Bab 26
"Boleh kau jelaskan pada aku apa ni Am?" Saiful Amri terkejut melihat beberapa keping gambar yang dilempar Asfan pada dia.Asfan terus duduk dikerusi menghadap Saiful Amri.Sudah dua tiga hari dia berfikir sama ada hendak bertemu empat mata dengan Saiful Amri tentang perkara itu.Asfan tidak boleh tahan lagi.
"Kau jumpa dirumah aku?"Asfan mengangguk.Saiful Amri menarik nafas dan dilepaskan.Lama dia diam.Mencari kata yang sesuai agar tiada sengketa antara dia dan Asfan.
"Aku minta maaf sebab rahsiakan perkara ni dari kau"saiful Amri rasa,itu sahaja perkataan yang sesuai dia keluarkan kerana memang salah dia kerana berahsia.
"Tapi kenapa?apa yang kau rancang sebenarnya?"Asfan masih tenang.
"Demi Allah Fan.aku tak rancang apa-apa.Rumah tu aku dah beli lima tahun lepas.Kali pertama aku jumpa dia balik tak akan aku nak cakap dengan kau dia bekas kekasih aku.Dia tak ingat aku Fan..Tak ingat" Saiful Amri menyakinkan Asfan yang dia tiada niat hendak merahsiakan semua tu.Semua itu terjadi tanpa dirancang.
"Ibu tahu?"Saiful Amri mengangguk"
"Sebab itu dia nak aku kahwin dengan Adriana cepat-cepat.Dia tak nak aku mengharap.Dan untuk pengetahuan kau,aku dah redha dah yang dia bukan jodoh aku"Asfan mendengus.Antara percaya dan tidak.
"Am..Aku spechless..Aku nak marah tapi nak marah sebab apa pun tak tahu"Asfan sebenarnya kecewa kerana Saiful Amri bertindak merahsiakan perkara penting sebegitu.
"Aku minta maaf.Satu lagi sebab aku tak beritahu kau sebab aku tak nak persahabatan kita terjejas" Saiful Amri mengakui itu salah satu sebab dia berdiam diri.
"Atrisha boleh ingat balik.Kalau kau dekat dengan dia,tak mustahil dia boleh ingat balik Am" Saiful Amri menghembus nafas panjang.Dia faham maksud Asfan.
"Aku faham Fan..InshaAllah..I will do everything asalkan kau jaga Isha macam kau jaga nyawa kau sendiri."
"Aku minta maaf.Tapi aku terpaksa..Aku cintakan Isha,Amri.."Saiful Amri tersenyum berat.
"Jangan risau Fan..Aku janji akan jauhkan diri dari Isha dan kau"
"Aku harap kau faham Am" Ucap Asfan.Dia bukan bermaksud untuk putuskan persahabatan mereka memandangkan hubungan mereka sudah seperti keluarga tetapi Asfan takut kehilangan Atrisha. Lagipun dia gusar jika Saiful Amri masih cintakan Atrisha dan Saiful Amri boleh jadi pesaing dia.Asfan tidak mahu itu berlaku.Asfan tidak tahu sejauh mana Atrisha cintakan Saiful Amri dahulu.
"Its okay,Don't worry, I understand .. You just want to preserve your love that I never did for her..Jangan menyesal dengan apa yang kau buat sebab dia sangat berharga" Saiful Amri bangun dari kerusi dan terus beredar dari restoran itu.Hati dia menangis tiada siapa tahu.Satu perkara yang paling berat untuk diputuskan.Tapi siapa dia?Asfan lebih berhak keatas Atrisha.Dia hanya orang asing yang baru Atrisha kenal diwaktu itu.Bukan Saiful Amri yang Atrisha sayang dan cintakan.Luruh seluruh hatinya.Saiful Amri tidak terus pulang kerumah tetapi dia kearah kawasan perumahan lama mereka. Saiful Amri meneruskan lagi perjalanan ke taman reaksi berhampiran kawasan perumahan mereka.Saiful Amri turun dari kereta dan berjalan kearah pokok rendang yang masih teguh di hujung taman.Bangku juga masih ada,cuma sudah bertukar warna.Saiful Amri duduk seketika disitu.Terimbas segala kenangan manis bersama-sama Atrisha disitu.Sepanjang perjalanan Akif membiarkan lagu fireflies dari Owl city bermain di mp3 radio didalam kereta.Lagu itu,lagu kegemaran Atrisha.Terlalu menggamit memori.
"Abang kalah Sha..."Air mata Saiful Amri tumpah jua.Dia terpaksa melepaskan Atrisha kali ini secara mutlak demi kebahagian wanita itu.Saiful Amri fikir buat waktu itu,biar dia tinggal dirumah ibunya sementara dia mencari rumah baru.Saiful Amri mahu buktikan pada Asfan yang dia tidak berniat pun hendak merampas Atrisha.Dia cuma mahu pastikan Atrisha bahagia.
************
Asfan termenung merenung luar cermin kaca bilik pejabatnya.Hari itu sepatutnya dia perlu menghadiri satu majlis tapi Asfan benar-benar tiada mood.Jika boleh dia mahu duduk sahaja dipejabat itu.Sudah seminggu Saiful Amri tidak pulang kerumah.Atrisha pula asyik bertanyakan Najlaa.Rindu pada Najlaa katanya.Serabut Asfan.
"Fan..Kau kenapa?Macam orang putus cinta aku tengok"Soal Mikail yang baru masuk kedalam bilik Asfan.Sudah banyak kali dia mengetuk pintu,tapi tidak dibuka oleh Asfan.Risau juga dia lihat Asfan kebelakangan itu.Asyik termenung.
"Tak ada apa-apa"Pendek jawapan Asfan.Masih bersandar menghadap keluar cermin bilik.
"Habis,menung sana sini.Kau bergaduh dengan Isha?"Asfan menggeleng.
"Ni pasal kau suruh Am jauh dari Isha?Kau rasa satu kesilapan?" Asfan memusing kerusi menghadap Mikail.
"Aku tak pernah menyesal..Aku lagi menyesal kalau satu hari aku hilang Isha sebab Am" Jelas Asfan sebelum menyaup muka dengan kedua belah tangan.
"So,yang kau pening-pening kenapa?Am dah pergi kan?Itu maknanya dia memang tak ada niat pun nak kacau rumahtangga kau..Dah berapa lama pula kau kenal dia...Dia memang tak pernah kacau kan?" Soal Mikail dengan suara yang agak keras.Asfan selalu buat sesuatu keputusan tanpa berfikir.
"Yang aku pening,Isha asyik sibuk nak jumpa Najlaa..Nak jumpa Najlaa ke atau daddy Najlaa"Bentak Asfan.
"Astagfirullahalazim...Kau sendiri kata kau percaya pada Am kan?"
"Itu sebelum aku tahu..Kalau dia jujur kenapa dari awal dia tak cerita pada aku?Dia kata,dia masih cintakan bekas kekasih dia.Sebab tu dia tak boleh nak cintakan tunang dia..Bekas kekasih dia Isha,Mika...Bini aku" Getus Asfan.Dia mahu Mikail faham.Bukan mudah bagi dia untuk buat keputusan.Dia buat keputusan itu demi rumahtangga dia.
"Hurmm..Aku pun tak tahu nak kata apa...Tapi sebelum nak buat apa-apa fikir dulu.Kau jangan nak marah Isha.Dia tak ingat apa-apa..Jangan nanti kau marah-marah dia ingat balik" Kata-kata Mikail buat Asfan sedar.Atrisha tidak boleh berada didalam keadaan tertekan.
"Marissa ada cari kau?" Asfan mengubah topik perbualan.semalam Marissa ada menghantar whatapp ugutan pada dia.Tapi Asfan tidak peduli..
"Ada tapi aku tak layan..Cuma aku nak kau hati-hati dengan dia.Takut dia apa-apa kan Isha"Pesan Mikail.Dia masak dengan perangai gila Marissa.
"Jangan layan..Aku takut dia jumpa Atrisha.For the time being aku memang tak izinkan Isha pergi mana-mana tanpa aku" Mikail menggeleng.Sampai bila hendak begitu.Lama-lama nanti Atrisha akan tahu juga.
"Selesaikan secepat mungkin,takut Isha dapat tahu.Masak kau Fan" Terdengar Asfan melepaskan nafas yang amat berat.Apa akan jadi jika Atrisha tahu?. Mati...
"Nanti aku uruskan secepat mungkin..Esok aku nak cuti boleh?" Asfan rasa,esok dia mahu pulang ke Klang.
"Kau tak sihat ke?"
"Aku nak balik Klang" Mikail mengangkat kening.Kerap pula Asfan pulang ke kampung halaman mereka.Tapi singgah langsung tidak.
"Bila nak jumpa mama kau?" Mikail terus bertanya.Terakhir kali dia pulang ke Klang,Mikail ada singgah kerumah keluarga Asfan untuk melawat ibu sahabatnya itu.Kasihan Mak cik Maznah.Asyik bertanya tentang Asfan.Tiap kali menyebut nama Asfan,tiap kali itulah wanita separuh abad itu berlinangan air mata.Sejahat-jahat Mikail,dia takut hendak membuang ibu sendiri begitu.Tapi apakan daya.Dia tidak berada ditempat Asfan.Dia tidak tahu apa yang Asfan rasa,
"Mama aku sihat?" Asfan pula bertanya.
"Esok nak balik kan?Pergilah tengok sendiri.Bawa Isha tu.Sampai bila kau nak buang Mama kau Fan.Kita tak tahu mak kita ni umur sampai bila jer"Nasihat Mikail.Sudah berbuih mulut dia ulang pekara yang sama.Tapi Asfan degil.
"Entah-entah umur aku yang tak panjang" Ujar Asfan dengan spontan.Mikail tersentak mendengar kata-kata Asfan itu.
"Kau sedar ke apa kau kata ni?" Asfan tersenyum,mengangkat bahu.Dia memang suka cakap ikut sedap mulut.
"Ermm...Mika..Sepanjang kau kenal aku.aku ni teruk sangat ke?" Hati Mikail tidak sedap bila melihat keadaan Asfan.Asfan bukan begitu orangnya.Terlalu serius perbualan mereka petang itu.
"Afan..Kau okay ke tak ni?"
"Aku okay lah.Apa,kau ingat aku buang tabiat?" Ujar Asfan berseloroh.
"Kau ni menakutkan aku.."Mikail meluahkan kebimbangan dia.Risau apa-apa terjadi pada Asfan.
"Aku okay..InshaAllah.Mika..Aku sayang kau tau..Berubahlah selagi ada peluang"Lama Asfan merenung wajah Mikail.Mikail sahabat yang sentiasa ada dikala susah dan senang.Bukan senang hendak cari kawan seperti Mikail.
"Fan.."Mikail mati akal hendak membalas kata-kata Asfan.Suasana menjadi agak hening.Kedua lelaki itu diam untuk seketika.Mikail tidak dapat bayangkan hidup tanpa Asfan.Dari kecil mereka membesar bersama-sama.Tiada satu waktu susahpun Asfan tiada.
"Jaga CC..lama sangat dia tunggu kau..Dahlah..Aku nak balik.Lusa jumpa" Asfan bangun.Barang diatas meja Asfan capai.Bahu Mikail ditepuk sebelum berlalu.Asfan tersenyum sendiri tanpa sebab.