Bab 24
“ You memang dah gila Afan” Marissa berdiri menghadap Asfan tetapi lelaki itu berpaling kearah lain. Asfan sudah habis kata-kata untuk buat Marissa faham.
“ I Dah tak nak tanggung dosa lagi Rissa. Cukup la bertahun-tahun apa kita buat” Asfan menekan suara.
“ You nak bertaubat? “ Marissa tersenyum menyindir. Orang seperti Asfan tahu ke apa itu Taubat.
“ You tu anak derhaka. Mak you pun, you tak pernah jenguk macam mana you yang nak bertaubat?” Asfan menghela nafas panjang. Dia cuba bersabar. Orang seperti Marissa jika dilayan makin menjadi.
“ Itu antara I dengan yang kat atas Rissa. You tak berhak nak jugde i. I memang nak you lupakan I. I dah tak boleh. I takut nanti Isha tahu” Marissa ketawa. Asfan takutkan Tuhan atau Atrisha?. Munafik.
“ Tak boleh ke you terima yang kita memang tak ada jodoh? I penat lah Rissa”
“ You mampu kan nak kahwin satu lagi. Halalkan lah” Asfan tersenyum sinis. Nak jadikan Marissa isteri? Memang dia tak mampu. Bukan tidak mampu zahir dan batin tapi dia tidak mampu untuk mendidik Marissa. Hidup dia sendiri terumbang ambing. Hendak tambah lagi tanggungjawab mendidik Marissa? Memang dia mengaku kalah.
“ Keputusan I muktamad. I tak nak ada apa-apa hubungan dengan you lagi”
“ Senangnya…”
“ Patut dari dulu lagi. Tapi I terlalu berlembut dengan you. Sekarang I rasa cukuplah” Asfan menepis tangan yang dipegang Marissa. Dia perlu cekalkan hati walau apa ugutan Marissa kali ini.
“ You tahu kan I tak boleh hidup tanpa you?”
“ Kalau I mati you pun nak mati?” Spontan pertanyaan Asfan membuatkan Marissa terdiam.
“ You ingat kita selamanya hidup ke Rissa. Buat Allah tarik nyawa kita masa kita buat maksiat macam mana?”
“ You ni merepek sangat dah ni. Mabuk ke?” Asfan menggeleng.Sudah tahu apa yang Marissa akan cakap.
“ I tak nak you cari I lagi faham?”
“ Are you serious Asfan Azriff? You bergurau jer kan?” Marissa menghampiri Asfan.Berdiri dihadapan lelaki itu sambil merenung kedalam mata Asfan minta kepastian. Dia pasti Asfan bergurau. Mana mungkin lelaki itu melepaskan dia. Mereka sudah bertahun-tahun bersama. Itu pasti angkara Atrisha Najwa. Perempuan perampas.
“ Ni mesti perempuan perampas tu yang hasut you kan supaya tinggalkan I?” asfan ketawa kecil.
“ Atrisha tak ada kena mengena dalam hal kita berdua. Dia tak tahu pun selama ni you jadi perempuan simpanan I” Marissa mengetap bibir geram. Tidak suka dengan panggilan perempuan simpanan sedangkan dia yang pertama dihati Asfan sebelum Atrisha.
“ You tak boleh tinggalkan I faham!” Tempik Marissa sambil menutup telinga.Tidak mahu lagi dengar apa-apa dari mulut Asfan.
“Its up to you. I dah malas nak bertekak dengan you”
“ You ingat I akan lepaskan you macam tu saja? You silap. You sayang dan cintakan Atrisha kan?” Marissa tersenyum sinis.Senyuman yang Asfan tidak pernah suka kerana tentu Marissa sedang cuba memikirkan sesuatu yang tidak elok.
“ You jangan berani-berani nak ugut I Marissa. You kenal I siapa kan?” Asfan mengetap bibir menahan geram.Tidak suka dengan ugutan Marissa.
“ And you kenal I siapa kan?” Asfan menepis tangan Marissa yang memegang dagunya.
“ You better watch out!” Marissa ketawa melihat wajah merah padam Asfan. Asfan menendang kerusi sebelum beredar. Lagi lama dia disitu, lagi gila dia dibuatnya.Marissa tidak boleh diberi muka.Dah gila agaknya perempuan itu.
*******
Asfan menanti Saiful Amri di Cafe berhampiran pejabat sahabatnya itu. Dia perlu seseorang untuk berbicara. Fikiran Asfan serabut.
“ Assalamualaikum. Serabut nampak Bro. Kau dah kenapa?” Terkejut Asfan bila Saiful Amri tiba-tiba menepuk bahunya dari belakang.
“ Waalaikumusalam. Macam malaikat maut kau ni Am. Terkejut aku” Saiful Amri ketawa sambil duduk dikerusi menghadap Asfan.
“ Haha. Kau dah kenapa?” Ulang Saiful Amri.
“ Aku jumpa Marissa tadi” Saiful Amri mengangkat kening. Ingin tahu cerita seterusnya.Nampak sangat Asfan sedang kusut.
“ Perempuan gila” Saiful Amri ketawa lagi. Marah betul nampaknya Asfan.
“ Marah betul kau dengan dia. Dia buat apa pada kau?” Tekun Saiful Amri menati cerita seterusnya dari Asfan.
“ Dia ugut aku. Dia kata, dia tak akan lepaskan aku macam tu sahaja. And yang buat aku bengang dia petik nama Atrisha” Jelas Asfan panjang lebar. Nampak ada riak bimbang di wajah Asfan.Saiful Amri juga jadi bimbang,Walaupun dia tidak kenal Marissa secara dekat.Tapi dia pasti wanita itu berbahaya.
“ Dia cakap saja kot” Saiful cuba menyedapkan hati walaupun dia sendiri mula gusar jika ada pekara yang melibatkan Atrisha.
“ Aku kenal dia Am. Kalau dia kata dia buat. Dia akan buat. Nyawa sendiri pun dia tak sayang, apatah lagi nyawa orang lain.” Saiful Amri mendengus. Berat juga masalah Asfan.
“ Kau kena lebih hati-hati lepas ni. Jaga Atrisha. Kalau boleh elak lah dia dari keluar seorang diri” Saiful Amri rasa itu nasihat terbaik yang dia boleh fikir saat itu.
“ Aku risau dia apa-apa kan Isha. Rasanya dia tak akan apa-apakan aku sebab dia gilakan aku Am. Tapi Isha” Asfan tunduk merenung meja sambil meletup-letupkan jari. Dia benar-benar bimbang.
“ Kau jangan bimbang. InshaAllah tak ada apa yang buruk”
“ Lagi satu aku ingat nak jumpa mak aku.” Saiful Amri merenung wajah Asfan. Asfan pernah becerita pada dia tentang ibunya.
“ Tiba-tiba?”
“ Tak tahu. Teringat pada dia pulak. Tadi pun Marissa cakap aku ni anak derhaka. Layak ke aku ni dapat keampunan kalau aku bertaubat sekalipun?” Suara Asfan mendatar. Sesekali dia memandang sekeliling supaya Saiful Amri tidak nampak bahawa dia sedang menahan perasaan.
“ Mak kau kat mana?” Tanya Saiful Amri spontan.
“ Klang.Rumah arwah ayah aku. Adik aku cakap lah. Dia duduk sana sebab dah becerai dengan bapa tiri aku”Jelas Asfan.Itu sahaja yang dia tahu.Itupun Fateha dn Fariza yang beritahu.
“Kau nak kesana?” Saiful Amri bertanya lagi. Dia tidak kisah menemani Asfan bertemu dengan ibu temannya itu.
“ Nantilah. Aku tak ready lagi”
“ Jumpa mak sendiri pun nak kena ready? Maafkan jer la dia Fan. Tiap orang ada melakukan kesilapan. Kita ni bukan malaikat. Seburuk mana pun mak kita, dia tetap ibu yang melahirkan kita. Susah payah dia mengandungkan kita, bertarung nyawa melahirkan kita…Mungkin kau tak rasa sebab kau tak tengok lagi macam mana pengorbanan seorang ibu tu...” Saiful Amri berhenti seketika,menarik nafas panjang teringatkan arwah Juliana.
“ Arwah isteri aku meninggal masa nak lahirkan Najlaa. Struggle bro” Saiful Amri mula becerita.Teringat bagaimana sakitnya Juliana waktu itu.
“ Sorry. I feel sorry for you bro” Saiful Amri meyaup wajah. Kisah lama usah dikenang. Jika dikenang merana diri. Al-Fatihah buat arwah Juliana.
“ Tak apa. Aku dah lama terima. Yang penting sekarang kau jaga Isha Fan. Make sure dia selamat”
“ Don’t worry. Aku sentiasa jaga dia melebihi nyawa aku sendiri” Kedua lelaki itu senyap seketika. Masing-masing mengelamun. Memikirkan orang yang sama. Saiful Amri mahupun Asfan keduanya bimbangkan Atrisha. Mereka tidak mahu pekara buruk berlaku pada Atrisha.
Petang itu Saiful Amri sampai dahulu dirumah kerana Asfan ada pekara yang perlu diselesaikan di pejabat sebelum pulang. Sewaktu dia sampai Atrisha sedang mengemas halaman rumah.
“ Awal balik Am. Biasa matahari dah tenggelam baru nampak kelibat” Tegur Atrisha ramah. Saiful Amri berhenti dihadapan pagar rumah Atrisha dan Asfan.
“ Tak sibuk. Lagipun nak ambil Najlaa kejap lagi”
“ Itu la. Kita offer nak jaga jual mahal. FOC lagi” Saiful Amri tersenyum. Suka benar Atrisha pada Najlaa.
“ Tak nak susahkan Isha. Lagipun next week kami dah ada pembantu rumah” Atrisha sedikit terkejut.
“ Eh, tak apa ke? Risaulah tinggalkan Najlaa dengan stranger” Atrusha meluahkan rasa gusarnya.Baru semalam dia tengok diberita pengasuh mendera anak asuhan.Takut Atrisha.
“ Dulu masa di London pun Najlaa maid yang jaga tapi saya hired yang harian punya. Malam saya jaga sendiri” Atrisha membuat memek muka kagum. Ada lagi ke lelaki macam Saiful Amri. Kalau ibu tunggal membesarkan anak sendiri percayalah Atrisha.
“ Wah. Beruntunglah Adriana”
“ I used to be” Saiful Amri dan Atrisha sama-sama ketawa.
“ Am masuk dulu lah Sha. Nak solat Asar dulu. Tinggal setengah jam lagi. Takut tak sempat” Atrisha mengangguk dengan senyuman. Dia memandang Saiful Amri melangkah hingga bayang lelaki itu hilang kedalam rumah. Kalau dia ada adik perempuan sudah pasti dia akan jodohkan dengan Saiful Amri. Mana nak cari lelaki seperti Saiful Amri lagi.
Saiful Amri tersenyum bila dia menutup pintu. Dia tahu Atrisha memandang dia tadi.
“ Ya Allah. Kau tabahkan hatiku. Moga aku kuat untuk terus berhadapan dengan Atrisha Najwa. Biarlah dia tidak ingat pada aku sekalipun asal dia bahagia” Doa Saiful Amri dalam hati.