Chapter 29

1212 Words
Bab 29 Asfan berjalan menghampiri Saiful Amri yang sedang berdiri menghadap tasik.Terkejut Saiful Amri bila Asfan tiba-tiba menelefon dia beritahu hendak bertemu disitu. "Am..."Saiful Amri menoleh kebelakang.Asfan sudah sampai.Seorang tanpa Atrisha. "Ermm,ada apa kau nak jumpa aku?ada apa-apa yang aku buat ke?"Soal Saiful Amri.Dia sudah berpindah ke rumah ibunya untuk seketika sebelum dapat pembeli untuk kondominium di Damansara itu. "Kau marah pada aku ke?" Soal Asfan bila Saiful Amri agak dingin. "Tak..Tak ada sebab aku nak marah kau.Cuma aku pelik bila kau nak jumpa aku"Luah Saiful Amri jujur. "Aku dah jumpa Mama aku..."saiful Amri tersenyum pendek. "Everything okay?" "Well..everything went smoothly.." "Alhamdulillah...Aku happy untuk kau."Saiful Amri menepuk bahu Asfan sebelum melabuhkan punggung di atas bangku yang tersedia ditaman reakreasi itu. "Kau macam mana?Adriana?" Saiful Amri melempar pandangan ketengah tasik. "Macam tu je...Hujung tahun ni kot majlis kami" Jawab Saiful Amri dengan suara yang tidak bersemangat. "Kau macam tak pasti ja?Kau masih mengharapkan Isha?"Saiful Amri ketawa kecil. "Kau cakap apa Fan...Kalau dia tu bujang,aku kejar.Tapi dia isteri kau"Apa yang dikatakan Saiful Amri semua dari hati.Dia tidak pandai menipu tentang soal hati. "Macam mana kalau anything happen to me?Masa tu kau dengan Adriana..Kau pilih siapa?Isha atau Adriana" Akif memaling wajah kearah Asfan yang masih berdiri di tebing tasik.Wajah Asfan tenang tetapi kalut didalamnya.Itu Saiful Amri pasti. "Apa yang kau merepek ni Fan?Kau jangan nak buat bukan-bukan pula..Kan aku dah janji akan jauh kan diri dari kau dan Isha" Saiful Amri tidak suka mendengar kata-kata Asfan itu.Dia tidak mahu Atrisha bersedih. "Kau tahu Fan.Kalau apa-apa jadi pada kau,aku akan sedaya upaya buat kau sihat hatta melibatkan nyawa aku.Itu semua sebab aku tak nak Isha sedih..Jagalah diri kau.Jangan sampai apa-apa jadi..Isha cintakan kau" "Dia cintakan aku sebab tak ingat kau..."Ujar Asfan sebal. "Kau fikir,kalau dia ingat dia boleh terima aku.Silap haribulan dia benci aku seumur hidup.."Saiful Amri menyaup wajah dengan kedua belah tangan sebelum membetulkan topi yang dipakai. "Aku takut kalau dia ingat balik.." "Aku rasa benda yang sama juga Fan.Aku tak nak dia benci aku..Sebab tu aku harap dia tak ingat sampai bila-bila.." Saiful Amri mengeluh. "Aku minta maaf pasal hari tu.Aku emo sangat.Aku takut hilang Isha..." "Aku faham..Kau jangan risau" "Isha rindukan Najlaa..."Saiful Amri mengigit bibir.Berfikir bagaimana hendak diaturkan pertemuan Atrisha dan Najlaa tanpa melibatkan dia. "Tunggu aku outstation,kau bawalah Isha datang rumah Ibu aku.Atau nanti aku arrange untuk ibu bawa Najlaa jumpa kau dengan Isha dimana-mana"Asfan menjeling Saiful Amri sekilas. "Kau tak kisah?"Saiful Amri menggeleng.Dia memang tidak kisah. "Aku minta maaf sebab rahsiakan pasal aku dan Isha..Aku tahu tak patut" Kelihatan ada kekesalan di raut wajah Saiful Amri. "Tak apa..Aku dah lupa pekara tu..Tapi please.Isha nak sangat jumpa Najlaa." "Isha tak pelik ke tiba-tiba kami pindah?" Tanya Saiful Amri lagi. "Pelik..Tapi aku tak jawab pun...Biarlah.." "Ermmm...elok juga tu.."Kedua lelaki itu berpandangan.Pandangan yang sukar ditafsirkan.Kedua mereka mencintai wanita yang sama tetapi hakikatnya Asfan sahaja yang memiliki hati Atrisha buat waktu itu.Untuk Saiful Amri,hidup mesti diteruskan.Ada waktu nanti,dia pasti akan bertemu cinta semula. ******* Talifon bimbit Saiful Amri berbunyi berkali-kali.Adriana tidak lihat jam ke pukul berapa waktu itu. "Naj..Nanti kita sambung"Najlaa menutup buku Iqra dan beredar dari bilik Saiful Amri.Talifon diatas meja Saiful Amri capai. "Assalamualaikum.." "Waalaikumusalam..Kenapa lambat angkat?"Soal Adriana tidak puas hati. "Jam rumah awak rosak ke?"Adriana menjeling jam dinding sekilas.Sudah pukul lapan malam. "Pukul lapan" "Kan time macam ni saya memang tak angkat phone.Just leave massage kalau ada apa-apa"Ujar Saiful Amri kurang senang.Dia sudah mengingatkan Adriana berkali-kali. "Ermm..Susah benar nak dapat cakap dengan awak ni.Saya nak ajak awak keluar dinner" "Oh..awak lapar ke?" "Ya..Tak sempat makan lagi sebab check kerja sekolah anak murid saya"Saiful Amri mengeluh.Dia paling malas hendak keluar malam-malam begitu tetapi dia kasihan pula dengan Adriana. "Awak tunggu.Lagi setengah jam saya ambil awak dirumah"Hati Adriana berbunga-bunga.Bukan mudah hendak buat Saiful Amri bersetuju untuk keluar dengan dia.Dia mesti pakai cantik-cantik biar Saiful Amri semakin sayang pada dia.Saiful Amri segera bersiap setelah menamatkan panggilan.Dia mencapai seluar jeans didalam alamari,mengganti kain pelikat yang dipakainya. "Daddy nak pergi mana?"Soal Najlaa yang baru masuk kedalam bilik Saiful Amri. "Keluar sekejap dengan Aunty Adriana..Naj nak ikut?"Lama baru Najlaa menggeleng. "Tak nak..She doesn't like me.Kalau Aunty Isha jadi Mummy Naj kan bagus"Saiful Amri mengeluh.Dia tidak pasti mengapa Najlaa kata begitu sedangkan Saiful Amri lihat,Adriana layan Najlaa cukup baik.Mungkin Najlaa tidak biasa. "Aunty Adriana loves you so much.And Daddy sure,She must be a good mother to you"Kepala Najlaa diusap lembut sebelum dikucup. "Naj tak perlupun..For me, daddy is enough. I don't need a stepmother to replace my mummy's"  "Daddy bukan sentiasa ada untuk jaga Naj.." "Opah kan ada" "Dah sayang..Nanti Daddy lambat.Naj jangan tidur lewat.." Kunci kereta dan handphone diatas meja Saiful Amri capai sebelum memimpin tangan Najlaa kebilik anak gadisnya. "Good night sayang.." "Love you daddy..Go back early" "Baik boss...Love you too" Sekali lagi Saiful Amri mengucup kepala Najlaa lembut.Dia menjeling jam tangan.Sudah lewat.Saiful Amri bergegas turun,menuju ke keretanya yang diparking diluar pagar.Mujur rumah dia dan Adriana hanya terpisah beberapa block sahaja.Saiful Amri menelefon Adriana,meminta tunangnya menunggu dihadapan rumah sahaja.Saiful Amri malas hendak singgah kerana sudah malam. "Lewat.."Keluh Adriana sebaik masuk kedalam kereta. "Najlaa masuk bilik tadi.." "Ermm...Dia selalu masuk bilik awak ke?"Saiful Amri mengangkat kening. "Kenapa?" "Kan Najlaa tu dah besar.." "She's only eight. I raised her. Even if I get married, Najlaa is still number one" Adriana mengeluh.Dia tersilap kata agaknya.Dia bukan apa.Najlaa sudah besar.Tidak patut berkepit dengan Saiful Amri sentiasa.Jika dia sudah kahwin dengan Saiful Amri nanti,pekara pertama yang dia mahu Njalaa tahu,batasan.Biliknya dan Saiful Amri,Najlaa tidak boleh sesuka hati masuk. "Awak tak kisah kan?"Soal Saiful Amri lembut. "Tak..saya tak kisah pun.Anak awak,anak saya juga.."Adriana tersenyum paksa. "Sorry kalau Najlaa tu nampak awkward sikit bila dengan awak.Dia tak biasa sebab dari kecil dia tak ada mummy"Beritahu Saiful Amri. "Tak apa.Saya faham.InshaAllah.Nanti lama-lama dia akan terbiasa.Awak macam mana?"Saiful Amri menjeling Adriana yang manis bertudung corak abstrak dengan kemeja kuning cair dan jeans slim fit. Saiful Amri tidak nafikan,Adriana cantik dan manis.Lagi-lagi,hari-hari dengan Kebaya labuh dan kurung moden.Memang seperti wanita melayu terakhir.Kerana itu ibunya berkenan sangat dengan Adriana mungkin. "Am..Awak cintakan saya?" Saiful Amri hanya jawab dengan senyuman.Dia tiada jawapan.Adriana sedia maklum yang hati dia masih pada arwah isteri dan bekas kekasihnya.Saiful Amri tidak mahu Adriana terlalu memaksa dia.Soal hati bukan boleh ditipu-tipu. "Awak tentu tak nak saya menipu kan?"Adriana diam.Mengalihkan pandangan keluar cermin tingkap kereta. "Adriana...Beri saya masa please"Tangan Adriana yang sedang memegang tas tangan dicapai dan digenggam dengan tangan kiri.Saiful Amri tahu Adriana banyak bersabar dengan dia.Bukan tidak cuba.tetapi bayangan Atrisha sukar untuk dipadamkan dari minda. "Saya boleh sabar.Tapi sampai bila awak nak hambakan diri pada yang dah tiada"Adriana membalas genggaman tangan Saiful Amri. "Saya pasti waktu yang dinanti tu akan tiba.Bila tiba waktu itu nanti,saya sendiri yang lupakan segalanya tentang dia tapi sekarang hati saya terlalu rapuh..."Jelas Saiful Amri panjang.Adriana harus terima dan Saiful Amri tidak akan pernah memaksa Adriana untuk meneruskan hubungan mereka. "Nanti dah kahwin,saya janji akan buat awak lupa dia"Saiful Amri tersenyum lebar.Apa agaknya yang cuba disampaikan Adriana. "Tak erlu susah-susah..Awak tackle hati Najlaa dulu..Then,saya yang serah diri pada awak"Adriana ketawa kecil mendengar kata-kata Saiful Amri.Kacak.Bila tersenyum,terserlah lesung pipit dipipi Saiful Amri.Adriana berdoa akan tiba waktu yang dikatakan Saiful Amri untuk dia.Adriana benar-benar jatuh cinta dengan lelaki itu sejak kali pertama Datin Hajah Halimah menunjukkan dia photo Saiful Amri.Dia tidak akan lepaskan lelaki itu yang bakal menjadi miliknya beberapa bulan lagi.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD