Chapter 14

2595 Words
Bab 14 Jam ditangan menunjukkan pukul 9.20 malam.Asfan masih menanti di luar restoran.Belum Nampak bayang-bayang Atrisha.Asfan tidak tahu samaada di patut menunggu atau masuk sahaja.Cuaca juga agak kurang baik.Tiada bulan dan bintang malam itu.Meja sudah ditempah.Dia sudah bersedia untuk berterus terang dengan Atrisha.Tapi nampaknya Atrisha seperti tidak akan datang.Asfan tersenyum hampa.Apa yang hendak diharapkan,dari awal pun di tahu Atrisha memang tidak suka pada dia.Dia yang berharap sangat.Siapa dia jika hendak dibandingkan dengan Atrisha. Asfan mengeluarkan bekas cincin yang berada didalam kocek seluar.Dikeluarkan cincin dari bekasnya dan disarung ke jari kelingking.Asfan berjalan kaki melalui kawasan penjalan kaki menuju ke hotel.Tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya.Semua yang melalui kawasan tidak berbumbung itu berlari mencari tempat berlindung tetapi tidak Asfan.Kerana Asyik berkhayal di tidak rasa pun hujan lebat membasahi tubuhnya.Fikiran Asfan melayang.Teruk sangat ke dia sampai Atrisha langsung tidak bagi peluang untuk dia.Kenapa dia jadi begini hanya kerana seorang wanita bernama Atrisha Najwa “Asfan…Afannnnn”Panggilan Laila tenggelam dek kerana hujan lebat.Apa agaknya Asfan buat dalam hujan lebat begitu.Laila masuk kedalam hotel,dan keluar semula dengan payung menuju kearah Asfan yang sedang berjalan didalam hujan.Basah kuyup sudah lelaki itu. “Afan,are you okay?”Asfan meyaup wajah yang basah kuyup.Asfan hanya mengangguk.Tidak tahu samaada dia okay atau tidak. “Jom I hantar you balik bilik you.Macam tak okay you ni?Banyak minum ke?”Asfan hanya menurut.Dia rasa kosong waktu itu.Apa Laila kata dia hanya ia kan sahaja.Laila memimpin Asfan kedalam hotel.Lelaki itu Nampak seperti orang sedang hilang arah.Apa agaknya yang sedang membelenggu Asfan.Sampai dibilik,Asfan terus hilang kedalam bilik mandi.Laila menanti disofa yang ada didalam bilik itu. “You okay?”Tanya Laila sebaik sahaja Asfan keluar dari bilik mandi.Hidung Asfan merah.Mungkin lelaki itu sudah dijangkiti selesema sebab beberapa kali Asfan terbersin. “I okay”Asfan mengambil pakaian dan kembali menghilang kedalam bilik mandi.Seketika semula Asfan muncul semula. “Nah I buatkan nescafe untuk you”Mug ditangan Laila beralih tangan. “Thanks Laila”Asfan melabuhkan punggung disebelah Laila sambil menghirup Nescafe panas buatan Laila perlahan.Keadaan didalam bilik hotel itu sunyi sepi.Fikiran Asfan melayang memikirkan kenapa Atrisha tidak datang malam itu. “Fan,you ni okay ke tak?Risau I”Asfan tersenyum kelat.Dah berapa kali Laila Tanya dia soalan yang sama. “I okay.kalau you nak balik bilik you,you balik la.thanks temankan I balik bilik” “Ermm,I nak temankan you” “its okay.lagipun I nak rehat.Kepala I pening”Laila meletakkan tangan di dahi Asfan.Panas,lelaki itu demam. “You ada ubat tak ni?”Ada riak bimbang diwajah Laila.Patut merah padam muka Asfan. “Tak.Tapi tak apa.I okay.I Cuma nak rehat”Asfan memang maksudkan apa yang dia kata.Kepalanya rasa berpusing.Lagipun sudah dua tiga hari dia tidak sihat badan.Mungkin ditambah dengan hujan lebat menyebabkan demamnya makin melarat. “I pergi balik bilik kejap.Nanti I bawakan panadol untuk you” “Eh,tak payah susah-susah.Nanti I turun sendiri beli” “Tak apa.You rehat dulu.I pergi kejap”Asfan mengangguk mengiakan sahaja.Entah kenapa Laila beria-ia hendak buat itu semua untuk dia.Asfan merebahkan tubuh ke katil dan bebaring.Tidak sedar bila dia terlelap. Atrisha terkejut melihat Laila tiba-tiba muncul.Di juga baru pulang dari keluar. “Kau kenapa basah ni Sha” “Kan kat luar hujan,basah la.Kau kenapa tergesa-gesa ni?”Pelik Atrisha lihat Laila. “Kau ada spare panadol tak?” “Kenapa?kau demam ke?”Atrisha merasa-rasa dahi Laila.Tak panas pun. “Untuk Asfan.Dia demam..”Atrisha mengangkat kening.Asfan demam?Sebab itu ke Asfan balik tanpa tunggu dia tadi.Tapi kenapa pula Laila yang sibuk-sibuk. “Ada tak?”Lambat-lambat Atrisha mengangguk.Dia mengeluarkan sepapan panadol dari tas tangan dan diserahkan pada Laila. “Asfan kat mana?”Atrisha tidak sedar soalan itu yang keluar dari mulutnya. “Bilik dia lah.Aku tidur sana malam ni.temankan dia.Aku pergi dulu ya.Thanks”Atrisha mengetap bibir.Asfan sengaja main-mainkan dia atau apa.Tadi nak jumpa dia,ajak makan tempat romantik.Bila dia sampai,pelayan restoran kata dia dah balik.Dahlah dia basah kena hujan.Asfan seronok-seronok pula dengan Laila.Apa agaknya yang mereka buat waktu itu.Atrisha melemparkan tas tangan ke sofa.Sakit hatinya.Dasar buaya darat.Laila pula memang tunggu peluang.Bukan Atrisha tak tahu, dah berapa kali Laila cuba memikat Asfan tapi lelaki itu bolayan.Akhirnya tercapai juga cita-cita Laila.Lantaklah,malas Atrisha hendak fikir. Kepala Asfan masih berat.Selepas Laila beri dia panadol semalam Asfan sudah tidak ingat apa-apa.Dia terlena sampai pagi itu.Talifon bimbit diatas meja Asfan capai.Dia memeriksa kot-kot ada mesej atau panggilan dari Atrisha tapi hampa.Asfan menoleh kesebelahnya,Laila sedang lena tidur,Berani betul wanita itu tidur sekatil dengan lelaki.Mujurlah sejak dua menjak itu dia tidak ada nafsu hendak bersama mana-mana perempuan pun.Asfan bangun dari katil,mencapai tuala dan menghilang kedalam bilik mandi.Dia perlu bersiap-siap.Tiket kapal terbang dia tengahari nanti.Asfan tidak mahu terlepas. “Dah bangun?Thanks temankan I” “You dah okay?” “Better..you balik KL bila?”Tanya Asfan berbasa basi. “Tengahari ni..Ni cincin siapa?”Laila menunjuk jari manisnya yang tersarung sebentuk cincin yang patut Asfan beri pada Atrisha. “Untuk someone”Asfan menadah tangan,membuat isyarat supaya Laila memberi semula cincin itu padanya. “you dah ada someone special?”Wajah Laila berubah terkejut.Macam tidak percaya sahaja. “ya..”Laila membuat wajah kecewa.Sambil bangun dari katil sambil dia membuka cincin itu dan diserah semula pada Asfan.Siapa wanita bertuah itu. “Jadi yang semalam you duduk dalam hujan tu kenapa?” “saja.I nak berkemas ni.You baik balik bilik you dulu..Eh,lupa nak Tanya,you duduk dengan siapa?” “Atrisha..”Asfan mengigit bibir.Mati dia kalau Atrisha tahu Laila tidur dibiliknya. “I balik bilik I dulu ya..”cup,satu ciuman hinggap dipipi Asfan membuatkan lelaki itu terkejut.Bertambah demamlah dia.fikirkan tanggapan Atrisha lagi pada dia.Tentu Atrisha makin benci pada dia. ******** “Eh,kenapa muka masam mencuka jer ni?Tak kan tak cukup dari malam tadi”Sindir Atrisha.Laila mencebik bibir. “Seronok?Dia layan aku pun tidak,apa yang seronoknya.Dia dah ada girlfriend la”Atrisha mengangkat kening. “Siap beli cincin lagi..Tapi malam tadi aku tengok dia kesian gila.Tak tahu apa dia buat dalam hujan.Tu yang sampai demam”Atrisha berhenti mengemas dan duduk disebelah Laila.Asfan pun berhujan juga semalam? “Kesiannya..kenapa ya dia duduk dalam hujan tu”Atrisha pura-pura berminat dengan cerita Laila,walhal dia mahu tahu lebih lanjut tentang apa yang terjadi pada Asfan semalam. “Mana lah aku tahu.Bila aku Tanya dia asyik jawab dia okay,okay…Dah la.aku nak mandi.lewat pula nanti.Kau dah siap?” “Dah..betul ke kau tak da buat apa-apa dengan dia semalam?”Soal Atrisha ingin tahu. “Tak ada lah..yang kau sibuk-sibuk ni kenapa?Kau ada hati pada dia ya?”Atrisha menampar jari telunjuk Laila yang menunding ke wajahnya.Wajah Atrisha merah padam.Nampak sangat ke? “Mana ada.Merepek la”Cepat-cepat Atrisha bangun dan terus menyambung kerja-kerjanya yang terbengkalai.Atrisha jadi serba tidak kena apabila Laila memandang dia dengan pandangan penuh tanda Tanya.Laila yakin dan pasti tentu ada sesuatu yang cuba Atrisha sembunyikan.Rakan sekerja dia itu memang perahsia.Tapi satu hari nanti pasti dia akan tahu juga. Suasana dilapangan terbang Kota Kinabalu agak lenggang.Mungkin kerana hari biasa.Dari jauh Atrisha lihat Asfan sedang duduk bersandar dikerusi.wajah ditutup separuh dengan topi.Lelaki itu memakai baju sejuk,Nampak seperti tidak sihat.hendak menegur Atrisha takut Asfan marah kerana hal semalam.Tapi bukan salah dia.Dia bukan tidak datang,Cuma lewat sebab dia berubah fikiran.Asfan tidak boleh tunggu ke.Nak juga redah hujan balik kenapa?.Geram Atrisha. “Sha.tu Asfan kan?”Soalan Laila tidak dijawab.Atrisha terus berjalan dan duduk dikerusi menunggu. “Aku pergi tengok dia sekejap” “Yang kau ni care sangat pada dia kenapa?Dia ada layan kau?Jangan terheggeh-heggeh sangat pada lelaki ni Laila”Atrisha cuba memberi nasihat kepada Laila.Dia tidak suka Laila terlalu menunjuk minat pada lelaki.Lagi-lagi Asfan.Asfan bukan boleh tengok perempuan jinak-jinak seperti Laila itu. “Kau tak kenal dia.Dia bukan macam yang kau fikir tau”Atrisha tersenyum sinis. “Suka hati kau lah”Malas Atrisha hendak layan.Earphone didalam porch Atrisha capai dan disumbat kedalam telinga.Baik dia dengar muzik.Ada baiknya.Kaca mata hitam diturunkan.Dia tidak mahu diganggu waktu itu. Laila singgah di kedai serbaneka membeli air 100 plus untuk Asfan.Dia tahu lelaki itu belum sihat lagi.Wajah Asfan pucat lesi. “Afan..”Perlahan Laila mengoncang bahu Asfan hingga lelaki itu tersedar. “Nah..air 100 plus.You dah makan ubat pagi tadi?”Asfan mengangguk walaupun hakikatnya tidak.Dia bukan jenis suka makan ubat.Air 100 plus yang dihulur Laila dia capai. “Minumlah.Nanti dalam flight tak boleh bawa.At least you tak dehydration.”Asfan tersenyum. “You ni caring sangat dengan I ni Laila” “I suka you”Asfan menggosok kepala yang masih pening.Waktu-waktu begitu Laila luah perasaan memang tak jalan lah.Lagipun dia sendiri tengah serabut.Terasa hati dengan Atrisha lagi. “Kan I dah kata yang I ada someone special?” “I tak percaya.Siapa perempuan tu?”Asfan menggeleng. “Nanti sampai KL you jumpa dia.Dia yang ambil I nanti”Asfan harap Laila faham dengan apa yang dijelaskan walaupun itu semua tipu semata-mata.Dia malas hendak bersoal jawab panjang-panjang dengan Laila.Laipun kepalanya masih sakit.Mata Asfan meliar mencari Atrisha.Jika ada Laila,pasti ada Atrisha kerana kedua-dua wanita itu dari agensi yang sama.Mata Asfan berhenti disatu sudut,Atrisha sedang duduk sambil bermain dengan talifon bimbit.Atrisha langsung tidak kisahkan keadaan dia?Atrisha langsung tiada perasaan bersalah membiarkan dia menunggu lama semalam.JIka tidak mahu datang,bukan susah.Atrisha ada talifon.Jika tak boleh talifon,tinggalkan sahaja mesej.Dia faham.Kalau orang tidak suka,tak mungkin pula dia hendak memaksa.Tetapi jangan lah layan dia seperti dia tiada harga diri. Atrisha langsung tidak menyapa dia walaupun mereka berada didalam penerbangan yang sama.Sedikitpun Atrisha tidak memandang dia.Haruskah dia terus mengejar Atrisha atau biarkan sahaja perasaan dia pada Atrisha berkubur.Wanita bukan Atrisha sahaja.Ramai wanita yang tekejar-kejarkan dia.Buat apa di terheggeh-heggeh dengan wanita yang langsung tidak pandang dia.Dia juga punya maruah yang perlu dijaga. Sampai di KLIA,Asfan terus keluar kerana dia tidak perlu menunggu bagasi.Dia hanya membawa beg galas kerana dia di Kota Kinabalu dua hari sahaja.Jadi lelaki mudah.Tak perlu nak bawa satu almari kalau hendak kemana-mana. “Afan,are you okay?”Jessica menakup wajah Asfan dengan tangannya sebelum mengucup lelaki itu.Risau betul dia bila Asfan minta dia jemput di KLIA kerana tidak sihat.Jarang Asfan sakit sampai begitu.asfan membalas pelukan Jessica.Dia memang memerlukan seseorang waktu itu. “Kau tengok tu..wow,lovely couple” “Lovely?kita ni orang melayu tau.Kat Malaysia lagi tu.Tak malu ke bercium-cium,berpeluk-peluk depan orang ramai.”Atrisha membidas pujian Laila.Memang Asfan tidak malu agaknya.Atrisha mengenggam buku lima sambil ibu jarinya menguis-guis telapak tangan tanda dia sedang menahan marah.Atrisha tidak tahu mengapa hatinya jadi tidak keruan.Dia cemburu atau dia memang meyampah lihat perlakuan Asfan. “Kau ni benci sangat dengan dia kenapa?Biarlah dia.”Marah Laila. “Aku tak suka cara dia tu.Womaniser!” “Kat dah sampai tu.Jom..”Laila menarik tangan Atrisha kearah Katriana yang baru masuk kedalam bangunan. “Hai,Encik Asfan pun ada sini?Tak sihat ke?”Katriana yang terlihat Asfan yang baru hendak beredar berhenti seketika menegur. “I ada kerja kat KK” “Sama flight dengan Isha dan Laila?”Lambat-lambat Asfan mengangguk.Katriana menjeling tangan Asfan yang sedang mengenggam tangan wanita yang tidak dia kenali.Tetapi Jika tidak silap Katriana,wanita itu pernah bergaduh dengan Marissa tidak berapa lama dahulu.Kekasih baru Asfan agaknya. “Oh,inilah bakal isteri you tu ya Fan?”Jessica mengerut dahi,menjeling Asfan yang hanya tersenyum disisinya.Asfan pura-pura tidak hairan dengan kehadiran Atrisha disitu. “You nak kahwin ke Encik Asfan?”Sampuk Katriana.Sesekali mata Katriana menjeling Atrisha yang berwajah selamba disebelah dia. “Kenalkan,Jessica..Jess,ni semua model dari agensi yang i arrange tu?”Huluran salam Jessica disambut ketiga-tiga wanita dihadapannya itu.Cantik-cantik belaka. “Erm,I got to go,tak larat.Nak balik rehat.Jumpa nanti.jom Jess”Asfan meminta diri.Lagi lama dia disitu lagi perit hatinya melihat tingkah Atrisha. “Romantiknya diorang tu”Katriana menghantar pasangan itu dengan pandangan. “Agaknya diorang pergi mana lepas ni?” “Knowing him,mestilah ehem..ehem tu..” “Korang ni macam tak ada benda lain kan nak berbual.Geli la aku”Sakit pula hati Atrisha melihat Katriana dan Laila ketawa. “Bunyi macam orang cemburu jer tu?”Katriana berbisik ketelinga Atrisha supaya Laila tidak dengar.Jika Laila tahu yang Asfan sedang mengurat Atrisha,kecoh dibuatnya.Atrisha menarik muka masam.Katriana menyambung ketawa.Dia tahu pasti ada sesuatu berlaku di Kota Kinabalu,Jika tidak Asfan tidak akan layan Atrisha begitu.Wajah Atrisha pula tidak akan masam mencuka begitu.Balik nanti dia mahu korek segala rahsia dari Atrisha. ******* “Fan..bangun.Makan bubur dulu,nanti you sambung tidur”Risau Jessica.Dari mereka sampai Asfan hanya melepek diatas katil.Makan tidak mahu.Suhu badan Asfan juga tidak surut-surut.Jessica tidak izinkan Asfan pulang kerumah dalam keadaan lelaki itu lemah begitu.Nanti dirumah Asfan,lelaki itu hanya tinggal seorang diri.Jika dirumahnya,dia boleh pastikan keadaan Asfan baik belaka. “Jangan macam ni.I risau lah”Kepala Asfan diusap lembut. “I okay.Cuma I tak ada selera nak makan”Perlahan suara Asfan menjawab.Matanya masih tertutup.Kepala masih berat.Asfan benar-benar tidak larat. “Kita pergi klinik nak?”Jessica memujuk persis seorang ibu memujuk anak kecilnya.Dia tahu Asfan memang liat hendak berjumpa doctor.Entah apa yang susah sangat Jessica pun tidak tahu. “Nanti i dah rehat,i okay lah” “Makan dulu then you tidur balik”Asfan menggeleng.Jika dia makan,pasti dia akan muntah semula.Dia Cuma mahu berehat sahaja waktu itu. “You letak saja disitu,nanti kalau I lapar,I makan.I nak rehat,thanks Jess”Asfan menarik selimut hingga menutup separuh tubuhnya.Jessica menggeleng.Teruk benar keadaan Asfan.Jam tangan dijeling sekilas.Sudah pukul 7 malam.Talifon bimbit diatas meja Jessica capai.Dia lupa untuk memberitahu Mikail yang Asfan ada dengan dia.Bimbang pula jika Mikail mencari Asfan.Lagipun esok sepatutnya Asfan ke Johor Baharu.Ada konvension disana.Jessica tidak pasti samaada Asfan larat untuk kesana esok.Baik Mikail sahaja yang ganti tempat Asfan.Kesihatan Asfan paling utama.Segera Jessica whatapp Mikail sebelum terlupa. “Afan..Afan…Macam ni ya kalau dah jatuh cinta”Jessica tersenyum menggeleng.Apa agaknya yang istimewa pada Atrisha,Jessica tidak pasti.Yang dia Nampak Atrisha langsung tidak memperdulikan Asfan walaupun Asfan bersungguh-sungguh hendakkan wanita itu.Jika Atrisha tahu bagaimana dia cintakan Asfan dan kerana apa,tentu Atrisha menyesal nanti.Asfan memang buaya tetapi lelaki itu sangat bertanggungjawab dan mengambil berat tentang orang lain.Asfan lelaki yang baik.Asfan memang liar,mungkin suatu hari ada yang dapat menjinakkan lelaki itu.Jessica menghela nafas panjang.Dibetulkan selimut Asfan sebelum keluar.Ada kerja yang perlu dia uruskan.Biarlah Asfan berehat dahulu. ******** Asfan terjaga dari lena sebaik terdengar deringan penggera dari talifon bimbitnya.Asfan mematikan penggera agar tidak menganggu lena Jessica yang sedang tidur disampingnya.Asfan mengalihkan kepala Jessica dari lenggannya.Kepala sudah terasa ringan berbanding semalam.Asfan merenung wajah mulus Jessica.Kasihan wanita itu,entah pukul berapa Jessica baru tidur kerana menjaga dia.Dielus rambut halus wanita berketurunan Kadazan itu.Sudah lama mereka bersama tapi hati Asfan tetap tidak boleh menerima kehadiran Jessica sedangkan wanita itu yang sentiasa ada disamping dia dalam keadaan susah senang.Mungkin Jessica terlalu baik untuk dia.Atau mungkin kerana dia tahu,dia memang tidak mampu untuk membimbing Jessica nanti.Diri dia sendiri terumbang ambing,bagaimana dia hendak mendidik seorang saudara baru.Asfan pun tidak mahu Jessica bertukar agama kerana dia. “Hi dear…dah bangun?You dah okay”Mata bulat Jessica terkebil-kebil memandang Asfan yang sedang memegang pipinya lantas Jessica mencapai tangan lelaki itu dan dikucup laju. “I dah okay.You tidur pukul berapa semalam?”Soal Asfan lembut. “Tak sure..You rest lah.I dah minta Mikail gantikan you pergi JB.Tapi Mika minta you submit file pada Dorine.Semalam dia hantar.Kalau you tak larat,I boleh tolong hantar”Asfan tersenyum menggeleng. “Jess,you bukan bibik I tau”Hidung mancung Jessica dicuit sekali.Asfan tidak suka Jessica buat kerja untuk dia. “Habis tu,I siapa?” “Jess…” “I gurau jer lah..You dah okay kan?Semalam I dah layan sakit pening you.So…”Asfan mengangkat kening menanti Jessica menghabiskan kata-kata. “So…”Jessica tersenyum nakal sambil jari jemari halusnya bermain didada bidang Asfan. “Okay jom..”Terjerit kecil Jessica bila Asfan mengangkat tubuhnya tiba-tiba.Jessica tidak kisah siapa dia dihati Asfan.Asalkan dia tahu,ada tempat istimewa untuk dia dihati Asfan walaupun sedikit.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD