Bab 16
Asfan menunggu Atrisha didalam kereta sementara habis acara untuk malam itu. Sejak peristiwa Atrisha menghantar dia pulang,hubungan mereka menjadi semakin baik.Namun begitu hubungan mereka masih diperingkat awal. Atrisha selalu mengingatkan Asfan batas mereka sebagai kawan dan Asfan sangat menghormati pendirian Atrisha. Dia yakin satu hari nanti Atrisha akan jadi milik dia juga.Dia akan tetap sabar menanti waktu itu. Asfan juga sudah lama tidak bersama dengan mana-mana wanita. Mata hati Asfan sudah terkunci buat Atrisha.Mata Asfan sudah buta dek kerana cintakan Atrisha.Wanita seperti Atrisha satu dalam seribu.
“Uits…Jauh menung?” Tegur Atrisha. Asfan tersenyum sambil menekan pembuka kunci pintu kereta. Cermin kereta yang terbuka Asfan naikkan semula. Atrisha masuk kedalam perut kereta dan terus bersandar melepaskan lelah.Penat berkasut tumit tinggi sepanjang malam.
“Tak la. You penat?”
“Sikit.Kenapa?” Asfan menggeleng. Dia fikir hendak ajak Atrisha makan malam tapi bila lihat Atrisha keletihan tidak sampai hati pula dia.
“Jom pergi makan” Tiba-tiba Atrisha mengajak. Dia tahu Asfan mahu mengajak dia mkn tapi pasti Asfan takut dia penat.
“You tak penat?”Atrisha menggeleng. Kasihan Asfan. Lelaki itu nampak letih.
“Thanks. I memang lapar pun” Asfan tersenggih. Syukur Atrisha faham. Jika tidak,kelaparan juga dia malam itu.
“Welcome, tapi you kena bawa I kat satu tempat ni. Ni kalau you nak tahu tempat makan favorite I tau” Asfan mengangkat kening. Dia tengah lapar, kalau Atrisha ajak makan kedai tepi jalan pun dia ikutkan sahaja. Jangan jauh sudah.
“ Jauh ke? I lapar ni”
“ Depan office you jer”
“Mak ai. Tak ada yang dekat lagi ke sayang?” Asfan buat muka terkejut. Atrisha sengaja menyiksa perut dia ni.
“Jangan panggil I sayang. I tak suka. Kalau you tak sanggup nak ke sana tak apa la. Kita makan kat kedai mana-mana jer la” Ujar Atrisha separuh merajuk. Dia bukan teringin sangat pun tapi sekadar ingin menguji Asfan.
“ Jangan lah merajuk. Jom. You tunjuk jalan. I ikut jer” Mahu atau tidak Asfan terpaksa akur. Dia tidak rela memujuk Atrisha kerana dia tahu pasti wanita itu sukar dipujuk. Seketika kemudian Atrisha ketawa membuatkan Asfan pelik. Macam-macam pulak lah kerenah Atrisha malam-malam begitu.
“ You kenapa ketawa pula ni?”
“ I kelakar tengok muka you tu. Lapar sangat eh? Tu ada McD. Kita makan sana jer la. I saja nak tengok you” Asfan merenung Atrisha seketika minta kepastian. Dia ragu-ragu.
“ I seriuslah. Kesian you lapar. Dah la tunggu I lama. I belanja you nak?” Seketika kemudian Asfan tersenyum mengangguk setuju.Asfan membelok kereta menuju ke arah restoran McDonald yang terletak 200 meter dari tempat acara Atrisha. Keadaan agak sesak malam itu mungkin kerana esok cuti. Atrisha mencari tempat kosong manakala Asfan ke kaunter membeli makanan.
Hampir 15 minit kemudian baru Asfan muncul dengan membawa dulang berisi makanan. Dia mengambil tempat bersebelahan Atrisha.
“Nak juga berkepit tu kan?” Asfan tersenggih. Tak kisahlah Atrisha hendak kata apa asal dia dapat duduk berkepit dengan Atrisha.
“Boleh I rasa quarter pounder you Sha?” Atrisha mengangkat kening. Belum sempat dia kata apa,Asfan sudah mengambil burger dari tangannya.
“ Sedap?” Soal Atrisha sambil mengambil semula burger miliknya dari tangan Asfan.
“ Apa-apa lebih you semua sedap” Asfan ketawa. Merah padam wajah Atrisha malu bila direnung Asfan sekilas.
“ Mengadakan you ni?” Muncung Atrisha mula panjang sejengkal.Geram.
“ I bukan macam ni tau. Dengan you jer I mengada-ngada” Asfan makin galak mengusik.Suka lihat hidung Atrisha yang sudah memerah.comel.
“ Yelah tu”
“ Sha, nanti you bawa I jumpa parent you boleh?” Atrisha berhenti mengunyah. Mata tidak berkelip memandang Asfan.
“ I serius Sha”
“ Merepek lah you ni. Makan cepat. Tadi kata lapar” Asfan menghela nafas panjang. Atrisha fikir dia main-main agaknya. Dia betul-betul mahukan Atrisha. Dia takut wanita itu disambar orang. Mungkin Atrisha masih ragu-ragu dengan dia. Tidak mengapalah. Asfan akan tetap sabar. Dia pasti nanti Atrisha akan cair juga dengan dia. Tak guna dia tergopoh gapah,nanti buat Atrisha takut pula. Biar pelan-pelan kayuh kata orang tua-tua. Selesai makan malam seperti biasa Asfan akan terus menghantar Atrisha pulang. Atrisha tidak suka menyinggah kemana-mana jika tiada arah tujuan. Asfan pun sudah faham.Lagipun dia tahu Atrisha penat.
+Baru hendak bergerak,talifon bimbit Asfan bergetar minta diangkat.
“Trut..Trut…Trut….trut…” Asfan menjeling skrin di Dashboard kereta. Tertera nombor Zeti. Apa pula yang wanita itu ingin dari dia malam-malam begitu. Asfan ingat Zeti sudah lupa pada dia. Asfan mengenakan earphone ketelinga.
“Hai..Ada apa you call I ni Zeti?” Soal Asfan tanpa berbasa basi. Dia tidak mahu Atrisha salah faham.
“Hai. Saja. I rindu you. You kat mana?” Suara manja Zeti dicorong talifon,sedikit pun tidak membuatkan Asfan tergoda.
“On my way balik to my place”
“ Tadi I nampak you dengan Atrisha. Bukan main mesra lagi. You ada apa-apa dengan dia ke?”
“ Kami kawan jer. Kenapa?” Memang itu kenyataannya.Dia dan Atrisha masih dalam fasa persahabatan.
“ Nothing. Cuma pelik. Kawan-kawan kata you dah tak ke Kelab lagi. Pelik” Asfan ketawa kecil. Apa yang pelik. Bukan dia tidak pergi langsung. Cuma dia kurangkan aktiviti malamnya kerana bagi Asfan dia perlu mencuri masa untuk bergayut di talifon setiap malam dengan Atrisha.
“Tak ada yang pelik. I penat. Kadang-kadang I kena rehat juga, Lagipun tak rugi kelab tu kalau I tak ada” Ujar Asfan berseloroh.
“So,malam ni you free tak? Come to my place” Pelawa Zeti. Jika nak ketempat Asfan memang lelaki itu tidak benarkan. Alasan Asfan, takut adik-adiknya tahu. Entah ia, entah tidak. Tapi sepanjang tiga tahun dia dan Asfan memang tidak pernah sekali Asfan mengajak dia ke rumah.
“ Malam ni tak boleh la Zeti. Sorry” Tolak Asfan sopan. Tidak mahu Zeti terasa hati.
“ Why?”
“ I ada benda nak buat”
“ Ke you dah janji dengan perempuan lain ni?” Duga Zeti. Biasa begitulah Asfan. Tiap malam ada sahaja wanita berlainan menjadi peneman lelaki itu.
“ Tak. I swear. Memang I tak ada nak lepak dengan other girls. I ada benda lain nak buat”
“ Betul ni?”
“ Ya. Buat apa I nak tipu you”
“ Okey. But next time jangan nak bagi alasan. I miss you so much ni dear” Asfan tersenyum menggeleng walau dia tahu Zeti tidak nampak reaksinya.
“ Okey, I nak drive ni. Letter I contact you while I free”
“ Okey bye sayang”
“ Bye Zeti” Asfan menarik nafas lega bila Zeti mematikan talian. Dia tiada hati hendak bersama sesiapa waktu itu. Otaknya hanya fikir untuk cepat sampai dan dia boleh bergayut dengan Atrisha di talifon. Sampai dirumah,Asfan menerima satu mesej dari Katriana.
Afan,this weekend my birthday.Nanti jangan lupa datang.Isha pun ada tau.
-Katriana
Asfan tersenyum.Dia rasa,dia tahu apa yang perlu dia lakukan.Lamar Atrisha atau biarkan Atrisha disambar orang.Bukan Asfan tidak tahu,ramai lelaki-lekai kaya yang sudah berkahwin cuba memikat Atrisha.Asfan mengambil kotak berisi cincin yang sepatutnya dia beri pada Atrisha sewaktu di KK dua bulan lepas.Dibelek cincin itu lama.Mahu ke Atrisha menerima dia. Walaupun Asfan takut ditolak Atrisha,tapi tidak salah rasanya jika dia mencuba. Atrisha bukan milik sesiapa. Asfan risau jika dia biarkan Atrisha,ada lelaki yang akan mencuba untuk rebut wanita itu dari dia. Asfan tidak mahu itu semua terjadi. Gambar Atrisha di dalam galeri talifon Asfan renung lama.