Bab 27
Atrisha mundar mandir diruang tamu.Sudah berkali-kali dia menelefon Asfan.Tapi tidak berjawab.Sekarang Asfan jarang ada dirumah.Jika dirumahpun,lelaki itu tidak ceria seperti selalu.Asfan lebih banyak berdiam diri.Atrisha bersyukur kerana Asfan sudah mula bersolat.Tapi yang merisaukan Atrisha,suaminya banyak memencil diri.Asfan yang ada sekarang,bukan Asfan yang dia kenal.
"Asalamualaikum"
"Waaa...laikumusalam...."Jawab Atrisha sambil berjalan menuju kearah Asfan.Lega melihat Asfan dihadapan mata.
"You tak tidur lagi?"Soal Asfan sambil mengucup kepala Atrisha seperti biasa.
"Belum..I risaukan you?You marah i ke Fan?"Atrisha takut Asfan marah pada dia kerana mendesak Asfan membawa dia bertemu dengan Najlaa.
"Marah kenapa?"
"Pasal Najlaa"Asfan tersenyum.
"Nanti i arrange waktu yang sesuai" Senyuman terukir dibibir Atrisha.Walaupun belum tentu pasti dapat bertemu Najlaa tetapi sekurang-kurangnya ada harapan.
"You dah makan?"
"Belum tapi i belum rasa nak makan.I nak naik bilik.You nak duduk bawah dulu ke?" Asfan mejeling Atrisha yang masih berjalan seiring dengan dia.
"I nak ikut naik...Ganggu you tak?"Asfan tersenggih.Atrisha tidak pernah menganggu dia tetapi jika Atrisha tiada,itu yang membuatkan dia terganggu.
"Jom sayang.."Tangan Atrisha dipimpin naik keatas.Asfan ingin berbual dengan Atrisha.Mereka jarang dapat berbual panjang kerana dia sentiasa sibuk dengan kerja dipejabat.Baik dia gunakan waktu yang ada sebaik mungkin.Buat masa sekarang,mereka tidak berapa sibuk.Kebetulan hujung bulan nanti,mereka akan mula berpuasa.
"Esok i nak balik Klang.you nak ikut?" Asfan melabuhkan punggung diatas katil bersama-sama Atrisha setelah selesai solat isyaq.
"Serius?" Atrisha agak teruja dengan pelawaan Asfan.Belum pernah dia bersua muka dengan mentuanya selama dia mengenali Asfan.Cuma ada sekali dua dia dapat bercakap dengan ibu mentuanya tanpa pengetahuan Asfan.
"Seriuslah sayang. I rindu my mum" Atrisha begitu terharu mendengar kata-kata Asfan.Akhirnya terbuka juga pintu hati Asfan untuk berbaik dengan ibunya.
"Alhamdulillah...I happy for you" Tangan Asfan dicapai,digenggam dan dikucup lama.
"Sha..Whatever happens though, don't leave me..I tahu i banyak buat salah pada you.I bukan suami yang baik..Tapi i akan cuba berubah jadi lebih baik untuk you"Asfan menarik tubuh Atrisha kedalam dakapannya.
"I promise, what happens I will still be by your side.."Janji Atrisha.Dia terlalu cintakan Asfan hingga jika diizinkan,biarlah mereka mati bersama-sama.Atrisha tidak sanggup hidup tanpa Asfan.
*********
Atrisha memakai baju kurung Riau hijau yang dibeli Asfan bulan lepas.Dikenakan dengan make up tipis. Sementara menunggu Asfan siap,Atrisha turun ke bawah membungkus nasi ayam yang baru dimasak sebelum dia bersiap tadi.Masih panas.Harap ibu mentua dia akan suka.
"Dah siap ke Sha?"Soal Asfan ringkas.
"Dah..Tinggal nak tunggu you sahaja"Asfan memeriksa bungkusan nasi ayam yang dimasak Atrisha.Wangi..pandai isterinya masak.Puji Asfan didalam hati.Bungkusan yang sudah dimasukkan kedalam beg kertas,Asfan jinjing berhati-hati.Takut kuahnya tertumpah.
"Marilah sayang.Nanti lambat sampai"Atrisha tersenyum lebar,mengikut langkah Asfan dari belakang menuju ke pintu rumah.
"Nervous pula i nak jumpa mak mentua i" Atrisha memulakan perbualan sambil berjalan beriringan keluar dari kondominium mereka menuju ke tempat letak kereta.
"Mama i tu okay..I pun tak tahu nak react macam mana sebab lama sangat tak jumpa dia" Asfan tersenyum kelat.Memang dia tidak tahu untuk menzahir rasa teruja untuk bertemu ibunya.Sudah terlalu lama mereka tidak bersua muka.
"Happylah sayang...You dah lama tak jumpa mama.Mesti mama rindu you sangat"Lenggan Asfan dirangkul sambil menyandar kepala kebahu Asfan.
"I rasa,dah lama sangat i benci mama sampai i lupa macam mana nak sayang dia"Luah Asfan lemah.
"Biasa,dari benci jadi sayang kan?"
"Macam you benci i dulu?" Kali ini Atrisha terkedu.Asfan tidak habis mengungkit tentang cerita lama itu untuk dijadikan bahan usikan.
"Mana you tahu i benci you?" Soal Atrisha bersahaja.
"I tahu lah..Dalam ramai-ramai perempuan yang i kenal.You sahaja yang payah i nak dapat" Atrisha ketawa kecil.
"Now..dapat terus jadi isteri you kan?" Asfan tersenyum lebar.Usaha yang sangat berbaloi bila diingat-ingat semula.
"Susah dapat,susah lepas" Ucap Asfan sambil membukakan pintu untuk Atrisha.Isterinya masih ketawa.Seronok sangatlah tu bila dipuji.Asfan meletakkan Beg kertas di atas kerusi belakang sebelum masuk kedalam perut kereta.Enjin kereta dihidupkan sebelum memulakan perjalanan.Dari kondominium mereka ke Klang tidak jauh.Lebih kurang sejam perjalanan jika tiada kesesakkan lalu lintas .
"Bila you ambil gambar dengan Najlaa ni Fan?"Atrisha baru perasan ada satu gambar Asfan dan Najlaa didalam galeri talifon bimbitnya .Asfan menjeling.
"Oh..i bawa dia pergi McD dekat bawah.Masa ni you tidur kot.."Lama baru Atrisha mengangguk.
"Seronoknya kalau kita ada anak sendiri kan Fan?"Asfan mendengus.Sudah banyak kali mereka bincangkan pekara itu.Soal rezeki bukan kerja mereka untuk tentukan.
"Sayang..Belum ada rezeki.I ajak you buat IVF,you tak nak"
"Tak nak lah.Kita bukan ada apa-apa masalah.."
"So,kita tunggu la sayang..."Tangan Atrisha digenggam dengan tangan kirinya.Asfan harap Afeeya mahu bersabar.
"ermm,sorry..."
"You rindu Najlaa ya?" Asfan tahu apa yang terbuku dihati Atrisha.Jika hendak bercakap dengan Najlaa,mereka harus menghubungi Saiful Amri,Asfan tidak mahu.
"Rindulah.Kalau tak..Ada saja lah muka dia menempel dekat rumah kita..."Asfan tersenyum,terkenangkan Najlaa yang manja dengan mereka.Dia akui,rumah mereka terasa sunyi tanpa Najlaa.Jika Najlaa ada,Atrisha punya kawan untuk bersembang.Satu hari suntuk melayan Najlaa pun Atrisha tidak kisah.
"Inshaallah..Nanti i try arrange.."
"You tahu kenapa tiba-tiba Am pindah?"Asfan diam,tidak menjawab.
"Asfan..."Asfan menjungkit kening.Pura-pura tidak mendengar pertanyaan Atrisha tadi.
"Dengar tak i tanya apa tadi?"
"Tak..apa dia?" Afeeya mencebik.Bila tanya tentang Saiful Amri,Asfan pasti menggelak.Bagai ada sesuatu yang cuba Asfan sorok dari dia.hendak talifon ibu dan Saiful Amri sendiri pun,no sudah hilang dari simpanan.
"Tak apa lah...Cerita pasal lain" Suara Atrisha seakan merajuk.Padangan dilempar keluar jendela.Mencari mood yang telah hilang.
"Merajuk..I betul tak dengar lah" Ujar Asfan bersungguh-sungguh.
"You memang selalu tak dengar kalau i cakap..Malas nak ulang-ulang.I bukan MP3 you tu" Asfan tersenggih.Atrisha jika hendak mengenakan orang,ada sahaja.
"Buruknya you buat muka macam tu sayang" Usikan Asfan,tidak Atrisha endah.
"Buruk-burukpun you sayang kan?" Sempat Asfan mengusap rambut ikal Atrisha yang separas pinggang itu.Orang gila sahaja yang tak sayang isteri.
"I love you so much Sha..."
*******
Asfan menghentikan kereta betul-betul dihadapan banglo setingkat peninggalan arwah bapanya.Halaman sudah sedikit berubah tapi masih menggamit kenangan lama.
"Kenapa tak turun?" Tanya Atrisha bila melihat Asfan masih kaku.Tidak mematikan enjin kereta.
"You turun dulu Sha.."
"Kenapa?Tak kan i nak masuk seorang" Seganlah Atrisha.Itu kali pertama dia menjejakkan kaki disitu sudah disuruh masuk sendiri.
"Bukan rumah orang lain pun..i nak layan blues kejap" Asfan mengenyit mata.Lama baru Atrisha tersenyum menggeleng.Dia akur,turun dari kereta membawa beg kertas dibelakang masuk dahulu kedalam kediaman keluarga Asfan.Asfan bersandar.
"Papa...Afan balik..."Disaup wajah yang mula memerah kerana menahan air mata.Asfan merenung tiap inci ruang halaman rumah.Semua ada kenangan tersendiri.Asfan takut hendak melangkah masuk kedalam rumah itu kerana terlalu banyak kenangan terutama sewaktu mama meninggalkan mereka dan sewaktu Papa jatuh sakit,depressi sehingga mengakibatkan papa meninggal dunia.Semua itu terlalu perit untuk Asfan pikul.Waktu itu usia Asfan baru dua belas tahun.Dalam waktu singkat,dia hilang segala kasih sayang seorang ibu dan ayah hanya kerana kesilapan mama yang terlalu menurut nafsu. sama seperti Marissa.
"Ya Allah..jangan kau bolak balikkan hati aku" Doa Asfan.Fikiran dia sudah mula jauh melayang.Melayan rasa marah yang mula bertapak kembali.Kerana itu Asfan tidak mahu pulang kesitu.
Didalam rumah,Atrisha masuk kedalam kerana pintu tidak bertutup.Sudah berkali-kali dia memberi salam.Tapi tiada siapa menjawab.Atrisha memerhati sekeliling ruang rumah.Perabot yang tersusun rapi.Di dinding ada bingkai gambar keluarga Asfan.Jika dilihat,tidak sangka langsung keluarga itu akan jadi berantakan seperti sekarang.Atrisha meneliti tiap gambar yang ada dibingkai yang tergantung didinding.Atrisha menyentuh gambar Asfan sewaktu kecil.Dari kecil sudah terlihat kacak.Jika mereka ada anak lelaki pasti comel seperti Asfan.
"Assalamualaikum..."
"Waalaikumusalam..."Atrisha terkejut bila seseorang yang dia pasti ibu mentuanya yang muncul dari belakang.Masih canti walaupun sudah dimamah usia.
"Isha?"Atrisha mengangguk.Seraya Maznah memeluk tubuh menantunya itu kuat.Air mata mengalir terharu.Akhirnya dapat juga dia jumpa dengan Atrisha setelah hampir tiga tahun dia hanya mendengar cerita dari Fateha dan Fariza tentang Atrisha.
"Lebih cantik dari dalam gambar"Puji Maznah sambil mengesat air mata.
"Maaf,Isha tak pernah datang jenguk mama"
"Tak apa..Mama faham..Afan mana Sha?"Atrisha mengalihkan pandangan keluar rumah.
"Afan tak nak masuk?"Soalan mama membuatkan Atrisha serba salah.Dia tidak tahu hendak menjawab bagaimana.
"Tadi dia kata nak layan blues kejap..Isha rasa,kejap lagi dia masuk agaknya mama..Biarkan dulu dia ya" Bahu ibu mentuanya digosok lembut.
"Ermmm...Dia marahkan mama lagi agaknya" Suara Maznah menjadi sebak bila terfikirkan kemarahan Asfan pada dia.Asfan waktu itu sudah cukup besar untuk membenci perbuatan dia.Dia tidak pernah salahkan Asfan kerana benci pada dia.Dia yang menyebabkan keluarga mereka jadi begitu.
"Eh,tak lah.Dia yang nak balik sini jumpa Mama.Dia kata dia rindukan mama.."Jelas Atrisha jujur.Dia kenal sangat dengan Asfan.Lelaki itu tak perlu dipaksa-paksa.Jika Asfan kata,dia mahu balik,dia rindu,maknanya dia sudah dapat menerima semua dengan lapang dada.
"Betul ke Sha?" Soal Maznah ingin tahu.Dia benar-benar berharap Asfan dapat maafkan dia.
"Betul..Mama..Isha ada masak nasi ayam.Apa kata Isha siapkan dulu.Nanti kita boleh makan" Baru Atrisha teringat bekalan yang mereka bawa.Atrisha memang tidak susahkan ibu Asfan.Sudahlah mereka datang mengejut.
"Eh,buat susah-susah jer Sha"
"Tak apa Ma..Bukan susah pun nak buat...Mana dapur.Biar Sha yang sediakan" Atrisha menawarkan diri untu sediakan semua.Dia sudah biasa buat kerja rumah sendir.Jadi tiada istilah kekok untuk dia masuk kedapur.
"Biar mama buatlah..Sha tunggu sahaja didepan ni..."
"Tak boleh..Asfan tak suka macam tu" Maznah menghela nafas panjang.Bagus benar anak lelakinya mendidik isteri sama seperti arwah bapa Asfan dahulu.Cuma dia sahaja buta mata dan hati.Terlalu mengikut nafsu.
"Sama macam arwah papa dia" Melihat wajah Maznah sudah berubah murung,Atrisha cepat-cepat mengalih perhatian wanita itu dengan bertanya berbagai soalan tentang Asfan diwaktu bayi hingga kecil.Kedua wanita itu berbual sambil menyediakan makanan untuk dihidang.Sesekali terdengar mereka ketawa bila ada pekara lucu yang Maznah cerita tentang Asfan diwaktu kecil.