Bab 18
“Pang!” Satu tamparan hinggap dipipi Atrisha.Asfan tidak sempat berbuat apa-apa kerana tindakan Marissa terlalu drastik.Atrisha terduduk di kerusi.Malu hanya Allah yang tahu.Semua mata di pejabat itu tertumpu kepada Atrisha.Dia tidak tahu menahu mengapa tiba-tiba dia ditampar oleh bekas kekasih Asfan itu.
“What wrong with you Marissa” Tempelak Asfan.Cepat-cepat dia memeriksa wajah Atrisha yang bertanda kerana tamparan Marissa.Kasihan Atrisha diperlakukan begitu sedangkan Atrisha tiada kena mengena dalam hal lama mereka.
“What wrong with me?Ask youself?” Tengking Marissa.Dia sudah tidak tahan lagi melihat Asfan dan Atrisha.Atrisha perlu tahu siapa dia dihati Asfan.
“You nak apa lagi Marissa.Our relations is off over a year before I know Atrisha!” Asfan cuba bertenang.Dia tidak mahu mengasari sesiapa.Ikutkan hati memang dia hendak menampar sahaja Marissa semula kerana telah menyakiti Atrisha.
“Bila?You pernah declare untuk putus dengan I?Tak pernah” Asfan tersenggeh.Marissa mungkin lupa apa yang pernah dia kata sewaktu Marissa tertangkap bersama Jackie lebih setahun lalu.
“I tak nak cakap bila. You ingat sendiri.Tapi baik you berambus.I tak pernah kenal dengan you Marissa.I nak kahwin.Wanita yang I cinta seorang sahaja.Atrisha”
“You tipu.I tak kisah kalau you nak main-main dengan dia…Eh,perempuan.Kau tahu dia ada kekasih kan?Aku dah hidup dengan dia bertahun-tahun.Kenapa tiba-tiba kau rampas dia.Oh atau dia layan you lebih hebat dari I Afan?” Herdikan Marissa membuatkan Atrisha mula naik angin,tetapi cepat-cepat dia beristigfar.Api jika dilawan api akan makin marak.
“Rissa,you jangan memandai-mandai.Dia bukan macam you” Atrisha menarik tangan Asfan yang sudah hampir untuk menampar Marissa.Memang Marissa patut diajar.Pelik Asfan.Kalau dia jadi Atrisha,sudah lama dia kerjakan Marissa.Mulut memang patut diberi penampar.
“Rissa,I minta maaf”
“Kenapa you nak minta maaf?I dah lepaskan dia lama baru you datang Atrisha.I tak nak keluar perkataan bukan-bukan dari mulut I.Jom sayang” Atrisha terpingga-pingga ditarik Asfan.Asfan tidak boleh berhadapan dengan Marissa lagi.Perasaan dia bercampur baur.Lagi dilayan lagi menjadi gila Marissa.
“Bodoh…Tak guna punya perempuan…Apa pandang-pandang.Dah tak ada kerja” Herdik Marissa apabila semua mata tertumpu pada dia.Ada yang sedang berbisik-bisik.Habis majalah diatas meja kopi diteraburkan.Marissa sudah hilang akal.Tidak sangka Asfan akan memilih Atrisha lebih dari dia.Marissa langsung tidak percaya.Dia tidak dapat menerima kenyataan kehilangan Asfan.
*******
“Sayang…sayang…Asfan Azriff,stop!”Langkah Asfan terhenti.
“Yang kena tampar I,bukan you” Asfan tersedar.Timbul rasa simpati.Tangan Atrisha dicapai dan diramas lembut.Dielus pipi halus tunangnya.Masih merah.Tentu kuat tamparan Marissa.
“Im sorry sayang. I tak sangka Marissa boleh bertindak sampai macam tu sekali” Asfan rasa bersalah.Dia sendiri tidak pernah mengasari Atrisha.
“Apa yang sebenarnya jadi antara you dengan Rissa,Asfan?”Soal Atrisha.Dia sering cari kesempatan untuk bertanya Cuma tiada waktu yang sesuai.Atrisha dapat rasa ada sesuatu yang belum selesai antara Asfan dan Marissa.Jika tidak,mengapa Marissa masih mencari Asfan hingga kini.
“I tak suka ungkit benda dah lama sayang.Lagi-lagi benda yang boleh burukkan dia.Teruk macam mana pun Rissa buat I,dia pernah ada dalam hidup I” Atrisha menarik tangan yang sedang digenggam Asfan.
“You masih cintakan dia?” Atrisha inginkan kepastian. Dia tidak mahu ada perasaan ragu-ragu dihati Asfan.
“You cemburu?”
“you tak jawab lagi soalan I” Bentak Atrisha.Dia melangkah menuju ke kereta Asfan.Lelaki itu hanya menurut.
“Sayang..Mesti la I cintakan you.I will always love..only you Atrisha Najwa.I tak nak you fikir bukan-bukan.tentang I dan Marissa,kami dah lama putus.You tahu kenapa dia jadi macam tu?”Atrisha mengangkat muka menghadap Asfan yang berdiri dihadapan dia.
“Nanti you kahwin dengan I you tahu lah” Asfan mengaduh kecil bila lengan dia dicubit Atrisha.
“Gatal..” Malu Atrisha dengan gurauan Asfan.Namun di dalam hati memang dia tidak tidur malam fikirkan waktu itu.Hanya tinggal sebulan sebelum dia menjadi isteri Asfan.
“Lah,takut ke? Apa you fikir tunang you ni Edward Cullen ke?” Asfan mencuit hidung mancung Atrisha.Comel betul Atrisha bila malu.
“Kalau you Edward Cullen,biar I jadi bella Swan..hehe”
“Wow,Tunang I dah pandai menjawab.Sakit tak tadi sayang?”Pipi Atrisha diusap lembut.
“Sakit la,macam mana you boleh couple dengan perempuan ganas macam tu sayang?” Asfan tersenyum.
“Itu jer yang ada dulu” Asfan dan Atrisha sama-sama ketawa.Atrisha tidak mahu pekara-pekara remeh merosakkan perasaan terujanya untuk menjadi isteri Asfan.Lagipun dia sudah jelas dengan latar belakang Asfan.Jika ada wanita yang menganggu,Atrisha perlu sabar.Itu jumlah yang perlu dia bayar untuk menjadi isteri kepada seorang buaya darat. Siapa Asfan dahulu,dia tidak peduli.Dia cintakan Asfan yang ada dihadapan dia sekarang.
*************
Atrisha mengemas pinggan diatas meja.Sudah sebulan dia menjadi suri rumah sepenuh masa.Asfan tidak mahu Atrisha bekerja.Kata Asfan,selagi dia mampu,biar dia sahaja yang memikul tanggjawab untuk mencukupi keperluan mereka sekeluarga.Asfan mahu Atrisha berehat dan berhias untuk dia sahaja. Baru Atrisha tahu yang suaminya itu kuat cemburu.
“Trut..trut…” Atrisha mencapai talifon bimbit di atas sofa.Katrina.
“Assalamualaikum,pengantin.Hilang terus bila dapat hero Malaya”Atrisha ketawa kecil sebelum menjawab salam Katrina.Rindu pula dia dengan teman-teman sekerja.Lepas berkahwin,Atrisha terus menyepikan diri.Waktu banyak dihabiskan bersama-sama Asfan.
“Waalaikumusalam..Aku ada tapi biasalah.Jaga suami.Seronoknya kahwin”
“Amboi.Macam mana Asfan?Aku dah lama tak nampak dia kat kelab.Kau rantai dia kat rumah ke Sha?” Atrisha ketawa lagi.Asfan memang sudah lama tidak keluar malam.Kecuali jika Asfan punya hal penting yang tidak dapat dielakkan.
“Ada lah kan cara nak ikat suami duduk rumah jer Kat.Hahaha..Kau macam mana?” Dari corong talifon,kedengaran Katrina melepas satu keluhan berat.
“Shared suami ni bukan senang Sha.Kau lain.Asfan milik kau jer.Aku kena shared Dato’ Aliff dengan isteri pertama dia”Luah Katriana.
“Tapi dia adil kan?”
“Memanglah.Tapi bila majlis-majlis rasmi,mana ada bawa aku”
“Habis tu nak buat macam mana.Dah itu protocol.Kecuali Datin tak kisah.Kat,sabarlah.Kau yang ambil risiko hidup bermadu kan?kau kena terimalah.Apa-apa pun,isteri pertama mesti dia utamakan.Asal dia tak abaikan kau sudah” Nasihat Atrisha.Dia dari dulu tidak bersetuju jika Katrina memilih suami orang untuk dibuat suami.Sakit hidup bermadu.
“Itu lah kan.Nak buat macam mana.Dah terlanjur jatuh cinta.Kau doakan yang baik-baik sahaja untuk aku Sha.Doakan aku cepat dapat baby.Mana tahu Dato’ bertambah sayang aku sebab isteri pertama dia kan tak boleh mengandung,anak pun anak angkat" Cerita Katriana.Dia berharap akan cepat-cepat dapat memberi zuriat kepada suaminya.
“Kau jangan ambil kesempatan pula nanti kalau Allah izinkan kau pregnant.”
“Aku tahu lah Sha.Kau ingat aku ni kejam sangat ke”,kau tu belum ada isi lagi ke?” Soalan Katrina disambut dengan ketawa kecil.
“Asfan kata tak rancang.Ada rezeki cepat,cepat lah.Kalau tak,tunggu jer lah” Bagi Atrisha terlalu cepat untuk mereka menimang cahaya mata.Belum puas lagi dia bermanja dengan Asfan.
“Sha,aku kena pergi dulu.Ada photoshoot kat FRIM.Nanti senang-senang kita hang out okay” Ujar Katrina mengakhiri perbualan.Atrisha menyambung kembali kerja-kerja dia yang terhenti tadi.
“Trut..trut…”Baru Atrisha ingin mengambil penyapu,talifon bimbitnya sekali lagi berbunyi.
“Nak apa lagi ni…”
“Sayang,kenapa cakap macam tu.I lah”Atrisha cepat-cepat melihat diskrin talifon.Terpampang wajah Asfan.Bagaimana dia tidak perasan.
“I ingat Kat.Tadi dia call I”
“Kat ke orang lain ni sayang.Jangan macam-macam”Keras sedikit suara Asfan.Dia takut ada mana-mana lelaki menganggu Atrisha.Terdetik rasa cemburu.
“Sumpah,Kat yang call I tadi”
“Betul sayang?you tak tipu?”
“Ya Allah dia ni..Tak percaya sudah lah.Ingat kita macam dia agaknya” Suara Atrisha separuh merajuk.Dia tidak suka Asfan fikir yang bukan-bukan tentang dia.Selama mereka bersama,tidak pernah terdetik untuk Atrisha berlaku curang dibelakang Asfan.Cinta dia Cuma untuk lelaki itu saja.
“Sayang merajuk ke tu?I Cuma bimbang saja.You don’t know how much I love you sayang.” Kata-kata Asfan membuatkan Atrisha kembali tersenyum.Dia tahu Asfan tidak suka lihat dia bersedih.
“I do love you,but you should trust me okay”
“Okay sayang.Jangan nakal-nakal ya.I balik lambat sikit.Ada meeting lepas pukul lima”
“I love you sayang..”
“Me to.Love you so much Mr.Asfan Azriff” Terdengar Asfan mengucup talifon hingga membuatkan Atrisha geli hati.Ada-ada sahaja suaminya itu.
*******
“Lebarnya senyum Fan.Aku tak tahu lah ubat apa Atrisha bagi pada kau sampai boleh berubah macam ni sekali” Teguran Mikail mematikan senyuman Asfan.
“Senyum pun salah”
“Kau ingat aku tak dengar kau cakap dengan Atrisha..Cemburu..Muah..Muah la.Geli aku.Sejak bila Asfan Azriff yang aku kenal jadi macam ni?” Asfan menggeleng.Tidak peduli dengan sindiran Mikail.
“Cakap jer lah apa-apa Mika.Janji,kau bahagia..” Kedua sahabat itu berjalan beiringan ke bilik Asfan.Pagi itu mereka tidak begitu sibuk.
“Trut..trut…” Asfan menyeluk saku mencapai talifon bimbitnya.
“Marissa…” Asfan menunjuk skrin talifon yang terpapar nombor Marissa.
“Dah dua puluh empat miss call aku terima dari dia” Beritahu Asfan.
“Pernah ke macam tu?” Asfan menggeleng.Seketika kemudian,talifon Asfan berdering lagi minta diangkat.Kali ini,Mikail meminta Asfan untuk menjawab.Bimbang jika ada perkara penting yang ingin Marissa cakap.
“Hello,you nak apa?” Soal Asfan acuh tak acuh.
“Afan,I nak you datang tempat I..kalau tak I bunuh diri..” Pendek kata-kata Marissa.Belum sempat Asfan menjawab,Marissa sudah mematikan talifon.Mikail pelik melihat perubahan di wajah Asfan.
“Kenapa Fan?”
“Kau ikut aku pergi tempat Rissa.Aku tak sedap hati.Dia kata kalau aku tak datang,dia nak bunuh diri”
“Dia ugut jer kot Fan.Tak payah lah” Asfan mengeluh.Serba salah.Dia takut sesuatu yang buruk berlaku.Marissa pernah mencederakan diri beberapa kali .Tidak mustahil jika Marissa benar-benar bunuh diri jika dia tidak datang.
“Aku tak sedap hati Mika.Marissa tu bukan betul sangat.Nanti dia buat betul-betul serba salah aku” Luah Asfan dengan wajah yang sudah tidak keruan.
“Habis kau nak beritahu Isha tak?”
“Gila kau.Kena kerat aku dengan dia nanti.Jom,kau temankan aku” Ajak Asfan.Ditarik lengan Mikail tanpa berlenggah.