Chapter 22: Saiful Amri vs Cikgu Adriana

989 Words
Bab 22 Hari itu Asfan dan Atrisha makan malam dirumah Saiful Amri atas pelawaan Datin Hajah Halimah.Hampir 9 malam baru Asfan dan Atrisha meminta diri untuk memberi ruang keluarga itu berehat.Seharian saiful Amri melayan cerita Asfan.Saiful Amri menghantar Asfan dan Atrisha hingga kedepan pintu rumah sebelum masuk kembali.Terkejut Saiful Amri bila tiba-tiba Adriana muncul dari belakang. "Terkejut saya..Ibu mana?"Soal Saiful Amri sambil menjengah kedapur. "Aunty dah naik.Am,boleh kita berbual...dekat luar" Pinta Adriana.Kali ini dia perlu berterus terang dengan Saiful Amri.Biarlah lelaki itu hendak kata dia seperti perigi cari timba,Riana tidak peduli.Asalkan dia tidak terlepas Saiful Amri setelah sekian lama menunggu. "Errr..Baiklah.Kita jalan ke taman depan swimming pool"Saiful Amri memberi laluan kepada Adriana sebelum menutup pintu semula.Mereka berjalan beriringan ke arah taman yang terletak berhampiran blok kondominiumnya. "Am,aunty ada cakap apa-apa?" Soal Adriana setelah agak lama membisu.Saiful Amri menjeling Adriana sekilas.Dia tahu apa yang Adriana maksudkan.Ibu ada usulkan cadangan meminang Adriana untuk dia kelmarin.Tapi Saiful Amri masih lagi belum memberi cadangan. "Awak ni tak kisah ke nak jadi mak tiri Riana?"Pertanyaan Saiful Amri dijawab dengan senyuman panjang.Jika tidak bersedia,Adriana tidak buka mulut. "Saya tak kisah.Lagipun Najlaa tu bukan baby lagi" "Iya,tapi saya anggap dia tetap macam baby selamanya.Najlaa tu my everything" Adriana tersentak.Dia tersilap kata ke?. "Maaf..Saya tak kisah pun Am kalau awak nak manjakan Najlaa sampai bila-bila pun.Saya cuma minta secebis hati awak untuk saya" Ujar Adriana berterus terang.Saiful Amri mengangkat kening.Beraninya Adriana kata begitu pada dia. "Awak tahu dalam hati saya ada satu nama yang tak akan saya lupa sampai bila-bila?" Adriana diam.Menanti kata-kata seterusnya dari Saiful Amri.Lelaki itu melepaskan nafas berat. "Saya masih cintakan bekas kekasih saya.Susah awak nak ganti tempat dia" "Tapi dia kan dah tak ada?"Soal Adriana inginkan penjelasan.Apa istimewa sangat wanita itu sampai Saiful Amri langsung tak buka hati untuk wanita lain.Lapan tahun Saiful Amri menduda.Bukan satu waktu yang singkat. "Tak ada tak semestinya saya kena padamkan bayangan dia dari mata saya"Kali ini Adriana pula yang melepaskan nafas panjang. "Apa kata saya ajarkan awak macam mana nak belajar buka hati awak untuk saya?"Saiful Amri ketawa kecil. "Awak ingat saya anak murid awak?Saya tahu lah awak cikgu" Adriana tersenyum.Kacaknya Saiful Amri bila tersenyum.Gugur jantung. "Dah susah sangat awak nak terima saya.." "Saya takut awak menyesal nanti.." Saiful Amri menyakinkan Adriana.Dia tidak mahu mempermainkan perasaan Adriana. Baik dia berterus terang dari awal. "Tak apa.Kita cuba..saya yakin satu hari nanti awak akan jatuh cinta pada saya"Adriana mencuit hidung mancung Saiful Amri sekali. "Dahlah.Kita masuk dulu.Nanti saya fikirkan masak-masak.Tapi saya tak janji" Adriana tersenyum.Kata-kata Saiful Amri memberi sedikit harapan pada dia. ************** Hampir sebulan juga Saiful Amri berfikir dalam-dalam untuk menerima cadangan Datin Hajah Halimah untuk melamar Cikgu adriana. Walaupun hatinya berat tetapi Saiful Amri tidak sampai hati hendak menolak permintaan ibunya.Mungkin ibu bimbang keadaan dirinya setelah Atrisha Najwa muncul kembali.Memang hidup nampak tenang tapi kucar kacir didalam.Dia masih belajar menerima kenyataan yang Atrisha milik Asfan.Bukan dia.Atrisha bukan jodoh dia.Mungkin menerima Adriana dalam hidupnya dapat mengalihkan perhatian dari memikirkan tentang Atrisha.Saiful juga ada berfikir hendak pindah sahaja dari situ kerana selagi Atrisha berada dihadapan mata dia,selagi itu hati Saiful Amri bergelora.Semua jadi berantakan tapi dia tidak sanggup pula hendak berjauhan dengan wajah itu.Saiful Amri buntu. "Oi,Menung?Dah bertunang pun menung!"Bentak Zackry.Sahabat Saiful Amri. "Huh.Kau memang suka kejutkan aku kan?" Zackry menarik kerusi dan duduk menghadap Saiful Amri.Masalah apa pula kali ini,Zackry ingin tahu. "Kau teringatkan Atrisha?" Duga Zackry.Saiful Amri jika termenung,itu sahajalah masalahnya. Saiful Amri diam.Itu bermakna tekaannya tepat. "Dia bini orang kot Am.Dah-dah lah.Adriana tu dah ada" Saiful Amri mengusap-gusap sebelah wajahnyan dengan tapak tangan.Zackry tak mungkin faham apa sedang membelenggu dirinya. "Aku tak boleh nak lupakan dia Zack..Kau tahu,dia dah macam saka aku faham?Mana-mana aku pergi dia ada jer" Ujar Saiful Amri berterus terang. "Habis Adriana..?" "Dia nak sangat bertunang..Aku dah cakap banyak kali.aku tak boleh.." Saiful Amri melempar pandangan keluar cermin bangunan mereka yang menghadap KLCC. "Mana boleh macam tu..Kalau dah kahwin macam mana?" "Entah..Aku tak terfikir.." Dahi Zackry berkerut.Senangnya Saiful Amri bercakap. "Kau pindah jer lah.Jual rumah tu.Lagi kau pandang dia hari-hari,lagi kau tak boleh lupakan dia.It cadangan  akulah" Zackry kenal sangat perangai Saiful Amri.Lelaki itu bukan mahu dengar kata orang.Degil. "Pindah?Tak payahlah.Kalau aku pindah sampai kebulan pun.Bayang Isha tak akan hilang" Zackry tersentak sebelum ketawa. "Amboi mamat ni.sampai ke bulan ya tak..Ikut kaulah kawan.The choice is yours" Malas Zackry hendak nasihatkan Saiful Amri.Dia tahu nasihat bagaimana pun,bagai mencurah air didaun keladi.Buang masa. "Kau datang bilik aku ni nak buat apa?"Biasa Zackry jarang hendak lepak dibilik dia tanpa sebab.Paling tidak,Zackry interkom sahaja dari biliknya. "Pandai...Aku nak ambil balik dokumen yang kau pinjam hari itu dari aku.Aku nak pakai" Jelas Zackry.Dia hampir sahaja lupa tujuan asal dia ke bilik Saiful Amri. "Oh,kejap..Tapi ada yang aku dah highlight.Kau minta Nurin tukarlah.." Zackry hanya mengangguk tanda faham sambil membelek dokumen yang baru dihulur Saiful Amri. "Nanti petang jumpa kat gym" "Ermm..Ialah..Pukul enam sharp.Jangan lambat" Zackry mengangguk sebelum meminta diri.Baru Saiful Amri hendak menyambung kerja,talifonnya berbunyi.Asfan. "Hello bro..." "Assalamualaikum"Asfan ketawa sebelum menjawab.Lupa pula dia Saiful Amri bagaimana. "Waalaikumusalam..Busy ke?"  "Tak lah sangat.Kenapa kau call aku ni.Macam urgent jer" Pelik Saiful Amri.Jarang Asfan menghubungi dia waktu-waktu begitu. "Tak lah urgent.Ada program hujung minggu ni?" Soal Asfan. "Tak..Kenapa?Ada plan ke?"  "Kita pergi cherating nak?surfing"Ajak Asfan.Lama sudah dia merancang untuk mengajak Saiful Amri meluncur tetapi kerana kekangan waktu,dia terpaksa menunda hasratnya itu. "Ermm..Boleh juga.Nanti aku comfirmkan balik" "Bawa Adriana sekali.Ada Isha kawan" Cadang Asfan lagi.Sejak bertunang,Asfan jarang dapat lepak dengan Saiful Amri kerana Saiful Amri banyak menghabiskan waktu dengan Adriana. "InshaAllah.Itu tak janji.Orang bertunang darah manis.Bahaya angkut anak dara orang.Haha" Asfan turut ketawa mendengar gurauan Saiful Amri itu.Boleh tahan juga gurauan saiful Amri. "Okay..Okay..Faham...Nanti comfirmkan tau before Rabu.Aku tunggu.Chow dulu,Ada kerja" Ujar Asfan sebelum mematikan talian.Saiful Amri meletakkan semula talifon dimeja.Mahu atau tidak ikut serta percutian Asfan itu.Jika menolak apa pula kata Asfan.Jika pergi tanpa Adriana,Kasihan pula dengan Atrisha nanti.Tentu bosan.Mahu tidak agaknya Adriana ikut kerana bimbang Adriana tidak biasa dengan Aktiviti begitu.Tak mengapalah.Dia cuba sahaja.Mungkin Adriana mahu jika dia yang mengajak.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD