Bab 23
Saiful Amri melabuhkan punggung di atas tembok pantai.Gitar yang dijinjing mula dipetik mengikut rentak jari.Saiful Amri rasa tenang disitu.Jika di Villa matanya sakit melihat kemesraan Asfan dan Atrisha.
“Isha,Isha..kenapa susah sangat abang nak lupakan Isha..”Saiful Amri akui walaupun dia sudah bertunang dengan Adriana namun hatinya tetap pada Atrisha.Bukan dia tidak pernah cuba melupakan Atrisha dan menerima Adriana.Namun,soal hati memang suka ditafsir.
“Assalamualaikum” Saiful Amri terkejut apabila Atrisha tiba-tiba berada dihadapannya.Lambat-lambat Saiful Amri menjawab.Saiful Amri tidak bermimpi.
“Waalaikumusalam”
“Kenapa pandang saya macam tu”Atrisha memandang dirinya atas bawah bimbang ada yang tak kena pada dia.
“Nothing,takut yang depan saya ni bukan Atrisha Najwa”
“habis?”Sengaja Atrisha mahu mengusik Saiful Amri.
“Ingat penunggu pantai tadi..hahaha”Saiful Amri mengaduh apabila Atrisha tiba-tiba mencubit bahunya.Atrisha tidak pernah berubah.Wanita itu memang suka mencubit
“Rasakan..Saya cantik macam ni awak boleh kata penunggu pantai” Tanpa dipelawa Atrisha melabuhkan punggung disebelah Saiful Amri.
“Kalau Penunggu pantai kat Indonesia kan memang cantik.Tak pernah dengar?” Atrisha mengangkat kening sebelum mengangguk.Dia pernah dengar tentang kecantikkan Puteri Gundrowo yang merupakan penunggu pantai Sulawesi.Kata orang disana,Puteri Gundrowo itu sangat cantik hingga ramai lelaki tergoda.
“Erm,Afan tahu tak awak keluar ni?”Soal Saiful Amri.Gusar jika mereka dilihat berdua begitu.Nanti apa pula kata Asfan.
“Afan tidur dah.Saja ambil angin kat tepi pantai ni.Tak sangka pula awak pun ada kat sini”
“Oh,okay.Jom la kita ke sana,terang sikit.Tak manis orang tengok kita berduan..Awak isteri orang,saya tunang orang” Ujar Saiful Amri sambil tersenyum.Atrisha menurut langkah saiful Amri dari belakang.Dalam hati Atrisha kagum dengan sikap Saiful Amri.Begitu lelaki itu menghormati seorang wanita.
“Am,Riana mana?”Saiful Amri memperlahankan langkah agar langkah mereka selari.Di toleh kearah Atrisha yang kini berjalan seiring dengan dia.
“Samalah dengan Afan,lepas dinner tadi terus tidur.Penat agaknya ikut surfing siang tadi” Jelas Saiful Amri ringkas.
“Hebat juga awak surfing kan Am?Riana asyik puji jer tunang dia yang handsome ni”
“Handsome?”
“Kalau tak handsome,tak adalah anak orang putih sangkut”Kata-kata Atrisha membuat Saiful Amri ketawa.
“Gelak pula dia”
“Kelakar pula dengar Isha cakap macam tu”
“Tak percaya tak apa.Tu yang bawa gitar kehulur kehilir,pandai main ke?”
“Tengok orang la.Gitar ni,dah macam isteri saya tahu,Lama simpan tak kan tengok jer,mesti lah saya pandai main.Gitar ni dah bersama-sama saya since saya sekolah lagi” Atrisha melarikan lirikan mata apabila bertentang mata dengan Saiful Amri.Tadi keadaan gelap,berani la dia memandang Saiful Amri.Kini,suasana terang,dia boleh dapat melihat dengan jelas wajah kacak lelaki dihadapan dia itu.Jika tidak kenal,pasti dia tidak menyangka lelaki itu,duda beranak satu.
“Kalau macam tu,boleh tak nyanyikan saya satu lagu?” Pinta Atrisha.
“Boleh saja.Betul nak dengar ni?”Atrisha mengangguk.Saiful Amri membetulkan posisi dan mula memetik gitar,memainkan lagu Obses dari kumpulan Akim and the magistrate.Kusyuk Atrisha mendengar nyanyian Saiful Amri hingga habis.Memang sedap suara Saiful Amri.Kalau menyanyi sedap,baca quran tentu sedap juga.Agak atrisha dalam hati.
“What a wonderful song plus suara yang lunak”Puji Atrisha ikhlas.
“Sedih lirik lagu tu.Lagu siapa?”Tambah Atrisha.Sungguh mendalam lirik lagu itu.Sepertinya ada kaitan dengan diri Saiful Amri.
“Tajuk lagu Obsess,penyanyi dia Akim..Kalau Isha kenal,Akim budak AF.Sekarang dia dah jadi band boy.Band Akim and the Magistrate.Saiful Amri tersenyum kelat.Kalau la Atrisha tahu bertapa dia obsess pada Atrisha.Sakit, pedih, semua jadi satu. Tapi apakan daya. Atrisha milik Asfan. Dia hanya Cuma mampu bermimpi.
“Wow,you are so unpredictable.You can surfing, charming, have knowledge pasal muzik Malaysia juga.Ingatkan Engineer macam awak ni hanya tahu mengadap computer and kertas pelan”
“Tinggi sangat pujian Puan Atrisha tu. Ramai lagi yang hebat. Afan tu apa kurangnya. Super duper Charming”
“Afan lain..Dia special dihati saya. Tak boleh banding dengan lelaki lain.Apa-apa pun,awak tak akan boleh tanding kehandsoman suami saya tu tahu” Ujar Atrisha seraya ketawa.
“Iya.Asfan Azriff tu paling charming dalam dunia” Sambung Saiful Amri sebelum sama-sama ketawa. Dalam hati Allah sahaja yang tahu bagaimana cemburunya dia.Begitu Atrisha cintakan Asfan.
************
Adriana terjaga dari tidur kerana tekaknya terasa dahaga. Dia bangun ke meja solek untuk mengambil botol air tetapi malangnya,air di dalam botol telah habis.Mahu tidak mahu,terpaksa juga Adriana turun ke tingkat bawah.Suasana sunyi sepi.Mungkin semua orang sudah tidur.Sewaktu melalui bilik Saiful Amri,Adriana terdetik untuk menjenguk tunangnya. Mana tahu Saiful Amri masih belum tidur. Rindu pula hendak menatap wajah kacak tunangnya itu.Perlahan-lahan Adriana memutar tombol pintu.
“Mana Am ni”Soal Adriana didalam hati apabila melihat Saiful Amri tiada dibilik. Pintu bilik Saiful Amri kembali dirapatkan. Tadi sewaktu dia masuk kebilik,lelaki itu juga masuk kebilik. Saiful Amri beritahu yang dia mahu tidur. Kemana agaknya tunang dia pergi malam-malam begitu. Saiful Amri bukan biasa disitu.
“Keluar agaknya ambil angin. Gitar pun tak ada” Getus hati kecil Adriana. Baru hendak melangkah ke dapur, Adriana terdengar pintu hadapan terkuak. Muncul dua orang yang sangat dia kenali.Mesra sungguh Atrisha dan Saiful Amri. Dari mana agaknya kedua mereka tengah malam begitu. Tidak pula dia lihat kelibat Asfan bersama-sama mereka.
“Eh,Riana.Tak tidur lagi?”Tegur Atrisha yang perasan kehadiran Adriana disitu. Saiful Amri hanya bersahaja seolah-olah tiada apa berlaku.
“Thirsty tiba-tiba.You all dari mana?” Kelihatan ada riak kurang senang di wajah Adriana.
“Tadi saya ambil angin,terserempak dengan Amri kat pantai.Tu jalan balik sekali. Isha masuk bilik dulu la ya.Good night. Assalamualaikum” Saiful Amri dan Adriana menjawab serentak salam Atrisha.Atrisha tahu ada riak cemburu di wajah Adriana.Baik dia pohon diri.Tidak mahu nanti menambah keruh.Pelik Atrisha,Saiful Amri hanya mendiamkan diri.Tidak ada reaksi dibalik cemburu Adriana.
“Tudung awak mana?” Soal Saiful Amri lembut.Cantik Adriana,itu dia tidak boleh bohong.Dengan wajah putih mulus,rambut hitam halus separas bahu.Tetapi kecantikan Adriana tidak setara Atrisha
“Tak ada orang tadi” Jawab Adriana acuh tak acuh. Sepatutnya Saiful Amri minta lah maaf kerana keluar berdua dengan Atrisha berdua tanpa memberitahu dia.
“Saya ni bukan orang?”
“Am,kan dalam rumah ni”Bentak Adriana.
“Tak apa lah kalau awak cakap macam tu”Saiful Amri melangkah sebaik menghabiskan kata-katanya.
“Am,awak pergi mana tadi dengan Isha?” Langkah Saiful Amri terbantut.Dia memaling semula ke arah Adriana sambil tersenyum. Adriana cemburu ke?.
“Awak jealous ke?”Soalan apa yang Saiful Amri Tanya .Adriana mendengus. Pastilah dia cemburu. Dia tunang Saiful Amri. Atrisha itu sudah lah cantik.
“Orang gila saja yang tak tahu cemburu”
“Mana awak tahu orang gila tak tahu cemburu?”
“Ya lah.Orang gila mana ada perasaan”
“Ia,ia saja cakap orang gila tak ada perasaan” Saiful Amri terus-terus mengusik Adriana. Dia tidak suka Adriana fikir bukan-bukan.
“Saiful Amri,saya serius ni. Main-main pula dia”
“Saya tahu saya ni handsome. Jangan risau. Saya tak menggatal pun dengan sesiapa”Saiful Amri mencuit hidung mancung Adriana sebelum berlalu kedalam bilik.Adriana memegang hidungnya yang dicuit Saiful Amri seketika sebelum tersenyum. Pandai Saiful Amri memujuk.
Di dalam bilik,Saiful Amri terus menghenyak tubuh ke katil.Matanya tertancap di siling bilik.Teringat senyuman Atrisha.Wanita itu memang cantik. Rambut ikal hingga ke punggung,kulit putih mulus,bibir mugil,hidung mancung,susuk tubuh yang pasti buat lelaki toleh banyak lagi.Masih melekat haruman yang dipakai Atrisha di rongga hidungnya.Lihat sahaja bagaimana Atrisha manja ketika bersama Asfan.
“Ya Allah.Jauh betul aku fikir”Saiful Amri menyaup wajah.Jauh betul dia berkhayal tentang Atrisha.Rasa berdosa pula dia berkhayalkan isteri orang.
“Kenapalah susah sangat abang nak terima kenyataan yang Isha milik orang..Milik Asfan.Kalau Isha tahu macam mana perasaan abang,macam mana hati abang ni..”Ucap saiful Amri separuh berbisik.Dia mecapai talifon bimbit dan dibuka gambar arwah Juliana.Mungkin apabila melihat wajah arwah,hati dia akan tenang sdikit.Jika arwah masih ada,apakah dia akan masih terus mengejar cinta Atrisha?.Adriana? Saiful Amri kurang pasti tentang perasaan dia pada Adriana.Wanita itu tiba-tiba muncul dalam hidup dia sebaik dia pulang ke Malaysia.Kedua orang tua Adriana beria-ia mahu jadikan dia menantu.Kata mereka,dia merupakan jodoh terbaik untuk Adriana. Adriana pula pandai mengambil hati orang tua dia.Mungkin nanti bila kahwin dengan Adriana dia boleh lupakan Atrisha. Harap-harap begitulah.
*******
“Semalam Isha kata masa jalan kat tepi pantai teserempak dengan kau?” Saiful Amri mengangkat kening.Asfan marah ke?
“Hei bro.Dont be too serious.Jangan ingat aku marah pula.Dengan orang lain mungkin.Tapi dengan kau, aku percaya.Lagipun Atrisha kata kau macam sedih jer.Kenapa?”Saiful Amri menarik nafas lega mendengar penjelasan Asfan.Takut juga dia jika Asfan fikir bukan-bukan.
“Tak ada apa.Semalam macam teringat-ingat kisah lama pula”
“Kenapa?”Soal Asfan,berminat untuk mengorek rahsia Saiful Amri.Selalunya,Saiful Amri yang rajin mengorek rahsia dia.
“Complicated lah Asfan kalau nak cerita”
“Apa lah yang complicated sangat tu.Lagi complicated dari cerita Aku dengan Marissa ke?”Saiful Amri menggaru kepala.Pengsan agaknya Asfan kalau dia beritahu yang Atrisha itu bekas kekasih dia.
“Lebih kurang lah”
“Am,kau cintakan orang lain ya?”Saiful Amri berhenti menggelap papan luncur miliknya.Dia kemudian bangun dan melabuhkan punggung di sebelah Asfan.
“Ya.Aku cintakan orang lain.Tapi bekas kekasih aku tu dah jadi isteri orang.Aku baru jer jumpa dengan dia” Jelas Saiful Amri sambil menghela nafas berat.
“Wow,lagi complicated .So,macam mana?”
“Macam mana apa bro. Bini orang tu. Melepaslah. Tapi memang susah nak lupa.First love.Fate” Asfan menepuk bahu Saiful Amri.Dia mengerti perasaan Saiful Amri ketika itu.
“Am,aku nak cakap sesuatu ni. Jangan fikir aku gila pula”
“Serius sangat bunyi tu fan.Kenapa?”
“Am,kau satu-satunya orang yang aku percaya.Kalau sesuatu terjadi pada aku Am.Tolong.Tolong jaga Atrisha untuk aku. Kau tahu kan bertapa aku cintakan dia” Saiful Amri menelan air liur. Apa mimpi Asfan kata begitu. buang tabiat agaknya.
“Memang gila. Mengarut lah Asfan”
“Aku serius lah. Kau kena janji dengan aku” Lambat-lambat Saiful Amri mengangguk.Tidak sedap hati dengan permintaan Asfan.
“Aku dah anggap kau dengan Atrisha tu macam adik aku.Apa-apa jadi aku mesti jaga kau atau Atrisha” Memang Saiful Amri jujur tentang itu. Jika tidak disuruh pun Saiful Amri akan buat.
“Aku takut kalau apa-apa jadi pada Aku danTak ada sesiapa nak jaga Atrisha.Dia tu dah lah manja.Dia perlukan seseorang macam kau untuk jaga dia”
“Sudah lah tu Fan.Kita datang sini nak have fun.Bukan nak emo-emo macam ni” Takut pula Saiful Amri. Dia tidak mahu pekara buruk terjadi pada Asfan.
“ingat mati tu sunat kan.Haha..Dah lah.Jom.Nanti lagi ramai nanti” Saiful Amri menggeleng sebelum menurut langkah Asfan dari belakang sambil membawa papan luncurnya. Hari itu lebih ramai dari semalam.Keadaan ombak juga cantik untuk mereka meluncur.
“Tu dia orang” Atrisha menarik tangan Adriana ke arah Saiful Amri dan Asfan yang sedang bersedia untuk meluncur. Jika bukan kerana Saiful Amri,tidak mahu Adriana berpanas di pantai begitu.
“Sayang” Atrisha meluru kearah Asfan dan memeluk erat suaminya.
“Macam setahun tak jumpa” Sindir Saiful Amri sambil ketawa.Tawa yang dibuat-buat agar tidak terlihat perasaannya diketika itu.
“Dengki lah tu. Kahwin cepat-cepat.Nanti boleh suruh Adriana peluk hari-hari” Kata-kata Atrisha membuatkan mereka semua ketawa. Asfan mengucup ubun-ubun Atrisha sesekali. Romantik sungguh pasangan itu. Cemburu Adriana lihat.
“Jauh sangat tu Riana.Takut panas ke?” Panggil Saiful Amri.Dari semalam,Adriana asyik cari tempat berteduh.Takut hitam agaknya.
“Dah sapu sunblock.Don’t worry Riana” Sampuk Asfan. Nasib Atrisha tidak kisah berpanas. Lagipun Asfan suka kalau kulit Atrisha tan.
“Bukan,bukan.Saya okay jer” Adriana berjalan menghampiri Saiful Amri yang masih tidak lepa memandang dia.
“Jangan risau. Saya suka perempuan kulit tan”Saiful Amri membuka topinya dan dipakaikan ke kepala Adriana.
“So,sweet” Usik Atrisha. Adriana tersenyum malu. Tidak sangka Saiful Amri akan melayan dia begitu. Selalunya,Saiful Amri tidak mempedulikan dia. Lelaki itu bukan jenis romantik seperti Asfan.
“Fan,tu diorang dah panggil.Jom” Ajak Saiful Amri apabila beberapa orang peluncur dari Malaysia yang baru mereka temui semalam memanggil.
“Jom la.Riana,nak ikut tak? Saya follow diorang sebab dh biasa ikut Afan surf” Pelawa Atrisha.Dia sudah biasa ikut Asfan meluncur.
“Boleh juga,Am boleh ajarkan saya surf?”Pinta Adriana.
“Boleh sayang. Jom.Tapi nanti jangan complain hitam lah,apa lah tau”
“Ia,saya janji” Seronok Adriana dapat bersama-sama Saiful Amri. Bukan senang dia hendak berdamping dengan lelaki itu sebab Saiful Amri sering menggelak. Seronok jika dapat selalu begitu.