Chapter 21

2259 Words
Bab 21 Keesokan paginya.Atrisha sudah awal-awal pagi menyiapkan sarapan.Dia sudah menyediakan nasi lemak.Kebetulan,barang-barang untuk membuat nasi lemak tersediakan didalam peti sejuk.Atrisha mahu hantar sedikit untuk dirasa keluarga Saiful Amri. “Sayang”Perlahan Atrisha mengejutkan Asfan yang masih terlena diatas sofa.Tidak sakit agaknya badan Asfan.Badan Atrisha sengal-sengal kerana berhimpit dengan Asfan disofa sempit itu. “Afan,dah pukul Sembilan dah ni.Bangunlah sayang” Tubuh Asfan digoncang perlahan.Lena sungguh Asfan tidur.Letih agaknya. “Ting Tong..!” “Siapa pula datang pagi-pagi ni” Atrisha berlari-lari anak menuju ke pintu.Mungkin penghantar surat khabar. “Assalamualaikum” Terkejut Atrisha melihat sesusuk tubuh dihadapan dia itu.Kacak. “Waalaikumusalam,cari Asfan?” Saiful Amri mengangguk. “Malam tadi Afan call ajak Am pergi gym pagi ni.Dia tak bangun lagi ke?” Atrisha tersenggeh.Buat malu saja Asfan ni.Sudah berjanji,lewat pula bangun. “Nampaknya macam tu la..” “Sayang,siapa tu?” “Hah,tu dah bangun” Saiful Amri dan Atrisha sama-sama tersenggeh.Seketika kemudian,Asfan sudah terpacak dipintu lantas memeluk pinggang Atrisha. “Eh,Am.Dah siap ke?”Asfan memisat-misat mata.Mata menjeling jam dinding.Sudah pukul sembilan rupa-rupanya. “Dah la,semalam janji pukul Sembilan.Overtime ke malam tadi”Usik Saiful Amri apabila terlihat kesan merah di pangkal leher Asfan.Usikan untuk menutup rasa sakitnya.Saiful Amri cemburu.Tidak dapat bayangkan apa yang terjadi semalam. “Banyak kerja”Kedua lelaki itu ketawa membuatkan Atrisha termanggu-manggu sendirian.Lelaki kalau sudah berjumpa,satu apa yang mereka bualkan pun Atrisha tidak faham.Terus Atrisha meminta diri. “Siap dulu la.Saya tunggu kat rumah dulu” “Tak masuk dulu” “Tak apa lah.Nanti kita terus cari barang surfing la ya?Mem besar okay tak ni?Nanti marah pula dia” “Don’t worry.Dia okay.Lagipun,Isha kata nak tolong Aunty Imah masak untuk malam ni”Jelas Asfan.Semalam sewaktu pulang dari kerja,Atrisha terus beritahu dia tentang kehadiran Datin Hajah Halimah ke kediaman Saiful Amri.Seronok benar Atrisha. “Ya ke?Kalau macam tu tak apa lah.Siap lah dulu.Nak gerak nanti call”Ujar Saiful Amri sebelum meminta diri. “Sayang,I nak mandi dulu ya.Nanti tolong siapkan pakaian i.Lepas ke Gym,I dengan Am nak pergi tengok barang surfing” “You nak pergi surfing ke sayang?” Pelik Atrisha.Sudah hampir tiga tahun Asfan tidak meluncur.Patut lah,Asfan asyik menyelongkar setor. “Ingat macam tu la.I nak ajak Am,Mika sekali” “Lelaki lelaki jer?”Asfan dapat menangkap bunyi-bunyi cemburu dalam nada suara Atrisha. “You risau ke?kan ada Amri?You takut I mabuk,main perempuan bila you tak ada?” Duga Asfan.Dia tahu sampai bila pun Atrisha tidak akan percaya pada dia.Asfan menarik kain lap meja dari Atrisha.Bahu isterinya dipusing menghadap dia. “Sayang,I bawa you.Jangan risau.I janji yang I tak akan buat benda-benda lama dulu lagi.You kena percaya pada I”Dagu Atrisha diangkat hingga pandangan mata mereka bertembung. “I kenal you,sebab tu I takut Asfan Azriff” “Itu dulu.Sekarang I dah ada you.I sanggup hilang nyawa,tapi bukan hilang you Isha”Atrisha memeluk tubuh Asfan erat.Rasa bersalah kerana fikir yang bukan-bukan tentang suaminya. “I tak suka kita sedih-sedih macam ni.I janji,I akan spend time banyak masa dengan you lepas ni sampai tak ada ruang you nak curiga pada I” “Jangan sampai macam tu sayang.I percaya lah pada you” “I nak mandi,nanti lambat.Dah janji dengan orang,tak baik buat orang tertunggu-tunggu”Atrisha mengangguk sebelum tersenyum.Asfan menarik tangan Atrisha kebilik.Dia perlu segera bersiap.Sementara itu,Atrisha menyiapkan pakaian Asfan untuk dipakai selepas bersenam.Selepas menghantar Asfan,Atrisha bersiap-siap untuk menghantar nasi lemak yang sudah dimasukkan kedalam Tupperware kepada ibu Saiful Amri. Waktu Atrisha sampai dirumah Saiful Amri,Datin Hajah Halimah sedang sibuk menyapu halaman. “Assalamualaikum Aunty” “Waalaikumusalam..Isha,masuk masuk..”Pelawa Datin Hajah Halimah.Gembira melihat kehadiran Atrisha. “Aunty,ini Isha ada masakan Aunty nasi lemak.Isha rasa-rasa macam aunty suka.Tapi tak sesedap mana pun”Atrisha menghulurkan Tupperware berisi nasi lemak kepada Datin Hajah Halimah. “Mana tahu Aunty suka makan nasi lemak ni?ermm,bau macam sedap ni.Jom masuk dalam.Aunty buat air,tadi pagi pun aunty ada buat kuih seri muka.Isha suka kan?” “Ish,aunty ni.Tu kuih favorite Isha tu.Ummi Isha pun suka buatkan untuk Isha.Mcam ada chemistry pula kita ni kan?”Kedua-dua wanita itu ketawa.Datin Hajah Halimah masih ingat kuih kegemaran Atrisha.Bukan kuih sahaja,segala-galanya tentang Atrisha dia masih ingat.Sayang sungguh Datin Hajah Halimah pada Atrisha.Mungkin bukan takdir untuk dia bermenantukan Atrisha tetapi dia sudah menganggap Atrisha seperti darah daging dia sendiri. “Nanti kita pergi pasar nak.Ada barang yang aunty nak beli” "Isha okay jer aunty.Siapa ada lagi malam ni aunty?kita-kita je ke?” “Iya,dengan kawan Amri seorang” “Girlfriend Am ke aunty?” “Haha.Nak kata girlfriend tu ya kot..Tapi nak kata special girlfriend,tu yang susah”Atrisha memandang Datin Hajah Halimah penuh minat.Hendak juga dia tahu apa yang susah sangat.Datin Hajah Halimah meneruskan ceritanya sambil menuang air kedalam cawan Atrisha. “Dulu,sebelum kahwin dengan arwah isteri dia.Amri tu bercinta dengan sorang perempuan.Dari kecil dia berkawan dengan perempuan tu tapi nak buat macam mana,masa belajar kat London,Amri jumpa pula dengan seorang perempuan mat salleh.Kami nak menentang tak boleh.Amri tu,kalau itu dia kata,itu lah jawabnya..” “Amri tinggalkan kekasih dia sebelum tu macam tu jer ke aunty?”Sampuk Atrisha. “Macam mana nak cakap ya Sha.Amri tu anak aunty.Jodoh tak ada kan?Tapi Amri kahwin dengan arwah isteri dia bukan saja-saja.Dia kahwin kerana nak tolong arwah isteri dia yang dibuang keluarga lepas peluk agama Islam.Niat Amri baik.Itula,Cuma cara tak betul”Atrisha mnghela nafas panjang.rumit juga cerita cinta Saiful Amri. “Susah nak kata tu aunty” “Itulah sebab sampai lapan tahun Amri tu menduda.Dia terlalu cintakan bekas kekasih dia tu” “Dia tak cari?” “Dah,tapi baru-baru ni dia dapat tahu yang bekas kekasih dia dah kahwin.Itu aunty kata,jodoh tak ada kan?Kalau Isha jadi perempuan yang kena tinggal dengan Amri tu,Isha nak buat apa?”Atrisha mengigit bibir.Berat soalan Datin Hajah Halimah itu. “Tak terfikir pula Isha.Tapi kan,mungkin ada hikmah disebalik semua yang jadi.Amri kena terimalah qada dan qadar Allah aunty.Macam Isha” “Isha tak nak ingat ke masa silam Isha?”Atrisha menggeleng.Tangan Datin Hajah Halimah diatas meja,Atrisha capai dan digenggam. “Aunty,Isha tak nak ingat pekara yang pernah jadi pada Isha.Isha dah maafkan pun pada sesiapa yang menyebabkan kemalangan yang Isha alami.Isha bersyukur dengan apa yang Isha ada sekarang.Isha bahagia dengan suami Isha”Lama,akhirnya kedengaran Datin Hajah Halimah menghela nafas panjang.Apa agaknya yang ummi Atrisha cerita demi menutup segala kesilapan keluarga mereka.Datin Hajah Halimah membalas genggaman tangan Atrisha sebelum mengusap pipi wanita itu. “Terima kasih ya Isha”Atrisha mengangkat kening. “Terima kasih untuk apa?” “Nothing,boleh tak Isha panggil aunty ibu jer?Aunty lagi suka Isha panggil aunty ibu.Lebih mesra.Nanti Afan balik,ibu nak suruh dia panggil ibu juga” “Baik,Isha setuju ibu” Tubuh Datin Hajah Halimah dirangkul penuh kasih.Dia tidak terasa janggal memanggil Datin Hajah Halimah ibu malah dia sangat selesa. “Aunty dah sampai?”Atrisha melepaskan rangkulan dan beralih kepada Najlaa yang baru turun bersama-sama seorang lagi anak kecil. “Lama dah Aunty tunggu Najlaa.Ni siapa?”Atrisha menyambut salam Najlaa dan seorang lagi anak kecil. “Ini Adelia,anak kawan Daddy..merangkap BFF Najlaa aunty” “Oh,parent Adelia tak datang?” “Malam nanti Aunty.Sekarang Mama dengan Papa dekat rumah nenek”Ujar Adelia ramah. “Okay.Semua dah siap?” “Opah nak kemas makanan kejap ya” “Tak apa Aunty,biar Isha buat.Aunty bersiaplah” “Ibu..”Atrisha mengigit bibir.Tersasul pula dia. “Sorry ibu” “Aunty panggil opah ibu?”Soal Najlaa pelik.Aunty Atrisha bukan anak opah. “Naj,Opah minta Aunty Isha panggil Opah,ibu sebab Opah anggap,Aunty Atrisha ni macam anak opah” “Ya lah kan.Kalau Aunty Isha tak kahwin lagi,boleh kahwin dengan Daddy.Naj suka lah Aunty Isha.Lagipun,muka Aunty macam ex girlfriend daddy kan opah?”Atrisha memandang Datin Hajah Halimah yang tersentak namun segera wanita itu pura-pura ketawa. “Iya ke,meh sini opah tengok?”Datin Hajah Halimah pura-pura membelek wajah Atrisha sebelum menggeleng. “Ish,lain lah.Aunty Atrisha ni cantik lagi” “Orang cakap tak percaya.Nanti Tanya Daddy”Ujar Najlaa selamba. “Jangan di dengar kata budak-budak ni Isha.Ibu tengok lain la.Mungkin Najlaa tu berkenan dengan kamu.Sebelum ni,dah berapa orang perempuan,ibu nak kenalkan pada Amri,Najlaa reject.Bukan Amri yang reject”Datin Hajah Halimah tersenyum menggeleng melihat keletah Najlaa.Kesian juga ada. “Tak apa ibu.Isha tak kisah pun.Isha pun dah anggap Najlaa tu macam anak Isha sendiri.Isha ni dah tiga tahun kahwin,masih tak ada rezeki.Bila check doctor,tak ada pula masalah” “Belum ada rezeki lagi lah tu.Ibu dulu,masa nak dapatkan Kak Long Amri pun,kena tunggu lima tahun.Ada orang,rezeki Allah bagi dalam bagai-bagai bentuk Isha.Diberi kehidupan yang selesa,tapi anak pula tak ada.Ada yang hidup susah,tapi Allah kurniakan ramai anak.Kita sebagai hambanya,jangan berhenti berdoa jer.Minta pada Allah.Usaha.Itu yang penting”Panjang lebar nasihat Datin Hajah Halimah.Dia mengerti hati seorang perempuan yang tidak punya zuriat kerana dia pernah merasa bertapa sakit penantian itu.Macam-macam telah dicuba.Dengan orang berkata lagi yang dia mandul. “IshaAllah ibu,Isha cuba” “Dah,mari kita pergi.Nanti lewat pula kita.Asyik sangat berbual.Budak bedua tu dah tunggu kat luar,ibu pakai tudung sekejap”Atrisha tersenyum mengangguk.Pinggan kotor diatas meja,Atrisha bawa ke dapur untuk dibersihkan. Hampir jam dua belas tengahari baru mereka sampai Giant Kota Damansara.Jalan raya sedikit sesak kerana terdapat beberapa jalan yang dalam penyelenggaraan.Najlaa dan Adelia belari-lari mendapatkan troli sebaik mereka tiba di pintu masuk pasar raya tersebut.Atrisha dan Datin Hajah Halimah bersama-sama memilih barangan basah untuk dimasak malam nanti. “Aunty,kejap ya.Afan call”Atrisha segera menjawab panggilan talifon dari Asfan. “Assalamualaikum sayang” “Walaikumusalam,dekat mana tu?Bising jer dengar” “Giant,dengan Aunty Imah.Tadi I mesej you” “Dah baca.Saja kacau sayang I ni.Jangan lama sangat ya.Sekarang I dekat area Bandar Sunway.Oxbold” “Jangan naugnty naughty tau.”Asfan tersenyum sebaik menamatkan panggilan.Rindu pula dengan Atrisha. “Ish,senyum sampai ke telinga”Saiful Amri menghirup air kopi yang masi bersisa” “Siapa lagi Am..Isha seoranglah” “Iya ke?”Dahi Asfan bekerut tidak mengerti. “Lets talk man to man.Aku pernah nampak kau dengan seorang perempuan.Both of you hug each other.Lovey Dovey” Asfan menggaru kepala yang tidak gatal.Macam mana Saiful Amri boleh teserempak dengan dia dan Marissa. “Jangan pelik pula.Ada sekali tu,aku pergi Kondo my sister,aku teserempak dengan kau dan seorang perempuan.Masa tu kita tak kenal lagi”Jelas Saiful Amri.Dia tidak mahu Asfan fikir dia menyibuk.Cuma Saiful Amri inginkan kepastian.Dia tidak mahu hati Atrisha terluka lagi. Cukup lah dia seorang yang buat Atrisha merana. “Am,aku boleh percayakan kau tak?” “Don’t worry. Kau dengan Atrisha tu dah macam adik aku.Tak mungkin aku nak nak rosakkan rumahtangga kamu berdua” “Hurm,yang kau Nampak tu Marissa.Ex girlfriend aku” “Tapi bukan ke,korang dah kahwin almost tree year right” Asfan mendengus.Dia perlu beterus terang. “She’s my mistress” Saiful menghela nafas panjang sambil bersandar di kerusi.Apa lagi yang kurang pada Atrisha. “Bukan ke,perempuan tu anak Tengku Asparina Nabila?” Lama-lama baru Asfan mengangguk. “Mana kau tahu?kau kenal ke dia?” “Siapa tak kenal Tengku Asparina Nabila. Aku pernah berurusan dengan dia dua tiga kali.Pelik,macam mana anak tunggal dia boleh jadi” “Perempuan simpanan?”Sambung Asfan.Saiful Amri mengangguk. “Dulu memang dia kekasih aku.Tapi perempuan macam Marissa memang susah nak jaga.Dia curang belakang saku.Our relationship pun based on nafsu semata.That why tak kekal.Sampai aku jumpa Atrisha.”Asfan menekup muka dengan kedua belah tangan.Mengimbau kembali segala kenangan bersama Marissa.Bercinta dengan Marissa satu kesilapan. “Atrisha yang ubah presepsi aku pada wanita.Cinta pandang pertama.Tapi itu lah.Marissa buat hal.Dia buat cubaan bunuh diri.Dia ugut aku.I have no choice” “Sekarang you guys masih lagi bersama?”Lambat-lambat Asfan mengangguk. “Tapi aku dah decide untuk tinggalkan Marissa. Aku lagi takut kalau Atrisha dapat tahu” “Ermm,macam mana kalau Marissa beritahu Atrisha?” “I don’t think so.Rahsia dia ada pada aku.Kalau dia berani-berani ganggu Atrisha,aku akan akan bongkar rahsia yang bakal memalukan kerabat Tengku Muinuddin dan Tengku Asparina”Saiful Amri mengangkat kening.Inginkan penjelasan. “Sewaktu kami study di Australia,memang kami tinggal bersama.Tapi dalam masa yang sama,Marissa jalinkan hubungan sulit dengan teman sekampus kami sampai pregnant and she doing an abortion for five time”Saiful Amri beristigfar.Begitu jauh sekali menyimpang kehidupan Asfan dan Marissa. “Erm,apa-apa pun Afan,tindakan tinggalkan Marissa tu satu tindakan yang bijak.Lagipun,kesian pada Atrisha” Saiful Amri menyokong penuh. Apa-apa pun Atrisha adalah keutamaan. Wanita itu tidak layak disakiti. “Sebab fikirkan Atrisha aku decide tinggalkan Marissa. Aku nak tinggalkan segala yang patut aku tinggalkan dari dulu lagi. Aku dah letih hidup dengan maksiat,mabuk… Aku nak mula all over againt” Saiful Amri tersenyum sebelum menepuk-nepuk belakang Asfan. Kagum dengan kesungguhan Asfan. Bukan senang orang seperti Asfan boleh berubah. “Kita hidup ni Afan perlu ada perubahan,dari tidak baik ke baik,kalau dah baik,kena lah lagi baik. Pintu taubat sentiasa terbuka buat sesiapa saja.Kita tak tahu entah esok lusa ke sampai waktu kita dijemput Allah” Saiful Amri rasa bertangungjawab untuk menasihati Asfan. Dia tidak mahu Asfan terus hanyut. Nanti siapa yang hendak membimbing Atrisha. “ Aku yakin kau boleh demi Isha please” Asfan mengalihkan pandangan kearah lain. Memang dia perlu berubah jika sayangkan rumahtangga mereka. Jika tidak dia pasti akan hilang Atrisha satu hari nanti. Bagi Asfan, Biarlah maut sahaja yang memisahkan mereka. Saiful Amri amat berharap Asfan akan membahagiakan Atrisha kerana dia tidak mampu buat begitu. Awal-awal lagi dia sudah khianati cinta Atrisha. Jika bukan kerana dia sudah tentu cerita mereka berbeza dari apa yang ada sekarang. Saiful Amri tidak mampu untuk rasa menyesal.    
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD