Chapter 15

1813 Words
Bab 15 “Atrisha.Tolong ambilkan file atas meja tu”Pinta Dorine.Atrisha hanya menurut.Lagipun file yang dimaksudkan Dorine hanya bersebelahan dia sahaja.Kemudian,Atrisha kembali duduk disofa.Bermain dengan PSP. “Kenapa you diam saja dari tadi.Ada masalah di KK yang I tak tahu ke?”Soal Dorine ingin tahu.Kebiasaannya Atrisha seorang yang periang.Ada sahaja celoteh Atrisha. “Eh,tak ada apa-apa.I Cuma penat jer.Semalam kan baru balik.Pagi tadi dah ada photoshoot”Dorine mengetap bibir.Kasihan juga dia dengan Atrisha.tetapi tiada apa yang boleh dia buat.Atrisha sedang laris sekarang.Jika ditolak orang akan kata Atrisha sudah pandai demand.Dorine tidak mahu Atrisha terpalit dengan isu-isu bodoh.Pejalanan Atrisha masih jauh. “Sabarlah sedikit.Nanti on May u ada banyak free time.You boleh rehat puas-puas”Atrisha tergelak kecil.Bulan Mei lama lagi.Dorine fikir dia robot agaknya.Mesin pun boleh rosak. “You ni kan..Kalau boleh semua job you nak sapu.Beri lah kami rehat Dorina” Adu Atrisha sepintas. Dia mahu juga berehat. “Okay..okay..Nanti next week I beri you break seminggu.You rehat puas-puas.Jangan buat kerja part time pula”Wajah Atrisha bersinar-sinar mendengar kata-kata Dorine.Bukan senang Dorine hendak melepaskan dia begitu.Rasa ingin meloncat. “You jangan ubah fikiran pula tau.I nak balik kampung ni”Dorine menggeleng. “Ia..eh,you nak pergi mana tu?Kejap lagi ada meeting.Ni Zulin dengan Katriana mana?” Dorine tercar-cari kelibat Katriana dan Zulin.Tadi dia rasa ada bersama mereka.Kejap sahaja sudah hilang. “Zulin smoke kat bawah.Kat ada kat luar” “I nak ke toilet sekejap.Nanti I masuk balik”Dorine hanya mengangguk sebelum meneruskan semula kerja-kerja yang tertangguh tadi. “Erm,mana pula handphone aku ni?”Atrisha menyelongkar tas tangan berkali.Mungkin dia tertinggal talifon di dalam kereta.Dengan malas Atrisha melangkah ke lif menuju ke basement.Mujur dia parking berhampiran pintu masuk lobi lif. “Ada pun..hihi”Atrisha tersenggih.Terjatuh ditepi tempat duduk rupa-rupanya.Bagaimana dia tidak perasan. “Jess,you tak perlu ambil I.Nanti I balik sendiri.Barang I dekat rumah you nanti I ambil”Atrisha menoleh kebelakang.Di kenal sangat dengan suara itu.Sangkaannya benar.Asfan dengan wanita semalam.Atrisha cepat-cepat menutup pintu kereta.Dia tidak mahu berduaan di lif dengan Asfan.Lega Atrisha apabila sempat lari. “Opss,sorry”Hampir gugur jantung Atrisha.Takut tangan Asfan tersepit pun ia juga.Sempat pula lelaki itu menahan pintu lif dari tertutup.Asfan bergegas masuk kedalam lif.Sakit hati lihat wajah selamba Atrisha. “Nak larikan diri dari I?”Atrisha menelan air liur.Asfan tidak memandang dia tetapi suara lelaki itu keras. “Mana ada.Kenapa pula?” Lawan Atrisha. Buat-buat berani.Walhal jantungnya rasa ingin pecah waktu itu. “You ni memang tak ada hati dan perasaan kan?” “Apa masalah you ni ya”Asfan berpaling,merenung Atrisha.Jika diikut hati,mahu sahaja di peluk Atrisha waktu itu dan luahkan apa yang patut dia katakan malam itu.Tapi ego membataskan keinginanannya.Dia sudah cukup rasa terluka dengan apa yang Atrisha buat pada dia. “I tunggu you malam tu macam orang bodoh.Tapi batang hidung you langsung tak Nampak.Kalau tak nak datang,mesej la.Jangan buat i macam tunggul”Terkejut Atrisha apabila Asfan tiba-tiba menarik tubuhnya ke dinding lif.Jantung Atrisha berdegup kencang bila dia terasa wajahnya begitu hampir dengan dengan wajah Asfan.Atrisha tidak berani memandang.Dalam hati berdoa moga cepatlah lif sampai ketingkat lapan bangunan.Takut juga dia jika Asfan buat perkara yang bukan-bukan pada dia. “You jangan risau.I ada otak lagi.I tak kan buat apa yang you tak suka”Asfan beralih,menjarakkan tubuhnya dari Atrisha.Dia tahu wanita itu tidak selesa.Atrisha menarik nafas lega.Asfan terus keluar sebaik pintu terbuka.Atrisha lihat Asfan terus masuk kebilik Dorine dengan wajah masam mencuka.Atrisha memberi isyarat pada Katriana dan Zulin untuk mengikut dia masuk kebilik Dorine. “Kenapa dengan mamat Kpop tu?Mood macam tak baik jer…”Atrisha mencebik.Zulin panggil Asfan mamat KPOP?Tak perasan pula dia Asfan macam mat KPOP.Muka ada lah sikit. “Lambat…”Dorine menggeleng sambil matanya memberi isyarat supaya Zulin,Atrisha dan Katriana duduk segera.Asfan mood bukan boleh dijangka.Lagipun tadi Mikail sudah beritahu yang Asfan tidak berapa sihat.Mikail minta supaya Dorine mempercepatkan mesyuarat mereka pada petang itu. “Kami nak tiga orang ni untuk next event and I nak lagi lapan orang,semua ada dalam file ni.ipun dah email pada you details”Jelas Asfan sambil menyerahkan fail ditangan kepada Dorine. “Atrisha muka macam tak cukup rehat?”Soal Asfan sengaja hendak mencari topik untuk membabitkan Atrisha dalam perbualan mereka. “Dia baru balik dari KK semalam.Bukan sama dengan you?” “Sama..Tapi make sure diorang cukup rehat Dorine.I tak nak ada yang muka tak siap” “Don’t worry.Nanti I minta semua pergi buat treatment ya”Asfan tersenyum menggeleng.Ada sahaja jawapan Dorine.Atrisha baru perasan Asfan punya lesung pipit dikiri pipi bila tersenyum. “You nak brief I apa lagi sebab I nak balik cepat.Im not feeling well”Soal Akif dengan wajah yang memang tidak sihat. “Mika ada inform I tadi yang you tak sihat.Sekejap sahaja.I nak brief benda-benda kecil tapi penting”Asfan mengambil file yang dihulur Dorine sambil mendengar taklimat yang diberikan. “I harap semuanya jelas” “Jelas..tapi nanti I ada nak pilih sendiri yang mana I nak” “Okay,should be no problem dear.Untuk you apa pun boleh”Atrisha,Zulin dan Katriana berpandangan sesama sendiri.Dorine sudah mula memasang umpan.Asfan pula Nampak tidak berminat. “I nak balik dah ni.Nanti apa-apa you contact Mikail sebab lepas ni Mikail yang handle semua projek yang melibatkan agensi you”Mereka agak terkejut dengan berita yang baru dikhabarkan Asfan.Selama ini mereka selesa bekerja dengan Asfan.Jika dengan Mikail nanti mereka sukar hendak berkongsi masalah kerana Mikail tidak suka dengar apa-apa masalah. “Eh,kenapa tiba-tiba?”Soal Zulin pelik. “I ada projek lain.Mereka ada model sendiri.Jadi I tak perlu cari” Zulin mengangguk tanda mengerti. “Lepas ni tak ada lagi orang nak belanja I mc flurry dah” Kata Katriana dalam nada kecewa. “You ni Cat.I bukan pindah planet marikh.Contact jer la i..I belanja.” “Tak sama”Asfan masih tersenyum.Ada juga yang suka dia rupa-rupanya.Asfan fikir semua bencikan dia. “Nanti Inshaallah,kalau I dah habis projek kat sana,mana tahu Mika nak bagi I jaga korang balik” “I hope so Asfan”Dorine menepuk bahu Asfan berkali.Dia tahu,penarikan diri Asfan sudah tentu berkaitan dengan Atrisha. “Okaylah.I dah tak larat dah ni.Nanti kalau ada apa-apa whatapp I pun tak apa..see you soon.Bye”Belum sempat Dorine membuka mulut,Asfan sudah menghilang keluar dari bilik.Asfan rasa ingin muntah sebenarnya.Kepala dia masih belum pulih sepenuhnya.Lagi dibilik Dorine bau minyak wangi bercampur-campur membuatkan Asfan pening dan mual. “Kenapa tu?”Soal shima bila lihat Asfan laju masuk ke dalam tandas. “Tak tahu..Tak tahan nak membuang kot” “Setahu aku dia tu cool jer 24 jam.Tak ada maknanya.Ni mesti ada apa-apa ni?”Belum sempat Azura menghalang,Shima sudah mengekori langkah Asfan ke tandas lelaki.Terkejut Asfan bila Shima tiba-tiba muncul.tetapi dia tidak larat hendak menghalang.Asfan termuntah. “You okay tak ni Fan?”Shima mengosok belakang Asfan yang masih menghadap sinki. “You Nampak I macam okay ke?”Wajah Asfan basah kerana dicuci dengan air paip.Lama baru Asfan memberi respond. “Tak..I tak sihat.I nak balik dah” “You datang naik apa?”Shima tidak Nampak tadi kereta Asfan. “Jess hantar” “You dengan Jess..” Shima agak terkejut. Lama betul hubungan Asfan dan Jessica. “Yup..I nak balik dulu”Asfan meminta Shima memberi dia laluan.Lagi lama disitu,makin pening pula kepala Asfan. Dia rasa urusan dia disitu sudah selesai. Asfan turun ke lobi menanti Grab yang akan mengambil dia disitu. Dia mahu ingin segera pulang. “Air” Lambat-lambat Asfan mencapai botol yang dihulur Atrisha yang tiba-tiba muncul. “You dah pergi klinik?” Asfan menggeleng. “I hantarkan you pergi klinik” Tangan Asfan ditarik. Dia tahu jika dia memujuk Asfan tidak akan mahu. “I dah contact Grab” “Cancelkan” Pendek kata-kata berbau arahan dari Atrisha. Seperti orang di jampi Asfan hanya menurut. Atrisha menarik lenggan Asfan,mengikut dia ke tempat parking kereta.Afan tidak membantah.Didalam kereta Atrisha, Asfan hanya diam.Menurunkan kerusi kerana dia ingin tidur. Kepala Asfan rasa berpusing. Atrisha meletak belakang tangan didahi Asfan. Masih panas. Dia perlu bawa lelaki itu untuk pemeriksaan dengan doktor. Jika tidak Atrisha takut melarat. Dari semalam Asfan demam. “Kelmarin kenapa tak tunggu I?” Asfan menaikkan topi yang menutup wajahnya. “ You datang?” Soal Asfan pendek. “I datang tapi pekerja restoran kata you dah balik. I pun balik dalam hujan. Syukur tak demam” Jelas Atrisha. “I ingat you tak sudi datang” Luah Asfan lemah. Dia memang kecewa bila Atrisha tidak muncul-muncul malam itu. “Hurmmm…I am sorry if sebab I you demam” Akhirnya Atrisha menurunkan egonya untuk memohon maaf pada Asfan. Memang layanan dia pada Asfan teruk tapi itu dia lakukan kerana tidak mahu terjebak dengan perangkap Asfan. “I memang tak sihat sejak minggu lepas” “ Kalau tahu tak sihat, rehatlah. Badan kita perlu rehat.You bukan machine” Bebel Atrisha. Asfan tersenyum. Seronok dengar Atrisha membebel. Sekurang-kurangnya dia tahu Atrisha ambil berat tentang diri dia. “Thanks” Atrisha menjeling Asfan sekilas. “Thanks sebab ambil berat pasal I” “It okey. Kita kan kawan” “Kawan jer?” Atrisha tidak menjawab. Asfan menghela nafas panjang. Tidak berani menyambung. Takut nanti Atrisha berubah mood. Untuk waktu itu, Atrisha layan dia begitu pun sudah cukup baik. Petang itu setelah menemani Asfan ke Klinik, Atrisha terus menghantar Asfan pulang. Dia mahu Asfan rehat sepenuhnya. “Tak nak naik dulu?” Pelawa Asfan. Fateha dan Fariza juga ada di atas. Boleh Asfan kenalkan Atrisha dengan adik-adiknya. “Adik-adik I ada. Tengah cuti” Jelas Asfan.Takut Atrisha salah sangka. “Tak apa lah. I pun nak balik Kuantan terus ni. Next time ya. You rehat” Terkejut Asfan. Betul ke Atrisha hendak balik ke Kuantan waktu begitu, Pukul berapa hendak sampai. Risau dia dibuatnya. “I dah biasa. Jangan risau” “Hurm. Esok tak boleh?” Atrisha tersenyum. Mana boleh tangguh-tangguh lagi. Dia sudah rindu dengan orang tuanya. “Tak boleh. Dah janji dengan Umi and Abi I.Lagipun I cuti dua hari jer”Beritahu Atrisha. “Umi Abi ke atau baby you kat sana?” Atrisha ketawa kecil. Asfan cemburu? “ Merepek. Dah la.Nanti I lambat sampai. Assalamualaikum” “Drive safe. Sampai inform I. Waalaikumusalam” Berat hati Asfan hendak membiarkan Atrisha memandu sendirian sebenarnya tapi dia tahu Atrisha pasti tidak mahu jika dia turut serta. "Jangan lupa makan ubat!" Pesan Atrisha keras. Dia mahu Asfan cepat sembuh. Kasihan kerana dia Asfan demam. "Baik Boss!" Jawab Asfan dalam nada bergurau sebelum ketawa melihat Atrisha mencebik muka. Asfan menghantar Atrisha dengan pandangan mata. Dia beredar setelah kereta Atrisha hilang dari pandangan. “Isha..Isha…kenapa lah aku gila sangat dengan kau?” Asfan berkata sendiri. Memang hatinya sudah terpaut dengan Atrisha. Wanita itu begitu istimewa di hati Asfan.Asfan tersenyum sendiri.Bersiul gembira.Angau sudah dia pada Atrisha.Hilang segala rasa sakit bila dilayan baik oleh Atrisha tadi.Asfan terus terlupa dengan barangnya dirumah Jessica. Nanti sahaja dia ambil.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD