Bab 20
Atrisha termenung sendirian.Jauh betul dia mengelamun mengenangkan cerita lama hingga tidak sedar azan yang menandakan telah masuk waktu Asar.Baik dia segera tunaikan solat Asar dahulu.Nanti,tak adalah dia tergesa-gesa.Usai solat Asar,Atrisha ke laman rumah,menjenguk bunga-bunga yang ditanamnya.Subur-subur semuanya.Ruang yang tidak begitu besar itu dimanfaatkan Atrisha sebaiknya.
“Assalamualaikum”
“Waalaikumusalam” Atrisha berhenti dari mengembur tanah didalam pasu. Senyuman Saiful Amri berbalas.Wanita itu berjalan menghampiri pintu pagar.Berdebar jantung Saiful Amri apabila Atrisha semakin mendekat.Tetapi dia perlu kuat untuk berhadapan dengan wanita yang dia cintai itu.Dia perlu sedar bahawa Atrisha itu isteri Asfan.Saiful Amri berlagak seperti biasa.Dia tidak mahu Atrisha curiga dengan dia.
“Awal balik hari ini?”Soal Atrisha sekadar berbasa basi.Pelik,tiba-tiba Saiful Amri menegur dia.Kebiasaannya,lelaki itu pulang terus masuk ke rumah.Kalau bertembung pun,mereka cuma akan berbalas senyuman.Lain pula hari ini.Kini jarak mereka hanya dipisahkan oleh pagar batu kediaman Atrisha yang separas dada Saiful Amri.Saiful Amri mengerti,Atrisha isteri yang baik.Wanita itu tidak akan menjemput dia masuk kerana Asfan mungkin masih belum pulang.Tidak manis jika jiran tetangga terlihat nanti.
“Isha pun perasan ya.Saya nak ambil Najlaa.Esok cuti.Ibu pun nak datang sini”Berbunga-bunga hati Saiful Amri.Ingatkan Atrisha langsung tidak sedar kewujudan dia.Nampaknya,Atrisha tahu waktu dia pulang dari kerja.
“Oh,Aunty tidur sini?Bestnya.Ada juga Isha kawan.Berapa lama?” Soal Atrisha teruja.Saiful Amri menggeleng.Atrisha memang tidak pernah berubah.Sifat keanak-anakan Atrisha yang semulajadi itulah yang memikat hati Saiful Amri dari dulu.
“Sorry,over excited pula.Rindu dengan my mum actually. Your mum tu macam familiar saja”Merah padam wajah Atrisha apabila perasan tingkah lakunya tadi diperhatikan Saiful Amri.
“It’s okay Atrisha.Kita kan berjiran.Anggaplah keluarga saya macam keluarga awak juga Atrisha.My mum tu memang suka orang perempuan yang macam awak ni” Dahi Atrisha bekerut.Kurang mengerti dengan kata-kata Saiful Amri.
“Peramah plus cantik.My mum selalu puji Isha depan Am” Atrisha ketawa kecil,menutup malu.Besar sungguh pujian Saiful Amri.
“Gelak pula.Betul la.Untung Afan dapat wife macam Isha ni.Kalau Isha ada adik perempuan,boleh kenalkan pada Am..Mesti perangai macam Isha juga”
“Isha tak ada adik perempuan la Am.Dua-dua adik saya lelaki.Itu pun straight tau”Tawa Atrisha makin galak.Saiful Amri turut ketawa.Sengaja dia kata begitu.Bukan dia tidak kenal dengan adik-adik Atrisha. Malah dulu dia rapat dengan adik-adik Atrisha.
“Am pun straight la.Eh,Am minta diri dulu ya.Nak siap-siap.Lepas Asar nak ambil dia orang.Kirim salam dengan Afan.Ingat esok nak ajak dia cari barang surfing”
“Am ada nombor handphone Afan kan?” Saiful Amri mengangguk.
“Oh,ya.Esok ada makan-makan kat rumah kami.Ibu ajak Atrisha dan Afan joined sekali”Baru Asfan teringat tujuan utama dia menegur Atrisha petang itu.Kerana terlalu seronok dapat berbual dengan Atrisha,dia hampir lupa dengan pesanan ibunya pagi tadi.
“InshaAllah.Pukul berapa tu?Afan biasa lah.Sometime weekend pun ada event”
“Lepas Maghrib.Ya ke?So,Isha selalu tinggal seorang jer la ya?”
“Haah,anak tak ada lagi.Kalau Am nak saya jagakan Najlaa pun boleh.Lagipun sini lagi dekat nak kesekolah Najlaa kan?Tengahari sampai pukul enam jer.Ada juga Saya teman”Saiful Amri gumam.Tak terfikir pula sampai Atrisha menawar diri untuk menjaga anaknya.
“Tak percaya ke kalau saya jaga anak awak Saiful Amri?”Soal Atrisha apabila lelaki dihadapan dia itu tidak memberikan respon.
“Eh,don’t get me wrong Isha.Am takut susahkan Isha jer.” Jawab Saiful Amri perlahan.Segan pula dia dengan tawaran Atrisha.Makin dia hendak menjauh,makin Atrisha menarik dia pula.
“Cadangan jer.Saya ikhlas tau.Free.Saya bosan tinggal seorang.Lagipun dah lama teringin nak anak.Mana tahu kalau berkepit dengan Najlaa,melekat pula”Saiful Amri tersentap dengan kata-kata Atrisha.Cemburu mula bertandang.Tapi apakan daya.Beruntung Asfan.
“InshaAllah.Nanti saya fikirkan.Erm,Isha.Saya minta diri dulu.Nak Asar dulu”Saiful Amri segera meminta diri.Makin lama dia berhadapan dengan Atrisha,makin menggunung rindu dia pada wanita itu.Saiful Amri sedar,dia terlalu cintakan Atrisha,hingga tiap apa yang Atrisha katakan tentang Asfan,akan buatkan hatinya diragut rasa cemburu.Untuk ketika itu,biar dia memohon diri.
“Handsome juga jiran aku ni”Atrisha berkata sendiri sambil menghantar Saiful Amri dengan pandangan.Lelaki tinggi lampai itu rupa-rupanya seorang yang sangat ramah dan murah dengan senyuman.Kelihatan Saiful Amri seorang lelaki Maskulin,segak dan mempunyai tarikan tersendiri patut pun lelaki itu tersangkut dengan wanita inggeris.Jauh disudut hati Atrisha dia senang dengan kehadiran lelaki itu tidak seperti sebelum ini.Untuk seketika Atrisha duduk melanggu di bangku taman.Dia masih terfikir tentang Saiful Amri,duda beranak satu itu.Bagaimana agaknya perasaan kehilangan orang yang dicintai.Atrisha tidak dapat bayangkan bagaimana hidup dia jika kehilangan Asfan.Asfan satu-satunya lelaki yang begitu dia cintai.Asfan umpama nyawanya.Atrisha tidak bisa hidup tanpa Asfan. Setakat itu,cinta dia cuma buat Asfan. Atrisha tidak mahu fikir yang bukan-bukan. Takut merosak hubungan dia dan Asfan.
*********
Selepas makan malam,Asfan menyambung kembali menonton drama Prison Break yang terhenti tadi manakala Atrisha masih sibuk mengemas dapur.Bukan Asfan tidak rajin membantu tetapi Atrisha sentiasa memanjakan Asfan.Dia menolak untuk ditolong.Kata Atrisha,Asfan sudah penat seharian bekerja.Biarlah Asfan berehat saja bila dirumah.
“Sayang,banyak kerja lagi ke kat dapur tu?” Jerit Asfan.
“Sikit lagi”Pendek jawapan Atrisha.Seketika kemudian,Atrisha muncul dengan mug berisi air Moca kegemaran Asfan.
“Bau macam Moca” Atrisha menghulur pipi minta dikucup Asfan sebagai ganjaran.Jika Atrisha tidak mintapun,Asfan sedia mengucup Atrisha pada bila-bila masa saja.
“Thanks sayang”Ucap Atrisha sebaik menerima kucupan dari suaminya.
“Eh,I lah patut say thank you pada you sebab dah jaga rumah,sediakan makan malam yang sedap,moca favorite I lagi ni” Mug ditangan Atrisha bertukar tangan.Perlahan Asfan menghirup sebelum meletakkan mug di meja kopi.
“Sayang,sini kejap” Atrisha yang duduk di sofa bersebelahan Asfan beralih ke sofa single kegemaran suaminya.
“Kenapa duduk bawah,kat sini” Asfan menarik Atrisha ke pangkuannya sebelum sempat Atrisha membongkok untuk duduk di atas permaidani.
“Kenapa ni sayang?”Pelik pula Atrisha lihat sikap Asfan akhir-akhir ini.Romantik semacam.
“Kenapa apa pula?I kan memang selalu macam ni?”Asfan melihat dirinya.Tiada apa yang pelik.
“I tahu you tu romantik,tapi selalu kat dalam bilik.Segan lah kat luar ni” Asfan tersenyum nakal. Fateha dan Fariza tiada apa salahnya.Di dalam rumah itu hanya tinggal mereka berdua,tiada apa yang hendak disegan Atrisha.Itulah bagus dirumah sendiri.Tidak berkongsi dengan orang lain atau keluarga.Mereka boleh bermesra sesuka hati...
“Teha dengan Eja kan tak ada.So,we have much more privacy. Lagipun dah lama I tak bermanja dengan isteri kesayangan I ni.Sorry lah sayang kalau I asyik busy dengan kerja” Tangan Asfan dicapai dan dikucup untuk seketika.Atrisha faham situasi Asfan.Atrisha membiarkan Asfan mengucup belakangnya.
“You jangan risau,I okay jer. I faham lah sayang.Bukan sehari dua I kenal you kan?”
“Sayang,Am tu baik kan?” Atrisha menjingkit kening sebelum tersenyum.Tiba-tiba pula Asfan menyebut tentang Saiful Amri.
“Kenapa?nak jodohkan dengan Teha atau Eja ke?”
“Ke situ pula dia.Bukan lah”Tubuh Atrisha ditarik merapati tubuhnya.Asfan kemudian mengucup bahu Atisha yang tidak beralas lama.Asfan membiarkan sahaja kata-kata dia tadi tergantung.Asfan tidak mahu Atrisha fikir bukan-bukan pula nanti. Entah mengapa Asfan rasa dia terlalu selesa dengan Saiful Amri. Dia mahu Saiful Amri menjaga Atrisha jika ada sesuatu terjadi pada dirinya.
“Suka cakap tak habis” Asfan meghela nafas panjang. Rambut Atrisha diusap lembut.
“Alah,tak penting pun,jom tengok movie ni.I dah lepas berapa episod dah ni sayang.Mari,baring dengan I” Tanpa banyak soal,Atrisha merebahkan tubuh disisi Asfan.Kepala dirapat ke dada Asfan.Selesa sungguh bila dapat memeluk suaminya itu.Atrisha rasa selamat.
“Amboi sayang..Beria peluk I.Ada apa-apa request ke?” Usik Asfan.Dia perasan,bukan main beria-ia Atrisha menyembam wajah ke dadanya.Macam kucing Parsi pula tingkah Atrisha.
“Mana ada.Nak manja-manja dengan you jer”
“You tahu kan,I bukan boleh bila you manja-manja macam kucing Parsi ni” Atrisha ketawa kecil.Ada pula Asfan menyamakan dia dengan kucing parsi.
“Meow…”Ketawa Asfan memecah kesunyian kondominium dua tingkat itu takala melihat Atrisha membuat suara kucing sambil membuat muka menggoda.
“Sayang.Scary lah I tengok”
“Hahaha…bukan ke selalunya you dah terkam”
“I’m not ready yet..Tak aci” Tingkah Asfan lembut sambil tersenyum.
“Wow,first time Asfan Azriff kata tak ready…bukan ke buaya rakus tengok mangsa”
“Sayang,I bukan buaya yang tengah lapar tau..lagipun kalau I nak terkam mangsa I,kena slow slow.Nanti mangsa I lari lintang pukang,I tak sempat nak ngap” Atrisha menggeliat kegelian apabila Asfan meniup telinganya lembut.Atrisha memejamkan mata menanti yang seterusnya.
“Hahaha..Sayang.Bukan kat sini.Jom dalam bilik” Asfan mencuit hidung Atrisha lembut.Amboi,bukan main lagi isterinya itu.
“You ni,potong la…”Asfan ketawa menggeleng.
“Jom lah…Beratlah you sayang”Sengaja Atrisha memberatkan badan sewaktu Asfan menarik tangan untuk membangunkan Atrisha.Atrisha ketawa berdekah-dekah melihat Asfan.
“Oh,sengaja ya..Kejap…”Asfan berlari kearah suis lampu,memperlahan cahaya lampu hingga hampir gelap keseluruhan ruang tamu kondominium mereka.
“Kenapa malapkan lampu.Gelap lah”Rungut Atrisha.Asfan tidak menjawab pertanyaan.Lantas mendapatkan Atrisha.
“I nak hukum you” Bisik Asfan lembut.Direnung setiap inci wajah Atrisha penuh kasih.
“I rela menerima apa saja hukuman dari you”Jawab Atrisha manja.Senyuman terukir dibibir mugil wanita itu.Asfan memang lemah dengan senyuman Atrisha.Senyuman itu yang membuatkan dia tumbang sejak tiga tahun yang lalu.Senyuman yang penuh pesona dan memikat,yang membuatkan Asfan sentiasa hanyut dalam belaian Atrisha. Bertapa dia cintakan Atrisha Najwa.