Chapter 33

1495 Words
Bab 33 Dummmm!!!!! Dentuman kuat membuat sesiapa yang ada disitu pasti akan teperanjat,Asfan tercampak ketepi,kepala Asfan terhentak di tepi tiang lobi,manakala Atrisha yang ditolak Asfan ketepi, sempat disambut Saiful Amri hingga menyebabkan kedua mereka terbungkam.Najlaa berlari mendapatkan bapanya sambil menangis kerana terkejut. "Afan....Afannnnn!"Atrisha bingkas bangun mendapatkan Asfan yang sudah separuh sedar menahan kesakitan kerana hentakan kuat dikepala.Asfan cuba bangun tetapi dia tidak kuat.Seluruh tubuh Asfan terasa sakit yang amat sangat.Pasti ada bahagian tubuh yang cedera teruk. "Fan..Bangun Fan..Bangunnnnnn..Jangan tidur!!!"Jerit Atrisha semahunya.Dia mengelap darah pekat yang mula mengalir dihidung dan mulut Asfan.Dipangku tubuh Asfan sambil menangis teresak-esak.Saiful Amri juga bingkas bangun,mendukung Najlaa kearah Asfan.Mengigil tangannya mendail nombor kecemasan sementara orang ramai sudah mula mengelilingi mereka.Masing-masing sibuk untuk tahu apa yang terjadi.Hanya beberapa orang cuba menghubungi pihak berkaitan untuk mendapatkan bantuan.Pengawal pusat membeli belah itu juga sudah sampai untuk memberi ruang kepada Asfan yang sudah terbaring separuh nyawa. "Am..Tolong Am..."Atrisha menarik baju Saiful Amri.Memohon agar Saiful Amri segera mendapatkan bantuan.Atrisha tidak sanggup lihat Asfan begitu.Semua salah dia.Apa yang telah dia buat?. "Sabar Sha..saya dah call ambulance.Banyakkan berdoa Sha...Fan...Buka mata tu Fan..."Panggil Saiful Amri.Mata Asfan meliar memandang ke sekeliling.sakit..sakit yang tak pernah dia rasakan.Apa ajalnya sudah sampai.Jika benar,siapa yang akan menjaga Atrisha?.Mata Asfan megerling kearah Saiful Amri yang sedang melutut disisinya.Ya,Saiful Amri. "Fan...bawa mengucap sayang...I ada..."Bisik Atrisha.Dia takut waktu itu.Takut yang teramat.Tapi apa harus dia buat.Tangan Asfan bergerak memegang tangan Atrisha lemah.Atrisha membalas genggaman Asfan kuat.Dia mahu Asfan kuat. "Jangan gerak...Nanti you sakit.Pujuk Atrisha"Airmata Atrisha sudah merembes membasahi wajahnya. "Maafkan i Sha..Ma..aafkan i...Amm..Jaaga sha.."Asfan tidak larat lagi hendak membuka mulut.Sakit.Matanya tepat memandang Atrisha lama dengan pandangan sayu.Asfan belum mahu melepaskan Atrisha. "Mana ambulance..mana ambulance!!!"Teriak Atrisha.Saiful Amri memeluk Najlaa yang masih mengigil ketakutan kerana melihat darah yang banyak.Suasana hingar bingar menambah tekanan.Atrisha rasa ingin menjerit.Asfan dilihat makin lemah.Saiful Amri berdoa agar Asfan terus bertahan.Dia juga sakit lihat Atrisha sedih begitu. "Fan..Mengucap Fan...."Saiful Amri mengajar Asfan mengucap sementara dia masih cuba berusaha untuk tidak buat Asfan terlelap.Hampir lima minit kemudian ambulance sampai untuk membawa Asfan ke hospital berhampiran.Atrisha masuk kedalam ambulance sementara Saiful Amri mendukung Najlaa,bergegas ke hospital yang akan merawat Asfan.Sepanjang perjalanan,Saiful Amri tidak putus berdoa agar Asfan selamat.Saiful Amri tidak mahu hilang lagi seorang yang dianggap seperti darah dagingnya sendiri.Saiful Amri tidak sedar yang dia menangis. "Daddy..will uncle asfan survive?" Suara Najlaa tersekat-sekat. "InshaAllah..Naj doakan uncle Asfan selamat"Saiful Amri mendail nombor ibunya untuk datang kehospital mengambil Najlaa.Saiful Amri tidak akan pulang selagi asfan tidak sedar.Saiful Amri menanti ibunya sampai sebelum masuk kedalam unit rawatan rapi.Najlaa ingin ikut tetapi Saiful Amri tidak benarkan.Lagipun,budak bawah umur tidak dibenarkan masuk.Setelah itu Saiful Amri bergegas mencari Atrisha dan bila sampai hatinya bagai direntap melihat Atrisha lemah begitu.Saiful Amri mencari kekuatan untuk menghadap Atrisha. "Macam mana Afan,Sha?"Atrisha terlihat lemah. "Tak tahu lagi.Masih ada didalam...Am..Please doakan Afan selamat.Saya boleh mati kalau apa-apa jadi pada dia.."Saiful Amri terkejut tetapi dia faham apa yang Atrisha rasa.Dia pernah ada disitu.Sakit.Hanya tuhan yang tahu. "Istigfar banyak-banyak Sha..InshaAllah Afan kuat..." "Kalau saya tak pandai-pandai pergi situ tadi,semua ni pasti tak jadi.."Atrisha menyalahkan diri sendiri. "Kenapa?"Saiful Amri pelik.Apa,semua ini dirancang dan yang pasti sasaran sebenar bukan Atrisha.Saiful Amri membuat kesimpulan sendiri.JIka begitu Atrisha masih tidak selamat. "Tadi ada perempuan call phone Afan masa dia pergi toilet..Private number.Dia kata Afan nak jumpa dia..Kalau tak percaya dia suruh saya pergi sana...Tiba-tiba Afan sampai..Kalau awak ada kat tempat saya,apa awak fikir?"Saiful Amri menggosok tengkuknya.Berfikir sejenak. "Sha.Jangan buruk sangka.Afan dah berubah..Dia tak kan buat benda-benda tu lagi.Ini semua mesti kerja orang yang dengkikan awak dengan Afan.Saya dah minta tolong my friend,trace number plat kereta tu.Saya tak akan biarkan orang tu terlepas"Saiful Amri berharap Atrisha akan sedikit lega bila mendengar apa yang dia katakan itu.Asfan dalam keadaan begitu.Tidak sesuai jika fikirkan yang buruk tentang Asfan. "Thanks Am..."Mata Atrisha sudah bengkak kerana menangis.Dia tiada sesiapa disitu kecuali Saiful Amri.Ada lelaki itu disitu sedikit sebanyak mengurangkan ketegangan dihati Atrisha. "Mana Najlaa?"Atrisha baru teringatkan Najlaa yang turut menangis kerana terkejut tadi.Sepatutnya esok mereka akan bertemu Najlaa.Mereka hanya merancang dan diatas yang menentukan segala-galanya.Mereka bertemu dalam keadaan begitu. "Ibu dah bawa balik sebab tak boleh masuk pun..Dah call family Afan"Atrisha mengangguk lemah.Dia hanya menelefon Fateha.Tidak berani hendak beritahu Mama kerana takut ibu mentuanya terkejut.  "Sha..Saya pergi surau sekejap..Anything just call me"Pesan Saiful Amri.Mereka tidak boleh hanya menunggu sahaja disitu.Saiful Amri mahu melakukan solat hajat.Mana tahu ada keajaiban yang berlaku.Dia hanya mahu Asfan selamat. ********** Maznah berlari kearah unit rawatan rapi.Diluar bilik kelihatan Atrisha yang masih setia menunggu dibangku. "Sha..." "Mama....Afan Ma.."Atrisha kembali menangis bila melihat wajah ibu mentuanya.Mata Maznah merah menahan tangis.Asfan satu-satunya anak lelaki yang dia ada.Dia baru sahaja merasa bahagia bila Asfan menerima dia semula.Kini nyawa anaknya itu umpama dihujung tanduk.Ujian apakah lagi yang perlu dia tempuh.Sungguh dia tidak kuat.Bahu Atrisha dirangkul erat.Airmatanya tumpah jua.Fateha dan Fariza juga memeluk Atrisha dan Maznah.Mereka risaukan keselamatan Asfan. "Sha,ganti baju dulu..cuci muka ni skali" Maznah mengelap darah yang sudah kering diwajah Atrisha. "Isha nak tunggu.." "Kita tak tahu bila selesai..Pergi..Mama ada" Dengan berat hati Atrisha menurut.Dia takut bila Asfan selesai nanti dia tiada.Atrisha cepat-cepat berjalan kearah toilet mencuci wajah dan menukar baju. "Kau memang tak gunakan perempuan...."Atrisha menjerit bila tiba-tiba Marissa muncul menarik rambut Atrisha dari belakang.Atrisha tidak sempat mengelak. "Diammm!" "Apa ni Rissa! Sakitlah" Atrisha cuba melawan tetapi genggaman Marissa kuat.Hampir sahaja kepala Atrisha dihentak kecermin. "Patut kau yang ada dalam icu tu bukan Afan!"Tempik Marissa.Dia mendorong tubuh Atrisha ke dinding hingga Atrisha jatuh tersungkur. "Kau yang buat semua ni Rissa..?"Soal Atrisha,mengesat darah yang keluar dari hidung.Mata Atrisha berkaca-kaca. "Memang aku...Kau selama ni yang ganggu hubungan aku dengan Afan..."Disepak bahagian perut Atrisha sekuat hati hingga membuatkan Atrisha mengerekot kesakitan.Atrisha cuba bangun tetapi belum sempat satu lagi pukulan hinggap kewajahnya. "Argghhhh...kau ni dah gila!"Atrisha menjerit,cepat-cepat bangun dan dia pula menolak Marissa hingga terjatuh.Rasa geram atas perbuatan Marissa memberi Atrisha sedikit kekuatan. "Aku gila..gila sebab Asfan!"Atrisha menampar wajah Marissa berkali-kali kerana terlalu geram.Marissa bangun dan menolak Atrisha dan terjadi pergelutan antara dua wanita itu.Atrisha cuba sedaya upaya mempertahankan diri kerana tenaga Marissa lebih kuat dari dia.Beberapa kali Atrisha tersungkam kerana Marissa dengan kuat mencengkam rambutnya.Keadaan yang sunyi dan tandas yang jauh dari tempat menunggu membuatkan tiada siapa yang dengar.Marissa benar-benar sudah hilang akal. "Abang Am...tandas mana?"Soal Fateha bila ternampak Saiful Amri berjalan menuju kearah mereka. "Jauh..Nak abang temankan ke?" Saiful Amri menunjuk kearah tandas yang terletak agak jauh dari situ . "Ermm,Teha risau.Dah setengah jam Kak Long masuk toilet tak keluar-keluar" Fateha meluahkan rasa bimbangnya.Bukan dia tidak tahu Atrisha bagaimana.Lagi-lagi bila abang dia dalam keadaan begitu.Takut apa-apa terjadi pada Atrisha. "Ya ke?..Jomlah abang ikut" Fateha mengikut langkah Saiful Amri laju.Kata-kata Fateha membuatkan Saiful Amri jadi risau.Tadi pun Atrisha nampak sangat lemah. "Apa bising tu bang?"Fateha menjeling Saiful Amri bila mereka sampai dihadapan pintu bilik air,Terdengar seperti orang bergaduh. "Suara Isha tu"Ucap Saiful Amri spontan.Tanpa berlenggah Saiful Amri segera memutar tombol.Cepat-cepat menyerbu masuk. "Ya Allah..Apa ni,Isha?" Terkejut Saiful Amri bila melihat Marissa sedang menarik Atrisha.Darah dimerata-rata tempat.Saiful Amri memberi isyarat kepada Fateha yang masih berdiri dipintu supaya jangan masuk dan pergi mendapatkan bantuan.Saiful Amri pasti itu Marissa.Bekas simpanan Asfan. "Kau siapa?"Mata Marissa mencerlang memandang Saiful Amri yang cuba menghampiri mereka. "Lepaskan dia..Kalau tak nak aku apa-apakan?"Ugut Saiful Amri .Hendak dipukul,Marissa perempuan.Tetapi apa yang dibuat pada Atrisha melampau. "Lepaskan perempuan jahanam ni?Dia buat aku hilang Afan..Aku tak kan lepaskan dia...."Ditangan Marissa ada serpihan kaca.Saiful Amri takut jika Marissa bertindak menikam Atrisha.Saiful Amri perlu lebih bijak. "Am...Tolong Sha Ammmm..."Suara Atrisha merintih pilu.Sakit mungkin.Saiful Amri tidak akan biarkan Marissa mencederakan Atrisha lagi. "Marissa..Lepaskan Isha." "Kau kenal aku?" Saiful Amri mengangguk. "Asfan pernah cerita pasal kau pada aku..." "Kau siapa?"Suara Marissa mendatar.Dia tidak pernah kenal Saiful Amri. "Aku kawan baik Afan..Semua tentang kau aku tahu...Dia sayang kau..Tapi kalau kau macam ni..Mesti dia bencikan kau nanti.."Saiful Amri cuba menggunakan cara bermain dengan emosi.Wanita seperti Marissa itu rapuh sebenarnya.Sanggup buat apa sahaja kerana cinta yang sudah tidak berbalas.Lebih kepada obses.Marissa obses terhadap Asfan. "Dia memang dah bencikan aku..."Suara Marissa bergetar.Hatinya hancur melihat keadaan Asfan yang terlantar tidak sedarkan diri.Jika Asfan mati,biar dia juga mati. "Tak..Dia tak pernah bencikan kau..Kalau kau cederakan Atrisha ,dia tak akan maafkan kau" "Tapi kalau perempuan jahanam ni ada,dia tetap tak akan pandang aku!" Marissa kembali agresif bila teringat pada Atrisha.Baru Marissa hendak berpaling kepada Atrisha yang sudah tidak berdaya itu,Saiful Amri segera mengambil kesempatan menolak Marissa sehingga wanita itu tersungkam dan tidak sengaja serpihan kaca itu tertikam perut Marissa sendiri. "Rissa.."Panggil Atrisha lemah.Dia cuba bangun.Saiful Amri segera mendapatkan Atrisha. "Sha okay?" "Rissa Am..."Atrisha merangkak mendapatkan Marissa yang sudah nyawa-nyawa ikan.Marissa tersengguk-sengguk menahan sakit. "Maaafkan aku Sha..."Suara Marissa terketar-ketar menahan sakit.Darah membuak keluar dari perutnya yang tercedera kerana tertikam serpihan kaca.Tangannya memegang bahagian yang tertikam.Darah pekat mula mengalir. "Kenapa kau buat macam ni Rissa....?" "Sebab....a..ku tak nak hilang Afan.." "Marissa...Afan tak pernah benci kau..Dia dah maafkan apa yang kau buat pada dia dulu"Saiful Amri kasihan melihat keadaan Marissa yang tercunggap-cunggap.Dada wanita itu berombak laju. "Bawa mengucap Rissa...bawa mengucap.."Airmata Atrisha mengalir lagi.Melihat kesukaran Marissa bernafas. "Sha..Aku..aku..tak laraaat..Maaafffkan..a..." Atrisha tersentak bila tiba-tiba tangan Marissa yang dipegang terkulai..Airmata Marissa mengalir.Saiful Amri merasa nadi dipergelangan tanda Marissa. "Inalillahiwainalillhirojiun...Marissa dah tak ada Sha" Saiful amri menyaup wajah Marissa,menutup mata Marissa yang masih terbuka.Atrisha meraung bila mendengar kata-kata Saiful Amri itu. "Dugaan apa ni Am...Saya tak kuat" Atrisha memeluk wajah Marissa yang sudah tidak bernyawa itu lagi.Salah dia kah yang menyebabkan Marissa bertindak hingga sebegitu.Atrisha tidak merasa sakit kerana sakit didalam itu lebih perit.Dalam satu hari dia terpaksa menempuh dua peristiwa pahit yang tidak akan dia lupakan sampai bila-bila.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD