Chapter 28

1372 Words
Bab 28 "Mama..."Sudah berbelas tahu Asfan tidak memanggil nama itu.Pelbagai rasa bercampur baur,sakit,marah,benci dan yang paling membuatkan Asfan tidak tenang adalah bertapa dia rasa berdosa kerana derhaka kepada wanita yang melahirkan dia.Asfan menahan air mata yang mula bergenang.Malu kerana Atrisha ada disitu. "Afan...." Panggil Maznah perlahan.Tidak berani menoleh kebelakang.Tangan yang memegang kain penggelap pinggan digenggam kuat.Menahan sebak.Enam belas tahun dia tidak bertemu Asfan.Mendengar suara Asfan hari itu juga sudah buat jantungnya bagai dicucuk-cucuk. "Afan balik Ma.."Suara Asfan sedikit tenggelam kerana menahan sebak.Dikesat air mata yang mula tumpah dengan belakang tangan.Maznah berpaling dan berjalan perlahan kearah Asfan.Takut jika Asfan masih tidak mahu dekat dengan dia.Takut jika Asfan masih membenci dirinya.Atrisha memandang Asfan sambil tersenyum,memegang dadanya.Atrisha rasa terharu melihat peristiwa bersejarah dihadapannya ketika itu.Syukur kerana terbuka juga pintu hati Asfan untuk memaafkan ibunya. "Afan maafkan Mama?"Soal Maznah dengan suara bergetar.Dia menyentuh wajah Asfan yang sudah dewasa.Bertapa ruginya dia menjadi seorang ibu.Dia tidak melihat anak-anaknya membesar didepan mata.Semua salah dia. "Afan minta ampun Ma..Selama ni Afan yang berdosa.Derhaka pada Mama" Kedua tangan Maznah yang sedang memegang wajah Asfan dicapai.Dikucup tapak tangan ibunya lama dengan air mata yang sudah berderai.Asfan tidak dapat menahan sebak melihat wajah ibu yang sudah dimamah usia. "Mama berdosa Afan..Berdosa pada arwah papa..Berdosa pada opah,berdosa pada Afan dan adik-adik..Mama takut kalau Afan tak maafkan Mama"Ujar Maznah teresak-esak.Dia merangkul Asfan kedalam dakapan.Terlerai segala kerinduan yang selama ini terpendam. "Afan rindukan Mama..Afan takut kalau Afan mati nanti,Afan tak sempat minta ampun pada Mama" Ucap Asfan tersedu-sedu.Dia takut,dan terlalu takut jika waktunya sampai,dia tidak sempat mohon ampun kepada ibunya kerana syurga dia sentiasa dibawah telapak kaki seorang ibu.Asfan sedar selama ini dia terlalu ego. "Kenapa cakap macam ni nak?"Maznah menekup wajah Asfan yang sudah sembab.Dia tidak suka Asfan kata begitu.Biar dia yang sudah tua mati dahulu.Kehidupan Asfan masih panjang. "Entahlah Ma..Afan takut..Banyak dosa Afan.." "Jangan merepek.Mama sentiasa doakan Afan panjang umur..Bahagia dengan Isha selama-lamanya.."Maznah menoleh kearah Atrisha yang masih berdiri menghadapa mereka dengan senyuman sayu.Syukur kerana Asfan bernikah dengan wanita seperti Atrisha. "Ma..Jangan tinggalkan kami lagi" Pinta Asfan dengan wajah memohon.Dia sudah cukup derita kerana membesar tanpa seorang ibu.Biarlah kali ini,ibunya sentiasa berada dihadapan mata agar hati dia tenang. "Tak mungkin..Mama tak akan tinggalkan anak-anak Mama lagi.Kamu semua harta Mama,dunia akhirat"Diusap kepala Asfan sebelum dikucup lama. "Isha...come.."Asfan menghulur tangan>memanggil isterinya yang dari tadi setia melihat mereka dua beranak. "Ma..Isha..Isteri Afan..Anything happen pada Afan..Mama tolong tengok-tengokkan dia" "Kenapa cakap macam ni..I tak suka"  Atrisha memasamkan muka.Sudah berkali dia mengingatkan Asfan supaya jangan sesekali mengeluarkan kata-kata sebegitu lagi. "I sayang you..I tak nanti you sunyi..So,Mama dengan adik-adik nanti boleh ganti i kalau i tak ada..Kalau,faham?"Atrisha menjeling.Geram kerana Asfan tidak serius dengan pekara sebegitu. "Dah..Mari kita makan nasi ayam buatan menantu Mama ni.Mesti sedap..."Bahu Atrisha dipeluk mesra. "Jom Ma.Jangan layang dengan budak nakal ni"Usik Atrisha.Asfan ketawa menggeleng.Suka Atrisha. ********** Asfan masih duduk diberanda biliknya menghadap sungai.Sungguh mendamaikan bila dia masih dapat lagi mendengar bunyi aliran sungai yang mengalir tenang.Tempat dia,Mikail dan Ziyad belajar berenang.Ziyad pernah hampir-hampir lemas dibawa arus sungai yang sedang laju waktu itu kerana baru lepas hujan.Asfan memerhati sekeliling.Dahulu  dikiri kanan banglo keluarganya itu hutan tapi kini sudah terang.Mungkin tanah dikiri kanan sudah dibeli orang.Asfan pun tidak pasti. "Sayang..Kita tidur sini sahajalah ya?"Asfan mencapai tangan Atrisha yang sudah melingkar dipinggang. "Esok i ada meeting sayang" Beritahu Asfan.Atrisha mengeluh.Belum puas rasanya dia berbual dengan ibu mentuanya. "You dah puas jumpa Mama?"Asfan tersenyum sengget.Jika ikutkan hati,memang dia tidak mahu balik.Tetapi dia punya tanggungjawab untuk diuruskan esok.Mikail tiada. "InshaAllah.Next week kita balik.Atau you nak i pujuk Mama duduk dengan kita" Atrisha tersenyum.Bagus juga idea Asfan itu. "You rasa mama nak tak sayang?" "Kena tanya..Takut Mama tak selesa" Atrisha setuju.Biasa,orang tua lebih selesa tinggal dirumah sendiri walaupun sunyi. "Ermm..Okay..Afan..I syukur tengok perubahan you sekarang ni" Ujar Atrisha jujur.Doa dia termakbul jua untuk lihat Asfan berubah. "Sha..you jangan tinggalkan i ya?" Direnung mata Atrisha dalam-dalam.Asfan takut jika rahsia tentang dia Marissa pecah.Dia takut jika Atrisha pergi dari hidupnya. "I tak akan tinggalkan you sebab separuh nyawa i adalah you" Jari telunjuk ditunjuk kedada Asfan. "Betul...?Apa-apa jadi sekalipun?" Atrisha mengangguk kepala. "Kecuali kalau i dapat tahu you curang"Suara ditekan dalam.Asfan mengigit bibir.Serius benar wajah Atrisha hingga buat dia takut. "Ada buat salah dengan i ya?" Atrisha mengecilkan mata,merenung tajam mata Asfan.Lelaki itu jika buat salah memang sangat jelas kelihatan. "Tak adalah.you tengok kan sekarang.i pukul enam dah ada rumah.Sempat ke i nak curang Sha?" "I tak kata pun you curang..Haishhh...Berani you buat.I kerat nanti" Atrisha membuntangkan mata,sambil menunjukkan isyarat gunting. "Ishhh...ngilu lah sayang..."Atrisha ketawa berdekah-dekah keluar dari bilik meninggalkan Asfan yang terkulat-kulat.Biarlah lelaki itu melayan perasaan.Mungkin Asfan banyak kenangan yang hendak diimbas.Asfan menggeleng bila melihat Atrisha sudah hilang dari pandangan.Kemudian dia dengar suara Atrisha berbual dengan ibunya didapur.Atrisha memang rajin.Mengapalah dia tidak kenal dahulu Atrisha daripada Saiful Amri.Jika dia kenal Atrisha dulu,pasti dia tidak akan bersama Marissa gila itu.Kepala Asfan pening bila terfikir tentang Marissa.Dia bimbang Marissa sampai bertemu Atrisha.Dia belum bersedia untuk berterus terang dengan Atrisha tentang apa yang dia sembunyikan dibelakang Atrisha selama tiga tahun ini. "Mama..Afan dengan Isha nak kena balik.Esok Afan ada meeting" Perbualan Maznah dan Atrisha terhenti bila Asfan muncul dihadapan mereka yang sedang rancak berbual. "Afan dengan Isha tak nak tidur sini?"Soal Maznah mengharapkan jawapan positif dari Asfan. "Tak Ma..Afan nak ketempat meeting esok jauh kalau dari sini.InshaAllah next week,Afan bawa Isha tidur sini" "Ma..apa kata Mama tinggal dengan kami saja?Lagipun Mama tinggal seorang sahaja disini"Ajak Atrisha.Asfan mengangguk setuju seperti perbincangan mereka tadi. "Kalau boleh Afan nak Mama ada depan mata Afan sepanjang mata" Dia melabuhkan punggung dikarpet,bersandar dikaki ibunya manja.Waktu kecil dahulu dia memang suka bersandar pada ibunya begitu. "Mama bukan tak nak.Tapi Mama tak nak jauh dari arwah Papa.."Asfan menjeling ibunya sambil mengusap tangan ibunya.Asfan melepaskan nafas panjang. "Ermmm..Sorry Ma.." "Kenapa Sorry pula..Mama harap Afan faham ya.." "Tak apa Ma..Afan faham.Tapi kalau Mama ubah fikiran,Mama nak tinggal dengan kami,Afan happy sangat" Maznah senang hati mendengar kata-kata Asfan.Cuma dia lebih selesa tinggal disitu kerana mudah untuk dia menzirah pusara arwah bekas suami dia itu.Hingga kini dia masih tidak memaafkan diri kerana tidak sempat menatap wajah arwah bapa Asfan buat terakhir kalinya.Biarlah dia disitu hingga kehujung nyawanya.Jika diizinkan,Maznah mahu dikebumikan bersebelahan arwah bekas suaminya.walau sudah tiada ikatan tetapi  Maznah tahu,arwah Malik sangat cintakan dia.Dia sahaja yang tidak tahu menilai kasih sayang lelaki itu.Buta dengan janji manis Rosman sikaki judi.Habis segala wang simpanannya dicuri lelaki tidak berguna itu.Hingga satu waktu anak gadis dia juga hampir menjadi kerakusan nafsu Rosman.Sejak itu Asfan mengambil Fateha dan Fariza dari dia.Itupun tanpa pengetahuan dia.Bila Fateha dan Fariza sudah sambung belajar,baru Maznah berpeluang berjumpa dengan Fateha dan Fariza dengan izin Asfan.Itupun melalui Mikail. "Thanks sebab Afan beri izin Mama tinggal sini"  "Rumah ni atas nama Mama.Afan tukar nama lepas Mama bercerai dengan lelaki tak guna tu..Afan tahu Mama tak ada apa-apa lagi waktu tu..Dia ada cari Mama lagi"Maznah menggeleng.Lama dia tidak dengar khabar tentang bekas suami kedua dia itu .Mungkin sedang meringkuk didalam penjara kerana kes dadah. "Afan dengar dia dah kedalam..."Beritahu Asfan seolah dapat membaca fikiran ibunya. "Tak perlu cerita tentang dia lah nak.Ni dah pukul berapa ni.Tengah malam nak lalu Jalan Kebun tu,Gelap" Maznah malas hendak mengenang tentang lelaki yang telah buat keluarganya hancur dahulu.Dia sudah cukup bahagia dapat berbaik semula dengan anak sulungnya,itu sudah memadai. Asfan menjeling jam tangan.Sudah sebelas malam.Terasa kejap pula masa berlalu. "Siap Sha.."Atrisha hanya menurut.Mengemas barang-barang yang ingin dibawa pulang. "Fan..Macam mana Afan dengan Marissa?" Maznah bercakap seakan berbisik setelah Atrisha berlalu kedapur.Asfan mengecilkan mata sebelum mengangkat kening. "Mama kenal Marissa?" "Mama tak berhubung dengan Afan,bukan bermakna Mama tak ambil tahu tentang Afan" Asfan melepas nafas panjang. "Berubahlah nak selagi ada peluang.Isha tu baik sangat.." Bahu Asfan ditepuk perlahan.Marissa ada berjumpa dengan dia beberapa kali tetapi jika dia ada peluang pun,Maznah tidak akan pujuk Asfan untuk kembali pada Marissa.Mikail dan Ziyad sudah ceritakan segala-galanya pada dia.Maznah tidak mahu Asfan jadi seperti dia.Nanti menyesal seumur hidup.Langit bukan sentiasa cerah,peluang bukan selalu datang berganda. "Mama doakan Afan terus istiqamah"  "Mama sentiasa doakan Afan bahagia dunia akhirat..Jaga rumahtangga baik-baik.Cukuplah Mama sahaja yang buat silap nak" Mata Maznah berkaca.Bimbang jika Asfan terus dengan cara hidup lama.Dia tahu Asfan jadi begitu kerana dia.itu sahaja cara Asfan memberontak.Hendak tunjuk bertapa bencinya Asfan pada dia.Maznah sedikitpun tidak salahkan Asfan.Semua berpunca dari dia.Dia yang merosakkan anaknya dan dia penyebab keluarga mereka berpecah belah.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD