Bab 30
"Fan...Kita dah lambat"Panggil Mikail.Asfan melihat jam dinding.Benar,mereka sudah lewat.Jika lewat sampai,pasti pihak penganjur bising.Krew syarikat mereka sudah tiba awal pagi tadi.Semua Mikail sudah aturkan.Cuma acara pembuka,pihak penganjur mahu dia dan Mikail turut serta.Jika ikutkan Asfan,dia malas hendak bersesak-sesak ke tapak acara.Biasa,Mikail dan pengurus projek sahaja yang akan turun padang.
"Aku naik sekali dengan kau" Asfan laju berlari-lari anak mengikut jejak Mikail yang sudah sampai kepintu lif.
"Jadi ke kau nak bawa Isha jumpa Najlaa?" Soal Mikail sewaktu mereka berada didalam lif.
"Jadi..Hujung minggu ni.Am kata waktu tu dia tak ada"
"Bagi pula Am.."
"Dia tu aku tak faham Mika..Baik sangat.Tapi silap sebab dia dengan aku cintakan orang sama" Asfan melepas nafas panjang.
"Apa nak buat.Benda kita bukan nak jangka.Tapi memang kau yakin dia tak ada niat lain?" Mikail cuma mengingatkan Asfan.Sebaik mana pun,Saiful Amri tetap dikira sebagai musuh kerana apa sahaja kemungkinan boleh terjadi.
"Aku cuba cari apa yang buruk pasal dia..Aku cuba benci dia.Tapi tak ada sebab"
"Hurm...Aku tengok cara dia pun nampak macam baik sangat..Kita ikut sahajalah arus"
"Jodoh,maut,pertemuan,perpisahan bukan kerja kita Mika..Aku memang tak boleh hidup tanpa Isha tapi aku kena fikir,boleh ke Isha hidup tanpa aku,kalau jadi sesuatu pada aku"
"Kau mula merepekkan.aku tak suka dengar faham..Aku pun tak boleh hidup tanpa kau faham?"Asfan menolak bahu Mikail,mengejek sahabatnya yang agak emosi.
"Mengadalah kau..."
"Aku cakap benda betul.Kau tu yang gila.Asyik cakap benda merepek"Mikail benar-benar geram dengan Asfan.Dia tidak suka Asfan mengeluarkan kata-kata yang melibatkan mati.
"Aku gurau jerlah.Dah jom"
***********
Air didalam cawan Asfan teguk hingga habis.Panas pula tengahari itu.Hendak mengipas diri dengan kertas pun malu.Nanti ada sahaja yang akan membahan dia.Asfan yang tadinya duduk dikerusi dibawah khemah bangun dan berlalu kebahagian dalam stadium.Mencari tandas.
"Afan.."Asfan menoleh.
"You buat apa kat sini?" Marissa tersenyum.
"Mana ada you,situlah ada i.."Asfan menepis tangan Marissa yang laju hendak menyentuh pipinya.
"Sombong you sekarang ni kan?"
"You buat apa kat sini?"Ulang Asfan dengan wajah kurang senang.
"I nak jumpa you lah...I rindu you Fan.." Asfan mengetap bibir.Menahan geram.
"You memang tak faham ya?I dah tak nak you.."Asfan mengoncang bahu Marissa lembut.Dia mahu Marissa sedar.Mereka bukan ditakdirkan untuk bersama.Asfan sudah ada Atrisha.Kenyataannya dia langsung tidak hati dengan Marissa lagi.
"I tak faham..I tak boleh..Bukan i tak cuba.."
"You tak pernah cuba.."Asfan melabuhkan punggung dia bangku.
"Hubungan kita dah lama...Tak mungkin you boleh lupakan i macam tu sahaja hanya sebab Atrisha"
"You lupa..Masa yang lama tu tak menjamin hati kita kekal disitu.You yang tak jaga sampai hati i berubah..Nothing on you Marissa" Ucap Asfan.Marissa disebelah tidak diendahkan.
"You tak boleh tinggalkan i.."Marissa menarik hujung baju Asfan tetapi ditarik semula lelaki itu keras.
"I dah tinggalkan you pun..Move on Marissa,Move on....!" Suara Asfan makin keras.Tidak larat hendak melayan kerenah Marissa lagi.
"Kalau you tetap dengan keputusan you tak apa..I akan make sure Atrisha akan tinggalkan you juga"
"Hei..Rissa...You jangan berani-berani nak buat bukan-bukan ya"
"Kenapa?You nak buat apa?Kalau i tak mati,you yang mati nanti!"Tempik Marissa geram.Sakit hati melihat Asfan selamba meninggalkan dia.Marissa menolak bangku menyebabkan beberapa orang yang sedang lalu disitu terkejut.Marissa tidak peduli.Dia boleh jadi gila jika keadaan beterusan begini.Dia tidak boleh ditinggalkan Asfan.Dia mahukan lelaki itu.Sampai matipun Asfan milik dia.Marissa duduk bersandar didinding sambil menakup muka dengan lutut.Dia benar-benar tidak dapat menerima kenyataan itu.
"Kau kenapa nampak macam cemas ni Fan?" Hampir sahaja Asfan tergelincir bila Mikail tiba-tiba menarik lenggan dia.
"Kau rasa Marissa tu dah gila agaknya Mika.."
"Marissa?Dia buat apa kat sini?" Mikail memerhati sekeliling ,mana tahu Marissa masih ada disitu.
"Entah,Mana aku ada,disitu dia ada...Pelik-peliklah perangai dia.Aku takut dia cederakan Isha" Asfan meluahkan kebimbangan dia kepada Mikail.
"Bahaya juga tu.."
"Lagi satu dia ada jumpa Mama aku..Cerita pasal kami"Mikail agak terkejut.Sampai begitu sekali Marissa terdesak.
"Kau kena hati-hati Fan...Dia tu obses dengan kau.Apa-apa dia sanggup buat"
"Harap tak ada apa-apalah.."Asfan cuba menyedapkan hati sendiri walau dia tahu bukan begitu ceritanya nanti.Marissa tidak akan duduk diam.
"Jangan fikir sangatlah..Jom"Ajak Mikail.Mereka ada satu lagi acara.Selepas itu,Mikail juga fikir ingin balik.Malas hendak berlama-lama disitu.
*********
Asfan pulang awal hari itu.Dia tidak menunggu hingga malam kerana pekerja yang bertugas cukup. Asfan mahu luangkan masa dengan Atrisha.Lagipun esok Mama akan datang menginap dirumah mereka untuk beberapa hari.
"Assalamualaikum sayang"Asfan mengucup bahu Atrisha dan dipeluk wanita itu dari belakang.Atrisha sudah dengar derapan tapak kaki Asfan masuk kedapur tadi.Jadi dia sudah siap dan tidak terkejut langsung bila dipeluk dari belakang begitu.
"Waalaikumusalam...Awal balik?" Soal Atrisha lembut.Mengucup dahi Asfan sekejap sebelum menyambung semula kerja memotong sayur.
"Kerja habis awal,i balik awal lah sayang..Lagipun i rindu you" Atrisha mencebik.
"Betul ke ni?"
"Betul lah.Lambat lagi ke siap ni?I lapar" Rengek Asfan.Dari pagi dia belum makan apa-apa lagi.Tadi hendak makan tidak jadi kerana teserempak lagi dengan Marissa.Alih-alih,Asfan ambil keputusan untuk pulang sahaja.
"Tinggal nak goreng sayur.Mama jadi datang tak esok?" Baru Atrisha teringat tentang ibu mentuanya yang mahu menginap dirumah mereka untuk beberapa hari.
"Jadi..Teha dengan Fariza ambil Mama esok..Cepat lah sayang"
"Eiii..Dah kenapa ni.?"
"I lapar..ke you nak i makan you dulu ni?" Asfan mula mengusik.Dikucup tengkuk Atrisha berkali-kali hingga isterinya mengeliat kegelian.
"Afannnn...Jangan lah.I ketuk dengan senduk ni nanti" Asfan terkekek melihat gaya Atrisha memegang seduk,hendak memukul.
"Ampun sayang...jangan pukul i dengan senduk...bantut i nanti" Atrisha ketawa mendengar kata-kata Asfan itu.
"I tak pernah dengar pun orang kena senduk jadi bantut...?"Soal Atrisha geli hati dengan tawa yang masih bersisa.
"sayang..Dah masak kan?I tak jadi nak makanlah.."Asfan mengambil senduk diletak kedalam sinki.Apron yang dipakai Atrisha,Asfan tanggalkan.
"Pervert.."Asfan tidak peduli.Dia rindukan Atrisha.
"Jom sayang"
"Tadi kata lapar?" Tanya Atrisha .
"Dah hilang lapar tengok you.."
"Afan..!"Atrisha terjerit kecil apabila Asfan tiba-tiba mengendongnya sperti anak kecil ke bilik ditingkat atas.
"You dah berat sayang"Adu Asfan sebelum membaringkan Atrisha dikatil.
"You tak suka?"Soal Atrisha separuh merajuk.
"who says I don't like it. I'd rather have your body like this sha..."Ujar Asfan separuh berbisik.Atrisha tersenyum.Memang dia perasan pipinya agak berisi.Mungkin selera makan dia bertambah sejak akhir-akhir itu kerana asyik duduk dirumah.Asfan tidak benarkan Atrisha kemana-mana tanpa dia.Entah kenapa agaknya.Hendak keluar dengan Katriana juga tidak boleh.
"Sha..Do you love me?"Soal Asfan dengan pandangan yang penuh makna.Lelaki itu menopang satu tangan,mengereng menghadap Atrisha.
"Of course i do love you Afan..Love you so much"Tanpa diminta.Atrisha mengucup bibir Asfan lembut. Sejak akhir-akhir itu mereka jarang dapat bemesra.Atrisha juga rindukan suaminya.
"Jangan tinggalkan i ya"Ucap Asfan dengan suara tenggelam timbul kerana wajah sudah disembam ke dada Atrisha.Asfan memeluk Atrisha erat seakan tidak mahu dilepaskan.Fikiran Asfan masih kacau dengan ugutan Marissa.
"I tak akan pernah tinggalkan you Fan.."
"Promise?" Asfan mendonggak kewajah Atrisha sebelum mengensot supaya sama aras dengan wajah Atrisha.Atrisha mengangguk dengan senyuman.Dibiarkan sahaja Asfan mencumbu lehernya dan seterusnya.Atrisha seronok dilayan begitu oleh Asfan,Lelaki itu tidak pernah mengecewakan.Kerana itu Atrisha tidak boleh jauh dengan Asfan.Jika tidak dia boleh terkena penyakit angau.