Chapter 17

2208 Words
Bab 17 Suasana di lobi hotel hingar bingar dengan kehadiran tetamu. Mungkin ada dua tiga majlis malam itu.Terdapat satu lagi majlis korporat didewan utama.Asfan mencari sesiapa yang dia kenali di sekitar kawasan taman yang disewa Katrina.Tiada siapa kecuali beberapa orang model yang pernah bekerjasama dengannya.Rambang juga mata Asfan dibuatnya.Cantik-cantik belaka tetamu Katrina.Mikail,Alex dan teman-teman dia yang lain akan datang kemudian.Masing-masing punya urusan yang perlu diselesaikan dahulu.Asfan datang awal pun kerana tidak sabar untuk bertemu Atrisha.Hadiah untuk diberikan pada Katrina,Asfan letak dikaunter hadiah sebelum dia duduk di kerusi luar dewan. “Hai,”Asfan menoleh. “Kat..” Senyuman bertembung.Asfan menoleh kepada lelaki disebelah Katrina.Asfan pernah melihat lelaki itu di kaca televisyen.Jika Asfan tidak silap,lelaki bersama-sama Katrina itu penceramah motivasi untuk bakal usahawan.Lelaki itu sudah beristeri setahu Asfan. “Kenapa tak masuk?Encik Asfan,I kenalkan.Boyfriend I,Dato’ Aliff” Asfan menyambut salam lelaki yang bergelar Dato’ itu. “Tak apa,I tunggu kawan” Beritahu Asfan.Segan. “Tunggu kawan ke,tunggu Atrisha?”Asfan tersenyum.Tidak menjawab pertanyaan Katrina. “Sayang,ni lah bos I yang I kata nak try Isha tu” “Padan lah dengan Isha.Cantik dan handsome.Patutlah Atrisha tak layan Dato’- Dato’ yang nak mengorat dia” Usikan Dato’ Aliff membuatkan hati Asfan kembang.Jika benar Atrisha tidak melayan.Baguslah. “Mana ada Dato’,saya pun dia tak layan” “Ayat tak cukup manis tu.Kena ikut talk cinta saya lah macam tu” Asfan dan Dato’ Aliff sama-sama ketawa.Pandai betul lelaki itu bergurau. “You ni sayang.Dah cukup lah tu.Jangan nak menambah lagi.I kerat you nanti”Sekali lagi Asfan dan Dato Aliff ketawa melihat wajah masam mencuka Katrina. “You dengan Datin pun dah buat I pening.Cukup lah tu…haha…Asfan,Isha tu baik orangnya.Kalau dapat,ikat terus.Jangan lepas,kalau tidak rugi you”Pesan Dato’ Aliff yang sudah lama mengenali Atrisha menerusi Katrina.Ramai juga kawan-kawannya yang cuba melamar Atrisha untuk dijadikan kekasih,tetapi semua ditolak Atrisha mentah-mentah. “Saya memang nak ikat dia,tapi tak ada peluang.” “Ikat cara halal ya” Katriana menyampuk sambil menjeling Asfan. “She is definitely different Dato’….” Dato’ Aliff mengangguk mengerti. “Encik Asfan tunggu.Kejap lagi saya minta dia jemput Encik Asfan masuk.Dato’ ni tak boleh lama-lama dengan Encik Asfan.Nanti banyak benda yang diajar Encik Asfan.Mana kawan-kawan Encik Asfan yang lain?” Baru Katrina teringat.Selalunya,Asfan tidak pernah berseorangan. “Ada,on the way.Kejap lagi sampai lah tu.You guys masuk dulu.Nanti guess tercari-cari pula.Dont worry about me” Beritahu Asfan.Dia sudah biasa majlis begitu.Nanti pandai-pandailah dia membawa diri. “Betul ni?”Asfan hanya mengangguk sambil tersenyum.Seketika kemudian,dia kembali berseorangan.Mata Asfan tidak kelip-kelip memerhati gelagat tetamu yang makin ramai.Majlis sambutan hari jadi dah macam majlis kahwin.Pelik Asfan.Berapa agaknya yang Dato’ Aliff laburkan buat majlis hari jadi Katrina. Dia selalu menguruskan majlis dan acara tetapi belum pernah pula dia menguruskan majlis hari jadi. Sayang betul Dato’ pada kekasihnya itu. “Jauh menung?”Lamunan Asfan terhenti.Asfan menjeling Atrisha atas bawah.Cantik Atrisha dengan gaun kembang berwarna ungu.Kebetulan mereka memakai baju warna sedondon.Macam berjanji pula. Atrisha rimas diperhatikan begitu.Sepertinya ada yang tidak kena dengan gaun yang dipakainya. Atrisha membelek dirinya berkali-kali untuk pastikan tiada cacat cela pada penampilan dia malam itu. “Kenapa keluar.Kan kawan-kawan you ramai di dalam”Ujar Asfan.Dia tidak kisah pun tunggu diluar dahulu.Majlis pun masih belum bermula. “Kat minta I jemput you masuk” Asfan tersenyum mengigit bibir sebelum mengalih pandangan kearah lain. “Oh,I ingat you memang cari I..Tak apa,I okay.You masuk dulu” Ujar Asfan separuh merajuk. Asfan fikir,Atrisha menunggu kehadiran dia disitu. “Oh,I boleh masuk lah ni?you okay kan?” Sengaja Atrisha berkata begitu.Sekadar menguji Asfan.Sebenarnya Atrisha gementar bila berdua dengan Asfan begitu walau disekeliling mereka orang ramai.Semalaman dia menanti panggilan dari Asfan tetapi lelaki itu bertindak menyepikan diri tiba-tiba.Sepanjang setengah tahun Asfan cuba merapati dia.Semalam lah waktu paling lama Asfan menghilangkan diri.Entah dengan siapa Asfan berteman semalam hingga melupakan dia.Asfan tidak tahukah dia rindu. “You memang tak kisah kan pada I Isha” Kata-kata Asfan menghentikan langkah Atrisha.Apabila ditoleh,Atrisha lihat wajah Asfan berubah.Tiada riak gembira seperti sebelum ini. “Apa maksud you?” Asfan menggeleng.Dia melangkah meninggalkan Atrisha yang terpingga-pingga.Adakah Asfan betul-betul ambil hati dengan kata-kata dia sebentar tadi.Atrisha menjadi serba salah namun dia tidak berani menegur Asfan. “Encik Asfan baru sampai?” Tegur Juita sambil menghulurkan minuman kepada Asfan.Asfan mencapai gelas sebelum meneguk air hingga habis segelas.Haus betul jadi pak pacak dari tadi. “Lama dah.I tunggu Mika.Nak masuk dulu segan.Tak ada yang I kenal” Sengaja Asfan menjeling Atrisha.Kata-kata itu memang dituju kepada Atrisha.Atrisha mengelak takala mata mereka bertembung. “Kami kan ada Encik Asfan” Beberapa orang gadis cantik yang duduk di meja bersebelahan mereka melambai tangan kearah Asfan.Asfan membalas dengan senyuman.Ramai betul gadis-gadis cantik malam itu.Tapi bagi asfan,Atrisha lah yang paling cantik dimata dia.Cuma Atrisha sudah buat dia terasa hati.Mungkin Atrisha benar-benar tiada hati pada dia.Hanya dia sahaja yang terhenggeh-heggeh. “Tu Encik Mikail,Encik Alex dah sampai” Juita menunjuk kearah Beberapa orang lelaki yang sedang berjalan menuju ke meja mereka.Hati Juita melonjak lihat Mikail yang kelihatan kacak dengan kemeja biru laut dan seluar slack kelabu.Lelaki itu melangkah dengan senyuman penuh kearah mereka. “Lambat sampai?”Soal Asfan pendek. “Hantar mem besar pergi KLIA dulu.Nanti dia syak pula”Asfan ketawa.Takut juga Mikail pada Ceceilia.Kalau belakang Ceceilia,Mikail lah raja segala buaya. “Tadi Marissa datang rumah aku Fan.Dia cari kau,CC kata kau tak ada,memang kau tak ada kan?Kau dah lama tak jumpa dia?” Cepat-cepat Asfan menekup mulut Mikail.Mati dia kalau Atrisha dengar. “Biarkanlah dia.Jangan sebut pasal dia lagi boleh?Kau cakap jer lah apa-apa” Bisik Asfan.Dia tidak mahu mendengar nama Marissa disitu. “Sorry Fan.Aku lupa lah” Mikail menjeling Atrisha yang sedang memerhati gelagat mereka. “Hai Trisha.Cantik you malam ni?”Tegur Mikail teragak-agak.Takut juga dia jika Atrisha mendengar perbualan dia dan Asfan. “Hai dengan Atrisha jer Encik Mikail” Sampuk Juita tiba-tiba. “Eh,lupa.I tak say hai dengan you lagi ke?” Mikail bangun dan beralih kekerusi bersebelahan Juita.Dia mahu beri laluan pada Atrisha dan Asfan.Mikail dapat rasakan bahawa Atrisha dan Asfan sedang perang dingin waktu itu.Atrisha dan Asfan,masing-masing tidak bertegur. Lain benar perangai Asfan sejak tangkap cintan dengan Atrisha. Sikit-sikit hendak merajuk.Kalah perempuan. “Excuse me,I pinjam Atrisha kejap boleh?”Semua mata tertumpu pada Iqbal dan kemudian beralih pada Atrisha dan Asfan.Asfan pura-pura buat tiada apa yang berlaku.Namun dia berharap Atrisha tidak bangun.Tetapi harapan Asfan lebur bila Atrisha menyambut huluran tangan Iqbal.Hati Asfan sedikit hampa.Dia tidak boleh melayan perasaan.Biarlah Atrisha hendak pergi dengan siapa.Atrisha bukan milik dia. “Afan,kau tak kisah ke?” Soal Mikail setelah Atrisha berlalu pergi dengan Iqbal.Siapa agaknya Iqbal dengan Atrisha.Kerap betul dia bertembung Atrisha dengan Iqbal.Hendak kata bercinta.Mikail sudah risik dengan Katriana.Atrisha masih solo. “Habis,kau nak aku buat apa?Isha tu bukan sesiapa dengan aku.Aku tak boleh halang dia Mika” Mikail mengosok bahu Asfan.Dia tahu lelaki itu cemburu.Bukan sehari dua Mikail mengenali Asfan.Asfan boleh bertenang,itu bermakna Asfan akan mencuba lagi.Jika tidak,Asfan sudah balik. “Encik Asfan,jangan risau.Isha dengan Iqbal tu kawan jer.Kalau syok pun,Iqbal yang syok pada Isha.Isha tu mana boyfriend”Ujar Juita membela Atrisha.Dari tadi dia perasan pandangan Asfan tidak mati pada Atrisha dan Iqbal yang sedang rancak berbual mesra.Geram juga dia dengan Atrisha.Boleh pula Atrisha melayan Iqbal malam itu.Sengaja cari pasal. “I tak kisah pun Juita.Dont worry”Asfan minta diri untuk keluar sebentar.Mengambil angin.Dia langsung tidak terhibur malam itu.Fikiran asyik teringat Iqbal memimpin tangan Atrisha.Siapa Iqbal dengan Atrisha.Kenapa selama dia cuba mendampingi Atrisha wanita itu tidak pernah sebut tentang Iqbal.Sakit kepala dan hati jika difikir-fikirkan.Sudah lama Asfan tidak rasa sesakit itu.Bunyi muzik bingit dari ruang dewan tidak menganggu Asfan untuk terus fikirkan tentang Atrisha.Asfan membiarkan sahaja majlis berlangsung tanpa dia.Dia hanya mendengar dari luar dewan pengacara majlis mengumumkan majlis tari menari berlangsung sebentar sahaja lagi. “Encik Asfan,mari lah masuk”Ajak Maya.Kebetulan dia masih belum punya pasangan untuk menari.Lelaki kacak itu pasti pandai menari.Seronoknya jika dapat menari disamping Asfan.tentu ramai yang cemburu. “No thank,I tak suka menari” Tolak Asfan lembut. “Alah Encik Asfan ni.Sporting sikit.Mari”Belum sempat Asfan mengelak,Maya terlebih dahulu menyambar lenggan Asfan.Menarik dia masuk semula kedalam dewan.Lampu dimatikan dan diganti dengan lampu malap bergemerlapan.Lagu romantik dimainkan dan masing menari mengikut rentak muzik.Asfan terasa sumbang langkahnya.Lari dari tempo.Dia tidak bersedia untuk menari dengan sesiapa pun. “Encik Asfan tak pandai menari ke?”Soal Maya sambil memeluk pinggang Asfan erat.Dia pernah lihat Asfan menari.Mana mungkin lelaki itu tak pandai menari. “I dah kata I tak pandai menari” Bohong Asfan. “Tak apa,I ajar..”Asfan hanya membiarkan sahaja Maya memeluk dirinya.Jasadnya sahaja disitu.Fikiran Asfan melayang.Alangkah seronoknya jika itu Atrisha.Sedang sibuk melayan perasaan.Mata Asfan tertancap pada Atrisha dan Iqbal yang asyik menari.Berpelukan.Hati Asfan diregut cemburu. “Maya,sekejap.”Asfan meleraikan pelukan Maya.Mata dia sakit lihat Iqbal yang sewenang-wenangnya memeluk Atrisha sesuka hati.Asfan melangkah meninggalkan Maya sendiri.Maya mendengus kecewa. “Iqbal,boleh aku ambil Isha balik” Iqbal tercenggang.Bila pula dia ambil Atrisha daripada Asfan.Suka-suka hati Asfan kata begitu.Sewaktu bekerja,Asfan majikan tetapi diluar waktu kerja,Asfan tidak boleh sesuka hati mengambil hak dia. “Bila aku ambil dia dari kau bro” “Iq,I datang dengan Afan” Atrisha tidak mahu memanjangkan cerita.Tidak pasal-pasal nanti Iqbal dan Asfan bertumbuk kerana dia.Buat malu pada orang sahaja.Atrisha ingin menarik Asfan keluar tetapi Asfan menolak.Mereka kembali ke kelompok mereka yang sedang menari.Tubuh Atrisha ditarik merapati dadanya.Atrisha cuba menolak tetapi makin kuat rangkulan Asfan.Atrisha terpaksa mengikut tari Asfan dengan paksa. “Kenapa you biarkan Iqbal peluk-peluk you” Asfan berbisik ditelinga Atrisha keras. “You dah kenapa Asfan?Mana ada dia peluk I.You yang tengah peluk I tak apa?”Asfan merenung mata Atrisha.Wanita itu fikir dia buta.Mana mungkin dia salah pandang. “I nampak tadi dia peluk you” “You jangan merepek.Baik you lepaskan I Asfan” Atrisha menekan suara sambil tangannya cuba melerai tangan Asfan yang erat melilit pinggangnya. “I cintakan you Isha” Laju tiga perkataan keramat itu keluar dari mulut Asfan.Merah padam muka Asfan.Atrisha gumam.Rasa ingin cubit pipi untuk pastikan apa yang Asfan katakan itu benar.Namun dia tidak boleh cepat percaya.Mungkin lelaki itu mabuk.Tapi Asfan tidak minum malam itu.Ah,mungkin Asfan sengaja mahu cuba-cuba. “I tak percaya”Atrisha memaling wajah apabila Asfan memegang dagunya meminta Atrisha memandang matanya.Asfan mahu Atrisha percaya yang Atrisha satu-satunya wanita yang berjaya menawan hatinya. “I sumpah yang I tak pernah rasa macam mana I rasa pada you Isha.I tak nak hilang you.Kita kahwin.I ready to be a part of you.I boleh gila bila tengok lelaki lain rapat-rapat dengan you Isha.I tak boleh”Asfan tidak tahu dimana kekuatan yang dia perolehi.Itu kali pertama dia melamar seorang wanita.Apa yang Asfan tahu,dia tidak mahu kehilangan Atrisha. “I tak percaya.Nanti you layan I macam perempuan-perempuan you sebelum ni” Atrisha memberanikan diri membalas renungan Asfan. “You nak I buat macam mana baru you percaya?” Atrisha menggeleng.Rangkulan Asfan dibalas.Asfan spontan mengucup ubun-ubun Atrisha.Mendapatkan Atrisha bagai satu kemenangan besar buat Asfan.Dia Berjaya menawan hati wanita itu akhirnya. “Isha,you cintakan I tak?” Lambat-lambat Atrisha mengangguk malu. Merah padam wajahnya mendengar pertanyaan Asfan. Takut hendak jawab ya juga. “I cintakan you.Maaf,buat you macam-macam.I tak berani” “You takut I dah dapat you,I tinggalkan you…”Sekali lagi Atrisha mengangguk.Memang itu yang dia takuti.Asfan sudah mengagak.Itu sebab utama Atrisha sering menolak dirinya. “Isha,kan I dh kata.I tak kan buat apa-apa pada you selagi you belum jadi isteri I ..Tu janji I okay.I nak kahwin dengan you,I pasti dengan perasaan I.” Jari kelingking Atrisha disangkut pada jari kelingkingnya.Asfan benar-benar ingin bersama Atrisha.Dalam suasana yang penuh cahaya gemerlapan itu Atrisha dan Asfan berpelukan,meraikan kisah cinta mereka yang baru sahaja bermula.Alangkah bahagianya Asfan dan Atrisha waktu itu hanya tuhan yang tahu. ****** “Kurang ajar!” Marissa meronyok surat khabar yang terpampang wajah Asfan dan Atrisha yang mengumumkan tarikh perkahwinan antara Atrisha dan Asfan. “Patut pun kau tak layan aku..Dasar perampas!”Jerit Marissa menghempas semua barang diruang tamu. Gambar Asfan dikoyak-koyak.Dia tidak boleh menerima kenyataan yang Asfan akan berkahwin dan menjadi milik wanita lain.Marissa bersiap-siap,dia perlu bertemu Asfan.Asfan tidak boleh kahwin dengan wanita lain.Lelaki itu Cuma milik dia.Marissa tidak rela.Berbelas tahun dia bersama Asfan,hanya dia layak untuk Asfan.Atrisha Cuma persinggahan buat Asfan.Mungkin Asfan sengaja mahu menyakitkan hati dia.Kunci yang tergantung dicapai.Marissa terus keluar.Tempat pertama yang akan dia tuju sudah tentu di kondominium Asfan.DIa tidak pernah ke situ kerana Asfan melarang atas alasan dua adik Asfan disitu. “Cik nak cari siapa?” Soal pengawal keselamatan yang bertugas sebaik Marissa memarkir kereta di tempat pelawat. “Saya cari Encik Asfan,yang pakai kereta Audi putih nombor plat AFN 17,kalau tak silap alamat dia Blok B Tingkat 5 pintu B17” Marissa memberi maklumat teperinci berkenaan Asfan. “Encik Asfan dah tak duduk sini.Dia baru pndah minggu lepas.Rasanya dia beli rumah baru sebab nak kahwin”Penjelasan pengawal keselamatan itu membuatkan Marissa bertambah sakit hati.Sudahlah tinggalkan dia begitu saja.Pindah rumah pun tidak beritahu. “Tak apa lah.Terima kasih” Cermin pintu dinaikkan semula.Marissa menjerit sambil menghentak stering kereta berkali.Air mata Marissa bercucuran.Terketar-ketar tangan Marissa menahan marah.Mana dia nak cari Asfan lagi.Asfan tidak tahukah yang dia tidak boleh hidup tanpa lelaki itu. “Asfaaaaannn!!!!Perempuan perampas..Bodoh!" Sumpah Marissa berkali-kali. Pasti Atrisaha sudah guna-gunakan Asfan. Jika tidak, Asfan tidak akan sekali berpaling pada dia. Asfan cintakan dia seorang.Itu Marissa sangat pasti.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD