Bab 19
Berkali-kali Asfan mengetuk pintu rumah Marissa tetapi tiada yang menyahut.Baru Asfan teringat yang dia masih memegang kunci pendua rumah Marissa itu.Tergopoh gapah Asfan membuka kunci pintu. Alangkah terkejut Asfan lihat keadaan rumah Marissa yang tidak terurus.Barang bersepah-sepah di atas lantai.
“Aku check bilik” Mikail hanya mengangguk.Dia juga terkejut melihat keadaan rumah yang tidak terurus.Bingkai gambar Asfan yang pecah berderai masih dilantai.Tentu teruk Marissa mengamuk.
“Mika..cepat!”Terkejut Mikail.Kenapa Asfan tiba-tiba menjerit.Dengan pantas Mikail berlari kearah bilik Marissa.
“Astagfirullahalazim….kenapa ni Fan?” Melihat keadaan Marissa yang tidak sedarkan diri membuatkan Mikail dan Asfan kaget.
“Aku rasa overdose” Asfan menunjukkan botol ubat tidur yang telah kosong kepada Mikail.Tubuh Marissa yang kaku di pangku.Asfan merasa Nadi Marissa.Ternyata wanita itu masih bernyawa.
“Gila lah Marissa ni.Kita nak buat apa ni Fan?” Mikail terkedu melihat keadaan Marissa.
“Nah kunci kereta aku.Kau drive.Kita kena bawa dia pergi hospital.Aku takut apa-apa jadi pada dia” Kunci kereta beralih tangan.Asfan mengangkat Marissa keluar dari bilik mandi untuk mendapatkan rawatan di hospital.DIa rasa amat bersalah jika sesuatu terjadi pada Marissa.Dia meminta Mikail segera memandu ke hospital berhampiran.Asfan yakin nyawa Marissa masih boleh diselamatkan.Dia tidak sangka begitu cetek fikiran Marissa hingga sanggup buat perkara bodoh begitu.Sampai di hospital,Marissa terus dikejarkan ke bilik rawatan kecemasan.Asfan terduduk di kerusi menunggu.Kepala didongak ke siling.Fikiran Asfan merawang entah kemana. Risau.
“Afan,kau okay?”Soal Mikail yang sedari tadi tidak senang duduk.Dia turut rasa bersalah kerana melewat-lewatkan kedatangan Asfan ke tempat Marissa.
“Aku okay.Cuma aku risaukan keadaan dia.Aku tak sangka dia nekad sampai macam tu sekali”
“Aku pun tak jangka.Aku fikir dia sengaja ugut kau”
“Asfan,macam mana dengan Rissa?” Kehadiran orang tua Marissa mematikan perbualan mereka. Tengku Muinnudin dan Tengku Asparina terus ke hospital sebaik mendapat panggilan dari Asfan.
“Dalam bilik rawatan lagi Aunty” Beritahu Asfan.
“Asfan gaduh dengan Rissa ke?” Dahi Asfan bekerut. Tengku Muinnudin dan Tengku Asparina masih tidak tahu ke yang dia dah Marissa sudah lama putus.Asfan memandang kedua orang tua Marissa dengan pandangan pelik.Mikail hanya menjadi pemerhati.Dia tidak mahu masuk campur urusan Asfan yang satu itu.Makin rumit pula jadinya.
“Aunty dengan Uncle tak tahu ke yang saya dah kahwin?” Tengku Asparina mencapai tangan Asfan membuatkan Asfan bertambah pelik.
“Tahu.Rissa dah ceritakan pada Aunty.Dia kata,Asfan kena kahwin dengan perempuan tu sebab perempuan tu dah mengandung” Asfan dan Mikail berpandangan.Bila pula Atrisha mengandung.
“Aunty..aunty..rasa macam ada kesilapan.Afan dan Rissa dah setahun lebih putus.Ini kali kedua kami putus.Isteri Afan tak pernah mengandung.Ini semua cerita rekaan Marissa Aunty”Wajah Tengku Muinnudin dan Tengku Asparina berubah.Mereka tidak percaya dengan kenyataan Asfan.
“Kamu berdua dah bercinta bertahun-tahun.Aunty tak percaya Afan sanggup tinggalkan Rissa macam tu jer dan kahwin dengan perempuan lain.Afan nak lari dari tanggungjawab ya” Tengku Asparina meninggikan sedikit suara.Marah apabila anak kesayangan dia dicampak begitu.Asfan tidak tahukah Marissa merana.Jika tidak,mana mungkin Marissa sampai cuba membunuh diri.
“Rina.Dengar dulu apa Asfan nak cakap.” Tengku Muinnudin mula bersuara.Asfan sudah menceritakan segala-galanya pada dia sewaktu Asfan bertindak meninggalkan Marissa.Tengku Muinnudin tidak mahu memaksa Asfan lagi.Kali pertama dahulu,puas Tengku Muinnudin memujuk Asfan untuk kembali pada Marissa.Ternyata anak perempuan dia itu masih tetap tidak berubah.
“Aunty,Saya minta maaf.Bukan niat saya nak tinggalkan Rissa.Tetapi Rissa tak akan pernah berubah.Bukan saya seorang saja kekasih dia Aunty” Asfan amat berharap penjelasan dia akan difahami Tengku Asparina.
“Sudahlah,kalau dah tak suka jangan nak buruk-burukkan dia pula.Kalau dia tak sayang kamu,tak mungkin dia sanggup sampai nak bunuh diri”Tengku Asparina meninggi kan suara.
“Apa-apa pun saya tak boleh lagi balik pada dia.Saya dah kahwin.Saya cintakan isteri saya seorang Aunty.Saya dah banyak kali bagi peluang pada Rissa tapi dia selalu sia-siakan peluang yang saya beri.”
“Kamu pernah ajak dia kahwin?Bila nak,kamu cari dia.Bila dah dapat yang baru,kamu buang dia macam sampah.”Suara Tengku Asparina bergetar menahan tangis.Bukan dia tidak tahu sejauh mana hubungan Marissa dan Asfan.Bukan dia tidak nasihat agar mereka berkahwin tapi kata Marissa,dia tidak percaya dengan ikatan perkahwinan.Akhirnya,Marissa yang rugi.Jadi lelaki senang.Mereka tidak rugi apapun.Salah dia juga kerana terlalu beri kebebasan pada Marissa hingga anaknya itu langsung tidak hiraukan hukum hakam agama.
“Macam mana saya nak kahwin dengan dia kalau dia tetap macam tu aunty.Saya tak nak cakap sesuatu yang akan lukakan hati aunty.Tapi tolong lah,saya dah tak ada apa-apa dengan Marissa.”
“Maafkan saya,ada siapa waris pesakit?” Perbualan mereka terhenti untuk seketika apabila doktor yang merawat Marissa datang kepada mereka.
“Kami ibu bapa pesakit.Saya Tengku Muinnudin dan ini isteri saya Tengku Asparina” Tengku Muinnudin memperkenalkan diri kepada Doktor yang merawat Marissa.
“Begini Tengku,anak Tengku.Tengku Marissa telah melepasi peringkat kritikal.Tengku Marissa mengalami depressi yang keterlaluan dan menyebabkan dia mengambil ubat tidur berlebihan.Mujur Encik Asfan cepat bawa kesini untuk mendapatkan rawatan.Kami harap,Tengku dapat pantau keadaan Tengku Marissa dirumah dan elakkan dia dari stress kerana tidak mustahil,Tengku Marissa akan mengulangi perbuatan yang sama” Asfan mengeluh panjang.Mengapa Marissa boleh jadi hingga begitu sekali.Bukankah Marissa punya teman selingkuh yang lain?Jika Marissa betul-betul cintakan dia,mengapa Marissa sanggup curang dibelakang dia.Apa sebenarnya yang difikir Marissa.Asfan buntu.
“Afan,Uncle rasa baik kamu balik dulu..”
“Kenapa dia nak kena balik,tunggulah sampai Marissa sedar.Mana tahu Marissa nak jumpa dengan dia” Segera Tengku Asparina memintas.Dia mahu Asfan disitu.
“Tak apa Uncle.Saya call isteri saya sekejap.Nanti saya datang balik”Untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan,Asfan bersetuju untuk tinggal disitu walau pada mulanya ditentang Mikail.Bagi Mikail,tanggungjawab Asfan sudah selesai.Marissa juga telah selamat.Tiada apa yang patut mereka bimbangkan.Pandai-pandailah orang tua Marissa hendak menjaga anak mereka.
“Kau ni degil kan?Kau nak fikirkan perasaan mereka bini kau kat rumah tu macam mana Fan?” Bentak Mikail.Bengang dengan tindakan Asfan yang tidak berfikir panjang.
“Kau tahu tak sebab aku Marissa jadi macam ni?Aku tunggu sampai dia sedar.Nanti aku balik.Everything will be okay.Tentang Atrisha,nanti aku uruskan.Kau balik dulu bawa kereta aku.Nanti aku balik sendiri.Esok jumpa kat office” Bahu Mikail ditepuk berkali.Asfan mahu Mikail percaya pada dia.
“Suka hati kau lah Fan.Aku tak nak kau buat sesuatu yang bodoh” Mikail memberi peringatan sebelum berlalu.Asfan duduk bersendirian diruang menunggu.Mencari kekuatan untuk menghubungi Atrisha.Ini kali pertama dia terpaksa berbohong dengan Atrisha.Berat Asfan rasa tetapi dia harus fikirkan sedikit tentang Marisa.
“Assalamualaikum sayang”
“Walaikumusalam,you tak balik lagi ke?Kata habis meeting terus balik?”Soal Atrisha sebaik mendengar suara Asfan ditalian.Dia sudah siap-siapa masak makanan kegemaran Asfan.Gulai Udang dan telur bistik.
“Sayang,sorry.I kena stayback sampai kerja siap.Maybe I tak balik ya”
“Oh,tak apa lah kalau macam tu.You buatlah kerja dulu ya” Atrisha sedikit hampa tapi dia tidak mahu tunjukkan kehampaan dia.Dia harus faham kerja Asfan yang tidak tentu masa.Asfan baru sahaja membuka syarikat sendiri.Waktu untuk dia memang agak terhad.
“Thanks sayang.Esok kita jumpa ya.Love you Atrisha” Lemah suara Asfan menamatkan panggilan.Serba salah dia mendengar suara Atrisha.Wanita itu tidak bersalah.
“Kalau kamu nak balik,balik saja Asfan.Uncle izinkan” Asfan yang sedang duduk menumpang dagu tersentak.Tengku Muinnudin.Sejak bila dia disitu.
“Tak apa uncle.Biar saya tunggu sampai Rissa sedar”
“Uncle tak tahu lagi nak cakap apa.Kamu bukan tak kenal dengan Rissa” Asfan tersenyum kelat.Memang dia kenal sangat dengan Marissa.
“Saya tak tahu nak cakap macam mana lagi uncle.Saya dah tak ada rasa cinta langsung pada Rissa.Memang saya kekasih dia.Tapi dalam masa yang sama dia ada lelaki lain dibelakang saya.Kenapa dia tak boleh terima bila saya dah ada yang lain.Saya hanya cintakan isteri saya.Rissa nak apa sebenarnya uncle”Asfan meluahkan apa yang terbuku dihati.Dia amat berharap Tengku Muinnudin mengerti.
“Ucle faham Asfan,tapi apa yang uncle boleh buat.Uncle sayangkan Marissa.Dia satu-satunya anak uncle.Ibu bapa mana yang suka dengan apa yang Marissa dan kamu buat selama ini” Kata-kata Tengku Muinnudin membuatkan Asfan bertambah rasa bersalah.
“Saya minta maaf uncle.Saya Cuma nak hidup normal macam orang lain.Saya tahu,saya tak akan bahagia kalau terus dengan Marissa”
“Hurm,terpulang pada kamu.Uncle tak nak memaksa.Tapi kamu jangan lupa.Aunty Rina boleh buat apa saja untuk Rissa”Asfan memicit kepala yang terasa berat.
“Uncle.Kita tunggu Marissa sedar”Pendek ucapan Asfan lantas bangun dan masuk kedalam wad yang menempatkan Marissa.
“Aunty,biar saya yang jaga Marissa sampai dia sedar”
“Isteri kamu macam mana?”
“Aunty tak perlu risau.Saya dah call dia”
“Kamu dah beritahu pasal kamu dan Rissa?” Asfan mendengus.Apa yang hendak dia cerita lagi.Bukan Atrisha tidak tahu tentang Marissa.
“Cerita pasal apa Aunty?” Asfan pura-pura bertanya.
“Pasal kamu dan Marissa.Tentu dia faham kan?Lagipun kamu lagi lama kenal dengan Rissa dari dia.Atau kamu nak Aunty yang cakapkan pada dia” Asfan mengetap bibir.Ibu dan anak sama saja tidak faham bahasa.Hendak Asfan terangkan bagaimana lagi baru Tengku Asparina faham.
“Aunty,saya tak nak masalah Marissa menganggu rumahtangga saya”
“Habis,tak kan kamu nak biarkan Rissa?Isteri kamu yang rampas kamu dari Marissa.Biar aunty saja yang beritahu dia yang kamu dan Marissa ni patut kahwin”
“Aunty,satu saja saya minta.Jangan libatkan Atrisha dalam hal ni.Saya tak nak sampai dia tahu hari ni saya jumpa Marissa.Pasal apa yang pernah terjadi antara saya dan Marissa sebelum ni,Atrisha dah tahu.Dia kenal siapa Marissa.Dia tahu tahap yang bagaimana hubungan saya dan Marissa.Dia terima saya seadanya” Jelas Asfan panjang lebar.Tengku Asparina tersenyum menyindir.Entah betul entah tidak apa yang Asfan katakan itu.
“Kalau kamu tak nak isteri kamu tahu,Aunty nak kamu balik pada Rissa”
“Aunty ugut saya?Aunty lupa Marissa tak boleh hidup tanpa saya?”Kali ini Asfan pula yang tersenyum.Dia paling pantang orang mengugut dirinya.
“Aunty,kalau Atrisha dapat tahu apa-apa.Saya akan pergi dari hidup Rissa terus.Saya akan make sure Rissa tak jumpa saya lagi.Dan aunty tahu kan kalau saya hilang apa akan jadi pada Rissa kan?” Tengku Asparina mendengus.Berani-berani Asfan mengugut dia.
“Aunty,saya tak akan kahwin dengan Marissa..Aunty kena faham.Apa perasaan aunty kalau uncle ada perempuan lain.Saya tolong Rissa sebab saya kasihan pada dia.Saya minta maaf sebab berkasar tadi.Saya nak aunty faham.Cinta tak boleh dipaksa.Marissa yang duakan saya dulu.Saya tak pernah curang dibelakang dia.Tapi bila dia dah tipu saya sekali sampai bila-bila pun saya akan ingat.Sekarang ni,isteri saya segala-galanya dalam hidup saya”
“Aunty tak minta apa-apa dari kamu.Aunty nak kamu kembali semula pada Marissa.Aunty tak nak dia sedih.Dia satu-satunya harta yang aunty ada dalam dunia ni.”Akhirnya Tengku Asparina mengendurkan suara.Tidak guna bekeras dengan anak muda itu.Dia masak sangat dengan sikap Asfan yang sama keras dengan Marissa.Mengapala nasib dia dan suami jadi begitu.
“Aunty balik lah dulu.Saya jaga Rissa.Dia dah sedar nanti,saya call” Kasihan juga Asfan lihat Tengku Asparina.Wajah wanita yang separuh abad itu nampak tertekan.Semua gara-gara Marissa.Melakukan sesuatu tanpa fikirkan akibat pada orang sekeliling.
“Jangan lupa call aunty kalau dia sedar.Aunty minta maaf pasal tadi.Ibu mana yang tak tertekan bila tengok anak mereka jadi macam ni.Aunty balik dulu” Asfan menghantar Tengku Asparina hingga ke pintu bilik.Kemudian dia menganti tempat Tengku Asparina dikerusi.Asfan merenung wajah pucat Marissa.Bila Marissa akan terima bahawa tiada jodoh antara mereka.Jari jemari Marissa dielus lembut.
“Rissa,dalam hati I dah tak ada nama you.I Cuma cintakan isteri I,Atrisha Najwa.Fahami lah keadaan I Rissa” Sukar untuk Asfan luahkan kata-kata tapi itulah kenyataan.Dia Cuma cintakan atrisha seorang.Tiada yang lain.Asfan tidak sedar dia terlelap disisi kati Marissa.
“Afan…”Lemah suara Marissa.
“You dah sedar?”
“You datang juga Fan.”Asfan mengangguk.
“You rehat dulu.I ambilkan makanan untuk you okay”
“I tak ada selera nak makan”
“I suapkan you.You tak ada energy kalau you tak makan”Pujuk Asfan.Dia membantu Marissa untuk bangun.Kasihan lihat wajah pucat tidak bermaya Marissa.Tidak pernah Asfan lihat Marissa dalam keadaan begitu.
“Afan,jangan tinggalkan I”Asfan tidak jadi bangun.Marissa menarik Asfan dan terus merangkul tubuh lelaki itu erat.Air mata Marissa bercucuran.
“Kenapa sebelum Atrisha ada,you masih boleh jenguk I,temankan I walau kita dah tak ada apa-apa?Afan,you tahu kan I tak boleh hidup tanpa you.Biarkan I mati kalau you tak nak I lagi”Kata-kata berbaur ugutan itu membuatkan Asfan serba salah.Dia tidak mahu ada nyawa tergadai kerana dia.Asfan tidak tahu sesuai atau tidak waktu itu dia menolak untuk bersama Marissa sekali lagi.Dia sudah ada Atrisha.Mana mungkin dia curangi Atrisha.
“Jawab lah Afan yang you tak akan tinggalkan I..Kalau you rasa nak tengok I mati,you pergi lah” Asfan menghela nafas panjang.Buat masa itu,baik dia ikutkan sahaja kemahuan Marissa.Asfan tidak mahu Marissa buat perkara-perkara yang boleh mendatangkan bahaya pada diri wanita itu sendiri.
“You jangan banyak fikir.I kan ada ni”
“I nak you tinggalkan Atrisha..”Wajah Asfan tiba-tiba berubah.Mana mungkin dia nak tinggalkan Atrisha.
“You cakap apa ni?Isha tu macam nyawa I.Tak mungkin I tinggalkan dia” Asfan merenggangkan pelukan Marissa.Marah pula dia dengan sikap Marissa.Sudah bagi betis nak peha.
“Habis,I macam mana?”
“Rissa,I setuju bersama you tapi bukan untuk jadi isteri I.Atrisha sudah cukup untuk I.Itupun kalau you setuju.Kalau tidak I lagi suka.Kepala I pun tak pening.Tapi ingat.Atrisha tak boleh tahu.Kalau sampai ke telinga Atrisha.I will make sure you will never meet me again.” Marissa mendengus.Kenapa harus bersyarat?
“You setuju?” Lama-lama baru Marissa mengangguk.Lebih baik dia bersetuju sebelum Asfan berubah fikiran.
“Apa saja asalkan you tak tinggalkan I”
“You tak boleh claim apa-apa dari I.i nak remind you something.You tak boleh contact I waktu I dengan Atrisha.I akan text you first.Priority I pada Atrisha.Dia isteri I " Jelas Asfan teperinci.Dia mahu segalanya jelas.
“Kenapa masa dengan I you tak macam ni pun?” Asfan menghela nafas panjang.Dia tiada jawapan untuk soalan Marissa.
“Kalau you layan I macam mana you layan Atrisha,mesti kita tak jadi macam ni”
“Rissa,perkara yang dah lepas jangan diungkit-ungkit.I kena balik,nak mandi.Tengahari nanti I ada meeting.Lepas tu I datang tengok you.Make sure you cepat sihat” Asfan menurunkan kepala katil.Dia mahu Marissa selesa.Selepas menghubungi Tengku Asparina.Asfan meminta diri untuk pulang.Dia perlu pulang dahulu bertemu Atrisha.Rindu semalaman tidak dapat melihat wajah Atrisha.Apa agaknya yang sedang Atrisha lakukan.Hati Marissa direngut cemburu melihat Asfan yang sepertinya tidak sabar ingin pulang.Asfan bukan lagi Asfan yang dia kenal dulu. Lelaki itu sudah banyak berubah. Tapi apa pilihan yang Marissa ada waktu itu?. Dari kekasih dia kini hanya perempuan simpanan Asfan Azriff..