuatkan Encik Asfan mengalami kecederaan yang teruk sehingga mengakibatkan pendarahan dalam otak, ia boleh mengakibatkan bengkak pada tisu otak"Saiful Amri tekun mendengar walau dia tidak berapa faham.
"Masih ada harapan for him to recover?"Ada riak bimbang dibawah Saiful Amri.
"Depending on his strength..For the time being,kami akan lakukan yang terbaik untuk pesakit.Banyakkan berdoa Encik Saiful Amri"Saiful Amri terduduk di bangku untuk seketika.Apa lagi dugaan untuk Asfan.Saiful Amri tidak sanggup untuk lihat kesedihan diwajah Atrisha lagi.Wanita itu sudah habis air mata.Jika boleh,dia mahu gantikan tempat Asfan disitu.Biar dia yang merasa kesakitan Asfan tika itu.Asfan membuka alat bantuan pernafasan dimulut.Dia mahu bercakap dengan Saiful Amri dan Atrisha.
"Am.."Panggil Asfan lemah sebaik melihat Saiful Amri masuk.Atrisha menoleh kearah Asfan.dengan Saiful Amri lelaki itu mahu bercakap.Dengan dia?Sepatah pun Asfan tidak mahu bersuara.Atrisha agak terasa dengan kelakuan Asfan itu.
"Sha..Sayang..."Dengan bersusah payah Asfan mencapai tangan Atrisha dan digenggam lembut.
"Maafkan i..."Air mata Atrisha tumpah lagi.Tidak pernah lihat Asfan selemah itu.Dikucup genggaman tangan Asfan lama.Tidak sanggup melihat Asfan begitu.Asfan rasa tekaknya pahit,kepalanya terasa amat sakit seperti ingin pecah tetapi dia masih berlagak tenang kerana tidak mahu Atrisha dan Saiful Amri bimbang lagi.
"you tak buat salah dengan i pun Fan..You kena kuat demi i sayang"Diusap lembut rambut Asfan.ada bahagian kepala lelaki itu yang sudah dicukur kerana berjahit.Atrisha tidak kisah apa jadi pada Asfan selepas itu,dia akan tetap terima lelaki itu seadaanya.Atrisha terlalu mencintai Asfan.
"Am..andai kata...umur aku tak panjang,please jaga Atrisha macam kau jaga nyawa kau sendiri" Saiful Amri menunduk.Tidak sanggup mendengar kata-kata Asfan.Tangan Asfan yang sebelah lagi Saiful Amri genggam.Dia mahu Asfan kuat.
"Jangan cakap macam tu Fan...Kuat..Aku tahu kau kuat"
"Aku dah tak kuat...Sha...If anything happen to me,tolong terima Saiful Amri sebab dia sahaja yang boleh jaga you macam mana i cintakan you"Ucap Asfan tersekat-sekat.
"Kenapa you cakap macam ni..You tak sayang i lagi ke?You nak tinggalkan i ke Fan?"Atrisha mengesat air mata yang sudah ligat mengalir.Dia tidak suka Asfan cakap begitu dengan dia.
"Janji dengan i..kalau tak i tak tenang...Janji dengan aku Am" Lambat-lambat Saiful Amri mengangguk.Jika Asfan tidak pesan pun,dia akan buat.Dia tidak akan biarkan Atrisha sakit lagi.
"Sha...Janji..."Asfan merenung mata Atrisha lemah.
"I janji..I sanggup buat apa sahaja sayang..."
"Thanks...I love you so much Sha..."Atrisha bangun dan memeluk tubuh Asfan erat.Saiful Amri bangun,memberi ruang kepada Asfan dan Atrisha.Dia tidak mahu menganggu.Airmata lelakinya tumpah.Rasa diri sangat tidak berguna saat itu.
"Am...Macam mana Afan?"Saiful Amri mengangkat wajah.Melihat Mama Asfan,dan ibu bapa Atrisha sudah berdiri dihadapan mereka.Tadi Atrisha meninggalkan pesanan,memberitahu kondisi terbaru Asfan jadi,mereka segera ke hospital untuk melihat.
"Afan dah sedar..Ada dengan Isha didalam" Beritahu Saiful Amri.Mereka masuk berganti-ganti.Sementara itu Saiful Amri beralih duduk jauh sedikit dari keluarga Asfan dan Atrisha.Dia tahu siapa dia,cuma orang luar dan keluarga Atrisha pasti masih tidak dapat memaafkan dia lagi.
"Afan okay atau tidak sebenarnya Am?"Tanya Faliq,menghampir Saiful Amri yang sedang menunduk,merenung lantai.
"Doktor kata,condition Afan tak berapa okay..Kecederaan otak sebab kemalangan tu..Maybe hari ni dokor akan pindahkan ke NICU" Beritahu Saiful Amri.
"Isha tahu?"Saiful Amri menggeleng.Dia sahaja yang tahu.
"Am sayangkan Isha lagi"Saiful Amri tidak menjawab.Dia rasa tidak sesuai jika dia hendak menjawab soal hatinya pada ketika itu.
"Am sayangkan Isha lagi?"Ulang Faliq bila soalan dia tidak berjawab.
"Am sayangkan Isha dan Afan.Am nak Afan sihat untuk Isha" Ucap Saiful Amri lemah.Sudah dua minggu dia berulang alik kesitu.Anaknya juga,jarang dia jumpa.Mujur Najlaa faham dan tidak kisah kerana anaknya juga mahu Asfan cepat sembuh.
"Am...Afan...!!!!"Panggil Atrisha cemas.Saiful Amri jadi panik dan terus berlari masuk kedalam bilik.Atrisha jadi panik hingga terlupa hendak menekan butang,untuk memanggil petugas hospital.Saiful Amri pantas menekan butang diatas kepala Asfan itu.
"Fan..Kau okay?"Saiful Amri mendekati Asfan.Dada Asfan berombak pincang.Atrisha sudah menangis kerana takut.
"Ingat Am...janji kau.."Saiful Amri mengangguk berkali-kali.
"Mama...Maafkan Afan Ma..halalkan air susu Mama.."Ucap Asfan tersekat-sekat.Dia sudah tidak mampu bertahan lagi.
"Mama sayang Afan...Kuat nak..kuatkan diri tu"Dicium dahi Asfan berkali-kali..Luruh air matanya,luluh melihat keadaan Asfan yang sedang nazak.
"Bawa mengucap Fan...Saiful Amri berbisik ditelinga Asfan dan sepertinya Asfan mengikut apa yang diajar Saiful Amri.Beberapa ketika kemudian.Petugas hospital sampai bersama-sama doktor Akma.Mereka diminta untuk tunggu diluar sementara Asfan diberi rawatan.Atrisha memeluk ibu mentuanya erat.Tidak sanggup jika sesuatu terjadi pada Asfan.Rosaliza dan Faliq berdiri berhampiran pintu.Teringat waktu Atrisha dalam situasi yang sama.Waktu itu tiada apa yang mampu mereka harapkan selain dipanjangkan usia Asfan.Kasihan Atrisha.Hampir 20 minit kemudian Doktor Akma keluar dengan membawa satu dokumen untuk Atrisha tanda tangan.
"Keadaan pesakit dah kembali stabil.Please jangan masuk ramai-ramai.Sekejap lagi kami akan pindah kan Encik Asfan ke Neuro Intensive Care Unit..Kami akan arrange untuk emergency sugery"Dahi Atrisha bekerut.Tidak faham apa yang dimaksudkan doktor Akma.Mengapa dia tidak tahu tentang itu.
"Pembedahan?"Kenapa dengan suami saya doktor?"Soal Atrisha ingin tahu.
"Encik Asfan mengalami traumatic brain injury...emergency surgery needed untuk kes Encik Asfan ni to minimize additional damage to his brain"
"consciousness?" Sampuk Saiful Amri,inginkan kepastian.
"stupor, coma, persistent vegetative state, locked-in syndrome, and brain death..Saya harap,anda semua bersedia dan banyakkan berdoa" Doktor Akma menepuk bahu Saiful Amri bila lihat wajah lelaki itu sudah berubah seratus peratus.Tiada satu pun kebarangkalian yang menyenangkan hati Saiful Amri.
"Am..apa maksud doktor Akma?" Saiful Amri melepas nafas panjang.
"Pembedahan ni ada bermacam kemungkinan.Untung nasib,Asfan selamat"
"Kalau tak?" Walaupun Atrisha tahu jawapannya pasti negetif tetapi dia tetap berharap ada harapan untuk Asfan.Dia tidak rela kehilangan lelaki itu.
"Puan..Sila baca dan turunkan tanda tangan disini"
"Tapi doktor..Saya perlu fikir dahulu"
"His needed..." Ujar Doktor Akma.Saiful Amri tidak berani buka mulut.Takut jika Atrisha tersalah anggap.
"Isha...kita dah tengok keadaan Afan macam mana kan? Mama redha dengan apa sahaja kemungkinan.Isha pun kena redha.Kita sayang Afan dan tak nak dia tersiksa" Maznah menggosok belakan Atrisha,berharap dapat memberi sedikit kekuatan buat Atrisha.Dia lebih terasa kerana baru sahaja dapat bermanja dengan satu-satunya anak lelaki yang dia ada dan kini,Asfan terlantar bertarung nyawa.Apa daya mereka lagi.
"Tapi Ma.."
"Bukan kerja kita Sha..Mama redha.."Airmata Atrisha tumpah lagi.Menjeling Fateha dan Fariza yang sedang memandang kearahnya dengan mata merah.Kembar itu yang paling rapat dengan Asfan.Tadi sempat Asfan titip pesan buat Atrisha supaya menjaga Fateha dan Fariza dan Asfan tidak mahu berjumpa dengan kembar itu kerana Asfan tidak sanggup.
"Baiklah doktor..Saya sign"Dokumen ditangan doktor Akma beralih tangan.Doktor Akma menerangkan pada Atisha prosedur yang perlu mereka lalui dan kemungkinan yang bakal berlaku.Atrisha cuba kuat demi semua yang ada disitu.Dia cintakan Asfan,tetapi jika itu ketentuanNya,Atrisha redha walau tidak redha.