Bab 31
Asfan terjaga bila talifon berbunyi.Sudah jam lapan malam.Sudah berapa lama mereka terlelap kerana terlalu lelah.
"Ermm..Ada apa Mika?"
"Tidur ke?" Soal Mika bila terdengar suara serak Asfan.
"Ermm.Haah..Letih..Ada apa?"
"Tak ada kerja lain lah tu...Nanti tengok email..Urgent.Aku whatapp tak reply"
"Ya lah..Ye lah..Kejap lagi aku tengok.."
"Sambunglah tidur.Tapi tengok email dulu"Pesan Mikail sebelum menamatkan panggilan.
"Siapa sayang"Soal Atrisha sambil bersandar dibelakang Asfan.
"Mika..Ada email.Kejap ya sayang" Sempat Asfan mengucup Afeeya sebelum kembali memberi tumpuan pada skrin talifon.Atrisha ingin bangun tetapi Asfan menarik tangan Atrisha supaya tetap bersama dia.
"tunggu i.Kejap jer ni"
"Baikkkkk" Atrisha kembali bersandar dan memeluk tubuh sasa Asfan yang hanya beralas selimut.Begitu juga dengan Atrisha.Asfan tekun membaca isi email sebelum menaip sesuatu.Nampak seperti serius sahaja isi email itu.Atrisha tidak berani bertanya.Biasa dia tidak akan mencampuri urusan kerja suaminya.
"Dah?"Tanya Atrisha bila Asfan melempar talifon ketepi.
"Dah.Esok ada meeting dengan client baru.Doakan ada rezeki kita ya"Tangan Atrisha dikucup lembut.
"Doa i sentiasa untuk you.."Asfan tersenyum bahagia.Besyukur kerana ada Atrisha dikala susah senang. Mana mungkin dia cari lain jika yang dihadapan matanya sudah cukup.Bukan kesempurnaan yang asfan cari tapi hati.Hati Atrisha tidak sama dengan mana-mana perempuan yang pernah dia kenali.
"Sha.."Asfan mengangkat kening berkali-kali kearah isterinya.
"Afann..." Atrisha menggelak bila lelaki itu cuba memeluk.
"Mana you nak lari.."
"Mandilah..Busuk.."Atrisha ketawa berdekah-dekah bila Asfan gagal menangkapnya dan terus melompat dari katil mengejar dia ke bilik mandi.
************
Asfan menghabiskan makanan didalam pinggan.Lapar pula perut kerana satu hari suntuk tidak makan.Atrisha kusyuk memerhatikan Asfan makan dengan berselera hingga tidak sedar,dia masih belum menjamah makanan didalam pinggan lagi.
"Sayang,kenyang ke you tenung muka i yang handsome ni..Ke tak puas lagi?" Tanya Asfan tanpa bertapis.Wajah Atrisha bertukar merah jambu kerana malu.
"Perasan.You lapar sangat ya?"
"Dari pagi i tak sempat makan..Makanlah Sha.Takut gemuk?Jangan risau..You macam mana pun i tetap sayang" Atrisha menyegetkan mulut.
"Lelaki..belum gemuk lagi,beranilah you cakap...I suka tengok you makan" Asfan mencapai tangan Atrisha.
"You dah curse i sayang..Macam mana pun you i tetap sayang dan cinta.You kenal i kan?I tak kan buat komitment kalau i tak mampu bertahan"
"Ermm..Thanks.I love you so much.."
"Cantik tshirt?" Atrisha mencebik.Asfan sering potong mood.Atrisha baru nak layan perasaan.
"Baju you,baju i kan?"
"Baju you i tak boleh nak pakai.."
"Hehe..i tak dapat bayangkan you sado macam ni pakai baju perempuan..Eiiiii"Atrisha buat muka geli bila terbayangkan Asfan memakai pakaiannya.
"I jantan tau" Dicuit hidung Atrisha lembut.
"Fan..Jom jalan-jalan..Lama tak keluar.I bosan"Atrisha merenggek manja.Sudah kematu dia tinggal memerap didalam rumah.Jika ada Najlaa,tidak lah dia bosan sangat.
"Lepas makan kita keluar ya.Tapi you habiskan makanan you ni dulu.Ke nak i yang suapkan?"Soal Asfan,melihat pinggan isterinya yang masih penuh.
"Boleh?"Atrisha mengerlipkan alis mata berkali-kali.Membuat muka comel hingga Asfan tersenyum menggeleng.
"Manjanya you ni sayang.Macam mana kalau i tak ada..."
"Macam mana pula kalau i tak ada?"Soal Atrisha kembali.Tidak suka Asfan kata begitu.
"Dah.Makan cepat..I suap"Asfan mengambil pingggan Atrisha dan diletak dihadapannya.disudu nasi dan disuap kemulut Atrisha.Wanita itu makan dengan cukup berselera hingga habis sepinggan.Asfan senyum melihat Atrisha selera begitu.Dielus rambut ikal Atrisha dibiarkan terurai.
Selesai makan malam,Asfan membantu Atrisha mengemas meja dan Atrisha mencuci pinggan kotor seperi kebiasaan.Asfan memang ringan tulang.Mungkin sudah terbiasa kerana tinggal sendiri sejak bujang.Kemudian pasangan itu bersiap untuk keluar mengambil angin disekitar Kuala Lumpur.Atrisha menurunkan tingkap.Menghirup udara malam.
"Macam setahun tak keluar"
"You lah..Kurung i kat rumah kenapa?" Asfan diam.Tiada jawapan.
"Sebelum ni okay jer.Ni i nak pergi aeon dekat dengan kondo kita pun you tak bagi" Keluh Atrisha.
"I risaukan keselamatan you"
"Afan,,Before kenal you,satu KL ni i dah jalan sorang-sorang tau"Asfan tersenyum menggeleng.
"Dulu lain..Sekarang lain.."
"You takut kalau skandal you datang jumpa i kan?"Duga Atrisha.Asfan buat wajah selamba.Didalam hati mengiakan kata-kata Atrisha.
"Mana ada.I mana ada skandal dah.."
"Okay..I percaya.."Atrisha menghadiah satu kucupan dipipi Asfan sebelum kembali menjengah keluar tingkap kereta.
"Sha,baik-baik..Bahaya lah"Atrisha ketawa bila Asfan menari bajunya dari belakang.Taku sangat Asfan.
*******
Maznah sampai ketika Atrisha baru selesai menyiapkan makan tenghari.Asfan menyambut ibu dan adik-adiknya diluar pintu.
"Along,Abang Am tak duduk situ lagi ke?Macam lama tak berkemas rumah tu?"Soal Fateha.Tadi dia ingat hendak menjengah kerana rindukan Najlaa.Tapi bila lihat rumah Saiful Amri itu seprti lama tidak berpenghuni,Fateha berpatah semula.
"Tak.Dia duduk dengan family dia sebab Najlaa tak ada siapa nak jaga"Beritahu Asfan sambil mengangkat beg pakaian milik Mama.
"Mama nak tidur atas atau bawah?"Tanya Asfan.Takut Mama penat hendak turun naik tangga.
"Bawahlah,Nanti nak kedapur senang"Asfan tersenyum,menarik beg kedalam bilik.Fateha dan Fariza sudah hilang keatas menghantar beg pakaian masing-masing.
"Isha mana Fan"
"Mama ni..Isha ditanya dulu.Tanyalah Afan sihat ke tak?" Asfan pura-pura merajuk.
"Alah.Mama tengok sihat jer ni..."
"Isha kat atas.Mandi rasanya.Dia kata belengas.Isha dah masak dah..Hah..Teha..Adik..Tolong siapakan meja makan.Kak Long dah masak" Kedua adiknya yang baru turun,hanya menurut. Maznah kagum melihat Asfan mendidik Fateha dan Fariza.Patut dirumah,kedua anak gadisnya itu tidak perlu disuruh-suruh.Fateha dan Fariza tahu apa yang hendak dibuat tanpa menyusahkan dia.
"Mama duduk dulu.Afan panggil Isha.."Maznah mengangguk.Kemudian dia melihat-lihat dekorasi rumah milik anaknya yang tersusun rapi.Foto keluarga banyak tapi hanya satu dua yang lengkap.Foto yang lainnya semua tanpa dia.Ruginya waktu anak-anak membesar dia tiada.
"Sayang..Mama dah sampai" Beritahu Asfan sebaik Atrisha keluar dari bilik mandi.
"Kejap,i siap...Afan..Nanti lambatlah" Atrisha cuba merungkai rangkulan Asfan tetapi tenaga dia tidak cukup kuat.Asfan ketawa sebelum mengucup bibir Atrisha sekejap dan melepaskan kembali rangkulan.
"Takut..."You seksi sangat..I tak boleh"
"Eiii..Gatal..."
"ALah,i tahu you suka...kata nak baby cepat.Kena usaha keras" Atrisha menampar belakang Asfan hingga menyebabkan lelaki itu mengaduh.
"Peritlah sayang...Pakai sopan sikit..Yamg dalam jangan lupa pula"Usik Asfan lagi.Atrisha mencebik.
"You ni memang miang dua puluh empat jam kan..i tahu lah.." Marah Atrisha sambil mengambil pakaian didalam almari.Dirumah Atrisha rasa kebiasaan bagi wanita untuk membiarkan tubuh bebas.Hanya memakai tshirt longgar dan seluar pendek.Bukan ada sesiapa pun dirumah.Setelah siap,Asfan memimpin tangan Atrisha turun ke bawah.
"Hai kak Long..."Si kembar sudah bersedia duduk dimeja makanan.Manakala Atrisha terus mendapatkan ibu mentuanya yang baru keluar dari bilik.
"Mama..rindulah"Atrisha memeluk Maznah erat.Rindu hendak berbual dengan ibu mentuannya lagi.
"Laparlah sayang..makan dulu"Panggil Asfan yang sudah duduk menanti Atrisha dan Maznah.
"Siapa nak baca doa?" Tanya Maznah.Asfan mengangkat kening bila semua memandang kearahnya.
"Ya...faham" Asfan memberi isyarat supaya semua menadah tangan sebelum dia mula membaca doa.Asfan rasa ingin menangis sebenarnya bila semua ahli keluarga dia ada semeja.Impian yang lama dia tunggu.Asfan fikir,itu semua tidak mungkin tapi lihatlah.Tengahari itu mereka dapat berkumpul walau tanpa arwah papa.
"Kenapa diam Afan?"Soal Maznah.
"Nothing.."
"Lepas ni boleh imamkan solat zohor kita" Asfan mengangkat kening.Dia tersenyum memandang Maznah sebelum mengangguk.Atrisha menjeling Asfan.Suaminya hanya diam mengunyah makanan.Atrisha tidak pernah lihat Asfan menjadi imam selama ini.
"Kak Long..Abang Long pernah mengaji tak?Suara dia sedap kalau taranum..Arwah nenek selalu puji Abang Long..."
"Macam arwah papalah.."Sampuk Maznah.Teringat arwah Malik.Jika mengaji memang boleh buat dia terlelap.
"Makan mana boleh bercakap"Asfan pura-pura marah.Malu sebenarnya pada Atrisha.Selama tiga tahun dia bernikah dengan Atrisha,sekalipun dia tidak pernah menyentuh Al-Quran untuk dibaca.Bukan tidak tahu tapi dia tidak mengamalkan,Asfan rasa dia kotor dan tidak layak untuk menyentuh naskah suci itu.
"Alah Along ni..."
"Dah..makan dulu...Malam ni nak tengok movie tak?"
"Sha..."
"Ia...ia...syhhhhh"Mereka menahan tawa melihat wajah kelat Asfan.Jika Asfan mengusik orang tidak apa.Jangan dia diusik.Cepat sentap.