Chapter 32

1485 Words
Bab 32 "Jangan..jangan ambil dia..Pergi...Pergiiiiii!"Atrisha meracau hingga mengejutkan Asfan yang sedang lena. "Isha..Isha...Bangun sayang...Isha" Asfan mengoncang bahu Atrisha untuk mengejutkan isterinya yang sedang menggigau. "Astagfirualalazim...Fan...Afan..."Atrisha mencari-cari Asfan sebaik tersedar. "I sini sayang..Kenapa ni?" Tubuh Atrisha ditarik kedalam dakapan.Asfan jadi takut melihat Atrisha yang bepeluh-peluh seperti orang yang baru lepas berolahraga.Dada Atrisha berombak kencang.Dia tidak pernah lihat Atrisha begitu. "Sha..Kenapa ni?" Soal Asfan sekali lagi. "I mimpi lagi...Orang berserban tarik you..Fan..I takut"Tubuh asfan dirangkul erat.Atrisha tidak mahu melepaskan Asfan,takut.Mimpinya seperti nyata. "Mimpi jer kan..." "I takut...I takut kalau you pergi dari i..I tak boleh" Berjuraian air mata Atrisha.Walaupun mimpi tetapi Atrisha tetap juga takut. "Biasa orang macam i ni umur panjang sayang" Atrisha mendongak,memandang tajam ke mata Asfan.Lelaki itu masih boleh bercanda.Atrisha memang tidak faham. "You tak tahu macam mana i cintakan you Fan..."Suara Atrisha tersekat-sekat kerana menahan tangis. "Sorry my love...I pun cintakan you sangat-sangat...Dah.Jangan fikirkan apa yang you mimpi tu.InshaAllah tak ada apa-apa..."Diusap lembut rambut Atrisha sebelum dikucup lama.Hati Asfan juga tidak sedap.Sepertinya ada sesuatu yang akan berlaku.Asfan cepat-cepat mematikan khayalan.Dia memberi tumpuan pada Atrisha yang masih tersedu sedan. "Tidur sayang...I love you so much Isha..."Atrisha menyandarkan kepala kedada bidang Asfan.Dipejamkan mata sekejap.Menikmati hangat tubuh Asfan.Atrisha hanya akan rasa selamat bila berada dalam dakapan Asfan.Dia mahu Asfan tetap bersama dia waktu itu. "Ya Allah,kau jagakan dia untuk ku...Sesungguhnya,aku benar-benar menyintai dia" Doa Atrisha didalam hati.Direnung lama wajah Asfan sepuas-puasnya hingga dia sendiri terlelap.Asfan tidak bisa melelapkan mata semula.Fikiran dia melayang memikirkan mimpi Afeeya.Dia juga kerap mimpi yang bukan-bukan akhir-akhir itu. ********* "Isha..Bangun...Nak ikut i tak?"Atrisha memisat mata..Tadi setelah bersarapan dia sambung berehat kerana semalam tidak cukup tidur.Tidak sedar pula sudah tengahari. "Pergi mana?" "Keluar...Kita berdua.Mama tak nak ikut" "Kenapa?"Soal Atrisha tidak seronok.Jika semua pergi tentu seronok. "Mama kata i dah lama tak bawa you dating.Marilah sayang"Tangan Atrisha ditarik lembut.Susah betul hendak memisahkan Atrisha dengan tilam empuk itu. "Ermmm..okay. I siap ya"Atrisha bangun dan menghilang kedalam bilik mandi.sementara itu Asfan melihat-lihat gambar lama didalam talifon.Asfan bangun dan mencapai sampul berwarna biru didalam beg galasnya.Satu untuk Atrisha dan satu untuk Saiful Amri.Berfikir untuk terakhir kalinya.Dia turun ke tingkat bawah,keluar dan berjalan kerumah Saiful Amri.Asfan tahu,nanti Saiful Amri akan kembali ke rumah itu.Tanpa berfikir panjang,Asfan menyelitkan sampul biru itu kecelah pintu sebelum beredar.Dia tidak pasti apa yang dia buat tapi Asfan tidak mahu nanti dia menyesal jika tidak lakukan itu sekarang. "You pergi mana?"Atrisha pelik.Tadi Asfan ada dibilik,kemudian hilang entah kemana.Sekarang muncul tiba-tiba dihadapan dia semula. "Ambil angin..Dah siap?"Atrisha mengangguk.Pelik pula dia lihat Asfan hari itu. "Mama..Afan dengan Isha pergi dulu ya"Asfan mencium pipi Maznah dan dipeluk lama. "Afan okay?"Bisik Maznah. "Okay Ma...Kami pergi tak lama..Nnati Afan balik" "Mama tak nak ikut?"Atrisha turut menyambut huluran tangan ibu mentuanya. "Tak..Pergilah.Luangkan masa berdua masa Afan cuti ni.Mama tahu Isha asyik tinggal seorang" Atrisha menjeling Asfan sambil tersenyum. "Isha tak kisah Ma..Memang kerja Afan macam tu" "Pergilah,nanti lambat.." "Okay.Bye Mama..." Asfan cepat-cepat menarik Atrisha keluar.Bimbang Fateha dan Fariza terdengar.Nanti tidak pasal-pasal adik kedua adiknya itu ingin ikut. "Kenapa ni.." "Nanti kembar nak ikut..."Atrisha ketawa.Sampai begitu sekali.Asfan menghulur tangan supaya Atrisha boleh memimpin tangannya sambil berjalan ke tempat letak kereta. "Lama i tak nampak you pakai baju ni..."Atrisha merenung Asfan lama. "You ingat lagi ke?" "Mana i boleh lupa..Masa tu you mabuk teruk.I bawa you balik..."Asfan ketawa bila mengingatkan saat itu.Teruk dia mabuk kerana Atrisha. "You tahu kenapa i mabuk teruk masa tu?" Atrisha mengangkat kening.Dia tidak pernah bertanya kerana dahulu Asfan memang sering mabuk.Tapi mungkin biasa tidak seteruk malam itu. "Masa tu i frust..I ingat you ni sama saja dengan perempuan-perempuan lain yang i kenal.I nampak you berkepit dengan lelaki lain"Atrisha menutup mulut,terkejut.Benarkah Asfan mabuk teruk kerana dia?. "Mesti you tak percayakan?" "Im sorry masa tu i dingin dengan you...I takut you layan i macam you layan perempuan-perempuan lain tu...I tak nak onenightstand yang you biasa buat masa tu"Asfan melepaskan nafas panjang. "I faham..sebab tu i kejar you..I tak tahu kenapa kali pertama i tengok you i rasa you are the one"Atrisha memeluk lengan Asfan.Teringat saat kali pertama mereka bertemu. "Kalau i tolak you masa tu?" "I tak berubah lagi agaknya sampai sekarang.." "You tak menyesal ke Fan?"Asfan menggeleng. "Kalau tak,i tak jumpa you"Atrisha mengetap bibir.Kesitu pula Asfan. "You nak jumpa Najlaa kan?" Asfan baru teringat.Saiful Amri sudah bersetuju untuk menghantar Najlaa pada mereka esok.Saiful Amri hanya menghantar Najlaa di bawah.Asfan yang akan ambil.Saiful Amri juga sudah beitahu tidak mahu bertemu Atrisha. "Nak..Tapi Am kan dah bawa dia kemana entah"Keluh Atrisha. "Am nak hantar Najlaa pada kita esok" Atrisha membulatkan mata.Wajahnya semakin bersinar bila tahu akan bertemu Najlaa esok. "Betul ke ni you.." "Ia...boleh Mama jumpa Najlaa esok"Atrisha mengangguk gembira. "Am tak singgah bawa Adriana?Lama tak jumpa.." Asfan terdiam.Dia rasa sakit bila Atrisha bertanya tentang Saiful Amri.Dia cemburu kerana dia tahu kenyataan sebenar. "You happy tak dapat jumpa Najlaa...?" "Of course i happy.Thank you so much baby"Atrisha mengucup pipi Asfan berkali-kali hingga lelaki itu menolak. "Sha,bahayalah sayang" "sorry..sorry..I happy sangat.."Ujar Atrisha teruja.Asfan menggeleng. "Excited nak jumpa Najlaa ke ,daddy Najla?"Soalan berbau cemburu itu dijawab dengan tawa.Tidak sangka pula Asfan dengan Saiful Amri pun hendak cemburu. "Kan kita anggap Am tu macam abang.Tak kan dengan dia you nak cemburu" "Dia tetap lelaki Sha..." "Ermm..Baik.I nak jumpa Najlaa jer. I rindu budak nakal tu"Asfan mengusap rambut Atrisha dengan tangan kirinya.Dia sanggup buat apa sahaja,asalkan Atrisha gembira. ********** Sebaik sampai di pusat membeli belah ioi City Mall,Asfan dan Atrisha berjalan beriringan masuk menuju ke bahagian restoran.Atrisha agak lapar kerana pagi tadi makan sedikit sahaja. "Sini boleh Sha?" "Boleh saja.."Tangan Atrisha ditarik ke sebuah restoran makanan barat dibahagian luar bangunan menghadap air pancut.Setelah memesan makanan,pasangan itu sambung berbual lagi.Asfan merancang hendak membawa Atrisha bercuti kerana sudah lama mereka tidak bercuti kemana-mana berdua.Asfan sudah terlalu lama membiarkan Atrisha dirumah. "Sha,you bosan tak duduk rumah?" "Kadang-kadang bosan juga kalau you balik lewat.Tapi i selalu buat VC dengan ibu.Jadi,tak bosanlah sangat.." "Thanks Sha.."Tangan Atrisha dicapai dan digenggam erat.." "Kenapa nak ucap terima kasih.I ikhlas" "Kena ucapkan terima kasih sebab you dah buat semua untuk i.Jaga i,layan kerenah i.." Atrisha mengusap lembut pipi Asfan.Demi Asfan,semua Atrisha sanggup lakukan. "Okaylah.I terima..." "Hari ni i nak belanja you shopping..Nak tak?" Atrisha mengangkat kedua belah keningnya. "I tak nak apa-apa..Cukuplah you ada dengan i"Atrisha setuju keluar hari itu,bukan hendak membeli belah.Dia cuma mahu luangkan masa dengan Asfan sahaja kerana sejak beberapa bulan kebelakangan ini,Asfan terlalu sibuk dengan kerja. "Cutelah you ni..Makanan dah sampai.Kita makan dulu.Next kita fikir nak jalan kat mana" "Oraits.."Atrisha melihat makanan yang sampai dimeja.Porsi setiap hidangan agak besar.Sukar untuk dia habiskan seorang diri. "Jangan pandang i..I tak boleh habis.."Asfan sudah tahu apa yang berada didalam fikiran Atrisha.Biasa,dialah yang menjadi mangsa untuk menghabiskan makanan Atrisha.Tapi kali ini,Asfan rasa tidak mampu.Dia punya hidangan juga sudah cukup buat dia kenyang sampai malam. "Ermm...I habiskan..Kalau i gemuk,you yang salah okay" Asfan ketawa lihat Atrisha sudah memuncungkan bibirnya.Susah Atrisha hendak habiskan sehingga dia terpaksa mengalah. "Jangan paksa sha.Nanti muntah..Biar jer lah...Ermm..i nak pergi toilet kejap ya?" Asfan meminta diri.Sakit pula perutnya kerana banyak makan.Macam tiada hari esok pula. "Jangan lama-lama..."Asfan mengangguk.Atrisha membayar dahulu hidangan makanan mereka kerana nanti,mereka boleh terus beredar bila Asfan sampai.Kebetulan pelanggan tidak ramai,bolehlah dia duduk sebentar.Sedang asyik menghadap talifon,Atrisha rasa ada getar dimeja.Asfan tidak bawa talifon bimbitnya.Pada mulanya,Atrisha hanya membiarkan tapi apabila sudah banyak kali berbunyi,Atrisha terpaksa angkat juga.Takut panggilan penting. "Hello...Nak cakap dengan Asfan?" Tanya Atrisha. "Atrisha Najwa..."Atrisha pelik bila nama dia dipanggil oleh nombor yang tidak dikenali. "Siapa ni?"Soal Atrisha ingin tahu. "Nak tahu siapa?Asfan pergi mana?Kau percaya dia ke toilet?Dia dalam perjalan berjumpa aku"Atrisha jadi tidak keruan.Dia memerhati sekeliling,mencari pemanggil.Mungkin sedang menyorok disekitar dia.Memerhati dia barangkali. "Kau jangan memandai ya..." "Tak percaya?datanglah ke seberang jalan lobi utama..Aku ada disana menunggu kedatangan Asfan...." Jantung Atrisha berdegup kencang.Siapa perempuan itu.Atrisha langsung tidak cam dengan suara sipemanggil.Asfan buat perangai lagi?Tidak mungkin.Tetapi Atrisha tidak puas hati.Di harus ke tempat yang dimaksudkan si pemanggil wanita itu untuk mendapat kepastian. "Lobi utama?Belah mana ya?" Atrisha bercakap dengan diri sendiri.Dia tidak berapa fasih dengan direktori bangunan itu.Tiba-tiba Atrisha teringat yang Asfan pernah terlibat dengan satu majlis dilobi utama bangunan itu.Atrisha mengambil tas tangan dan terus bangun meninggalkan restoran itu menuju ke lobi utama.Atrisha langsung tidak terfikir untuk memeriksa Asfan ditandas dahulu.Dia terus melulu ke lobi kerana rasa bimbang jika kata-kata si pemanggil tadi benar.Entah mengapa dia rasa tidak percaya dengan Asfan.Diwaktu yang sama,Asfan sampai semula ke restoran tempat dia dan Atrisha makan,tetapi isterinya sudah tiada.Pelik Asfan. "Mana Sha ni?" Asfan bertanya sendiri. "Cik..Nampak tak wife saya yang duduk disini tadi?" Asfan mengambil keputusan untuk bertanya sahaja pada pelayan,Tadi talifon dia tertinggal.Hendak talifon Atrisha bagaimana. "Tadi saya dengar macam isteri encik sebut Lobi utama.Macam tergesa-gesa"Beritahu pelayan itu apa yang dia dengar tadi. "Terima kasih ya cik" Asfan segera berlalu.Dia tertanya-tanya Atrisha buat apa ke sana.Risau pula Asfan.Hati Asfan merasa tidak senang.Seperti ada perkara yang tidak baik akan berlaku.Dia beristigfar didalam hati moga Atrisha tidak apa-apa.tapi mengapa pelayan tadi beritahu Atrisha seakan cemas.Asfan kembali fikir yang bukan-bukan hingga tidak sedar dia sudah sampai dilobi.Dia mempercepatkan langkah menuju ke lobi utama yang semakin hampir dengan dia.Asfan lega melihat Atrisha sedang berdiri dibahagian hujung menghadap ke jalan besar.Apa Atrisha buat disitu. "Daddy..Uncle Afan.." Najlaa menunjuk kearah Asfan yang sedang berjalan menuju kearah Atrisha yang sedang berdiri sendirian di hujung lobi. "Sha..Buat apa kat situ?"Panggil Asfan.Atrisha tersentak.Asfan memang kesitu.Jadi benarlah.Tapi mana orangnya yang hendak ditemui Asfan.Atrisha berjalan perlahan.Takut jika benar. "Afan...kereta!!"Jerit Saiful Amri sambil berlari kearah Asfan yang sedang berjalan Atrisha.Asfan jadi terkejut bila terdengar jeritan Saiful Amri.Dia tidak sempat menoleh dan lihat kereta semakin dekat dengan Atrisha.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD