Bab 13
Asfan mengeluarkan pakaian dari beg galasnya.Sekejap lagi dia perlu berjumpa client di coffee house.Belum panas punggung dia sudah perlu bekerja.Kenapa Mikail sahaja yang tidak pergi.Apa nak buat,syarikat kecil.Dia dan Mikail lah bos,mereka juga kuli.Semua kerja perlu dibuat sendiri.Mujur juga kerja-kerja membersih pejabat bukan mereka yang buat.Asfan lebih percaya jika mereka yang buat segala-galanya sendiri.Pekerja mereka juga tidak ramai.bahagian pentadbiran juga hanya ada dua tiga orang.Kerani akaun seorang,pembantu peribadi dia juga kongsi dengan Mikail.Jika hendak mengaji pekerja yang ramai tentu perlu modal yang besar.Kebanyakkan pekerja juga adalah pekerja kontrak atau separuh masa untuk membantu dia jika ada acara.Kerja-kerja pemasaran memang Asfan buat sendiri kerana itu kepakaran dia sewaktu bekerja dengan syarikat pengatur acara dia yang lama.Dari situ dia mengutip pengalaman hingga jatuh cinta dengan bidang pengatur acara.Oleh sebab itu Asfan memberi seluruh komitmen dia pada Syarikat A&M Event Planner.
Asfan mencapai handphone dan diperiksa satu persatu Whatapp yang baru diterima.Semua Whatapp kerja.Ada dua tiga dari perempuan .Perempuan yang mana Asfan pun tidak ingat.Malas dia hendak membalas.Hendak harap mesej dari Atrisha jauh sekali.
“Isha..Isha..Bila lah hati kau nak cair”Ucap Asfan sepintas sebelum melempar talifon bimbit ke tilam.Sudah sebulan dia tidak berhubung dengan Atrisha.Berjumpa pun jika berkaitan kerja.Itupun Atrisha tidak mahu bercakap banyak dengan dia.Asyik mahu menggelak.Apa agaknya masalah Atrisha dengan dia. Malas Asfan hendak fikir.Baik dia segera bersiap.Takut nanti lama pulang client dia menunggu.
***********
“Hai Cik Sara,lama tunggu?”Asfan menghulur tangan sebaik tiba dimeja Sara.Pengurus pemasaran Syarikat Sinar Fashion.
“Tunggu lama-lama pun I tak kisah.So,macam mana flight?Your room?everything okay?” Asfan tersenyum manis sambil menarik kerusi untuk duduk.
“Great,executive suite kan?Bila sampai?”Soal Asfan kembali.
“I dah tiga empat hari disini.Kami ada Borneo Fashion Week.I rasa hotel ni ada potensi untuk kami jadikan venue untuk next event.Hq dah on.I dah buat papper work,and I memang nak beri projek ni pada company you.That why I minta you terus fly sini.Tak sabar nak bekerja lagi dengan you”Asfan tersenyum mendengar penerangan Sara.
“You appointed company I bukan sebab your personal interest kan?”Sara tersenyum sambil mengenyit mata kepada Asfan.Asfan hanya membiarkan sahaja Sara mengusap-usap tangannya yang berada di atas meja.
“Tak salah kan.Lagipun memang kerja you bagus.Kalau tidak,company I tak akan okay saja masa I usulkan nama company you”
“I tak nak nanti you fikir I ambil kesempatan pula”
“Hehe..Tak apa,ambil kesempatan pada I pun,I rela Asfan”Asfan ketawa.Sudah mula dah Sara mahu menggoda dia.Itu juga yang membuatkan Asfan letih jika berurusan dengan pegawai wanita.Sara sudah berberapa kali menggoda Asfan tetapi Asfan tolak kerana Sara isteri orang.Sejahat-jahat dia,dia memang tidak akan usik isteri orang.Jika dia buat begitu,dia sama sahaja dengan Uncle Rosman,bapa tirinya.Asfan tidak mahu disamakan dengan lelaki tidak guna itu.
“Malam ni I free”
“Malam ni I ada hal.Dah janji dengan some friend around here”
“Nak cari sumandak lah tu?”Asfan menggaru kening yang tiba-tiba terasa gatal.Sudah sampai di KK,apa lagi,cari perempuan lah.Perempuan Borneo cantik-cantik macam pelakon Filipina.
“I nak pergi makan dengan diorang.Seafood sini kan murah and fresh.Nanti kalau ada masa,I bring you there”Wajah Sara yang tadi masam kembali ceria.Tidak kisahlah.Asalkan dapat keluar dengan Asfan.Sudah beberapa kali dia pasang umpan,tetapi masih tidak mengena.Susah betul dia hendak mendapatkan lelaki yang seorang ini.
“Eh,sebelum I terlupa.Malam esok kami ada fashion show di One Borneo,jemputlah datang”Sara baru teringat.Dia mengeluarkan satu kad jemputan khas untuk Asfan.Sudah kebetulan Asfan ada disitu.Mana tahu dia ada peluang dapat bemesra dengan Asfan.
“InshAllah.I tak janji ya.So,ini ke yang syarikat you nak?”Untuk seketika Asfan menyemak isi kandungan kertas kerja Sara.Tema yang lebih kurang sama dengan acara yang dibuat beberapa minggu lepas.Jadi,tidak susah kerja dia.Hanya ‘copy and paste’
“Berapa lama you boleh sediakan semuanya”
“Dua minggu.Jadi you ada seminggu sebelum acara”Jelas Asfan pendek.
“I dah jumpa Dorine.I nak guna khidmat model dia.Model-model mereka ni bagus.Tak banyak songgeh”Asfan juga bersetuju dengan kata-kata Sara.Ramai yang puji.Mungkin pengurusan yang bagus juga menjadi faktor penting.Tengok saja Atrisha.Wanita itu begitu berdisplin.Jika pukul sepuluh acara bermula,pukul tujuh Astrisha sudah tercacak.
“I pun selalu hired model company tu”
“Bagus,kalau macam tu senang kerja.I nak you dapatkan Atrisha.You minta Dorine adjust schedule dia”
“InshaAllah,I cuba..ada apa-apa lagi?”
“You macam nak cepat jer?”Sara memandang Asfan pelik.Selalu Asfan tidak begitu.Minum pun belum.
“I dah janji dengan my friend.Takut lewat nanti”
“Kalau macam tu tak apa lah.Esok jangan lupa”
“InshaAllah.I got to go…bye”Asfan dan Sara berjabat tangan sebelum Asfan beredar dari situ.Lega dia dapat melarikan diri dari Sara.Asfan tidak betah lama berdua dengan wanita itu,Asfan rimas digoda-goda.Lagipun Asfan mahu bersendirian sementara menunggu Ziyad habis kerja.Lama juga dia tidak berjumpa Ziyad sejak sahabat dia itu berpindah ke Sabah.Antara dia,Mikail dan Ziyad, hanya Ziyad seorang yang menjadi lelaki soleh.Ziyad langsung tidak terpengaruh dengan cara hidup dia dan Mikail.Namun,tidak pernah sekali ziyad memperlekehkan dia dan Mikail..Rindu pula hendak lepak dengan Ziyad.Asfan duduk bersendirian di KK waterfront melihat matahari terbenam.Cantik-cantik wanita Sabah tetapi tiada seorang pun yang menarik hati Asfan.Hatinya sudah tertinggal di semenanjung.Rambut yang dipukul angin laut Asfan betulkan kembali.Asfan membalas senyuman beberapa gadis yang sedang duduk berhampiran dengan tempat dia sedang berdiri.Dari gaya seperti pelancong tempatan seperti dia juga.Sedang asyik menikmati angin laut mata Asfan tertangkap pada kelibat yang sangat dia kenali.Asfan bergegas mengikut langkah gadis berbaju gaun pendek berbunga-bunga itu.Makin lama,makin jauh.
“Ish,mana dia ni pergi”Asfan mengeluh sendirian.Dia masih terjenguk-jenguk kekawasan sekitar tetapi hampa.
“Eh,tapi bukan dia kat KL?teruk dah aku ni angau”Asfan menampar pipi sendiri,biar dia sedar dari mimpi.Angau teruk dah dia pada Atrisha.Entah siapa-siapa tadi yang dia nampak seperti Atrisha.Asfan tersenyum menggeleng sendiri.Makin lama makin teruk.
“Assalamualaikum bro”Asfan tersentak dari khayalan.Entah sejak bila Ziyad sampai dia tidak perasan.Mana nak perasan,asyik teringat pada Atrisha sahaja.Gila!Apa Atrisha sudah buat pada dia.Dia tak pernah rasa sebegitu.
“Waalaikumusalam.Bila sampai?”
“Aku dok kejar kau dari sana tadi,kau langsung tak perasan ke?Kau kenapa ni Fan?”Ziyad menepuk belakang Asfan sekali.Dia tahu ada sesuatu terjadi pada Asfan.Ini mesti pasal perempuan.Tak kan pasal Marissa lagi?
“Aku okaylah”
“Okay apa benda macam ni?Kau jangan nak tipu aku.Ni Pasal Marissa lagi ke?”Asfan menggaru kening yang tidak gatal.Marissa…Marissa.Macam dia tak ada masalah lain.Masalah hendak dapatkan Atrisha lagi besar dari soal Marissa.
“Ke pasal budak perempuan,model baru tu..siapa nama dia?Atrisha”Teka Ziyad.Asfan mencegil mata.Mana Ziyad tahu.Dia baru hendak becerita pada Ziyad malam itu.
“Atrisha Najwa”
“So,betul la kawan aku ni dah fall in love again?”Asfan tersenyum pahit.benar ke dia dah jatuh cinta?
“Tak la sampai jatuh cinta”Asfan cuba menafikan tetapi Ziyad membalas dengan mengejek memek muka Asfan.Kalau bukan jatuh cinta,tak ada lah Asfan jadi serabut begitu.
“Sampai up side down hidup…Mika dah cerita dengan aku.Nak tunggu kau lambat sangat.Kau serius ke atau sebab kau belum dapat dia lagi?”Duga Ziyad.
“Kau boleh tak layan tetamu elok sikit.aku datang dari jauh,kau ajak lepak tepi jalan.”Ziyad ketawa,lupa pula dia.Teruja sangat hendak tahu cerita playboy yang sedang dijinakkan si burung merpati.
“Jom lepak kat restoran tempat aku selalu lepak kat jeti”
“Bini kau tak ikut pula.Percaya pula dia kau keluar dengan aku?”
“Dia kan balik Perak,berpantang dekat sana.Lagi dua minggu baru balik sini.Aku fly,tak ada siapa nak temankan dia.Kau anak aku pun tak tengok lagi”
“Aku tak sempat lagi.Nanti next trip aku datang sini aku jenguk anak kau ya.”
“Okay jer bro..jom”Asfan menurut langkah Ziyad kerestoran yang terletak berhampiran dengan dengan tempat mereka berbual.Pengunjung makin ramai kerana terdapat pasar Filipina disitu.Banyak makanan laut yang boleh dipilih.Jika di semenanjung pasti harga lebih mahal dan tidak sesegar dengan makanan laut disitu.Sesampai direstoran,Asfan dan Ziyad mengambil tempat yang agak tersorok untuk memudahkan mereka berbual panjang.Banyak cerita yang Asfan ingin kongsi dengan Ziyad.Lagi-lagi tentang Atrisha.Pasti Ziyad teruja ingin tahu siapa wanita yang istimewa hingga buat dia naik gila.
“Ceritalah pasal Atrisha tu.Aku tengok gambar Mika hantar,memang cantik..Mika kata dia tak layan kau ye?”Asfan mencebik.Kepochi betul Mikail.Habis semua Mikail sudah cerita,apa yang tinggal untuk dia ceritakan lagi.Ziyad pula kalau sudah tahu buat-buatlah seperti tidak tahu apa-apa.
“Dah semua ke Mikail cerita pada kau?”
“Entah..aku rasa half juga la.Cuma dia kata tak sure pasal feeling kau.Kau ni nak dia ke,nak main-main?Atau kau rasa tercabar sebab dia tak layan kau?Betul?”Ziyad mengangkat kening.Menanti penjelasan dari Asfan.Asfan bukan boleh pakai sangat.
“Kau rasa?”
“Apasal tanya aku pula?Hati kau kata apa?Apa dia buat sampai kau gila kat dia ni Fan?”Ziyad tersenyum menggeleng.Tidak pernah dia lihat Asfan seperti itu.Macam ayam berak kapur.
“Dia lain lah”
“Dulu Jess pun kau kata macam tu.Last bila kau dah dapat dia kau kata tak boleh go on…Kau jangan Fan.Aku tengok Atrisha ni macam budak baik jer” Ziyad mengingatkan Asfan. Dari apa yang Mikail ceritakan pada dia, Atrisha memang seorang gadis yang baik. Ziyad tidak mahu Asfan buat yang bukan-bukan pada gadis itu.
“Pasal Jessica tak sama.Jess dari awal aku dah kata yang aku memang tak boleh”
“Habis sampai sekarang kau simpan dia?”Asfan menyaup muka.susah juga bersoal jawab dengan Ziyad.
“Aku anggap dia kawan jer” Ziyad tersenyum sinis. Jawapan klise dari Asfan yang dia sudah dengar bertahun-tahun lamanya.
“Kawan tak kan sampai kebilik.Kau nak tackle Atrisha tapi kau galak lagi dengan perempuan macam mana?Kalau aku jadi dia pun aku tak nak”Kata-kata Ziyad ada benarnya juga.Dia tekejar-kejar dengan Atrisha tapi tabiat dia melayan perempuan memang sukar utuk dikikis. Tabiat itu sudah sebati dengan dirinya.
“Kau ni elok kahwin jer la Fan..”
“Tapi aku tak nak ada komitmen.”Ziyad menggeleng sambil membelek buku menu diatas meja.Semua jenis makanan disitu dia sudah cuba.Tak tahu apa yang hendak dia pilih.Banyak sangat pilihan.
“Tu yang payah dengan kau ni.Sekarang memang seronok.Esok bila kau dah tua,baru kau rasa menyesal.Lagipun kau tak takut terkena penyakit macam Bad tu?”Asfan terdiam.teringat kawan mereka Badrul yang kini menderita penyakit siflis.Tapi dia bukan macam Badrul,layan perempuan di lorong-lorong.Dia bukan jenis main sapu.
“Hurm,aku ni dah berbuih nasihatkan kau dengan Mika.Dah naik malas dah aku nak cakap.Korang berdua bukan nak dengar pun”Bebelan Ziyad ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri.Tidak terkesan dihati Asfan.Kalau dia nak berubah,dia sendiri akan berubah.
“Kau ni macam perempuan tahu tak?sama kau dengan Mona tu.Elok la dia jadi bini kau”bengang Ziyad bila Asfan main-main dengan apa yang dia katakan tadi.
“Eh,aritu aku jumpa mama kau”Asfan mengangkat kening.
“Bila?”
“Masa aku balik Klang bulan lepas.Dia kirim salam dengan kau.Dia sihat nampaknya tapi seorang sahaja”Ziyad terus sahaja bercakap.Dia tahu Asfan tidak mahu ambil tahu tentang keadaan ibunya tapi dia tidak mahu Asfan terus-terusan bermusuh dengan ibu sendiri.Seburuk-buruk Makcik Maziah itu ibu kandung Asfan.Jika dilihat keadaan Mak cik Maziah,Ziyad tahu wanita itu tidak bahagia.Dengan wajah cengkung Tetapi Mak cik Maziah tidak mahu Asfan tahu.Dia malu dengan Asfan dan anak-anaknya yang lain.
“Aku pun lama tak balik klang tengok rumah arwah nenek.Fariza dan Fatihah pun belum cuti”Asfan malas hendak sebut tentang ibunya.Boleh hilang mood dibuatnya.
“Kau tak nak tidur rumah aku ke?Bini aku pun bukan ada”Ziyad mengubah topik perbualan.Dia tidak mahu Asfan marah bila dia sebut tentang Mak cik Maziah.Lagipun memang dari dahulu Asfan tidak suka bila mereka bercerita tentang ibunya.Entah sampai bila Asfan hendak berdendam pun Ziyad tidak tahu.
“Lain kali lah.Aku ada benda nak buat malam ni”Ziyad memandang Asfan dengan senyuman sinis.Tahu sangat dia apa Asfan hendak buat.
“Weh,kau ingat aku tak ada kerja lain ke?”Bentak Asfan. Macam dia kemaruk sangat.
“Ah,sudahlah..macam aku baru sehari kenal kau”
“Suka hati kau lah..”
“Alamak,sensetif pula dia ni”Malas asfan hendak layan.baik dia makan.dari tadi sampai mereka belum lagi pesan apa-apa makanan hatta minuman.Pengunjung pula semakin ramai.Jika lambat mereka buat pesanan sudah pasti akan lambat lagi mereka dapat mengisi perut.Asfan sudah agak lapar kerana dari siang tadi dia belum menjamah apa-apa makanan.Badannya juga terasa kurang sihat.Mungkin terlalu letih kerana jadual kerja yang begitu padat.Hendak jumpa kedua adik kembar dia juga belum sempat.
**********
Asfan memisat-misat mata.Lemau badan kerana tidur lewat melayan Ziyad menonton perlawanan bola sepak antara Liverpool dan MU.Dia langsung tidak fokus pada perlawanan tersebut kerana kepala dia asyik teringat pada Atrisha.Apa Atrisha sedang buat,sihat ke wanita itu,Atrisha dimana?Semuanya Atrisha.
“Kau ni dah sewel ke Fan?”Asfan menampar wajah berkali-kali.Dia tidak percaya dia boleh jadi begitu hanya kerana seorang wanita.Semalam dia ada terserempak dengan Aida,salah seorang wanita yang pernah berdamping dengan dia tetapi entah kenapa Asfan rasa tiada mood untuk bersama sesiapa.Dia mahu bersendirian.Fikirannya hanya tertumpu pada Atrisha.Sedang asyik menggelamun Asfan tersedar apabila talifon bimbitnya berbunyi berkali-kali.Malas Asfan hendak menjawab bila
“Hello Sara..ada apa?”
“Garangnya sayang”kedengaran suara Sara ketawa dihujung talian.
“Sorry,I baru bangun tidur.Letih malam tadi stay up”
“Stay up?dengan siapa lah tu?”
“My friend,tengok bola.You nak apa ya call I ni?”Soal Asfan terus.Dia tahu Siti Sara menghubungi dia bukan kerana kerja.Tentu ada sebab lain.
“I hope you akan datang tengok our fashion show di One Borneo.I nak you tengok sendiri model mana yang you berkenan.Ada seorang dua budak Dorine”Beritahu Sara.
“Oh,okay..i siap dulu.Nanti after lunch I go straight away ke sana”
“Kalau macam tu okay.See you there dear..”Sebaik menamatkan panggilan, Asfan terus kebilik mandi.Baru dia terasa lapar kerana sudah pukul dua belas tengahari.Acara pertunjukan fesyen itu akan berlangsung jam dua petang.Lepas makan dia akan terus kesana.Mujur hotel dengan One Borneo tidak jauh.Tidak memerlukan dia untuk naik apa-apa kenderaan awam.Tengahari itu asfan makan bersendirian di hotel.Dia lebih senang begitu.Tiada gangguan.Kadang-kadang dia rimas juga dikelilingi wanita-wanita yang suka minta dimanja.Asfan lebih suka kepada wanita yang garang seperti Atrisha.
“Sampai pun you?”Tegur Sara sebaik Asfan tiba dia tempat duduk VIP.Asfan melihat sekeliling.Ramai juga yang dia kenal hadir petang itu.Wartawan juga ada.
“You yang paksa..”Ucap Asfan dalam gurau.
“Kan ramai yang you kenal kat sini.Jom ke belakang pentas..”Belum sempat Sara menarik tangan Asfan,lelaki itu lebih dahulu menggelak.Dia tidak selesa kerana ada mata yang mula menjeling kearah mereka.Nanti timbul pula isu baru.Isu dengan isteri orang pula tu.
“I duduk disini sahaja.”
“Serius ke dear?”Asfan mengangguk.
“Kalau macam tu I masuk dulu.You duduk tengok sampai habis tau.Jangan lari”
“haha..apa lah you ni.I tengok sampai habis.Dont worry”Sara mengenyit mata membuatkn Asfan tersenyum menggeleng.Bagaimanalah kalau suami Sara tahu perangai wanita itu sebenarnya.Perkara-perkara begitu membuatkan dia takut dengan wanita.
Hampir sepuluh minit menunggu pertunjukan fesyen pun bermula.Musik timur tengah mula berkumandang kena dengan tema pertunjukan petang itu.Seorang demi seorang model keluar memperagaan busana hasil Rekaan Sarah Couture.Cantik-cantik belaka.Boleh rambang mata.Penonton ada yang mula bersorak bila ada model yang meliuk liuk kan badan mengikut irama muzik.Kemudian mata Asfan tertancap pada susuk tubuh yang dia begitu kenal.Kena dengan wajah yang ala-ala Arab itu.Rasa ingin gugur jantung Asfan melihat Atrisha melangkah berjalan dengan busana berwarna merah terang.Cantik,sangat cantik.Bangganya dia jika Atrisha itu milik dia.Penonton di kiri kanan Asfan memuji-muji kecantikan Atrisha membuatkan dia diragut cemburu.Rasa ingin dia tarik Atrisha turun pentas dan dibawa lari.Tapi itu bukan kali pertama dia lihat Atrisha catwalk tapi kenapa lain benar perasaan dia kali ini.Dimana sifat profesionalisme dia?Asfan keliru.Sepanjang Atrisha dipentas,mata Asfan langsung tidak berkelip.Patut Siti Sara kata ada seorang dua model Dorine turut terlibat.Dia langsung tidak terfikir untuk bertanya.
Tamat acara majlis Asfan terus kebelakang pentas.Niatnya hanya untuk bertemu Atrisha.
“Hai Afan.What are you doing here?”Teguran Laila mematikan langkah Asfan.Laila pun terlibat sama.Tadi Asfan tak perasan pun.
“Sara yang invite I”
“Sampai ke KK ya?”Asfan tersenyum sumbing.Di faham makna soalan Laila.Tentu Laila fikir bukan-bukan tentang dia dan Sara.
“Don’t get me wrong.Jahat-jahat I,I tak rembat wife orang Laila.By the way you Nampak Isha?”
“Isha?you mean Atrisha?”Lambat-lambat Asfan mengangguk.Tersasul pula dia panggil Atrisha dengan panggilan Isha.Mesti Laila syak nanti.
“You ada apa-apa dengan dia ke ni?”Duga Laila.
“Tak la..I ada job untuk dia.Sara yang request”Laila mengumam mulut.antara percaya dan tidak.Bukan dia tidak dengar khabar angin yang Asfan sedang adjust Atrisha.
“Job untuk I tak ada?”
“kena Tanya agensi you.Atrisha,Sara yang request”
“Hurm,ye la kan..Sekarang pun nama dia tengah naik.Hah,tu pun dia”Asfan menjeling kearah yang ditunjukkan Laila.
“Okay.nanti jumpa ya Laila.I pergi pada Atrisha kejap.Thanks”Asfan meminta diri sebelum meninggalkan Laila dengan penuh tanda Tanya.Asfan sangat mencurigakan.Laila tidak pernah lihat Asfan layan mana-mana wanita seperti mana Atrisha.Tentu ada sesuatu antara Asfan dan Atrisha.
“Assalamualaikum”
“Waa..alaikumusalam.Eh,you buat apa kat sini?”Asfan mengangkat kening.Apa yang pelik sangat dia ada disitu sampai semua Tanya soalan yang sama pada dia.sudah tentu itu bidang kerja dia.
“Cari you”
“Jangan main-mainlah.I nak tukar baju ni.you nak apa?”
“Nak you”Atrisha menjeling mengetap bibir.Geram betul dia dengan Asfan.Asfan tidak tahu ke ramai orang yang sedang memerhati.
“You jangan nak mengada-ngada sangat boleh tak?I busy”
“Busy apanya,kan dah habis dah event.I nak ajak you keluar malam ni.I tunggu you kat Ferdinands Sutera Harbor pukul lapan malam ya.You jangan tak datang” Termanggu-manggu Atrisha bila Asfan tiba-tiba membuat janji.
“Asfan,ishhh..dia ni”Atrisha mendengus bila Asfan tidak endahkan panggilan dia.Suka hati sahaja Asfan set masa dan tempat.Macam dia hendak pergi.Tak faham-faham agaknya Asfan yang dia tidak mahu rapat dengan lelaki itu.
“Wow,Afan bisik apa kat kau tu Sha?”Terkejut Atrisha bila Laila tiba-tiba memegang bahu dia dari belakang.
“Tak ada apalah”
“Jangan tipu.Korang tengah date sekarang ni kan?”Atrisha menolak tangan Laila dibahunya.
“Merepek.Aku tak nak kat dia tau.hishh..dah berapa ramai perempuan dia tidur.eiii..tolonglah”Laila tersenggih.Cakap besar betul Atrisha.
“Kalau macam tu biar aku try.Aku dah lama try dia tau tapi tak dapat”
“Pergilah.Aku tak hairan.Dah lah Laila.Aku penat.Nak balik hotel dan tidur..wahhh,bestnya”Atrisha mengeliat merenggangkan badan yang keletihan setelah seharian meperagakan pakaian hasil karya Siti sara Couture.Harap,lepas ini dia boleh berehat panjang.Kampung pun dia sudah lama tidak balik.Ummi dan Abi sahaja yang selalu datang menjenguk dia di Kuala Lumpur.
Sampai di bilik hotel Atrisha terus merebahkan tubuh ke tilam.Talifon bimbit di dalam tas tangan dikeluarkan.Nombor Ummi didail.Atrisha mahu buat video call.Waktu-waktu begitu pasti Ummi ada dirumah.
“Assalamualaikum Ummi”
“Waalaikumusalam…Wahh..ceria Nampak?Dah ada boyfriend ke?”Wajah Atrisha yang tadi ceria bertukar pelik.Kenapa Ummi tiba-tiba kata begitu.Bukan Ummi tidak tahu dia tidak akan biarkan dirinya jatuh cinta kerana dia sendiri tidak tahu bila ingatan dia akan pulih.
“Ummi ni..kan Isha dah kata..”
“Ummi tengok di i********: Isha..ada orang tag seorang lelaki ni..Dekat i********: dia ada gambar Sha dengan dia”
“Siapa Ummi?”Soal Atrisha ingin tahu.Dia da pengikut misteri ke?
“Asfan Azriff..Handsome”Hampir terjatuh Atrisha dari katil.Hebat betul ibunya.Bila pula dia bergambar berdua dengan Asfan.
“Itu boss sha Ummi”
“Iya ke boss?Mesra sahaja gambar.Ummi tengok dekat i********: dia tak ada pun gambar berdua dengan perempuan lain.Sha saja tak nak share dengan Ummi kan?”Puan Rosaliza pura-pura merajuk.Dia sengaja ingin menguji Atrisha.Biasanya Atrisha tidak pernah sorok apa-apa dar dia.
“Dia suka kat Sha..tapi Sha tak suka.Dia womeniser la Ummi”Jelas Atrisha beterus terang.
“Tak baik judge orang macam tu.Isha tak kenal dia betul-betul”
“Ummi ni,macam ummi kenal dia.Isha tak nak dia”Puan Rosaliza menakup mulut menahan tawa.Marah betul Atrisha.Entah-entah Atrisha juga menaruh hati pada lelaki kacak tersebut.Cuma seperti yang Puan Rosaliza tahu,Atrisha memang ego.Sejak hilang ingatan Atrisha bertambah keras dari sebelumnya.
“Haha..Anak Ummi ni comel lah bila marah.Abi Tanya..Bila nak stop buat modeling?”Atrisha mengigit bibir.Bukan dia tidak mahu berhenti dan cari kerja lain selayaknya.Tapi dia sangat minat dengan apa yang dibuatnya sekarang.Mungkin Abi tidak suka dia mendedahkan tubuh badan tapi berkali Atrisha sudah beritahu bahawa dia pandai menjaga diri dan dia tidak akan melakukan sesuatu yang akan memalukan Abi dan Umminya.
“Degree tu nak simpan jer ke?”Atrisha menghela nafas panjang.
“Alah Ummi..Isha tak minat buat kerja office”
“Tak apa lah Sha.Asal Isha pandai jaga diri,Ummi okay jer.Abi tu faham-faham sahaja lah macam mana kan?”
“Faham..Ummi,Sha nak rest kejap.Malam ni ada orang ajak date”
“siapa?”
“Adalah…”
“Ni mesti budak Asfan tu kan?”Atrisha hanya mengenyit mata tidak menjawab pertanyaan Umminya.
“Dah.pergilah rehat.Ingat.Jaga diri baik-baik ya sayang”
“InshaAllah Ummi.Kirim salam kat semua.Nanti isha bawa ole-ole untuk semua”Atrisha melemparkan senyuman lebar.Terlepas rindu melihat wajah yang sangat dia sayangi.Atrisha merebahkan tubuh ke tilam.teringat kata-kata Ummi yang Asfan ada memuat naik gambar mereka berdua.Atrisha tidak ingat dimana.Terfikir pula dia hendak mengintai i********: Asfan yang selama ini dia tidak endah.Atrisha menaip nama Asfan Azriff diruangan mencari.Satu-satu gambar dibelek.Kebanyakan gambar Asfan dan teman-teman lelaki di kawasan peranginan.Asfan minat meluncur rupa-rupanya.Patut waktu dia menghantar Asfan ada Papan luncur di bilik nya.Kacak.Itu sahaja yang Atrisha mampu kata.Ada daya penarik dan Asfan memang seorang lelaki berkarisma.Patutpun ramai wanita tergila-gilakan lelaki itu.Dia juga hampir sahaja jatuh hati.Hampir?Bukan memang dia sudah jatuh hati dengan lelaki itu,Cuma Atrisha tidak mahu mengakui.Semua gara-gara dia bencikan perangai kaki perempuan Asfan.Entah berapa ramai wanita yang pernah ditiduri Asfan.Atrisha tidak sanggup hendak bayangkan.Dia berhak untuk dapat lelaki yang lebih baik.Atrisha membelek gambar dia dan Asfan.Dibawah gambar tertulis masa hadapan dan ada ikon senyum.Atrisha tidak faham.Diruangan komen ramai yang bertanya tapi Asfan tidak menjawab.
“Urgghhhhhh!!!!!”Atrisha terjerit kecil.Pening dia hendak memikirkan tentang lelaki yang seorang ini.Lagi dia tolak lagi Asfan mendesak.