Bab 35
Saiful Amri berjalan perlahan kearah Adriana yang sudah menanti dia dilobi pejabat.Saiful Amri sudah ingatkan Adriana beberapa kali supaya tidak datang kepejabat dia selagi mereka belum rasmi menjadi suami isteri.Saiful Amri tidak selesa.
"Ada apa Adriana?"Tanya saiful Amri terus.
"Nak hantar bekal untuk awak"Saiful Amri melihat jam ditangan.Adriana tidak kesekolah kah hari itu?.
"Awak tak mengajar hari ni?"
"Saya ambil cuti sebab nak beli barang untuk majlis kita nanti" Beritahu Adriana.
"weekend kan boleh pergi.Membazir cuti.."
"At least saya membazir cuti untuk kita,bukan orang lain"Dahi Saiful Amri berkerut.Adriana menyindir diakah kerana sejak Asfan terlantar dihospital,memang dia kerap bercuti.
"Are you mocking me?" Saiful Amri merenung wajah Adriana tajam.
"No..awak terasa?"
"Not at all..just thinking kenapa awak cakap macam tu?"
"Awak tak rasa,yang masa awak banyak dengan Atrisha berbanding dengan saya?"Saiful Amri mengetap bibir.Dia mungkin pentingkan diri tapi bagi dia Atrisha dan Asfan atau lebih tepat,Atrisha paling dia bimbangkan sekarang ini.Fikiran Atrisha tidak stabil.
"Dia lebih perlukan saya buat masa sekarang ni" Adriana mengecilkan mata,meminta penjelasan Saiful Amri.Dia tidak faham apa yang Saiful Amri cuba maksudkan.
"Dia isteri orang.."
"Yes,i know.I really clear about that.Then?Apa masalahnya?Asfan my friend..Kalau Atrisha tak kuat,macam mana dia nak jaga Asfan?" Jelas Saiful Amri.Dia harap Adriana faham.Dia sedar dimana kedudukan dia.Dia tidak lupa itu semua dan dia masih menjaga batas antara dia dan Atrisha.Saiful Amri sangat jelas tentang itu.
"You ada hati dengan Isha sebenarnya kan Am?" Saiful Amri melarikan lirikan mata.
"Tell me the truth Saiful Amri?"
"Awak jangan merepek Adriana..Atrisha isteri orang.Saya ni masih waras lagi" Saiful Amri menafi sekerasnya walau didalam hati hanya dia sahaja tahu bertapa hatinya hanya untuk Atrisha.
"huh..saya harap awak jujur" Saiful Amri tersenyum pendek.
"Awak bawa saya bekal kan?Jom temankan saya makan di cafe" Ajak saiful Amri.Dia tidak mahu mempebesarkan hal sebegitu.Adriana lagi dilayan,lagi menjadi.
*********
"Am..Tadi jari Afan gerak.." Wajah Atrisha sedikit ceria.Saiful Amri teruja mendengar khabar itu.Dia mahu masuk lihat tetapi dihalang Atrisha.
"Doktor tengah check..Awak dari office?" Tanya Atrisha bila lihat Saiful Amri masih dalam pakaian pejabat.
"Ya.Habis kerja tadi terus datang sini.Kenapa tak text beritahu?"
"Saya excited sangat sampai tak teringat"Didalam hati Saiful Amri mengucap rasa syukur dan berharap Asfan kembali sihat seperti dahulu.Tidak lama kemudian Mikail juga tiba untuk melawat Asfan.
"Macam mana dengan Afan?"Soal Mikail ingin tahu.Lihat Atrisha ceria,sepertinya ada khabar baik.
"Isha kata,tadi Afan dah gerakkan jari.InshaAllah dia akan okay Mika"Terang Saiful Amri.
"Syukur Alhamdulillah.thanks Am tolong tengokkan Isha.."
"Tak ada masalah Mika.Aku datang kejap sebab kejap lagi parent Isha sampai..Kau faham kan?"Ujar Saiful Amri separuh berbisik.Takut Atrisha terdengar.Wanita itu masih kusyuk menunggu di pintu bilik Asfan.Mikail hanya mengangguk.Kasihan Saiful Amri.Dia tersepit dengan keadaan.Takdir yang menemukan mereka dalam keadaan begitu.
"sabarlah Am...Ada hikmah disebalik semua ni..Aku tak ada ditempat kau dan Afan..Jadi aku tak boleh nak kata apa"Saiful Amri melepaskan keluhan berat.
"Aku tak nak fikir sangat.After semua selesai,aku dah boleh move out dari hidup diorang"Mikail tahu,semua itu berat untuk Saiful Amri.Tapi salah seorang perlu berkorban untuk Atrisha.
"Aku tak pernah jumpa orang macam kau Am..Kalau aku,awal-awal dah blah"Kata-kata Mikail membuatkan Saifu Amri ketawa kecil.
"Susah..Kalau boleh,awal lagi aku dah blah..Isha Mika" Perbualan mereka terhenti tiba-tiba bila Atrisha menghampiri mereka.
"Kenapa lama sangat ni"Soal Atrisha gelisah.
"Adalah yang doktor nak check tu.You ni Sha.Cuba bawa bersabar" Tegur Mikail.
"Ermmm..You tak tahu macam mana perasaan i menunggu ni Mikail"
"I faham..tapi kita kena sabar.Ada perkembangan positif pun dah cukup baik..."Atrisha mengangguk akhirnya.Mengalah.Benar apa yang dikatakan Mikail itu.
"Assalamalaikum..."
"Waalaikumusalam..."Jawab mereka serentak.
"ziyad.."Mikail lantas memeluk tubuh rakan baiknya itu.sudah lama tidak bertemu Ziyad sejak sahabat mereka itu bertukar ke syarikat penerbangan diluar negara.
"Sorry aku baru dapat balik...Afan macam mana?"Soal Ziyad dengan wajah sugul.Sudah beberapa hari dia cuba memujuk ketuanya untuk diberikan cuti kecemasan.Baru dua hari lepas cutinya lulus dan dia terus bergegas pulang.anak isterinya tidak dapat dibawa pulang sekali.Ziyad tidak mahu menyesal nanti jika apa-apa terjadi pada Asfan.Apa terjadi,dia mesti pulang bertemu Asfan.Asfan sahabat dia dunia akhirat.
"Afan belum sedar tapi jari dia bergerak tadi.Thanks Ziyad sebab sanggup balik"
"Dont worry Isha.Dia kawan baik i..And he should be Amri right?"Teka Ziyad.Asfan sudah ceritakan pada dia tentang Saiful Amri beberapa hari sebelum kejadian.Saiful Amri tidak pelik.Dia juga pernah dengar cerita tentang Ziyad dari Asfan.
"Saiful Amri"
"Ziyad"Kedua lelaki itu berjabat tangan sebelum masing-masing berjalan kearah bilik Asfan.
"Macam mana dengan husband i doktor?"Soal Atrisha sebaik doktor Akma yang merawat Asfan keluar.
"Ada tindak balas positif tapi terlalu awal untuk kita berikan apa-apa berita yang mengembirakan.Apa yang penting,jangan putus berdoa"
"Maknanya doktor?"Atrisha masih tidak puas hati dengan jawapan doktor Akma.
"Kami akan buat pemeriksaan susulan.Rasanya Puan Atrisha tahu kan ada darah beku di bahagian sebelah kiri otak Encik Asfan?.Dalam keadaan yang masih belum dikira stabil untuk kami lakukan sebarang operation.."Jelas Doktor Akma panjang lebar.Atrisha mengeluh panjang.
"Apa yang penting sekarang ni pesakit perlukan sokongan dari keluarga sepenuhnya.."
"Baiklah.Thanks doktor" Mikail mengucapkan terima kasih sebelum Atrisha meninggalkan mereka,masuk untuk melihat Asfan.Lelaki yang dia cintai itu masih lagi terkujur,tidak bergerak.
"Am..tunggu.."Panggil Ziyad.Mikail menepuk bahu Saiful Amri,tanda memberi isyarat kepada lelaki itu supaya berhenti dan dia masuk kedalam bilik Asfan menyusul langkah Atrisha.Mikail tahu apa yang mahu disampaikan Ziyad kerana Asfan juga ada menitip pesan buat dia.Cuma Mikail tidak kuat.Dia tidak mahu cakap pekara yang belum terjadi kerana dia tidak sanggup.
"Afan ada cakap apa-apa pada kau if anything happen to him?"Saiful Amri kurang mengerti.
"Aku tahu yang kau mesti dapat agak apa yang aku nak cakap dengan kau ni"
"Sorry Ziyad.Otak aku dah tepu.Lagipun aku tak boleh baca fikiran orang" Ziyad tersenyum menggeleng.Benar apa yang dikatakan Asfan tentang Saiful Amri.
"Aku dah redha if Allah lebih sayangkan dia walaupun aku tak sanggup tapi aku tak sanggup juga kalau dia sedar nanti tapi dia dah tak macam Asfan kita kenal.Kau tahu kan effect dari kemalangan macam ni"Saiful Amri menggeleng.Tidak suka dengan andaian Ziyad.
"Dia masih ada peluang lagi.."
"Patutnya kau suka sebab kalau dia dah tak ada,kau boleh ambil alih tempat dia"Ziyad masih cuba menekan Saiful Amri.Dia mahu lihat sejauh mana kejujuran lelaki itu.
"Patutnya begitulah.Tapi aku lagi sakit bila tengok Isha siksa macam tu.Sebab tu aku nak Asfan terus kuat untuk Isha...Lagipun Atrisha bukan senang-senang nak ubah hati dia.Aku kenal dia dah lama Ziyad"Kali ini Ziyad menunduk.Berat apa yang ditanggung Saiful Amri dan kasihan pada Atrisha kerana langsung tidak ingat pada Saiful Amri.
"Aku tak nak dia ingat siapa aku..."Sambung Saiful Amri dengan suara tersekat-sekat.Dia takut jika Atrisha membenci dirinya lagi.
"Am...Sebelum hari accident tu,Asfan ada contact aku.Aku pun tak tahu kenapa dia boleh cakap macam tu dengan aku.And then,kejadian ni terjadi..."Ziyad berhenti seketika,menahan sebak.
"Dia cakap dengan aku.Kalau apa-apa jadi pada dia,aku mesti cari kau..Dia nak kau ganti tempat dia untuk jadi suami Isha sebab hanya kau lelaki paling layak dan hanya kau sahaja yang mencintai Atrisha sepertimana dia"Saiful Amri menyaup wajah.Ingin menangis.
"Dia ada cakap yang kau banyak ajar dia tentang hidup ni bukan lama..dan kau salah satu sebab dia berbaik dengan Mama dia"Airmata Ziyad sudah tidak dapat ditahan lagi.Dia teringat setiap kata-kata Asfan,perubahan Asfan yang dia tidak pernah perasaan.Dia hanya fikir,Asfan berubah kerana sudah sampai waktu dibukakan pintu hati buat sahabatnya.
"Thanks bro..Aku yang kawan dengan dia bertahun-tahun pun gagal nak buat dia berubah"
"Hati dia baik Ziyad..Kalau orang hanya pandang dia dari luar memang tak nampak..Sebab tu aku senang berkawan dengan dia..aku rapat dengan dia bukan sebab Atrisha semata-mata."Kata Saiful Amri dengan suara yang mendatar tapi jelas dipendengaran Ziyad.
"Kita sama-sama doakan moga dia cepat sedar..."Ziyad memeluk bahu Saiful Amri kuat.Dia dapat rasakan keikhlasan dimata saiful Amri.Tidak salah apa yang Asfan ceritakan pada dia tentang lelaki yang sentiasa kelihatan tenang itu.Berat apa yang ditanggung Asfan,Atrisha dan Saiful Amri sebenarnya.Jika Asfan sedar,orang yang patut mengalah adalah Saiful Amri dan jika benar jodoh Saiful Amri dan Atrisha kuat,biar Allah sahaja yang menentukan.