Bab 25
Asfan menghentikan keretanya agak jauh dari rumah banglo lama peninggalan arwah bapanya.Dari jauh Asfan memandang keadaan rumah yang masih cantik.Sama seperti mula-mula mereka tinggal dahulu.Semua kenangan terimbas semula.Air mata jantannya menitis juga.Dahulu keluarga mereka cukup bahagia.Cukup serba serbi tapi Asfan tidak tahu mengapa ibunya sanggup curang pada bapanya dan tinggalkan mereka begitu sahaja.Apa dalam hati ibunya,tiada langsung sayang pada mereka.Asfan mengenggam tangannya menahan rasa sebal didada.Tiba-tiba Asfan lihat susuk tubuh yang amat dia rindu keluar dari pagar rumah membuat Asfan jadi gelabah.Wanita itu merenung kearah dia.Cepat-cepat Asfan menghidupkan enjin kereta semula dan beredar dari situ.Dia tidak mahu ibunya tahu dia datang kesitu.Dia belum bersedia untuk berhadapan dengan ibunya.Biarkan waktu yang menentukan segalanya. Sepanjang perjalanan pulang, Asfan asyik terfikir bagaimana dia mati sebelum sempat memohon ampun pada ibunya.Banyak dosa yang dia telah buat.Berzina,Mabuk dan yang paling besar adalah,dia derhaka kepada ibunya.Wanita yang melahirkan dia.
Tuk..Tukkkk!
Asfan tersentak bila cermin keretanya diketuk.Dia lihat Saiful Amri sedang berdiri didepan cermin.
"Kau kenapa ni Fan?" Tanya Saiful Amri bila melihat mata Asfan merah.Lelaki itu menyaup wajah sambil melihat dicermin.
"Isha call aku tadi minta carikan kau.Dia risau sebab dia call kau tak dapat-dapat"Bebel Saiful Amri.Tadi dia baru hendak lelap tapi bila Atrisha menelefon dia dengan suara seperti sedang risau,Saiful Amri terus jumpa Atrisha dihadapan rumah.Asfan dihadapan pintu masuk kondominium mereka rupanya.
"Aku tak nak dia tengok aku macam ni" Saiful Amri menggeleng.Apa kena agaknya dengan Asfan sejak akhir-akhir itu.
"Kau call dia dulu..Bagilah alasan apa pun.Then tidur jer rumah aku"Ajak Saiful Amri.Dia risau lihat Asfan yang tidak tentu hala begitu.
"Tak apa ke?"
"Isha tak kan marahlah.Kau jer yang kenal bini kau macam mana kan?" Lama Asfan berfikir baru dia berani hendak menghubungi Atrisha.Seketika kemudian talifon Saiful Amri pula berbunyi.Mesej dari Atrisha sampai.Saiful Amri menunjukkan pada Asfan mesej yang dihantar Atrisha pada dia.Wanita itu sudah lega bila Asfan sudah dapat dihubungi.
*********
"Nah..."Saiful Amri menyerahkan kemeja t dan kain pelikat kepada Asfan.
"Thanks..."Asfan masih termenung menunduk ke lantai.
"Kau kenapa sebenarnya Fan.Cuba cerita pada aku?" Soal Saiful Amri sebelum duduk dan menghulurkan pula cawan berisi air kosong.Asfan nampak serabut.
"Aku pun tak tahu kenapa dengan aku Am...Aku serabut" Luah Asfan.
"Kau solat?"Tanya Saiful Amri.Asfan Mengetap gigi.Lama sudah dia tidak sujud di tikar sejadah.
"Cuba kau mulakan dengan bersolat Fan.Maybe boleh tenangkan hati kau sikit.Aku pernah rasa apa kau rasa Fan.Jauh dari Dia sebab aku leka dengan rasa sedih hilang orang aku sayang dan cinta"Luah Saiful Amri.Dia mahu Asfan tahu yang Asfan tidak berseorangan. Dia sentiasa ada kerana dia mahu Asfan kuat demi Atrisha.Atrisha cintakan Asfan.Jika Asfan begitu,bagaimana untuk Asfan bahagiakan Atrisha.
"Mungkin..Aku dah jauh sangat dah Am...Aku lupa yang kita ni bukan kekal hidup" Suara Asfan sebak.Dia teringatkan apa yang dia buat selama ini.Hidup bergelumang dengan dosa dan noda.Bertapa dia khilaf. Dia gagal menjadi seorang suami yang baik.
"Syukurlah kalau kau sedar.Allah nak beri kita peluang bukan selalu Fan.." Saiful Amri berharap Asfan akan dengar nasihat dia.
"InshaAllah..Better late then never..Am.Ingat ya.If anything happen pada aku.Tolong jaga Isha.Aku tahu kau orang yang paling aku percaya" Asfan mengulangi pesan yang pernah dia titip buat Saiful sebelum ini.
"Jangan merepeklah.."
"Mana tahu esok lusa aku mati ke?" Saiful Amri ketawa.
"Dah banyak amal kau buat ke?" Asfan turut ketawa.
"Eh.Thanks bro..Kenapa lambat sangat aku jumpa kau ni ya?" Tanya Asfan tiba-tiba.
"Dah Allah atur macam tu.."Pendek jawapan Saiful Amri.
"Kan.."
"Dahlah.Kau pergi tidur kat bilik tamu.Najlaa tak ada.Kalau ada kecoh dia mengadu dengan Isha kau ada sini"Dua-dua lelaki itu ketawa serentak.Memang benar.Jika ada Najlaa pasti anak Saiful Amri itu tidak boleh simpan rahsia.Asfan merenung siling bilik sambil berbaring.Apa perlu dia buat.Asfan melihat sejadah dipenyidai.Lama merenung kemudian Asfan bangun kebilik air mengambil wuduk.Terlalu lama wajahnya tidak disirami air wuduk.Dahulu dengan arwah neneknya,satu waktupun Asfan tidak pernah tinggal.Arwah neneknya sangat tegas dalam mendidik mereka adik beradik tapi benarlah Iman itu tidak boleh diwarisi.
"Ya Allah,ampuni dosa hambaMu yang berdosa ini Ya Allah...Kau bukankanlah pintu hati ini untuk terus sujud padaMu"Lama Asfan bersujud diatas sejadah dengan linangan airmata yang tidak mampu ditahan-tahan.Terasa kerdil dirinya waktu.Asfan teringat Atrisha .Dia bukan suami yang baik.Dia tidak pernah membimbing Atrisha.Syukur Atrisha bukan sama jenis dengan dia.Sewaktu menyidai semula sejadah ketempatnya,Asfan perasan ada rak buku di tepi katil.Banyak betul rak buku dirumah Saiful Amri.Dibelek satu persatu buku diatas rak sehingga mata Asfan tertancap pada album lama.Tentu foto Saiful Amri sewaktu zaman belajar ataupun zaman sekolah. Asfan membuka satu persatu foto.Kebanyakkan foto gambar sewaktu Saiful Amri bersekolah.Ada beberapa keping gambar Saiful Amri dan arwah isterinya.Cantik,sama seperti Najlaa jika diteliti betul-betul.Patut Saiful Amri terpikat.
"Eh,bukan ni Isha?" Asfan berhenti pada beberapa keping gambar Saiful Amri dengan seorang gadis.Walaupun gambar lama tetapi dia kenal dengan isterinya.Asfan agak gambar diambil lebih kurang tiga belas atau empat belas tahun lepas tapi Asfan pasti matanya tidak salah.Hati Asfan berdebar.Dikeluarkan gambar itu dari plastik album.Dibahagian tertera nama Atrisha Najwa.Mana ada orang punya wajah dan nama yang sama.Asfan cuba berfikiran positif.Tapi apa hubungan Saiful Amri dengan Atrisha.Kenapa selama ini Saiful Amri tidak pernah cerita yang sahabatnya itu mengenali isteri dia.
"Am..Apa Isha yang kau maksudkan?"Asfan mengenggam gambar itu hingga ronyok.Dipicit hujung mata.Kepala Asfan rasa berat.Berat hendak memikirkan hal yang baru dia ketahui.Asfan tidak betah menunggu disitu lagi.Dia menukar pakaian dan terus pulang kerumah.Kemudian baru dia akan selesaikan perkara itu dengan Saiful Amri.Dia mahu tahu apa niat Saiful Amri mendekati mereka.Apa,Saiful Amri mahukan Atrisha semula.Ah,tak mungkin.Saiful Amri tak akan buat begitu.Dia percaya dengan lelaki itu.Cuma mengapa Saiful Amri berahsia.Asfan tidak puas hati.
**********
"Afan...bila you balik?"Soal Atrisha bila lihat Asfan sedang berbaring diatas sofa ruang tamu.
"Dah lama.I habis kerja terus balik..Awal you bangun?"Tanya Asfan sambil bangun dan duduk bersandar disofa.Dia tidak sedar bila dia terlelap.
"Terjaga..I risau.."Atrisha melabuhkan punggung disisi Asfan sebelum melentokkan kepala kebahu Asfan.Semalaman dia risaukan Asfan.Dia hanya lega bila lihat Asfan sudah ada didepan mata.
"I okay kan?Semalam i balik Klang" Ujar Asfan berterus terang.Atrisha mengangkat kepala memandang Asfan dengan wajah teruja.
"Jumpa Mama?"Asfan menggeleng.Atrisha mendengus.
"Kenapa?"
"I tak ready Sha..Nantilah..Sha.You makan ubat?" Atrisha diam.Dia selalu sahaja terlupa makan.Bagi Atrisha tidak penting kerana dia tahu dia tak akan ingat apa-apa lagi.
"You tak makan?"Ulang Asfan bimbang.Tidak tahu hendak bimbangkan ingatan Atrisha tidak akan pulih atau lebih bagus Atrisha tidak makan agar ingatan Atrisha tidak akan pulih.
"I malas nak makan lagi sebenarnya..I tak akan ingat lagi..I dah cukup bersyukur dengan apa yang i ada sekarang ni..Lagi-lagi ada you" Asfan rasa ingin menangis jika fikirkan yang Atrisha akan ingat semula. Doktor sudah maklumkan pada dia,Atrisha mengalami amnesia retrograde,yang disebabkan oleh gegaran otak akibat pengalaman yang berlaku pada Atrisha dahulu.Ingatan Atrisha boleh kembali pada bila-bila masa dan paling menyakitkan Atrisha boleh kehilangan memori yang dia ada sekarang.Bagaimana mana nanti dengan dia?.Asfan jadi takut untuk menghadapi hari itu nanti.
"Macam mana kalau you ingat balik ya Sha?Macam mana dengan i?"Soal Asfan spontan.Matanya masih merenung gambar pernikahan mereka diatas almari.
"Kenapa tiba-tiba you raise perkara ni lagi?Kan kita dah discuss"
"I takut hilang you Sha..."Rambut Atrisha diusap lembut sebelum dikucup.
"You tak akan hilang i..Hanya maut yang boleh pisahkan kita.I janji" Tangan Asfan digenggam erat.Atrisha tidak suka Asfan membuka cerita itu lagi.Dia sendiri tidak mahu ingat apa-apa pekara sebelum kemalangan yang hampir meragut nyawanya.Umi pun tidak mahu Atrisha ingat apa-apa.