Bab 34
Atrisha terjaga dari pengsan.Dia lihat ibunya sedang membaca surah yassin.
"Ibu...Afan macam mana?" Soal Atrisha lemah.
"Afan masih di ICU..Keadaan dia agak kritikal.Tapi sha jangan fikir sangat.Banyakkan berdoa" Tangan Atrisha digenggam erat.Bagai hendak luruh jantung Rosaliza bila dapat tahu Atrisha cedera dan Afan pula kritikal.Dari Kuantan mereka segera memecut laju ke Hospital Serdang.Lagi mengejutkan Rosaliza bila melihat Saiful Amri ada disitu.Dia tidak menegur Saiful Amri kerana hatinya masih belum dapat memaafkan perbuatan anak muda itu.Dia hampir hilang Atrisha hampir sembilan tahun lalu.Kenapa tiba-tiba Saiful Amri muncul.Muncul dalam keadaan sebegitu.
"Umi..."Panggilan Atrisha mematikan lamunan Rosaliza.
"Ada apa nak?"
"Umi dah jumpa Am?" Rosaliza mengangguk ragu-ragu.Atrisha sudah ingat atau Atrisha maksudkan adakah dia sudah bertemu temannya Saiful Amri.
"Kalau dia tak ada tadi.Mungkin Umi tak jumpa Sha dah"
"Ermmm..."Rosaliza kehilangan kata-kata.Dahulu Saiful Amri yang hampir membuatkan Atrisha kehilangan nyawa dan kini,Saiful Amri yang menyelamatkan Atrisha.
"Sha risaukan Afan..Semua salah Sha...Kalau Sha.."
"Dah..Umi tak nak dengar..semua ni ada hikmah.Yang penting Sha kuat.Kuat untuk doakan Afan. Doktor kata InshaAllah ada harapan.Tapi Sha kena kuat untuk sebarang kemungkinan." Air mata Atrisha mengalir lagi.Kemungkinan itu yang paling dia takuti.
Diluar mereka masih menanti perkembangan terbaru Asfan.Tiada apa yang mereka boleh buat.Hanya seorang sahaja dibenarkan masuk untuk melawat Asfan.Itupun hanya sekejap.Saiful Amri sudah mandi dan menukar pakaian yang sentiasa ada didalam keretanya.Dia masih setia disitu dari semalam.
"Am..Uncle nak cakap dengan sikit tapi bukan disini" Terkejut saiful Amri bila Faliq,bapa Atrisha menepuk bahunya.Dia hanya mengangguk dan mengikut langkah Faliq ke kafe.Mereka mengambil tempat sebelum faliq memulakan bicara.
"Am tahu keadaan Isha?" Saiful Amri mengangguk.
"Untuk apa Am muncul antara Isha dan Afan?" Saiful Amri sudah agak,soalan itu yang akan muncul dari mulut Faliq.
"Am tak ada niat buruk pun Uncle.Am tak tahu pun mulanya Isha tu Atrisha Najwa..Kebetulan rumah kami berhadapan"Ujar Saiful Amri jujur.
"Am tahukan kenapa Atrisha jadi macam tu?Uncle harap Am bahagia dengan isteri Inggeris Am tu" Saiful Amri melepaskan nafas panjang.
"Am minta maaf uncle.Am mengaku memang salah Am..Am pun dah dapat bahagian Am"Faliq memandang Saiful Amri penuh tanda tanya.Apa maksud Saiful Amri?.
"Kamu dah bercerai?"
"Isteri Am meninggal masa lahirkan anak Am.."Kali ini terdengar Faliq pula mengeluh.
"Am cari Isha bagai nak gila,tapi umi kata Isha dah tak ada...Am tak percaya selagi tak jumpa kubur Isha.Am pun pernah separuh gila sebab tahu Isha dah tak ada" Saiful amri tidak minta untuk dimaafkan tetapi dia mahu mereka tahu yang dia juga tersiksa.
"Uncle buat tu semua sebab tak mahu Isha ingat lagi apa-apa kenangan dia dan kamu.Tapi hari ni Uncle tengok kamu muncul.."
"Maafkan Am uncle.Sebenarnya,Afan dah tahu dan sejak tu memang Am tak ada pun jumpa Isha hingga semalam"Faliq menekup wajah.Kuat betul jodoh Saiful Amri dan Atrisha.Sudah dipisahkan sejauh mungkin,mereka masih juga bertemu.
"Am kena redha.Isha tu isteri orang.."
"Am redha uncle dan Am tak akan ganggu rumahtangga mereka.Cuma untuk kali ini.Am minta uncle izinkan Am untuk tunggu sampai Afan sedar.."Saiful Amri memohon agar Faliq memberi dia peluang untuk sekali itu sahaja.Jika Asfan sudah sedar.Dia janji,dia akan pergi sejauh mungkin agar dia tidak akan muncl dihadapan keluarga itu lagi.
**********
Sudah seminggu Asfan di unit rawatan rapi.Masih tiada tanda-tanda Asfan akan sedar.Keadaan suaminya masih juga begitu.
"Sha..I balik office dulu.Anything just let me know.Nanti petang i datang balik.Kejap lagi Am sampai"Beritahu Mikail.Mereka bergilir-gilir menjaga Asfan yang sudah dipindahkan ke hospital swasta berhampiran dengan kediaman mereka.
"Thanks Mika.Please jaga company you guys.Jangan risaukan Afan.I ada..Anything,i akan inform you" Mikail merenung Atrisha dengan penuh rasa simpati.Bagaimana jika sesuatu terjadi pada Asfan.Patutlah Asfan asyik cakap benda mengarut sahaja kebelakangan itu.Mikail tidak terfikir langsung.Jika dia ditempat Asfan bagaimana.Asfan mungkin sempat bertaubat tapi dia?.Masih lagi begitu.
"Afan..Bangunlah sayang...i rindu you"Atrisha mengusap tangan Asfan lembut.Berbual-bual sendiri dengan Asfan.seketika kemudian Saiful Amri tiba membawa bekal makanan seperti selalu.Dia simpati melihat Atrisha.Wanita itu sudah susut dan cengkung kerana tidak cukup rehat dan tiada selera makan.
"Sha,makan dulu.."Saiful Amri meletak bungkusan makanan dihadapan Atrisha sebelum duduk disisi sebelah kiri bertentangan dengan Atrisha untuk membaca yasin.Itu yang dia lakukan dahulu ketika arwah Juliana koma dan Saiful Amri tidak mahu pengakhirannya sama dengan Juliana.Dia mahu Asfan kembali membuka mata.Sesekali matanya mencuri pandang kearah Atrisha dan menggeleng.Atrisha masih belum menyentuh makanan didalam bungkusan.
"Sha,makanlah.awak nak ke Afan tengok awak macam ni bila dia sedar nanti..?Kurus,cengkung.."Tegur Saiful Amri.
"Dia tak sedar,macam mana saya nak ada selera makan Am"Adu Atrisha lemah.
"Ya..saya faham.Tapi macam mana awak nak jaga dia kalau diri awak pun tak terjaga.Makan sha demi Asfan"Pujuk Saiful Amri.Dia tidak mahu Atrisha terus-terusan begitu.Hatinya bagai direntap melihat kesedihan dimata Atrisha itu.
"Hati saya hancur lihat dia dalam keadaan macam ni Am"Luah Atrisha.Kering airmata menangis siang dan malam,tetapi Asfan masih juga tidak membuka mata.
"Parents awak dah balik ke Sha?"
"Belum..Ada lagi dirumah.Mama Afan pun ada.."Sengaja Saiful Amri memancing Atrisha untuk berbual. Sejak Asfan jadi begitu,Atrisha sukar hendak diajak berbual.
"Najlaa okay?"Atrisha rindu juga pada Najlaa.
"Alhamdulillah.Better.Cuma dia masih terkejut dengan apa yang dia lihat hari tu" Jelas Saiful Amri.
"Kenapa saya bodoh sangat Am...Saya tak percayakan dia.Kalau saya.."
"Kalau...?Perkara dah pun jadi..Maknanya yang diatas yang aturkan begitu.siapa kita untuk menolak.Dahlah Sha.Jangan asyik salahkan diri sendiri.Banyakkan berdoa.Solat.."Pesan Saiful Amri.Dia tidak mahu Atrisha jadi seperti dia.Terlalu melayan perasan sedih hingga dia lupa akan tanggungjawab pada yang satu.Dia asyik mengeluh ,menyalahkan tapi langsung tidak bersujud.
"Errmm,thanks Am..Beruntung Asfan dapat sahabat macam awak" Saiful Amri hanya tersenyum pahit.Kalau Atrisha tahu,dia pasti Atrisha akan halau dia keluar dari situ pada waktu itu juga.
Lamunan Atrisha dan Saiful Amri termati bila talifon bimbit Saiful Amri berbunyi.Saiful Amri meminta diri untuk keluar sebentar.
"Hello..."
"Hello..Awak kat mana?"Soal Adriana keras.Dari tadi dia tunggu Saiful Amri.Lelaki itu janji untuk bawa dia keluar petang itu tapi sampai kesudah Saiful Amri langsung tidak menghubungi dia.
"Hospital..Kenapa Adriana?"
"Kenapa?Awak dah berapa kali kata nak keluar dengan saya tapi buat-buat lupa"
"Bukan buat-buat tapi saya memang lupa..Sorry"Saiful Amri menepuk dahi.Pagi tadi dia hanya mengiakan sahaja ajakan Adriana tanpa mendengar hingga habis.
"Ermm,awak asyik duduk kat situ kerja macam mana?"
"Saya kerja macam biasa cuma petang saya datang melawat Afan.."Ujar Saiful Amri jujur.Adriana mendengus.
"Melawat Afan atau isteri dia?Atau awak memang ada hati dengan isteri dia.Tunggu Afan mati jer.Nanti awak boleh ganti tempat Asfan"Lancang mulut Adriana berkata-kata menyebabkan Saiful Amri mula naik angin.
"Adriana.Jaga sikit mulut tu ya...Asfan tu kawan saya.Kalau hati tu tak boleh doa yang baik-baik,lebih baik diam sahaja"Ujar Saiful Amri kesal dan terus menutup panggilan.Tidak mahu bertengkar dengan Adriana kerana perkara begitu.Sepatutnya,waktu itulah Adriana datang mengambil hati dia.Menemani dia disaat hatinya dirundung kerisauan.Ini tidak,Adriana cuma tahu ajak keluar bersuka ria.Bagaimana dia hendak bersuka ria,sedangkan kawannya sedang bertarung nyawa.Nasib Asfan masih belum diketahui hingga saat itu.Pening Saiful Amri memikirkan tentang Adriana yang terlalu sukar untuk memahami diri dia.Adriana langsung tidak peka dengan keadaan sekeliling.Pentingkan diri sendiri.